28 Sept 2012

Mekar Sekuntum mawar


Mekar sekuntum mawar..

tika mekarnya
sekuntum mawar
terlihat seolah

telah terlahirnya
seorang insan

disetiap kelopak
umpama umur
tiap tingkat kelopak
adalah kematangan
kelopak awal tentu
yang paling rapuh
hanya menunggu
saat untuk gugur
kelopak ditengah
ibarat kandungan
seperti ibu menanti
saat melahirkan bayi

semua manusia
pasti diberi nama
ia tentu mempunyai
makna yang tersendiri
andai tahu menjaganya
akan terbit keharuman
dalam kehidupan

namun mawar
tidak akan kekal
ia akan layu jua
bila tiba masanya
dari generasi ke
generasi akan hilang
dimamah oleh tanah
yang kekal hanya
Dia pencipta terhebat..

Lukisan Hati,
Isabell@_@li 2012

Wanita dan kebersihan diri





Setiap wanita mempunyai naluri untuk kelihatan cantik. kerana itu adalah sikap semulajadi setiap wanita. Namun sebagai wanita kecantikan dan kebersihan haruslah seiring. ibubapa seharusnya mengajar pada anak-anak gadis mereka tentang kebersihan diri. Bagaimana cara-cara untuk menjaga kecantikkan dan kebersihan diri. terutama bila mereka semakin meningkat dewasa. perkara pertama yang paling penting dalam diri wanita. dia harus tahu menjaga kebersihan dirinya sendiri.

1. ketika datang haid
Pastikan mereka membasuh dan mencuci modes yang digunakan. sehingga hilang darah yang ada.
Dan jangan membuang modes yang telah digunakan sesuka hati.

2. pakaian dalam
sebagai ibubapa mesti tahu bila waktu anak gadis anda telah menjadi dewasa.
lihat baju yang dipakainya. adakah jarang dan sesuai dengan bentuk badan mereka.

3. tempat tidur
Ajarlah anak mengemas tempat tidur setelah mereka bangun dari tidur. jadikan ia rutin  harian

4. Sediakan wangian dan barang keperluan diri
Belikan pewangi badan seperti deadora, syampu, minyak rambut dan sebagainya.

5. Didik mereka didapur.
Beri kepercayaan dan tanggungjawap. seperti mencuci pinggan mangkuk, menyidai pakaian atau meminta memotong bawang. Tunjukkan cara-cara memasak. dan jangan ada perbezaan antara anak perempuan dengan anak lelaki.


6. komunikasi
Selalu bertanya kabar dan cuba bersikap seperti seorang kawan. Jadi pendengar dan pemerhati yang bijak kepada mereka. ibubapa yang sensitif akan dapat mengetahui jika berlaku perubahan pada diri anak-anak.
menegurlah mereka dengan perkataan yang baik-baik. kerna bagaimana anda begitulah anak-anak.

23 Sept 2012

Renungan Dari Mata Hati - Muhammad



Tahukah kita...atau buat2 tidak tahu..?

Nabi Muhammad menunggang unta - tapi kita menaiki kereta
Nabi Muhammad duduk didalam pondok - tapi kita tinggal di banglo, kondo, blok
Nabi Muhammad tak ada handphone - tapi kita dh guna mcm2 jenis handphone
Nabi muhammad kawin ramai kerana simpati - tapi lelaki kawin byk sbb kehendak hati
Nabi Muhammad x pernah merasai dunia siber - tapi kita mguasainya hingga tersasar

 ~ byk perkara yg Nabi Muhammad tidak diberi kesempatan walaupun baginda kekasih Allah.
Allah memberi kita kelebihan kerana Allah sayangkan kita...kerana kita umat MUHAMMAD.
permintaan Nabi agar kita diberi kenikmatan dibumi. sebelum meninggalkan alam dunia.
tidakkah kita diantara manusia yg beruntung. jadi bersyukurlah padaNYa.
*Usah lagi merungut dengan pekara2 yg kecil..
Andai anda menilai dengan mata hati. pasti anda akan mngerti, bagaimana hati kita...?

 isabella ali 2012

Salahnya dimana..?


