27 Aug 2012

Ramadan Ini


Ramadan ini..

ramadan bulan
mengumpul pahala
bulan yang istimewa 
dari antara 11 bulan
mengundang kita
dekat pada pencipta
belajar untuk
menghargai diri
dan kehidupan
tika hari ini kita kaya
jika datang musibah
dengan sekelip mata
hilang semua harta
bagi yang miskin
bulan ini merupakan
penghargaan buat mereka
mengembirakan hati
seseorang amat sukar
andai dapat kita tunaikan
sedikit impian mereka
dengan semampunya
insyaallah pasti
akan bertambah rezeki
tidak akan berkurang
dan kerana itu Allah
mengikat syaitan-syaitan
untuk menguji hati-hati
manusia ciptaannya
siapakah yang ikhlas
dan siapakah yang bakhil
diantara kita..

Lukisan Hati,
Isabella ali 2012

Salam Hari Raya



Salam Hari Raya

bertemu kita dengan syawal
setelah sebulan bersama ramadan
bulan yang menguji hati dan diri
didalamnya pahala melimpah ruah
bagi yang ingin mengautnya
bulan istimewa bagi mereka
yang sabar dan mengharapkan
untuk berada di syurgaNya
dan kini datangnya syawal
untuk kita meraikan kemenangan
setelah melaksanakan janji
membersihkan diri dari kekotoran nafsu
mengeratkan kembali silaturahim
salam hari raya
membuka tirai buat umat muhammad
menghapus rasa iri dan dendam
kini bertautlah hati yang dulu
retak dengan kemaafan diberi
dari hati yang suci di hari yang mulia ini..

Lukisan hati,
Isabella ali 2012