9 Jan 2014

Bibir hitam'mu


bibir hitam'mu..

bibir itu mulus
bibir itu telus
walau apa pun kalernya..

senyuman dari bibir itu
adakah ikhlas atau ada maknyanya..

biar pun bibir itu hitam
ia tetap menarik
kalau tuan punyanya baik..

jaga-jaga dengan bibir
ada yang suka ada juga yang benci..

kalau bibir perempuan merokok
indahnya akan menjadi rosak..

bibir yang cantik
adalah bibir yang sering berzikir
bukan bibir yang banyak berleter..

bibir lelaki walau tak merah
manisnya tetap ada kan..?

bibir siapa yang murah senyum itu..

Lukisan Hati,
Isabella Ali II 2014

7 Jan 2014

Kek krismis perisa koko

kek buah untuk tersayang.. ^_^
Hari ini mood rajin aku datang tiba-tiba, pagi-pagi lagi aku dah sediakan barang nak buat kek. Semua barang aku aturkan satu persatu atas meja. mentega aku dah beli 2 minggu yang lepas tapi dek kerana belum ada mood nak buat kek. maka tersimpanlah berminggu2 kat dlm peti ais tuu..jadi hari ni aku memang bercadang nak buat kek buah, sebab balance buah yang aku beli dulu tu ada lagi..
kek yang aku nak buat ni simple jer..tapi kalau dah malas apa pun tak jadi kan...^_^

so bahan2nya ;

mentega 1 buku
tepung gandum 3 cwn
telur 3 biji
gula castor 2 cwn
serbuk koko 1 cwn
esen vanila 1 sudu
bikarbonat 1/2 sudu
tepung penaik 1/2 sudu
ovalett 1 sudu
buah krismis/kurma/ceri/badam*ikut suka korang lah nak tabur ape..


Cara2nya;
~> ayak tepung gandum bersama tepung pnaik dan bikarbonat dalam 1 bekas. kemudian masukkan serbuk koko..gaul seketika bagi sebati. blen mentega dengan gula castor sampai warnanya bertukar cerah. masukkan esen vanila dan ovalett. kemudian diselang seli dengan tepung yang telah diayak tadi. serta masukkan telur satu persatu. blen dalam 2 minit. dah tu masukkan ke dalam acuan yang korang suka..

pastu taburlah buah krismis atasnya..
Tutup  acuan dengan kertas aluminium. kemudian masukkn ke dalam bekas pengkukus. Dan kukus selama 45 minit..nak bakar pun boleh, tapi aku suka kukus..selamat mencuba!

5 Jan 2014

Episod 13 Isabella..lambang cinta yang lara

Episod 13

“mak...” laungku sekuat hati. Pintu pagar  cepat-cepatku buka . Berlari mendapatkan emak diperigi.
Emak tersenyum riang  bila terpandang wajah aku.
“bila bella sampai..,kenapa tak bagi tahu nak balik..”gembiranya hati Maria dengan kepulangan Isabella.
“saje bella nak buat kejutan kat mak..”tubuh emak aku peluk dengan kasih sayang. Tangan dan pipinya turut aku cium bertalu-talu.
“mak sihat..?”
“sihat..semuanya.., bella dah makan..?
“belum..bella pun dah lapar nih mak..”
“tu ada ikan masak singang..pegilah makan dulu..”kata emak sambil berjalan ke dapur. Aku mengekorinya sudah terbau aroma ikan singgang dihidung.  
“sedappnya mak..lama bella tak makan masakkan mak.”
“makan lah slow-slow..kang tercekik pulak nanti..”tegur Maria.
Maria tersenyum mendengar pujian dari anaknya.
“mak..bella cuti sebulan, boleh lah bella lepak dengan mak kat sini..”kata aku sambil membasuh pinggan disinki. Terasa amat kenyang sekali perut. Bila dua kali tambah makan. Abis kuah ikan singgang tu aku hirup. Sedap..
“kak bella dah balik..yeahhh...”suara dydy keriangan. Tubuh Dydy aku dukung dan pipinya aku cium bertalu-talu. Hingus dihidungnya aku kesat dengan kain. Rindu aku pada mereka tuhan saja yang tahu.
“mana adik Aeman”tanya aku pada Dydy.
“dia pegi main rumah kawan dia”jawap Dydy yang sudah darjah 3 kini.
“pegi panggil dia balik, cakap akak nak jumpa..” aku arahkan Dydy.
“alah..kejap lagi dia balik lah tu, Dydy penat nih”
Kesian pula aku melihat wajah Dydy yang keletihan.  
“nak upah tak..? nnti akak kasi...”aku pancing hati Dydy.
“pegi lah kejap Dydy..”Maria pula menyokong.
“yalah mak..akak lah nih”jawap Dydy sambil menjeling kepadaku.  Aku mencubit pipinya dengan manja.
Tidak sabar menatap wajah Aeman. Adik bungsu yang paling aku sayang.
“abang macam mana..tahu ker dia, kau balik sini..?”
“abang yang belikan tiket..mestilah dia tahu..”aku tersenyum. Bangga dengan rancangan sendiri.
“mak..kawan-kawan bella ada tanya bella tak..?”
“ada..ramai yang tanyakan ko, budak si Zehan itu dah kawin..”
“Zehan dah kawin..dengan sape..?”terkejut aku mendengar perkabaran Zehan.
“kawin pilihan keluarga ..suami dia tu, saudara dia juga..bukan orang lain”
“Jadi Zehan tu kena kawin paksa lah, kan mak..”jawap aku geram.
Zehan satu-satunya sahabat baik aku disini suatu ketika dulu. Ibu ayah Zehan merupakan keluarga angkat aku. Lama juga aku tidak berhubung dengan Zehan. Kali terakhir aku berjumpa dengannya ketika  seminggu nak berangkat ke KL. Kini sudah hampir setahun aku tidak bertemu dengannya. Pernah juga waktu mula-mula di KL. aku kirimkan sepucuk dua surat pada  Zehan. Nak bersembang lama dalam telepon memang mahal.  Tidak aku duga Zehan dah jadi isteri orang sekarang. Terbayang kenakalan kami berdua. Untungnya menjadi sahabat Zehan kerana dia anak tauke keropok. Selalu juga aku dapat makan percuma keropok lekor buatan keluarganya. Kalau ikutan Zehan masih  bersekolah tingkatan empat sama dengan aku.
Setahu aku keputusan SRP dia bagus. Lebih bagus dari keputusan sijil SRP aku. Entahlah mungkin sudah jodoh dia barangkali.
               