salahnya dimana..?

dalam rumah semua ada
tapi al quran hanya dicelah-celah
tv, radio, komputer dan handpon
hari-hari duk pegang dan tatap
tapi al quran setahun sekali
terasa amat susah nk sentuh
ada pulak ikut time2
time sedih baru nak ingat
time happy lagi lah ligat
mak dan ayah bila dah tua
baru ingat nak bersolat
dulu entah mana letak sejadah
macam mana anak tak kurang ajar
bacaan ayat-ayat quran
hanya bila ada orang mati 
kalau tak de hanya lagu 
yang berkumandang setiap hari
salahnya dimana?
dimana salahnya?
kalau al quran jadi hiasan
pegangan hanya keturunan..

Lukisan Hati,
Isabell@_@li 2012

Aku Rela


Aku rela..

sanggup
ku menunggu
keindahan sinar pelangi
yang entah kan bila muncul
disebalik awan yang kelabu


demi sebuah cinta 
akan ku harungi taufan 
akan ku tempuhi ribut petir 
yang melanda ke hati ini


biarkan ku lemas 
bersama angan dan impian
untukmu kan ku pertahankan


berpeganglah
pada janjimu itu
jangan kau dustakan


kerna ku tak rela dipermainkan
tolong hargai pengorbanan ini
kerna hanya kau yang ku sayang
walau berjauhan ku rela..


Lukisan Hati,
Isabell@_@li 2012

19 Sept 2012

Warkah Luka Mahkota Cinta

  • Banyak yang aku ingin coretkan di titian warkah luka ini. moga luka hati ini jadi kering  setelah segala rahsia ini ku jadikan dakwat  disini. Benarkah fikiran dan hati selalunya akan shaluan. tapi kenapa dibibir pula tlalu sukar utk mnyatakan kebenarn. Namun benarlah kata orang. Kebenaran sering kali akan mmbuat hati setiap insan tluka. kerana kebenaran akan membongkar segalanya dan kepuraan pula mnjadi kenyataan. Aku cuba mleraikan apa yg  bmain di minda dan dihati sendiri. Cuba mencari jawapan hati. Untuk menutup seribu soalan dengan satu jawapan. Dimana harus aku mulakan. perlukan aku menoreh luka lama yang telah lama sembuh. Atau simpan dan pendam sahaja..biar hati ini terus tertanya-tanya. Dengan kenangan yang sering hadir tanpa hadnya.  

    Dan bagaimana jika aku katakan spanjang hidup, aku masih di bayangi kisah duka ini. Wajahnya masih lagi mghantui diriku. kenapa bayangannya sering kali hadir di mata hatiku tika saat bahagia mula kukecapi. Mungkin inilah balasannya untuk aku. Dan aku tidak mampu untuk menolak rasa kekesalan  ini. Benar aku bersalah.. kerana telah melukakan hati org yg menyayangiku. aku telah mbuatnya terluka dan kecewa setelah dia jatuh cinta padaku. Maafkan aku jika telah membuat dia menagih kasih dan tidak aku hargai. Menyesalkah aku dgn takdir ini. persoalan itulah yg sering bmain ddalam diri aku. mengapa aku masih tidak dapat  menerima hakikat bahawa kau bukanlah jodoh buat ku. begitu juga aku yg tidak di takdirkan utk kau miliki. mengapa Afiq...kehadiran kau dlm hidup ku telalu bmakna. masa kan aku boleh mlupakan kau dengan bgitu saja. memori kau dan aku masih tpahat kemas dalam ingatan ini. senyum dan tawa kau mmbuat aku mjadi rindu pada kau.  Disepanjang pcintaan kita kau tidak pernah sekali2 mmbuat aku tluka. apatah lagi utk myakitkan hati aku. aku rindu pada kau fiq..

