27 Jan 2013

Bersama Neelofa & Team di FRIM



                    






~ walaupun penat tapi happy sgt coz semuanya bjalan dgn lancar...x kenal maka x cinta kan ^_^

23 Jan 2013

Ibu, Jika kau tiada

Ibu, jika kau tiada..

Ibu,
jika ini suratan takdir
untukku menerimanya
meskipun dalam terpaksa 
akan ku terima ketentuan itu
memikul kepiluan dihati ini

kasih ayah
yang sentiasa mengalir
ku harap tidak berubah
pada yang lain
moga sayangnya tetap
buat ibu hingga ke akhir hayatnya

meski hati ini
sukar untuk menghadapi
saat-saat itu nanti
aku tetap ingat pesanmu, ibu
katamu..wahai anakku,
jangan sesekali tinggalkan solat
kerana doa harus diiringi
dengan solat baru diterima Allah

ibu, jika kau tiada
akan ku titipkan doa buatmu
akan ku kenangi kasih sayangmu
ibu, jika aku pergi dulu sebelummu
maafkanlah dosa-dosa ku terhadapmu..

Lukisan Hati,

Isabella ali 2013

Kek Ros & Red Velvet

Mood hari ni sebenarnya tak bberape okey, deman lah katakan..tapi aku ni mmg jenis tak reti nak duk diam-diam.. bila baring x mo lak nk tido mata, jdi dari aku temenung baik aku wat kek..kan..hehe..so jadi lah kek ni..
Kek Ros
bahan2nya:
2 cwn tepung gandum(*d'ayak)
1 cwn gula kastor
1 cwn majerin
2 biji telur
1/2 sudu baking powder*
3/4 sudu soda bikarbonat*
3 sudu susu pekat
1 sudu perisa vanila
2 perwarna

Cara2nya: putar majerin dgn gula, kemudian masukkn tepung yg diayak bersama baking powder, soda bselangseli , bubuh telur satu persatu, susu pekat dan perisa vanila putar hingga sebati. kemudian kukus@bakar selama 45 minit.



Entah mengapa rajin pulak hari ini. terus jer tangan aku bancuh 1 lgi adunan..alang2 bahan masih ada kan maka jadilah kek velvet versi aku..walaupun tanpa krim cheese ia tetap sedapp....jgn x percaya tau! hehe...1 hri dpt buat dua kek tuuu...bangga sekejap...^_^

Kek Red Velvet
bahan2nya:
240 gram tepung gandum(*d'ayak)
1 cwn gula kastor
1 cwn majerin
3 biji telur
1 sudu baking powder*
3/4 sudu soda bikarbonat*
1 sudu perisa vanila
 perwarna merah

Cara2nya: putar majerin dgn gula, kemudian masukkn tepung yg diayak bersama baking powder, soda bselangseli , bubuh telur satu persatu,  perisa vanila putar hingga sebati. kemudian kukus@bakar selama 45 minit -1 jam. nak lagi sedap leh lah bubuh jem@ krim cheese dan hiaslh megikut kesukaan anda..^_^ 


Petua: Bagi yg baru mjinak2 dunia mbuat kek @ pertama kali belajar buat kek..bahan2nya tak perlu byk sgt..ikut yg senang2 dulu. ini pengalamn dari aku lah..klu x jadi x lah mbazir. tapi setakat ni semua kek2 yg aku buat mjadi jer..boleh dimakannn..hehe..



21 Jan 2013

Jika kau sahabatku



Jika kau sahabatku

Jika kau sahabatku
hentikan tangisanmu
usah lagi bersedih 
aku pergi hanya seketika
sapulah airmatamu
dan nantikan kepulanganku
bersama doa-doamu

Jika kau sahabatku
ingatilah persahabatan ini
hubungilahku jika kau rindu

masa akan sentiasa berputar
namun kenangan bersamamu
tetap abadikan dalam sanubariku
kerana kau sahabatku..^_^

Lukisan Hati,
Isabella ali 2013

18 Jan 2013

Kek Milo Bersalut Coklat

Ini kek ketiga dari aku. maklumlah mood tengah  rajin ni..kebetulan bahan-bahan membuat kek masih banyak lagi. jadi aku gunalah asalkan rajin..pasti jadikan..hehe..
ikutkan kek ni mmg x sampai 1 jam dah pun abis kena mkn..jdi terpaksalah aku pantaukn x mo kasi diorang abiskan..mana tidaknya klu seorang abik 3 potong..yg lain x merasa lah kan. Itu tandanya kek aku mmg sedappp...hehe...perasann...^_^


"Kek Milo Bersalut Coklat"

2 cwn tepung gandum(*d'ayak)
3 biji telur
1 cwn gula kastor
2 cwn minyak masak
2 cubit garam
2/3 soda bikarbonat*
1/2 baking powder*
3 sudu milo
1/2 cwn air panas

bahan topping:
1/2 cwn mentega
2 cwn coklat masakan

Cara2nya:

1. Bancuh milo dgn air panas(ketepikan dulu). Putar telur bersama gula, minyak masak,garam,baking powder,soda bikarbonat selang seli dgn tepung kemudian tuang milo gaul hingga sebati. Kukus selama
45 minit.

