26 Feb 2012

Cinta datang lagi


Cinta Datang Lagi


hati ini rindu

rasa ini keliru


apakah aku

jatuh cinta padamu


saat bertemu mata
buat ku rasa bahagia
melihat kau gembira
terasa membara cinta

mencarimu
dalam layaran masa
resahku mula memburu

hadirlah
ubati sepiku
cinta datang lagi
bertaut dalam angan
kau yang ku gambar
hilang dalam bayangan..

Lirik: Isabella ali 2012



*telah dikemaskini..

Tajuk ; Cinta Datang lagi@ Cinta bertaut lagi

Hati ini rindu..
rasa ini keliru..

Apakah aku,
telah jatuh cinta padamu..

saat bertemu mata
buatku rasa bahagia..

melihat kau gembira
terasa membaranya cinta..

bila mencarimu
dalam layaran masa..
resahku, mula memburu

hadirlah..
ubati sepiku
cinta datang lagi
bertaut dalam mimpi
engkau yang ku gambar
hilang dalam bayangan..

Lirik : Isabella ali 2014





Namamu tiada dihatiku

Namamu tiada dihatiku


adakah engkau dapat mengerti
apa yang aku rasakan di saat ini
sudah berulangkali aku jelaskan
kita hanya teman bercanda
hadirku hanya seketika
tiada cinta di hati untukmu
apatah lagi rasa rindu buatmu

aku sanjungi kesetiaan
yang kau lakukan
namun usah mendesak
tentang soal hati padaku
satu rasa yang tak mungkin ada
untuk aku serahkan padamu
walau seringkali kau ungkap
rahsia hati tentang rindumu
tak aku mampu membalasnya

kesabaran dan kejujuranmu
membuat aku keliru
pada saat yang meresahkan
perlukah aku nyatakan
beribu kali hati ini bukan milikmu
sampai bila kau ingin menunggu
sedang masa mudamu semakin singkat
bukalah pintu hatimu untuk insan lain
yang telah tiba di jendela hati
hanya doamu yang ku harapkan
untukku insan yang engkau puja.......


Lukisan Hati,
Isabella ali 2012

22 Feb 2012

Bulan dan Matahariku

Bulan dan matahari
walaupun tidak bertemu
namun keduanya
mempunyai tugas
yang sama
memiliki kebolehan
yang serupa
bersinar dan bercahaya
menyuluh seluruh dunia
menyeri segenap alam
pada bulan
digambarkan keasyikkan
pada mentari
dilakarkan kebahagiaan
tanpa malam
apalah ertinya siang
dua nama yang meniti
dalam diari kehidupan

lelah ku terubat
bila tibanya malam
setelah siang kudrat ku
dikerah demi rezeki
walau ada waktu malam
turut juga ia datang
tapi akan terasa siang
cepat pula berlalu
berpusinglah paksi
selagi masih belum
di arahan oleh Tuannya
untuk berhenti...

lukisan hati,
isabella ali 2012

Yakinkan aku dengan cintamu

Yakinkan aku dengan cintamu..

dapatkah kau
mencintai aku
hingga ke 
akhir hayat ini
dalam suka duka
kita berjuang berdua

tidakkah akan berubah
cinta dihatimu
adakah kau akan setia
untuk selamanya
jangan mula rasa jemu
bila selalu bersamaku
dan buktikan cintamu
sejujurnya untukku
akan ku hargai
keikhlasan darimu
bila ku mula yakini
cinta yang kau
persembahkan
akan aku balas
harga kesabaranmu
dengan kesucian cintaku..