    kau mghargai aku dgn cara kau yg tsendiri. kau mbuat aku ceria bila berada di sisi. kasih sayang kau pda kau. kau mrelakan apa saja yg aku ingin aku lakukan. dan pernah sekali aku mnampar pipi kau secara tidak sngaja. atas gurauan yg kau mulakan. entah kenapa aku jadi marah dgn gurauan kau pd hari tu. ringan saja tngan aku mnampar ke wajah  kau. namun mujurlh tamparn itu tidak mmbuat kau mmbenci aku. bukan aku sengaja menyakiti kau. tapi kau  yg mmulakan gurauan yg ketelaluan itu. mungkin masa itu angin aku kurang elok. aku tahu niat baik kau. kau cuba mmbuatkan aku thibur. tapi perlukah kau katakn pd aku. jika aku tak sayang kt  kau. kau boleh suruh aku cari org lain. dan tidak perlulah kita terus brsama. kenapa ayat itu yg kau katakan.. bukankah sudah brulang kali aku myakinkan kau. hati aku hanya utk kau. knape masih lagi terusan mragui kasih sayang aku pd kau. telah aku buktikan sgala-segalanya. dan aku mahu kau tahu bahawa tamparn itu. sbenarnya ksakitan itu adalah milik aku. walaupun kau yg aku tampar..sakit dihatiku lebih pedih dari tamparn yg aku berikn. sejak itu  kau mjadi lebih bhati2 bila bersuara dgnku. kau mula belajar mnerima hakikat yg kita mmg pasangan yg normal. pasangan yg bhak brsama. walaupun kita berlainan bangsa.

    Afiq...masih ingatkah kau lagi pada aku di hari ini. tapi aku pcaya sampai bila2 pun kau tidak akan dpt mlupakan aku. seperti mana aku tidak dapt mlupakan dri kau. kerana sejarah cinta kita sentiasa d mata kau. bayangan aku akan sering bmain diminda kau. kerana kenangan kita dekat dengan perumahan kau. jika kau mlalui jalan itu setiap hari. pasti kau akan mnoleh mlihat bangunan yg pernh kita masuki. bangunan yg mjadi tugu sejarah prcintaan kita bdua. dan bila aku mlalui jalan itu. pasti mata aku akan terus mmandang hingga bayangannya hilang dri mataku. selagi bangunan itu kukuh bdiri selagi itu lah aku akan mgingati dri kau fiq..perlukah aku hidup dlm bayangan cinta yg tluka ini fiq..aku tidak pasti..kerana ini adalh prsoalan hati. aku tidak dapat mnolak jika ia datang. kerana bukan aku yg mminta..
    afiq..tahukah kau, setelah setahun kita bpisah pernah aku berkunjung ke tempat keja kita dulu. aku cuba mrawat luka sndri. dengan mnebalkan muka utk menemui kau. kalau2 kau masih berada di sana.. 
    walaupun jauh dr sudut hati. aku yakin tidak akan menemui kau. tapi sekurang2nya aku telah mcuba..
    Trnyata benar kau tiada di sana. tapi mujur lah ada seorang dua kawan kita yg masih lagi bkerja disitu. aku seperti seorang pyiasat yang cuba myiasat tntang diri kau tanpa segan. mana tahu kalau-kalau mereka tahu tentang kau. Sementara mata ini melilau-lilau mencari bayangan kau di segenap sudut ruang legar disitu. Seolah aku ingin mengimbau kembali kenangan kita berdua. tiba-tiba rasa hiba mula menyelubungi ke dalam hati. ketika terpandang tempat yg selalu kita duduk dan bergurau bersama.

    Dari kata mereka kau sudah ada penganti aku. seorang gadis berbangsa cina. kata mereka
    lagi gadis itu tidaklah scantik aku. Entah iya entah kan tidak. aku hanya tersenyum dgn kata-kata mereka. Namun hati kecil ku berbisik sendiri. Apa ada dgn kcantikan kalau diri tidak di kasihi oleh kekasih hati. mungkin itu pilihan terbaik untuk diri kau. Tidak seperti aku yang masih tercari-cari pilihan hati. Pengalaman lalu membuatkan aku lebih  berhati-hati untuk memberi hati pada seseorang.
    Ada juga aku terfikir. Adakah kau akn membenci pada bangsa aku fiq.. atau hanya pd aku kebencian kau pendamkan..?
    Setelah pulang ke rumah.. aku masih lagi tkenangkan diri kau. adakah kau bahagia bsama dengannya. Sudah lupakah kau pda aku?. Pelbagai persoalan mula bmain di fikiran aku. Tiba-tiba aku jadi cemburu dgn kebahagiaan yang kau kecapi.

