30 Mar 2012

Opera kehidupan..



Opera kehidupan..

Hidup ini maya
atau realiti
terpulang pada kau
apa pun tafsiran
yang kau suka

pelbagai rupa
bentuk ditemui
aku dan kau
berbeza
tapi serupa
ada semua
lengkap segala

walau kurang itu
tapi lebih ini
buka mata pasti nampak
buta hati
susah nak terang
bodoh seorang terjun lombong
orang lain peduli apa

sandiwara wujud setiap hari
mahu atau tidak
kita penonton
dan kita juga pelakon

pentas ini milik DIa
opera hidup itu kita
penghujungnya........?
tepuk dada tanya selera...

Lukisan Hati,
Isabella ali 2012

26 Mar 2012

Aku lupa..


aku lupa..

siapa aku
siapa orang tuaku
siapa saudara maraku
bagaimana sahabat-sahabatku

apa agamaku
kemana arah tuju hidupku

mencari pahala
menjauhi dosa
bagaimana.....?

aku lupa
asal usulku
manusia yang dihina IBLIS

ketika kecil
aku hanya tahu meminta
kini dewasa
aku hanya tahu meminta lagi..?

aku tahu
ilmu tidak datang bergolek ke kaki
harus dicari
jika perlu berkorban....pergi!
kerna redha Illahi yang hakiki

alasan hanya untuk si pemalas
walau bertongkat dagu mengheret badan
selagi bernyawa.............wajib!
cahaya dariMu
hanya terang untuk yang meminta
aku takut dalam kegelapan......

Lukisan Hati,
Isabella ali 2012
 

Tika zaman remajaku



Teringat aku pada tika zaman remajaku..

walaupun ayah kelihatan garang tapi sebenarnya ayah seorang yang sporting. kerana apa saja kehendak anak-anak pasti ayah tunaikan. kalau bab makan tak payah cakap lah.  minta apa sahaja ayah pasti belikan. lebih-lebih lagi dengan aku. maklum lah aku anak perempuan yang dia ada kerana kakak aku telah dijaga oleh orang lain. walaupun aku ni anak kesayangan ayah. sememangnya aku tidak pernah abik kesempatan dengan kasih sayangnya. kalau nak bercakap atau  nak meminta sesuatu dari ayah. aku tetap ada perasaan takut. hati sentiasa rasa bedebar-debar. takut ayah akan marah atau melenting. meskipun aku nih boleh dikatakan manja jugak lah dengan ayah. Apa yang aku nak ayah pasti akan belikan. tapi yang selalu aku minta belikan baju, seluar dan kasut kegemaran. walaupun agak mahal ayah belikan juga. ayah cakap kalau kain mahal tahan lama. sebab itu ayah ikutkan jer kehendak aku.  tapi manja aku tak lah manja yang mengada-gada tu. kalau tak dapat apa yang dihajati akan  hentak-hentak kaki. mulut tu muncung sedepa tak pun berkurung dalam bilik mogok lapar. no..no...aku bukan macam tu. dan tak pernah pun seumur idup memerontak dengan mak dan ayah. sebab aku tahu mak dan ayah aku bukan orang kaya raya. aku juga tak pernah bandingkan diri dengan kawan-kawan yang mewah.apa yang kawan aku ada. aku tengok jer dengan niat suatu hari nanti aku pasti akan dapat seperti yang mereka ada.contohnya handset, walkman dan eksesori budak-budak remaja sezaman dengan aku pada waktu itu. aku pun tak kan suruh ayah dan mak belikan. sebab tahu benda tu tak penting. lebih-lebih lagi masih dibangku sekolah. untuk apa semua itu. jadi benda itu semua aku tolak ke tepi. yang penting pada aku hanya meraih kasih sayang dari mak dan ayah. lebih-lebih lagi bila mak dan ayah berpisah.