Lukisan hati
Isabella ali 2012

21 Feb 2012

Cekalku demimu



terasa sakit dan perit
tubuh ku rasakan
tapi rasa sakit lagi mata ini
bila  memandang wajahmu
tanpa senyuman manis
yang dulu menghiasi
kini terlukis hambar
dibibirmu tidak ada lagi
sekuntum bunga penyeri buatku
kau tidak lagi seceria dulu
dimatamu ku lihat
kau seolah kecewa dan kesal

aku cuba cekal demimu
ku lawan sakit yang menyerang
namun kudrat ku semakin lemah
adakala aku kuat
ada ketika aku lemah
tidak berdaya berjuang
aku sendiri semakin hilang
keyakinan diri
tapi demimu aku cuba gigih
kerna ku tidak mahu melihat
wajah mu suram keranaku
dan airmata tak mampu
untuk ku sembunyikan lagi
hiba dan sedih bersatu
dalam nafasku

jangan kau menangis..sayang
andai lemah jiwa mu
aku pasti turut lemah jua
kuatkanlah semangatmu..sayang
terima lah takdir ini
dengan hati yang terbuka
Allah sedang menguji kita
janganlah kau mudah kalah
sedangkan aku masih di sini
temanilah hari-hariku
agar menjadi kenangan
andai aku pergi dulu..


isabella ali 2012

19 Feb 2012

bertemu hanya seketika

mengapa di waktu ini
kenangan bersamamu
kembali menjelma
di ingatanku
tidak ku pinta ia hadir
ketika saat-saat ini
hati ini seolah merindui
bayangan wajahmu
seperti semalam ku temui
walau antara kita
belum terucap kata cinta
namun di hati
telah berdetik satu rasa
ingin ku sampaikan
impian dihati
tapi kau telah berlalu pergi
hanya warkah duka
yang dapat ku simpan
kerna telah terhenti
pesanan dari hati
bersama seribu harapan
yang  kecundang

isabella ali 2012

16 Feb 2012

Arah mana yang benar

aku jadi buntu
fikiran mula keliru
hilang pertimbangan diriku

aku rasa tercabar
sebagai manusia
aku juga ada rasa
seperti kamu semua

cukuplah berkata-kata
kalau hanya untuk menyakitkan
kerana aku perlukan pertunjuk
bukan hinaan dan cacian

siapa yang tidak pernah
berbuat dosa
siapa yang rasa dirinya mulia
tidak ada manusia yang
sempurna di bumi ini
kerna kesilapan itu
guru kepada kita
hanya orang yang suka
kepada kejahatan sahaja
yang menyerahkan dirinya
kepada neraka Allah
aku cuma tersilap langkah
jadi bantulah aku
suluhlah jalan untukku
pimpin tanganku menuju syurga Allah

isabella ali 2012

14 Feb 2012

Sekeping hati


sekeping hati

sekeping hati ini seperti AIR
adakala ia amat tenang
adakala ia di pukul gelombang
sekeping hati ini seperti ANGIN
adakala ia begitu mdamaikan
adakala ia bagaikan ribut taufan
sekeping hati ini seperti TANAH
adakala ia basah dengan hujan
adakala ia kering dengan kemarau
sekeping hati ini seperti API
adakala ia mberi kehangatan cinta
adakala ia padam tanpa cinta

siapakah yang sudi menerima
sekeping hati ini....

isabella ali

seekor merak kota



Seekor merak sedang megembangkan ekornya. dengan perlahan2 ekornya kembang..dan tlihat lah apa yg tersembunyi selama ini di tubuh merak. lalu merak pun bjalan mngikut gerak hatinya.tanpa merak sedari jalannya itu telah menarik ramai mata yg mmandang. merak kelihatan cantik dan mmpersonakan.., merak berjalan tanpa tahu ada yg telah terpikat hatinya.., merak berjalan tanpa tahu ada rasa yg tercuit d sanubari.., merak berjalan tanpa tahu ada perasaan cemburu d hati yg memandang.., langkah merah penuh yakin. merak terus berjalan mncari ketentuan yg ia sendiri tidak pasti. dengan bbekalkn ilmu dan harga diri merak mmbawa diri.
namun tiba d satu persimpang merak berhenti berjalan. merak mula merasakan tidak berdaya utk mmbawa ekornya yg kembang besar itu. lalu merak menutup kembali ekornya.. merak merasa ekornya itu telah mganggu perjalanan.. merak mrasakan dirinya byk kekurang dan terlalu banyak beban yg harus d pikul. merak mula menilai dirinya. mncari tujuan perjalanannya itu..kemana arah tujunya.. merak kembali sedar, dirinya bukan lah perhiasaan. merak tidak mahu mmpersonakan mata yg mmandang tp dia yg sakit mnanggung beban. akhirnya merak tersenyum sendiri. lalu matanya mmandang ke langit, rupanya setiap yg cantik itu juga ujian...apatah lagi yg buruk.. 