    Air mata ini tidak dapt aku bendung lagi. berderai juga ia setelah kian lama aku tahan. Tresak2 aku mnangis sndirian di kamar. menangisi 
    nasib sndri yang entah bagaimana. Lalu aku tpandangkan  cincin pmberian kau fiq. Sebentuk cincin yg kau hadiah kan pd aku sewaktu kita di ibukota bsama teman2 
    bcanda. Cincin itu aku pegang dan sarung ke jari. namun telah aku letak kembali ke tmpatnya. bila mlihat tanda harganya yang mahal. Rupanya tanpa aku sedari kau telah tahu tentang itu. 
    Tika sewaktu berduaan di dalam bas kau mberikan aku sebuah kotak kecil berwarna hitam. Dan tika itulah kenakalan kau bermula. kau hulurkn kotak tersebut tetapi sepantas kilat juga kau mnariknya kembali. kau kata "ya sudah,kalau tak mahu!" walhal aku baru sahaja menghulurkan tangan untuk menyambutnya. Dengan tidak semena-mena kau campakkn kotak tu keluar dari tingkap bas. Kemudian dengan sengaja kau memarahi dan marajuk dengan sikap aku. aku rasa sperti dipermainkan. geram dengan sikap kau. aku diam seribu bahasa. malas nk layan kau. aku pandang di luar jendela bas cuba sejukkan hati sndiri. sambil sesekali  mjeling ke arah kau dengan perasaan yang marah. tapi kau pula buat-buat mcm x de apa-apa. aku jadi betambah geram.

    Tiba-tiba tanganku, kau tarik dengan plahan kepangkuan kau. Lalu kau sarungkan sbentuk cincin ke jari manisku. Cincin yang bcorak hati bersama sebuah mahkota yang diukir indah. Rupanya itulah cincin yang aku lihat dan mencubanya  di pasaraya tadi. Cincin itu amat unik skali kerana itu aku amat myukainya. Tapi kerana harganya yang agak mahal aku meletakkannya kembali. Mungkin bukan rezeki aku untuk memilikinya. Kini aku jadi tkejut dgn pmberian afiq. Namun di hati sudah bbunga bahagia. Terima kasih fiq kerana mghadiahkan cincin itu pd aku sebagai tanda cinta kau.

    Walaupun aku masih lagi kehairanan kerana bila masa  kau myedari yg aku sukakan cincin itu. Kerana waktu itu kita sibuk dgn urusan masing-masing.  Maklum lah kita juga bukan keluar berdua. Bernard, lee,siew dan singh pun ada sekali. Masing-masing mencari barangan yang disukai. Tempat dating kita hanya ditempat kerja iaitu di kuanter pembayaran tiket masuk. Tapi bila keluar kemana-mana kita selalu akan keluar bramai2 dengan kawan2 yang satu kepala dengan kita.  Belum pernah lagi aku dan kau ke tempat yang jauh bdua2an. Terfikir juga aku waktu itu..belum pernah kita keluar bdua. hanya di tempat kejelh tmpat kita bjumpa. Agaknya ni lah dikatakan 2 dalm satu. keje sambil bdating. aku pun hanya mgikut rentak kau yang suka berkawan. yg penting kau ada tika aku perlukan kau. aku belek2 cincin dijari sendiri. Aku rasa sangat bahagia waktu itu . sepanjang hari aku hanya tersenyum melihat kau. sukanya hati tidak tkata. hilang sudah rajuk dihati. Aku  namakan kisah cinta kita ini sebagai  "Mahkota Cinta " ia akan mjadi lambang percintaan kita brdua.  Namun sayangnya fiq..cincin itu telah hilang dari simpanan aku. Percayalah.. bukan aku yg sngaja mghilangkannya. Mungkin ada hati yg bkenan dgn cincin itu. Seperti saat pertama aku mula-mula tpandang cincin itu. Seolah ingin terus mmilikinya dan tnyata hajat aku tcapai walaupun hanya seketika. Airmata dipipi aku sapu dengan semangat baru..