Bila aku bandingkan zaman sekolah aku dulu dengan zaman sekolah budak-budak perempuan sekarang. yang sebaya dengan aku dulu  pada hari ini. memang agak jauh perbezaannya. kalau skala 1 - 10 perbezaannya dah tahap 8 . kebanyakan remaja sekarang terlalu berani, perasan lebih, tak tahu malu dan berlagak pandai. umur baru setahun jagung dah berani buat apa saja. mencuba ikut suka dan yang parah menyusahkan orang lain juga. Diaorang ingat 24 jam mengadap laptop, komputer atau handphone kat tangan dia rasa dia dah bijak. untuk suasana dalam rumah boleh lah dia nak tunjuk layak. tapi suasana diluar rumah belum tentu dia pandai. baru menang last level games atau selesaikan satu masalah kawan dia dah rasa dia terror.  dah mula rasa  besar dan boleh buat keputusan sendiri. alih-alih kena tipu *walaupun ada orang tua juga pernah kena tipu(kes tpencil).  otak remaja sekarang semakin mudah celaru dan cepat naik angin sbb rasa diri  dah bagus. kenapa boleh jadi macam itu. kerana semuanya ada di dalam rumah. dia dah mula bosan. tak ada  aktiviti out door yang lasak.. tak pernah terjun sungai, redah semak samun dan berjalan berbatu-batu. badan tak pernah rasa sakit. jadi dia nak mencuba yang extrim. seperti bunuh diri, terjun bangunan, lari berbatu-batu ikut kekasih hati dan macam2 lagilah yang mereka nak cuba.  dari mula lahir sampai dah remaja terkurung dalam rumah 24jam*(kg dgn bandar dah sama skarang). segala aktiviti mesti bersama keluarga. ibu bapa tak yakin dengan kebolehan anak-anak bila berjauhan dengn mereka. bayangkan remaja yang dah berumur 15 tahun masih di anggap kecil. rasanya kalau kawin dah ada benih yang dia boleh tanam.
*remaja 15 tahun ke atas.

Kebebasan yang diberikan oleh ibuayah juga di salah guna oleh mereka. berani menjawap bila disoal. seperti  mereka pandai dalam segala segi. selalu yang trjadi bila perubahan pertama tidak disedari oleh penjaga. atau pun penjaga bersikap lepas tangan. hairan juga dengan segelintir remaja dari dulu hingga kini. ada mak dan ayah yang masih duduk sebumbung tapi mereka boleh menjadi liar. seolah tak ada sesiapa yang memantau dan mdisplinkan diri mereka.
mak dan ayah bella bercerai masa tu bella darjah 4. bella dijaga bergilir dengan nenek, ayah dan emak. bila duduk dengan mak. masa tu bella dah tingkatan 1. ketika  tinggal bersama mak. bella rasa agak tertekan. dengan kewangan mak yang tak stabil.  terpaksa berpindah ranah. rumah jauh dari sekolah. terpaksa berjalan kaki sejauh 2 batu. tapi itu hanya tekanan badan. fikiran tetap bahagia sebab dapat tinggal dengan mak. tak pernah bella  merungut. semuanya bella tempuh dengan hati yang redha. apa saja mak suap bella telan jer. sampai sekarang mak akan sedih jika bella majuk lama-lama. sebab bella tak banyak perangai. tu kadang nak majuk pun kena fikir bekali2...huhu..
kalau orang tengok muka ayah memang ayah nampak garang. tapi sebenarnya ayah berfikiran terbuka. ayah tak pernah nak mengkongkong kebebasan bella. nak kemana ayah tak pernah halang. even ke disco pun kalau bella nak pegi ayah tak halang. ayah cuma pesan kalau pegi sana kalau nak minum air beli sendiri. jangan tinggalkan meja. tapi bella tak pernah pegi disco pun. ayah nasihat  sebab ayah selalu bercampur dengan orang ramai. maklumlah dia kan chef kat hotel. jadi banyaklah pengalamn hidupnya. bella dengar jer..memang bella ni jenis tak banyak mulut masa remaja dulu. apa orang cakap bella anggukkan jer. pemalu tahap apa entah masa itu..huhu..
tapi satu jer yang ayah pesan sampai sekarang bella ingat. kata ayah, kalau bella gatai nak belaki cakap jer kat dia. tak kisah lah dia tu keling gila ker atau cina jual botol ker. ayah kawin kan jer kalau ko nak sangat. dari bella menconteng arang kat muka ayah. apa-apa cakap jer..jangan nak buat senyap-senyap.* tapi lupa lak nak tanya pada ayah. nape nama orang melayu dia x sebut. kalau sebut tentu dah jadi 1 malaysia..hehe..
Kerana  tu aku berani bagitahu ayah semuanya tak kira baik atau buruk semua bella sampaikan kat ayah..*otak budak2 kan...hehe...tapi apa yang bella bagi tahu x pernah pulak ayah marah...bestkan..hati pun jadi lapang sbb x de rahsia yang tersembunyi. luv my  dad...