semua itu ujian utk mguji..adakah kita bsyukur pd ketentuan drNYA...dan menerima kelebihan dn kekurangn ini dgn rasa bsyukur.
ya Allah, Engkau ringankan lah tubuh dan jasad ku ini agar ku sentiasa sujud pdMU..menerima kelebihan dn kekurangn ini.

Lelaki oo..Lelaki

kisah benar 1

Dua org lelaki sedang minum d sebuah kedai makan, lalu masuk seorang perempuan ke
 dalam kedai tsebut. lalu kedua lelaki tadi tsengih2 memandang ke arah prempuan tadi..

kata lelaki A : mak aii seksi gila prempuan ni, lurah punggung pun leh nampak.. 
alahai..baju plak klu skali sentap dh tburai..

kata lelaki B : aku pun naik malu nk tengok..entah anak sapa lah tu.., 
klu adik aku dh lama aku belasah..

kemudian masuk seorang lelaki, bjalan mnuju ke arah dua lelaki tadi.

kata lelaki C : sorilah lambat datang..jalan jem..

lelaki A/B : x pe..kami faham

prempuan yg sedang mereka gelakkan tadi datang dan terus duduk di meja lelaki2 tersebut.

lelaki C : kenalkan ni wife i....

*lelaki..fikir2kan..

_______________________________________________________________________

kisah benar 2

seorang pelayan wanita d sebuah kedai makan.menghantar makan
di sebuah meja.di meja itu ada dua lelaki yg sedang menanti hidangan mereka.

lelaki A : nama sape dik, boleh kenal..?

pelayan wanita : nama saya lina

lelaki B : dah kawin

pelayan wanita : saya janda

lelaki A/B : ooo...kesian

lelaki A : saya pun dh kawin, tapi saya bkenan kat awak

pelayan wanita : saya pun

lelaki A dan pelayan wanita tadi pun bkahwinlah.

setahun kemudian di kedai makan yang sama..
lelaki A dan lelaki B makan disitu, datang lah seorang pelayan wanita mghantar hidangn kepada mereka..

lelaki B : sape nama..?

pelayan wanita : nama saya siti

lelaki B : dah kawin

pelayan wanita : saya janda

lelaki B : saya duda dn awak janda..sesuai sgt kita kan....

lelaki A : x boleh dia JANDA AKU.......

*bgitulah putaran hidup.........

*lelaki...fikir2kan lah..
x de kena mgena yg x  dan yg masih ada.....^_^

nukilan isabella ali

Di suatu petang II

Satu petang d sebuah rumah, seorang ibu sedang duduk2 santai menonton tv. kemudian datang si anak
 kepada ibunya. lalu si anak bertanya pada sang ibu..

anak : ibu kenapa kita perlu solat?

ibu : solat itu tanda kita orang islam

anak : kalau saya tak solat ibu

ibu : itu tanda orang kafir, dan tempat orang kafir d neraka jahanam

anak : ibu, betul ke kalau saya tak solat doa saya tak d makburkan

ibu : benar anak ku, walaupun harta segunung tinggi untuk membeli doa pun belum tentu dapat..
sekiranya kamu sendiri tak solat..

anak : solat itu wajib ya ibu

ibu : ya, solat itu adalah perintah dari Allah pada hamba2nya, bila kita solat bereti kita telah
 menunaikan perintahnya

anak : insyaallah ibu, saya tidak akan mninggalkan solat, sebab saya tidak mahu doa saya
 tidak d makburkan oleh Allah

ibu : doa apa yang ingin d doakan oleh kamu anak ku

anak : saya selalu mendoakan agar ibu dan ayah serta keluarga kita d jauhkan dari 
seksaan api neraka...

ibu : allahamdulilah anak ku...