    _
    ____________________________________________________

    Malam ini entah kenapa mataku seolah tidak mahu dipejamkan. memori2 silam datang menjengah ke dalam fikiran. Aku jadi teringat pada kenangan2 lalu yg sudah hampir bertahun blalu..kenapa malam ini ia hadir lagi. Lalu mmbuka kembali tirai rinduku padanya. bila diingat kembali saat itu mmbuatkan aku btambah mrindui kehadiran dirinya. tapi cuba aku tolak perasaan yg dtg mgocak jiwa wanitaku. aku tidak mahu perasaan rindu ni terus terusan berada dalam diriku.. sedangkan dia sedang bahagia disana. tapi ia masih blegar di ruang fikiran..hadirnya bukan ku pinta.juga tanpa ku undang..

    Tanpa aku duga kenangan duka itu hadir membuka kembali tirai kisa  cinta yang telah berlalu. Bohonglah jika aku katakan hati ini tidak pernah jatuh cinta lagi.  Bahkan bukan hanya skali. Malah lebih dari lima orang lelaki yg pernah hadir dalam hidupku.
    Cintakah itu..? pada aku itu bukan cinta. mungkin sayang! mereka aku terima sebagai kawan. kerana untuk memberi hati pada seseorang itu bukan mudah. kerana aku tidak mahu terluka lagi. Kami berkawan dan dalam masa yang sama cuba mgenali diri masing-masing. maklumlah tmpoh pecintaan bukan sbulan dua. Dan juga bukan senang untuk mgenali hati budi masing2. stahun pun belum tentu kita dapat kenali dirinya. Namun entah mengapa malam ini. wajah lelaki itu hadir diruang ingatanku, mmbuatkan aku jadi rindu pdanya. rindu pada kenangan indah yang telah terukir dihati. Lelaki yg pernah aku cintai dan yg pernah brtahta di hatiku. walaupun hadirnya hanya seketika dalam duniaku. Memori indah bersamanya tetap terpahat. pastinya akan aku kenangi smpai akhir hayatku. Usah dicemburui kalau nama ini sering hadir dingatanku. kerana memori bersamanya memberi byk makna dalam hidupku.

    Lelaki itu yg ku panggil AFIQ..nama yg aku sndri berikan. nama yg paling aku suka. nama yg ada pengertiannya yg tersndiri. Afiq, mungkinkah d saat ini kau juga mgingati aku. seperti mana aku tkenangkn dirimu saat ini, aku tidak tahu knape bayangn dan wajah kau hadir kala ini. tapi khadiran kau tidak d undang olehku . ia datng dgn sndirinya d skrin fikiran. mengapa Afiq adakh kau mrindui aku kala ini..kerana tu aku juga dpt mrasakan kerinduan itu. namun aku tidak mahu bmain dgn perasaan sndri. tapi bila bayangan kau hadir..memori itu tiba2 tsingkap. masih kah kau ingat Afiq ptemuan ptama  kita. waktu itu aku baru sahaja tamat tngkatan 5. cuba belajar mcari duit sndiri. walaupun tmpatnya tidak sesuai tapi itulh yg tejadi.. kerana hobi dan minat aku sanggup mmohon kerja disana. tak sangka pemohonan aku bjaya. Bila dikenang kembali terasa lucu juga. tapi itulh yg sbenarnya..saban hari kita btemu, saling usik mgusik.. 