Bukan niat untuk menilai atau menuduh siapa yang benar dan siapa salah dalam tingkahlaku remaja pada hari ini.
Marilah kita fikirkan sejenak. cuba renung ke wajah anak-anak remaja kita. tanya pada mereka dari hati ke hati.
jangan biarkan mereka rasa tersisih. setiap hari tanya kabarnya. jangan ingat hanya memberi makan. dah terlepas tanggungjawap seorang ibu dan ayah. masih belum terlambat lagi untuk mengubahnya.
Kehidupan hari ini  yang akan menentukan kehidupan kita di akhirat kelak. rasa-rasanya dapat tak anak yang dikandung dan dijaga, sedekahkan Al-fatihah buat kita kelak...? mudahan2 ya... insyaallah.....
*hanya pada remaja yang bermasalah...

Sekadar renungan,
Isabella ali 2012
*suka jadikan negara jepun sumber insprasi diri..











kenangan bersama ayah tersayang..

22 Mar 2012

Rajuk ini..



Rajuk ini..

aku jadi lupa pada jasanya
kerana aku sedang amarah
aku buang kenangan dengannya
kerana aku geram dan kecewa
tapi hati tak sekeras batu
ada ketika ia cair seperti ais
tetap masih cuba bertahan
kedegilan bercampur keegoan
namun di jiwa tidak tenang
sentiasa ia bergelora seperti lautan
entah sampai bila rajuk ini berakhir
tidak mahu aku hitung
atau sengaja tidak aku endahkan
hati yang tercalar semakin parah
bila menatap wajahmu
aku jadi sayu dan terharu
teringat kebaikan yang dilakukan
mengapa semakin dewasa
kita semakin menjauh
mengapa.....?

Lukisan Hati,
Isabella ali 2012
 

21 Mar 2012

Saat resah tertikam didada


Saat resah tertikam didada

Dapatkah kau dengar
jeritan hatiku
yang telah engkau lukakan
pasti kau tak akan sedari
kerna keegoanmu  tinggi
sedangkan hati ini
tak berdaya lagi bertahan

c/o tanpamu aku sepi
mengapa mudahnya
engkau lupakan
segala pengorbananku
tergamak kau sia-siakan

setiap kali susahmu
aku yang  menemani
kini bila dah benci
aku kau tinggalkan

sampai hati kau mainkan
perasaan ku yang tulus
menyayangimu
menyintaimu

sukar untuk aku lupakan
dirimu yang ku sayang
sakit dan perit di dada ini
bagaikan tetikam belati tajam
setelah kau pergi..

Lirik: Isabella ali 2012

20 Mar 2012

Penjara Jiwa


PENJARA JIWA

terasa sepi jiwa ini
bila kau pergi tanpa 
ku tahu apa sebabnya
penat sudah
ku mencari punca
mengapa terjadi begini
perpisahan yang kau mahu
membuat ku sengsara
jiwa ini degil tak ingin
melepaskanmu
kembalilah sayang
pulang pada ku
apakah kau telah jemu
bersama denganku
tidak ku tahu apa lagi
yang dapat menyakinkan
tentang rasa cinta ini
bukti kasih sayang dariku
robohkan saja penjara jiwa
yang telah aku bina
atas namamu
agar lenyap segala derita

Lukisan hati,
Isabella ali 2012
 

16 Mar 2012

Bicara Satu Hati

Bicara Satu Hati..

Setiap kita pasti melalui
keadaan suka dan duka
hari ini, semalam atau esok
hati yang terpendam luka
hingga sukar untuk bernafas
namun bila tika bahagia hadir
kita pasti akan melupai 
pada tangis yang datang
lalu terpancarlah riang
walau adakala sengsara
menerjah ke hati
rindu tetap menemani
bila ia singgah 
merawat kesakitan jiwa
hati akan kembali tenang
bila cahaya illahi menerangi..

Lukisan Hati,
Isabella ali 2012 

15 Mar 2012

Gundah hati ini


Duduk aku temenung
diulit rasa gundah
yang datang menyapa diri
buat hati rasa tak enak
terkenang dirimu
yang jauh disana
entah bagaimana
keadaan dan suasana
yang kau terpaksa hadapi
ingin saja aku terbang
temui diri mu tika ini
namun aku tak berdaya
hanya dari kejauhan
aku berdoa agar kau
selamat dan bahagia
walau hati di himpit pilu
aku cuba tabah menghadapi
kepulanganmu itu
akan aku nanti dengan sabar
lalu kirimkanlah berita untuk ku
agar aku rasa tenang disini..