Di suatu petang

satu petang d sebuah rumah, seorang ayah sedang membaca suratkabar, kemudian datang si anak kepangkuannya. lalu si anak bertanya pada ayahnya..

anak : ayah, adakah setiap manusia d dunia ini akan mati

ayah : benar anakku, tiada yang kekal dalam dunia ini

anak : ayah, apakah pekara pertama akan kita bawa selepas kita mati

ayah : amalan kita anakku, iaitu solat dan amal baik yang pernah kita lakukan

anak : kenapa solat yang mesti d tanya ayah

ayah : kerana solat adalah wajib, bila seseorang telah menunaikan solat bererti dia seorang yang sabar,
 berakhlak mulia dan baik pada jiran tetangga serta sahabat handai

anak : oo ya ayah, betul ke syaitan ada dalam hati manusia ayah

ayah : benar anakku,jika jiwa dan hati kita kotor tanpa kesucian dgn solat. syaitan akan bersarang d dalamnya

anak : insyaallah ayah, saya tidak akan mninggalkan solat. kerana saya tidak mahu syaitan bersarang dalam hati saya.
 sebab syaitan itu musuh manusia yang paling nyata

ayah : allahamdulilah anakku..

Hari terakhir

~ Andai hari ini adalh hari terakhir kamu di bumi...
apakah permintaanmu yang terakhir itu pada Tuhan....

1. oh..tuhan panjangkan umur ku..

2. oh..tuhan kasihani ku kerna masih bnyak yg belum aku tunaikn..

3. oh..tuhan kalau ini yang terbaik aku hanya berserah diri padaMU..

dan masih adakah kesempatn buat kita bila tibanya saat itu...?
namun masih belum tlambat utk kita bertaubat dr kJAHILn dan kBATILn
 mcari sinar dari pertunjuk Tuhan buat kita..
berusahalah klu itu yang kamu inginkn....

isabella ali

Kisah seorang penoreh getah


aku : asslammulaikum, pak cik nk kemana ni..
pak cik : waalaikumusallam..nk kemana lagi ke kebun getah lahh..
aku: buat apa pak cik ke sana..
Pak cik : lahh..nk menoteh getah lahh....
aku : pak cik ,pang! *tampar nyamuk.., selalunya berape jam pak cik noreh getah
pak cik : selagi batang pokok getah x abis selagi tu lh pak cik toreh
aku : oo..gitu..hehe, pak cik bawa apa pegi noreh getah ni
pak cik : bawa pisau noreh lah..*itu pun x tahu ke..
aku : hehe..tahu, saje nk tahu lagi..pak cik marah ke
pak cik : mana ada marah..orang tanya kenalh jawab kan..
aku : dah berapa tahun pak cik keje noreh getah ni 
pak cik : mmm..ada lah dekat 20 tahun, knape..
aku : agaknya..mesti banyak duit pak cik kan..
pak cik : boleh lah..setakat beli makann dn pakaian tu, knape
aku : bukan apa pak cik...mmm..boleh saya pinyam RM10..hehe
pak cik : eh, badan punya sihat macam ni pun boleh x de duit ke
aku : saya x keje lagi pak cik..boleh lah pak cik..ya..
pak cik : mesti lah boleh, tapi syaratnya ko kena lh keje dgn pak cik..
makna nya ko kena jadi kuli pak cik lah ya..
aku : nampak gayanya pak cik ni dh jadi BOSS saya lah ya.. jadi saya lah penoreh getah sekarang..
pak cik : hehe.. tahu x per..