    waktu itu kita hanya kawan2 biasa. x ada apa yg mmbuat kita tidak slesa bsama. kawan kau kawan aku..kawan aku kawn kau. tidak ada persaan cemburu pun aku pd kau. bgitu juga dgn kau. mmg hidup kita waktu tu penuh dgn kegembiran. lebih2 lg mmg kita ni jenis kpala gila2.. mmg santai gila! tapi walaupun kita kepala gila2..tak lh sampai nk myakitkan hati sesiapa. cuma kita bahagia bsama spanjang waktu bkerja. macamna aku x suka kt kau Afiq.. bila time aku kena marah dgn boss. kau pasti buat lawak utk bg aku ketawa blik. dan pernah satu hari tu. kau kena kan boss cukup2..sampai skarang aku tetap simpan rahsia tu. mahu saja ku coretkan disini kenakalan kau itu. tapi biarlh hanya aku saja yg tahu kenakalan kau. maklumlah waktu itu jiwa kita masih remaja. bsama dgn kau aku rasa bahagia. bahagia sgt2 sukar nk di ucapkan dgn kata2. kerana kpala kau penuh dgn idea yg gila2. ada sahaja kenakalan dan lawak jenaka dari kau. 


    Tapi satu hari tu..kau cakap nk jumpa aku kat suatu tmpat. ada hal yang amat penting sgt nak kau sampaikan pada aku. bila aku tanya apa yg penting sgt tu. kau kata tak boleh kasi tahu lagi. tapi esok kau nk juga jumpa aku kt sana. Jangan tak datang kata kau. sbb dah tempah meja rugi kalau tak datang. eheh..meja pun kena tempah jugak ke? ah! x kisahlah sbb aku tahu mmg kau dah biasa dgn gaya hidup bgitu. Sewaktu aku nak balik kerja. kau tetap ingatkan aku lagi. jangan tak dtg, penting ni kata kau. Berulang kali kau nyatakan pada aku. Aku tengok muka kau, mmg kau bsungguh2 dan serius mnyatakannya pada aku. seperti ada nada rayuan di hujung suara kau. akhirnya aku mengalah. okeylah, aku bjanji yg aku akan datng esok jumpa dgn kau. baru aku tengok kau mula tsenyum panjang. Esok mmg waktu aku bcuti. Pagi tu bolehlah aku rehat kat rumah. Petang baru aku turun jumpa Afiq kt tmpat yg dia katakan itu. Afiq keje waktu tu. ptg nnti dia akn curi2 dtng kt tempat tu nnti. lagi pun tmpat yg dia ckp tu hanya selang 1 tingkat dgn tmpat kami bkerja. Cuma org tidak akan perasan sbb restoran tu agak ttutup. hanya yg tempah meja sahaja yang boleh masuk. Seperti yg di janjikan ptg tu, aku tunggulh kat meja yg dickpkan tu. Dalam 10 minit kemudian bru kau dtg. Aku tengok kau senyum2. aku pun snyum lah juga. aku tanya mana kwan2 yg lain. kata penting sgt hari ni. hari jadi sape hari ni. nak calebrete apa kt sini. btalu2 soaln aku kt kau. kau diam je..tapi masih lagi duk senyum2 kat aku. pastu tiba2 plak kau kasi bunga kt aku. kau kata bunga ini khas utk aku. alamak!! kenapa lak tiba2 kau kasi bunga kat aku ya. Bunga tu pula bukannya skuntum. ini sejambak..aku rasa ada dlm tiga puluh kuntum. aduh!!mcmana nk bawa bila naik bas ni..nnti mesti smua org tgok kt aku. malu lah aku jdi tontonan org. kata aku dlm hati. tapi x kisah lh org nk kasi aku abik je. Dalam aku duk fikir2 tu. Tiba-tiba kau melutut dihadapan aku. Dengan pantas menarik tangan aku. pastu kau tanya pada aku. boleh x kalau kau jadi boyfriend aku. Afiq..aku jdi tekedu dgn pmintaan kau. aku tak sangka rupa2nya kau betul2 suka kat aku. aku ingat kau hanya bgurau je slama ini. mmg aku slalu dgr kau ckp kat kawan2 kita. kau ckp jgn kacau aku. aku kau punya..tapi aku gelak je masa tu..sbb kau x pernah pun tanya kt aku. dan tak pernah pun tunjuk rasa cembru kat aku..bila ada org ngorat aku. kau mcm x kisah je.. walaupun ada kata sindiran dri kawan2 kita kat aku.. " habislh nnti..klu afiq tahu..dia tentu cemburu, tak takut ke?"..ekk.. aku dgn afiq x de apa2 lah...mmg ayat itu lh sllu aku balas blik. Tapi pada petang tu.. Semuanya sudah jelas dan terang. Aku sebersalah.. Kalau aku kata ya. maknanya aku dah sah2 akan jdi girlfriend dia. tapi tak akan aku nk kata tidak! mestilah aku kena kata ya.. sbb aku pun mmg suka juga kt kau. tapi masa itu sebagai seorg kawan. kini aku kena suka kt kau sbagai bf aku..camna ya...