Lukisan Hati,
Isabella ali 2012

Aku dan Muzik


Muzik
cakap sahaja pasal muzik
akan berlegarlah lagu-lagu
kegemaran aku di minda
dari tingkatan 1 aku telah mula
membeli dan mengumpul
keloksi lagu-lagu yang aku suka
jika tak mampu aku beli
lagu tersebut akan aku rakamkan
dari corong-corong radio aku dengar
mak juga tahu hobi aku ini
kalau ada kaset tapi takde radio
macam mana aku nak dengar
jadi mak belikan sebuah radio untuk aku
walaupun agak mahal
mak belikan juga demi aku
terima kasih mak atas kasih sayangmu

pelbagai gaya dan irama lagu
aku dengar hingga aku boleh
menghafal siapa penyanyinya
suara siapa yang enak didengar
dan muzik apa yang paling bagus
aku boleh meneka

hinggalah aku menyimpan hasrat
untuk menjadi seorang dj
angan-angan mula aku pasangkan
kerana  kagum pada kepetahan
kata-kata bicara mereka
membuat aku bertambah minat
apa tah lagi bila mendengar
suara mereka bila membaca puisi
oleh kerana aku teringin
nak menjadi seorang dj
tanpa segan silu
aku akan menelepon radio
yang selalu aku layan
bila ada segmen tertentu
bersama pendengar untuk dikongsi
kerana hanya itu yang dapat aku buat

tanpa aku duga hasrat itu
akhirnya dimakburkan tuhan
cita-cita untuk menjadi dj
akhirnya tertunai juga
walaupun tak sehebat dj2 lain
aku akan cuba buat yang terbaik
sokongan dari kawan-kawan
buat aku bertambah yakin
ilmu dari mereka aku simpan
buat pedoman dan pengalaman
bagi memantapkan diri
kini sudah 2 tahun aku
menjadi dj sukarela di karyafm
radio itu  menjadi sekolah
tempat aku menimba ilmu
belajar tentang ragam orang
disebalik cermin skrin
terpancar pelbagai rupa
apatah lagi dalam dunia nyata..

TQ Allah....banyak telah Engkau tunaikan impianku,
hingga aku malu untuk meminta lagi.....

Terima kasih buat sifu Deejay Dunia Muzikfm/ Ayahanda Dj Zainal Rahman SelangorFm/
Dj Mkay Halil KLfm/ Akram Muzikfm dan rakan2 di karyaFM jasa anda tetap ku kenang.

Coretan Hati,
Isabella Ali 2012



11 Mar 2012

Belenggu cinta hitam

Belenggu cinta hitam..

Entah bagaimana cara 
untuk aku hapuskan
rasa kedegilan di dadamu
makin aku cuba lari
makin aku rasa terbelit
terdampar resah
mengelubungi diri
tanpa simpati

terbelenggu aku
dalam cinta persegi
rasa kesian yang ku beri
telah berputik rasa sayang..


Lukisan hati,
isabella ali 2012

10 Mar 2012

Percutian d'Pulau Langkawi 2011

D' Langkawi 2011

akhirnya sampai jua
aku menjejak kaki  ke sini
dari awal perjalanan lagi
aku berharap agar penjalanan ini
berjalan dengan selamat dan lancar
allahamdulilah,
tiba jua aku ke mari
dengan perasan terharu
di tanah kelahiran Mahsuri
yang menjadi bualan setiap orang
dari zaman ke zaman



air lautnya jernih dan sejuk
burung-burung berkeliaran di bibir pantai
membuat pemandangan menjadi lebih menarik
aku kagum dan terpegun

walaupun tempatnya sama seperti
yang pernah aku kunjungi
namun di sini tetap ada keistimewan tersendiri
teman-teman yang datang bersama
sibuk membeli belah aku juga tak ketinggalan
membeli ole-ole buat keluarga tersayang
sebagai hadiah dari aku yang merantau

Langkawi
telah tertulis nama itu dalam diari hidupku
kali pertama aku jejak kaki di sebuah pulau
kain batik, minyak gamat dan akar kayu
menjadi dagangan asli di situ

kedatangan aku kemari bukan berhibur
tapi untuk merasai sendiri
tanah tumpah darahnya seorang manusia
yang berhati lurus dan jujur
putih darahnya yang mengalir
menjadi bukti atas katanya yang tulus
itulah cerita yang aku dengar

rumah peninggalan beliau masih ada
menjadi lambang kesahihan cerita
aku berharap agar sejarah ini
tetap kekal di bumi malaysia
semoga menjadi pengajaran
untuk manusia yang durjana
yang suka menabur fitnah
demi kepentingan diri..
Allah pasti menunjukkan kebenarannya....

