28 Nov 2013

Aku cari dia


"Aku cari Dia.."

Dimanakah kau
puas sudah aku berkelana
hingga terbawa dalam lena
bermimpikan engkau entah dimana

senyum dan tawamu 
buat hari ku penuh bermakna
kini hilang tanpa dapat ku jejaki

rasa pilu mula menusuk ke dada
sebak terasa hati, bila kau kini tiada
rindu ku hilang tanpa dapat diubati

Hari berganti hari, kau tetap ku nanti
kisah cinta ini, telah ku 'bukukan dihati
dimana akhirnya kenangan indah kita
andai kau pergi jua, tidak lengkaplah cerita

jangan biarkan ku keseorangan lagi
mengenggam cinta yang tak pasti
hadirlah dan cantumkan kembali
kasih yang lama terbiar sepi...

Lukisan Hati,
Isabella Ali 2013

5 Nov 2013

Sombong Itu Milik Allah



Sempurna atau tidak sempurna
dunia hanya tempat persinggahan sementara
kita semua adalah penumpang di sini

Jikalau dimata kamu
aku ini ada pelbagai kecacatan
dimataku pula melihat
kamu juga mempunyai pelbagai kekurangan
mungkin tidak pada zahir dan fizikal
tapi pada kehidupan yang kamu dilalui
jadi di situ persamaan kita

Usah bangga jika cacian dan kejianmu
dibalas tanpa dengan kata-kata
cukuplah renungan mataku menyatakan
aku bersyukur dengan apa adanya
kerana aku tidak mahu tajam lidahku
tertikam menuju ke hatimu
pasti ianya  tidak tertahan kelak

Bagaimana kita menilai orang lain
begitu lah orang lain akan menilai kita
dari 1001 sudut dalam kehidupan
tingkahlaku,keluarga dan agama
diantara cabaran bagi manusia
berilmu atau pun tidak berilmu
semuanya akan diberi ujian
tetap juga gagal kepada nafsu duniawi

Kita ini hanya mahluk
yang diciptaNya dengan pelbagai rupa

Jangan ditanya mengapa dan kenapa
kita hanya perlu tahu
watak apa yang hendak kita bawa..?
jalan mana yang hendak kita tuju..?
dan sempatkah kita bertaubat nanti..?
atau mulakan hijrah itu dari sekarang..?

Sombong itu hanya milik Allah
kita tidak layak!

Lukisan hati,
Isabella ali 2013