    Afiq, sejak hari itu brmulalh kisah cinta kau dan aku. Perhubungan kita telah mdpt restu dri kedua org tua kau. mereka berdua amat sayangkan aku. mereka buat aku mcm anak mereka sndiri. bgitu juga aku amat sayang pada keluarga kau Fiq. kita amat bahagia skali pd saat itu. dan aku amat myintai kau dgn spenuh hatiku. tidak ada insan lain yg boleh mgubah kasih sayng aku pada kau. tapi bgitu lh langit tidak sllunya cerah. dugaan demi dugaan dtg btimpa2. tanggal march 1994 aku tlibat dgn kemalangan jalan raya. sbulan aku tlantar d katil hospital. tapi kau ttap setia d sisi. pegi keja dan pulang keja kau ttp dtg mjenguk aku d hospital. begitu juga dengan ibu kau tak jemu mmasakkan makann kegemaran aku. sedih sayu wajah mereka bila mlihat aku bgitu. bukan aku pinta jadi bgini Fiq, ini dugaan utk aku. dan..pengertian dri kau amat aku perlukan. aku tahu kau juga sedih mlihat aku bgini. namun kasih sayang kau pd aku masih ttp kukuh dan mbara. kau cuba btanggungjawab mjaga aku dihospital. bagaimana aku boleh mlupakan kau Fiq. itulh jasa kau pada aku. pasti akan aku kenang sampai bila-bila. tapi baru beberapa sebulan saja aku keluar dri hospital. banyak perkara telah belaku dengan perhubungan kita. kerana di waktu kau mjaga aku di hospital. ramailah kaum kerabat aku dpt mgenali diri kau fiq. ada yg suka dan yg tidak suka. ahh..aku x kisah dgn semua itu. asalkan aku tahu kau sayang aku. tpi dugaan datang lagi mguji pecintaan kita. 


    keluarga aku pula yg menentang hubungan kita fiq. kata mereka banyak lagi lelaki melayu yg ada kt mlaysia ni. kenapa bangsa cina juga yg aku pilih. adat kau lain agama kau lain. macam2 mereka mmberi pdapt mereka tentang kau. kata mereka aku pula yg akan ikut ke agama kau..aku ni prmpuan, susah.. kalu lelaki x mgapa. apa yg susah dan apa snng nya. sama juga dgn lelaki melayu..nama je org melayu tapi blum tentu solat,puasa dn baik hati. manusia ni sama shaja ciptaan Allah. kata aku pd mereka. walaupun telah aku jelaskn yang kau akan masuk islam dan kau dh byk belajar tntng islam. walaupun x  semua kau dh tahu. cuma kau perlukan sokongan dari aku. tapi itu hanya kata2 aku fiq. mereka masih tetap mnentang kita. apa salahkah kita bcinta fiq..walaupun kau bbangsa cina dan aku melayu..sedangkan hati kita saling myintai..apakh  dosa kita pd mereka fiq..hingga mereka nk pisahkn kita bdua. dan sampai hati mereka berubat mgunakn cara halus. utk bolehkn aku lupakan kau fiq. bgitu skali mereka bsungguh2 nk 