Coretan hati,
Isabella ali 2012


Ingin aku jelajahi bumi ini

Ingin aku jelajahi bumi ini

aku ingin punyai sayap
terbang mengililingi bumi
bertemu dengan semua 
dan merasa suasana asing
di segenap pelusuk dunia
mengenali mahluk
yang berlainan warna kulit
yang berlainan tutur kata

melihat wajah-wajah manusia
hutan-hutan dan gunung ganang
sungai-sungai serta lautan luas
ciptaan milik tuhanku

lukisan alam yang terlukis
dihamparan serata bumi ini
akan ku tatap dengan rasa syukur
kerana keindahan dan kejelikan
pasti mempunyai sebab tersendiri
untuk kita menilai dan menghargai


Lukisan hati,
isabella ali 2012

8 Mar 2012

Wahai perempuan

perempuan
Wanita
gadis
dara
gurl
lady..
apa pun gelaran kita
sekuat mana pun tenaga
selemah mana pun kudrat
kita masih ada DIA untuk kita berpaut
yang lemah, jgn cepat berputus asa..kecuali mati
yang kuat, jgn suka meninggi diri.
kerna jasadmu orang lain yang tolong kapan'kan..

cantik atau hodoh diri kita
tetap ciptaan Illahi,
sesiapa yang menghina..
bererti mereka menghina ciptaan tuhan..
kekurangan dan kelebihan..
terimalah dengan hati yg terbuka
kerana setiap kita ada rahsia yg tersembunyi
kita tetap istimewa......

isabella ali 2012

~ selamat hari wanita, bukan hanya pada hari ini tapi selama2nya! ^_~

5 Mar 2012

Teman, Yakinlah padaNya..

Teman,
Bersyukurlah kita kepada Allah
tuhan yang telah memberi kesempatan
untuk kita melalui perjalanan
kehidupan hari ini di bumi milikNya
kita dikurniakan kenikmatan
untuk merasai erti kasih sayang
kita di limpahi rezeki harta kekayaan

Teman,
dugaan hanya datang sebagai ujian
bukan untuk kita berputus asa
apatah lagi menyesali ketentuan dariNya
kita akan diuji tentang kesetiaan padaNya
adakah kita redha atas takdirNya
apakah kita yakin pada kemampuanNya

Teman,
jangan sesekali kita lupakanNya
ingatlah Dia sentiasa ada untuk kita
Dia hanya meminta kita mengingatiNya
tanpa minta dibayar malah kita diberi ganjaran
sesungguhnya hanya Dia yang layak disembah
Tuhan pemilik alam semesta
segala yang ada di langit dan bumi
adalah milikNya..

Lukisan Hati,
Isabella ali

Walau sana sini pilihan menanti

disini ada  yang cantik
disana juga buat tertarik
mana satu nak dipilih
mata ini makin  keliru
hati ini jadi tak tahu
yang mana satu
pilihan datang bertalu-talu
kadang datang tanpa dipinta
kadang muncul tak perlu di cari

Haruskah aku menjadi rakus
pada semua gadis yang ada
atau tinggalkan saja
kemahuan hati yang gelojoh
tak mampukah aku menahan
asakan nafsu yang serakah
tentunya aku bukan begitu
setia ku hanya pada yang satu
mereka ibarat  rumput di padang
tidak akan mampu tandingi
gadis secantik dan sebaik kamu
aku pasti akan kesal
jika kehilangan dirimu
gadis yang ku sayang
kerana hanya cintamu
buat ku rasa bahagia
dalam suka mahu pun duka
akan kita harungi bersama
walau sana sini pilihan menanti
hanya engkau sahaja di hati..

