1 Sept 2014

Aku nakal tapi berakal

Jangan datang temuiku
kalau sekadar mahu menduga
tidak ku rela diri dipermainkan
Jangan hadir ke dalam hidupku
jika niat untuk mempersendakan
perasaan cinta ku tidak ternilai
bukan mudah bagiku mempamerkan
aku bukannya buta menilai pelbagai cinta
lelaki sepertimu banyak telah ku temui

walau hati mula terbit  rasa rindu
tapi bukan padamu hendak ku tuju
hanya pada Dia yang satu
pemilik hati ku yang abadi

Aku nakal tapi berakal
cinta murahan bukan pilihan
biarlah seperti burung merpati
jinak ditangan tapi susah ditangkap

sekadar harapan tidak memberi erti
hanya pengorbanan itu yang dinanti
ku percaya cinta sejati pasti dapat ku miliki..

Lukisan Hati,
Isabella ali 2014