    pisahkan kita bdua.. Tapi takdir tuhan tak siapa dpt mduga..akhirnya apa yg mereka hajat tnyata d izin Allah.
    Entah kenapa pada hari tu, tiba2 aku mjadi benci tramat sgt pada kau fiq.. bila melihat wajah kau, aku mula benci, mndgr suara kau pun aku jd benci, mdgr bunyi motor kau sja pun aku semakin benci. aku benci semua yg ada pada diri kau. tapi walaupun aku bgitu  kau masih x jemu2 dtg merayu pd aku Fiq..  kata kau rela lepaskn aku sbagai kekasih, tpi terima lh diri kau sbagai seorang kawan. kau x nk bpisah jauh dari aku. tangisan kau tidak aku hiraukan rayuan kau tidak aku pdulikan. Maafkan aku fiq..
    Pasti akan bderai airmata ini fiq, bila memori ini ku cuba singkap kembali. dan sampai hari ini aku masih tertanya2 apa salah kita pd mereka Fiq. sanggup mereka mmisahkn kita bdua..
    percayalh nama kau tetap tpahat di hatiku AFIQ_STEVEN1994.

    *Allahamdulilah, tanggal 19/9/2012..Allah memberi kesempatan utk aku menemui kau. walaupun setelah 18 tahun kita berpisah. dan terjawaplah kini segala persoalan yg tersimpan. meskipun aku belum lagi berhadapan dengan kau sendiri. namun cukuplah aku tahu kau telah menemui penganti diriku. doaku semoga kau sentiasa bahagia bersama dgnnya serta 2 orng cahayamata yg comel.


Seutas Rindu Untukmu



Seutas Rindu untukmu


ku dakap bayangan
yang penuh dengan harapan
mencari syurga dalam diri
kerana mu telah terkalung
seutas rindu di penjuru hati 
membawa mimpi-mimpi indah
antara kasih dan cinta
terbahagi dalam genggaman
masih adakah seutas keyakinan
agar dapat ku pertahankan
buat kita mengejar pelangi jingga
di hujung perjalanan..


Lukisan Hati,
Isabell@_@li 2012

Merdeka Itu Kebebasan


Merdeka itu kebebasan..

bersyukur pada Allah 
kerana dilahirkan selepas
terjadinya kemerdekaan 

tidak sempat merasai
kesusahan dan keperitan
di zaman peperangan
kini kebebasan yang dikecapi
dapat dinikmati oleh semua
tak kira bangsa dan agama
semuanya sanggup berkorban
demi malaysia tercinta
buminya subur dan makmur
dicemburui oleh segelintir negara
dan sebagai pemilik asal peribumi
aku amat berbangga menjadi
sebahagian penghuni disini
segala keperluan semua ada
jika dibandingkan dengan negara luar
malaysia adalah yang terbaik
dari segi kemajuan dan keagamaan
jika masih ada rasa kekurangan disini
itu adalah dari sikap manusia sendiri
kerana hanya dia yang dapat mengubah
kehidupannya bukan orang lain
jika dia berusaha untuk memiliki
kehidupan yang sempurna
haruslah ia berusaha dan bertawakal
dan jangan hanya menuding jari
pada kesalahan orang lain
untuk menanggung kesusahannya
orang yang menyerah diri
pada Allah tanpa berusaha
itu manusia yang hidup dengan sia-sia
tidak mengunakan pemberian Allah
antara dua tangan dan dua kakinya
untuk mencapai kenikmatan yang ada
suka pada perbalahan dan perpecahan
membuat kacau bilau serta kerosakan
dibumi adalah satu kebencian Allah
kemerdekaan ini kebebasan untuk kita
tetapi jika kebebasan ini tidak digunakan
dengan sebaik yang mungkin
tanpa ada perbezaan antara hak dan batil
pasti akan diturunkan seksaan
yang amat pedih dan kejam pada manusia
kerana janji Allah itu pasti..


Lukisan Hati,
Isabell@_@li 2012

4 Sept 2012

Hanya mimpi



Hanya mimpi..

waktu seolah bermain dengan aku
terasa malam seperti seketika
bila lena ku diulit mimpi penuh syahdu
dengan kehadiran wajahmu menemani
tidurku bersama kenangan-kenangan lalu

kerinduan mula mencengkam disanubari
membuat diri jadi malu sendiri
apakah kau juga begitu seperti aku
dilanda mimpi yang serupa

kelopak mata mula berkelip-kelip
mengintai sejarah yang telah pergi
disubuh ini aku menjadi perindu sepi
yang tinggal hanyalah mimpi..

Lukisan hati,
Isabell@_@li 2012