Lukisan hati,
Isabella ali 2012

4 Mar 2012

Cinta ini


Cinta
tak akan menang
jika tanpa sayang
cinta
tak akan kalah
jika sering mengalah
cinta
tak akan goyah
jika mahu beralah
cinta
tak akan pudar
jika selalu sedar
cinta
tak akan pergi
jika saling fahami


Lukisan hati,
Isabella ali 2012

Semangat diri


kepalaku mula berfikir
melalui kata  hati
rasa ini amat memilukan
resah ini terlalu memeritkan

segala harapan
terhenti dihujung jalan
dugaan datang menguji
aku cuba gagahi
demi mengejar cita-cita
bersama sejuta impian
di kalbu ini

aku tetap berdiri
dengan gagah
akan aku kaut
apa yang wujud
akan aku kutip
apa yang fana

aku yakin
semua ini hanya
dugaan sementara
semangat ku
tak akan luntur
biar berdetum
jantung di dada
akan aku teruskan
hakikat pasti terjadi
bersatu denganmu

Lukisan hati,
Isabella ali 2012

3 Mar 2012

Aku dan Mawar

‎__________▄███████▄
_______▄███▓███▓█▄
___▄___█▓▓▓██▓▓█▓██
_____█▓▓▓▓▓▓██████
__██ █▓▓▓▓▓██▓▓▓▓▓█
▄ ██▓▓▓▓▓██▓▓▓▓▓▓█__ ▄
██ █▓▓▓▓██▓▓▓▓▓▓▓█ ███
_██▓▓█▓██▓▓▓▓█▓▓ ████
__██▓██▓██▓▓▓██▓████
____███ ███████████
______███ ███ ███_____▄
                  █_██ ██_____████
______▄____██ █____██████
_____ ███____██___████ ███
_____██ ██___██__█████ ███
_____███ ███_██_█████ ███
▒____ ███ ██__ ██_███ ████
_▒▒____███ ██__██__█████
_▒▒______███ ██ ███ ██
__ ▒▒__________▒▒ ███..
___▒▒___________▒▒ ███.
Sekuntum mawar merah buatmu sayang.
___▒▒_____________▒ ███.  jadilah sekuntum mawar merah
____▒▒_____________▒▒███.walau indah dipandang mata
____▒▒__________▒___▒██    tapi durinya menjadi pelindung diri....
_____▒▒____▒_____▒___▒██
_____▒▒_____▒____▒▒___▒█
_____▒▒__▒__▒▒____▒____▒
______▒▒__▒▒___▒▒___▒___▒
______▒▒___▒▒___▒▒___▒___▒
______▒▒___▒▒▒___▒▒___▒__▒
_______▒▒___▒▒▒___▒▒___▒_▒
_______ ▒▒__▒▒▒▒___▒▒__▒_▒
_______██▒___▒▒▒▒___▒___▒▒
______███▒▒___▒▒▒▒___▒▒__▒
_____████__▒▒__▒▒▒▒___▒▒▒
____████____▒▒__▒▒▒▒___▒▒
___███_______▒▒__▒▒▒▒_ ▒▒
__███..............▒▒▒_▒▒_▒▒

2 Mar 2012

Jelas itu kamu


jelas itu kamu


wajahmu
buat aku terpaku
seakan kaku
jelas itu kamu
wajahmu boleh membunuhku
aku jadi takut
tubuhku mula lemah
bila melihat kau amarah
hentikan
cemburumu
hentikan
rajukmu
jangan kau marah
pada aku yang setia
tak mampu  aku bertahan
andai diri ini sering disalahkan
tolong fahami usah lagi ragui
sungguh cinta  ini
hanya untuk kamu..


Lukisan Hati
Isabella ali 2012

1 Mar 2012

Bila memori hadir


Bila memori hadir


kenangan datang
mencuit rasa kasih
zaman yang bertahun
yang telah ditinggalkan
mungkin tidak akan
dapat ku jejaki lagi
cukup lah ia datang
sekadar menjenguk
dibalik tirai hati
mengimbau kembali
kasih sayang
yang kini hilang
bercambah semula

wajah-wajah tersayang
muncul satu persatu
yang telah pergi
ku sedekahkan al fatihah
yang masih ada
ku kenangi setiap jasa
pada ayah ibu
ku memohon restu
mengiringi langkahku
setiap hari di sini
buat kawan yang jauh
ku doakan yang terbaik
untuk kalian
maafkan diri ini
jika pernah mengores
luka di hati.....

Lukisan Hati,

Isabella 2012