2. Campur dan cairkan  bahan topping dengan mengunakan kaedah double boiling

3. Biarkan kek sejuk selama 2 minit kemudian tuang ke atas kek bahan topping yg tlh dicairkan tadi. Dan hiaslah mengikut kesukaan anda.


17 Jan 2013

Kek Ombak Rindu

Kek kedua  hasil dari air tangan sendiri..selagi ada bahan2nya aku bikin sahaja...hehe..
yang penting harus berani mcuba. biar tsilap x mengapa kerana kesalahan akan membaiki kesedapan..itu gunanya belajar dan amal...belajar tpi klu x amal mcmana nak tahu kemampuan diri sendiri kan..^_^


Buat masa ni, byk perhiasan yg belum aku beli, dan aku nk jdikn gmbr aku 1 trendmax bagi kek sndiri biarlah hiasannya sama. sekurang2 dpt myakinkn orang yg ini adalh hasil kerja aku sndiri..hehe..*ada rezeki aku akan cantikkn lagi kek2 yg aku buat ni tpi buat masa ni..bsabar lh dulu ya..hehe..yg penting sedapppp...

"Kek Ombak Rindu"

2 biji telur
1 cwn gula kastor
2 cwn tepung gandum*d'ayak
1/2 cwn air
70 gram mentega*cairkan
3/4 soda
1/2 baking powder
2 titisan perisa vanila
perwarna

Cara2nya: Gaul telur dgn gula sebati, masukkn tepung , baking powder, soda selang seli bsama air, perisa vanila, mentega dan asingkan mnjadi 3 adunan tadi sama rata kemudian bubuh warna. dan kukus selama 30 minit.





16 Jan 2013

Kek Krismis

Tahun ini aku berazam nak buat kek hasil dari air tangan sendiri..lama dah simpan cita2 ni..smoga Allah memprmudahkn impianku ini....amin..^_^  terimalah kek pertama dari saya..


"Kek Krismis" 

240 gram tepung gandum(d'ayak)
70 gram air

1 cawan gula kastor

40 gram buttercup(cairkan)

planta(sapu d'loyang)

krismis(hiasan)
2 titisan perisa vanila
3/4sudu serbuk soda
1/2 baking powder
3 biji telur
*ikut suka lah nk bubuh krismis@apa2 yg kita rasa nak bubuh buat hiasan..yg penting jgn mbazir 

cara2nya: gaul gula serta telur hingga sbati, masukkan tepung yg telah diayak brsama serbuk soda, tepung penaik tadi bselang seli bersama air, mentega serta perisa vanila. kemudian masukkan ke dalam acuan dan taburkan krismis diatas. kukus selama 30 minit. selamat mcuba!





5 Jan 2013

Percaya



Percaya

aku percaya tentang wujud DIA
aku tahu kerana aku membaca!

apa kau tahu jika kau sekadar membaca..?
hayati! fahami! dan simpan dikepala!
mesti bertanya pada yang arif dan bijaksana..

baca hari ini esok sudah lupa
percaya sahaja itu bukan bukti
harus disusuli dengan perbuatan..
perilaku dalam kehidupan 
pergaulan sesama insan
rasa ehsan dan kasih sayang
dihati mesti ikhlas dan jujur

berapa rukunnya ada syaratnya
bukan semudah itu mengaku islam..

Lukisan Hati,
isabella ali 2013

Aku Rindukan Rahmat'Mu

Aku rindukan rahmat'Mu 

Sudah terlalu jauh aku pergi
namun belum jua aku temui
apa sebenarnya yang aku cari
sehingga fikiranku buntu lagi


umur ini makin meningkat
namun amalku tidak bertingkat
jika dikira dan dihitung 
mungkin tidak sampai setahun
selebihnya mungkinkah sia-sia

aku bandingkan diri dengan mereka
aku kira mereka juga seperti aku
banyak bercakap dari melakukan
entah ikhlas entahkan palsu
bukan ku menuduh tapi nyatanya
quran ku lihat hanya menjadi perhiasan
hendak dipegang jauh sekali
dibaca...aku tidak tahu!

kata-kata dari sang ulama
bagaikan hempedu bagi yang jahil
ditelan tidak sanggup
diludah tetap terasa pahitnya
tali benang dilihat sangat rapuh
tapi jika dililit dijari pasti terhenti
darah yang mengalir

berjaya di dunia tidak bererti
akan bahagia di akhirat
semua benda yang dimiliki ini
adalah bukan milik mutlak kita
hanya amalan yang baik
menjadi pelindung diri sendiri

c/o ya 'Allah ya 'Rahhim..
aku mula rindukan rahmat'Mu
mengharapkan keredhaan'Mu
untuk mengecapi sebuah kehidupan
dibawah limpahan kasih sayang'Mu...