*moralnya...rezeki tetap ada di mana2..bumi tuhan ini luas dengan rezekiNya,
*x kira apa pun kerja@pangkat kita..Allah x mmandang semua itu..tapi Allah pandang hati kita...

isabella ali 2011..

aku dan tuhanku


ku akui betapa hebatnya kuasaMU 
ku akui betapa agungnya cintaMU
Engkau jadikan manusia itu pelbagai rupa dan bentuk
Engkau jadikan manusia itu berakal dan berilmu
aku, Engkau hadirkan di dunia ini
dan ku, Engkau jadikan hamba yang paling Kau kasihi
segala permintaanku.. Engkau berikan
setiap kemahuanku.. Engkau tunaikan 
Engkau berikan kepada yang berhak
Engkau berikan kepada yang terpilih
aku adalah umat muhammad yang Engkau kasihi
aku adalah umat muhammad yang Engkau rehdai
berani aku menyatakan kerana aku yakin
berani aku mengucapkan kerana aku percaya
dengan limpahan rahmatMu bukan pada manusia yang tertentu
bahkan seluruh umatMu di limpahi rahmat dariMu....

Isabella ali 2011

Kita selalu ingat..

kita ingat kita HEBAT
sedangkan bumi ini suku pun belum kita jejak
kita ingat kita BAGUS
sedangkan baju kita orang lain yang jahit
kita ingat kita PANDAI
sedangkan kepandaian kita dari Ilmu orang lain
kita ingat kita JAGUH
sedangkan kekuatan datang bila kita bersatu
kita ingat kita semua TAHU
sedangkan banyak pekara yang kita tidak tahu
kita ingat kita selamanya HIDUP
sedangkan kematian sentiasa menanti kita
kita ingat kita KAYA
sedangkan di akirat kita miskin pahala
kita ingat kita SUSAH
sedangkan kesusahan itu sementara buat kita
kita ingat kita BERJAYA
sedangkan SOLAT tidak pernah kita tunaikan..

*sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Peyayang...~

isabella ali

Sedarkah aku

Aku di jadikan dari setitis air mani dari ayahku ke dalam rahim ibu ku. Di dalam rahim ibu, aku mula di bentukkan. dan dalam masa 3 bulan aku telah siap dibentukkan. Ada wajah, ada sepasang kaki dan tangan serta kemaluan. maka jadilah aku bayi yang sempurna di dalam rahim ibuku. Bayangkan di antara sejuta air mani itu aku yang terpilih. Dari tiada aku telah di wujudkan ke dalam rahim ibu ku. Ajaibnya air mani itu telah bertukar sedikit demi sedikit. Darinya telah  tumbuh tulang dan daging. Lalu aku membesar selama 9 bulan dalam kandungan rahim ibuku.
Tidak sedar lagikah aku, tentang keajaiban dari tuhan pada  kewujudan ku ini. Pada permulaannya aku tiada di bumi, lalu Allah kirim kan roh ke dalam jasadku. Maka jadilah aku manusia di bumiNya ini. Agar aku dapat menikmati , menjalani dan mengikut PERINTAH dariNYA. Supaya aku menjadi manusia yang tahu bersyukur dengan setiap pemberianNYA itu. Dan bila telah sampai masanya nanti, aku akan di kembalikan padaNYA yang telah menciptakan aku..
Tidak sedar lagikah aku, sesungguhnya tuhan itu maha wujud, maha besar, maha bijaksana, maha penyayang dan maha pengampun..99 namaMU ya Allah, telah kau nyatakan segala2nya. Tapi mengapa masih ramai  manusia lupa padaMU.
Ya 'Allah, jangan kau jadikan aku seperti mereka yang lupa padaMu. Semoga KAU tetapkan keimanan dan ketakwaan di hatiku. Semoga aku diberi kesihatan yang baik agar aku sentiasa dapat sujud padaMU. Dan aku juga tahu Syurga dan nerakaMU sentiasa menanti..
Aku berharap agar ku di bawah rahmat dan keredhaan dariMU di sepanjang perjalanan hidupku ini..amin..