Lirik: Isabella ali 2012

1 Jan 2013

Langkah Pertama Sebagai Anak Seni



Gambar2 ini sebenarnya dah lama aku simpan. tapi malu nak letakkan dlm blog sendiri...sebab aku x s'glamor seperti orng lain..maklumlah duk belakang tabir jer..hehe, kalau boleh nk buat koleksi sndiri jer tak mo lah tayang2 kt orang lain. tetapi sebagai anak seni yang baru dilahirkan aku terpaksalah tontonkan kpd peminat2 aku..hehe..ada peminat ker aku nih...ahaks! malu plak rasanya..hehe..ikutkan memang aku ni didlm ketegori manusia yg pemalu tramat! jdi skrang tpaksalah aku buangkn perasaan malu tu demi kerjaya yg baru aku pikul ni..harap kawan2 dpt berikan sokongan pada aku..klu salah tolong tegurkan bkn mgutuk dibelakang tau..hehe..lepas tegur tu, tunjuk2kanlah cara2nya..bkn setakat cakap jer ya...^_^

kata seorang adik kepada aku,
biasa la.. pengalaman pertama dalam dunia Muzik2 nih.. mcm2 agenda lagi yang akan di lalui.. jadi kan ini sabagai satau pengajaran yg berguna di masa akan datang ye ^^

kata hatiku,
akan aku ambil pengalaman ini menjadi satu kekuatan ke dalam diri sendiri..

kata seorang abang kepada aku,
Jangan Terlalu percaya pada dunia...
Walau jua pada diri sendiri...
Kerna kepercayaan itu adalah satu sendiwara Hidup...

Ayawan Musafir Singgah Ams

kata hatiku,
"benar jgn percaya apa pun yg ada didunia..tpi bukankah Allah yg mciptakan semuanya, bagaimana kita untuk mnidakkan ciptaanNya. salahkah klu kita mbuang sifat salahsangka dn mghulurkan rasa keikhlasan ssama insan. namun jika diambil kesempatan juga bgi yg mmentingkan diri sndiri..apalah yg mampu kita lakukan. hanya Allah lah yg brhak mghukum. inilah pengalamn aku sbagai anak seni yg mula mengaturkan langkah yg ptama..btatih dan mgharapkan seseorng sudi memegang tangan ini utk aku belajar brjalan..meskipun trpaksa jatuh bkali2..aku akan tetap mcuba!"

Kata seorang kakak kepada aku,
tp x pe la bella... bella boleh teruskan... dah lama akak x jumpa penulis lagu jiwang sebaik mama juwie.. tgkap leleh oooooo..

kata hatiku,
aku perlukan seorang untuk menegur dan menghargai karyaku, jika aku tersilap dan bukan hak mereka untuk menghina sesuka hati mereka, kerna dalam hidup ini tidak ada manusia yg sempurna kecuali DIA maha pencipta terhebat. DIA yg melahirkan anugerah(kemahiran) kepada hamba-hambaNya. sebagai apa yang diminta kepadaNya. baik atau jahat..dosa mahupun pahala semuanya pasti ditunaikan. Sesungguhnya DIA maha ADIL kerana itu adanya  syurga dan neraka. pilihlah yg mana satu kita inginkan..

Terima kasih kepada semua sahabat yang sudi mengikuti karya saya. Moga Allah memberikan ilham buat saya utk terus brkarya. Dan saya doakan semoga Allah membalas jasa baik kalian..TQ Allah.

 ali mamak
uncle hail amir.. 
Bersama penyanyi legend Salwa Abdul Rahman, Liena Hangat, Chef Liza dan rakan-rakan di Restoran Ayam Bakar PJ sewaktu meraikan majlis anak-anak yatim bersama krew SuaraFM. Ramai lagi pelakon dan penyanyi yang turut hadir. tapi x sempat nak brgambar dgn mereka..^_^ seperti dato dj dave, aryati tasrip,  sbb sibuk dgn tugas sebagai Amcee...hehe..
 


Terima kasih buat sahabat2 yg memahami...u all the best! ^_^ semoga sukses selalu all!