 "kenikmatan yang manakah yang hendak kamu dustakan dari tuhanmu"

sekadar renungan,
isabella ali 2011

13 Feb 2012

Reda sudah hujan tadi

Reda sudah hujan tadi..

hilang sudah ribut yang mengila
titisan air hujan kian reda
pohon-pohon kelihatan basah
daun-daunnya tunduk rebah
ada daun-daun bertaburan di bawah

aku bersandar sambil memerhati
angin yang menyapa ke tubuh
mula membuat aku kedinginan
pantas mata ku pejamkan seketika
terasa pedih dek bersengkang tadi

lewat petang begini hujan hadir
bagaikan airmata dari sang perindu
yang mencari erti kewujudan cinta
lalu hujan turun memmbasahi
tanah cintanya yang gersang
bagaikan musim kemarau telah berlalu
dan terbitnya bunga-bunga cinta
mula bercambah di hati...

Lukisan Hati,
~ Isabella ali 2011

perempuan itu

Perempuan itu..

dalam mencari erti cinta 
bersama keabadian yang ada 
yang terlakar pada alam dan seni
dia menemui cinta seorang lelaki

terlukis dihamparan wajah awan
ditatang umpama minyak yang penuh
dibelai dengan seikhlas hati tanpa ragu
disentuh bersama keindahan puisi dan syair

..lalu tersenyum sang kekasih dalam tidurnya
..bermimpi indah bertemu dalam syurga maya

perempuan itu..
mengharapkan satu pengertian
adakah cinta ini benar-benar tulus
dalam pencarian yang tiada kesudahan
dia membiarkan takdir menentukan segala

tapi sayangnya..
sang kekasih di sambar orang
..ia jadi malu
..ia jadi sedih
..ia jadi tercabar
tidak mengerti mengapa ini terjadi

perempuan itu..
bersama sekeping hati yang sarat luka
membiarkan cintanya pergi dengan rela
'dia mungkin bukan untukku'..bisik hatinya..

Lukisan Hati,
~ Isabella ali 2011

Kedukaan ini

Kedukaan ini..

diri ini bagaikan pelabuhan 
hadir angin seakan mengerti
malam kian menjelang
mengusung rindu dari pelayaran
menunggu sang camar yang singgah
meleraikan kekusutan dan kebuntuan
lalu malam kian hanyut dibuai sunyi
tiada lagi suara riang sang unggas

aku bagaikan..
..burung kepatahan sayapnya

aku bagaikan..
..muzik tanpa melodinya

akan berlalukah kedukaan ku ini
bila tiba terbitnya fajar....?

Lukisan Hati,
~isabella ali 2011

bicara seorang penyair

Bicara seorang penyair..

bicara puisi tentang cinta kita
tidak ada bedanya
bicara puisi tentang kehidupan kita
juga tidak banyak bezanya
tetapi kau adalah lelaki
dan aku adalah wanita
di sinilah letaknya perbezaan

..lelaki bebas bila membuat pilihan
..wanita pula sukar membuat pilihan
terikat oleh adat dan keadaan...

LUkisan Hati,
~isabella ali 2011

Permulaan hidup ini

Permulaan hidup ini..

Hidup ini kita bermula
dari merangkak, berjalan dan berlari
ada kala perlu juga berundur dan berhenti 
jatuh dan bangun berkali-kali
tercalar, berdarah dan berparut
namun akal menjadi tunjang dalam diri
berfikir untuk menentukan pilihan
kerana tiada ketetapan dalam akal
kerana itu ia sering hilang dan terlupa

..jika hidup ini mudah
..pasti diri tidak lagi berfungsi

walaupun ada kala
pandangan mata boleh tertipu
dek warna, bentuk dan rupa..
walaupun ada ketika nafsu beraja
dek rakus, tamak dan cemburu..
itulah namanya MANUSIA
kesilapan itu ilmu bagi yang mahu mengerti
dan pengalaman mengajar erti kedewasaan

jika paksi jiwa kuat dan jitu rukunnya
tak semudah itu tergoyah imannya
tak semudah itu tertunduk batinnya
yang terzahir mungkin tidak sama di hatinya

jangan mudah menilai..
jangan mudah menghukum..
kerna kita bukan sesiapa di sini......

Lukisan Hati,
~isabella ali 2011

Cinta dari dia

Cinta dari dia..

cinta hadir tidak di duga
rupanya sekadar untuk menduga
rindu datang tanpa di pinta
rupanya bertandang memberi duka

..ku fikir permata rupanya kaca
..mujur sempat sedar dari terluka

mula bersama sopan orangnya
berbudi bahasa santun terjaga
murah senyuman manis bicara
tapi sayang hanya bermuka-muka

..ku ingat emas tapi plastik
..benarlah kata hati yang berdetik

harus hati-hati bila memberi HATI
agar tidak terluka di kemudian hari
cinta diberi bukan sebarangnya nilai
kalau penerimanya tidak tahu hargai

..ku bersyukur pada illahi
..kerna hati ini masih belum dia miliki...


Lukisan Hati,
~Isabella ali 2011

Cinta hakiki

Cinta hakiki

terukir kata dari saat-saat derita
lama berduka kerna terluka
pedih yang menjadi hamba di jiwa
hilang bahagia dan harta hidup sengsara

Hasrat di hati ingin selamanya merdeka
di cinta dan menyintai sesuka rasa
ini lah lafas kalimah suci buat semua
kasih sayang di semai setia bersama

hak berdua harus memberi bakti
bukan sekadar kata-kata diberi
harus ada tanggungjawab diri
jika ingin kebahgiaan yang hakiki...

Lukisan Hati,
~ isabella ali 2011

Aku pagi ini

aku pagi ini

mentari pagi yang memancar sinarnya
membawa hati rasa riang dan ceria
seolah rasa cinta terukir di dalam jiwa
gagah penuh sokongan padu dapat ku rasa

menghirup aroma dedaun yang basah
yang beransur hilang di tiup angin pagi
aku melapangkan dada menarik nafas
lalu melepaskan helaan dengan tenang

menikmati diri dengan ciptaan Illahi
apa yang ingin ku baktikan pada hari ini
agar berjalan lancar seperti yang di janji
menolak godaan dan perbuatan keji...

Lukisan Hati,
~isabella ali 2011

Pelayar senja

Pelayar senja

tika senja yang  berlabuh
telah membawa aku ke sini
warna jingga menikam mata
terasa lelah menahan pancaran
sepoi sepoi angin menampar pipi
lalu ku sapu airmata yang mengalir
kapal di lautan ku lihat kecil
entah kemana arahnya aku tak kisah
kerana hati aku sendiri tak terarah
aku masih  terasa seperti semua
baru terjadi hari ini
walhal sudah hampir 15 tahun
aku menempuhinya
dengan rasa bersyukur
tak terucap lagi untuk ku nyatakan
bertapa aku bertuah
di antara yang ada di bumi ini
di beri peluang untuk hidup lagi
menikmati kenikmatan
yang telah tertulis olehNya
buat mahluk perbumi ciptaanNya
aku yakin pelayaran senja ini
masih memerlukan kelasi
yang berhati yakin dan tawakal
akan ku belayar selagi lautan
masih belum kering
dan selagi kapal ku belum
hancur di badai ombak

isabella ali 2012

12 Feb 2012

Warna warna cinta


warna warna cinta

aku bukan sasterawan negara
puisi aku tidak sehebat dia
tapi aku darah pejuang seperti dia
aku sayang bumi yang aku pijak ini
seperti yang pernah dia sayang
seperti yang pernah dia gambarkan
dalam puisi-puisi yang di karang
terlukislah warna warna cinta
di sini penuh indah
buat tatapan aku dan semua
di bumi malaysia tanah darah tumpahnya
kini kenapa dia berpaling tadah
hanya kerana seorang RATU
jangan kau tanam rasa kecewa
jangan kau tambah rasa kesal
dalam menghormati pejuanganmu
tanah ini tidak akan lama kita pijak
kerana ia sentiasa terbuka menanti
kehadiran kita untuk di isi...
yang benar,
Isabella Ali 2011