“mak, bella nak ke rumah Zehan kejap..”aku bangun meninggalkan mak yang sedang berkemas di dapur.
“balik cepat..”laung Maria. Maria mengeleng kepala melihat tingkahlaku Isabella . Baru sahaja sampai sudah nak keluar.
“ya bella tahu..”
Aku capai kunci motor mak di tepi pintu. Motor aku hidupkan. Walaupun sudah lama tidak menungangnya. Aku masih ingat lagi skilnya. Mengaum motor diatas jalan.
Ketika itu pula aku berselisahan dengan Dydy dan Ameen.  Aku perlahankan motor  menghampiri.         
“nak ikut akak..”jerit mereka berdua.
“tak boleh..akak pegi kejap jer..balik mandi”sargah aku. Pipi Ameen sempat aku cium.

Disepanjang jalan menuju ke rumah Zehan. Aku menunggang motor dengan berhati-hati. Maklumlah lesen belum ada. Minta-minta jangan ada polis buat roadblock.  Naya aku kalau kena tahan duduk dalam lokap.  Jalan  kampung  yang berliku-liku itu telah melambatkan  kelajuan  motor.  Perasaan yang membuak-buak untuk menemui  Zehan menjadi reda seketika. Aku mengambil peluang ini untuk bersantai diatas jalan sambil menghirup suasana desa.
 Dalam masa 20 minit aku telah berada dihalaman rumah Zehan. Rumah itu tidak seperti sewaktu aku melihatnya dulu. Ia kini kelihatan suram dan sunyi. Suasana dipersekitarannya juga turut berubah. Pintu kilang keropok milik keluarganya ditutup rapi . Tidak ada kedengaran sebarang bunyi dari dalamnya.  Tidak ada lagi bunyi  mesin dan keriuhan para perkerja disitu. Ternyata semuanya telah berubah. Aku tongkatkan motor. Berjalan perlahan menuju ke kaki tangga rumah Zehan. Tingkap rumah itu terbuka. Bererti ada orang didalam rumah itu lagi.

“assaalamualaikum..”aku memberi salam dengan perasaan yang bercampur aduk. Mata  masih  lagi memerhatikan keadaan sekeliling. Tempat jemuran keropok tersusun ditepi pagar. Kayu-kayunya telah kelihatan reput. Hanya tunggu masa untuk rebah ke bumi.
“Waalaikumusalam” jawap seorang perempuan dari dalam rumah agak lama.
“sapo nih, nok gapo..?”Tanya Puan Salma . memelihat aku dari atas hingga ke bawah.
Tak cam lagi kah dia pada aku.
“mok, ni bella..mok sihat ker..”
“bella..? hoh! Bilo mu kelik sini..dok cer doh mok muko mu,lain sungguh mu lor nih..kohor comel”Puji Puan Salma.  Wajahnya  mula ceria  setelah aku  memperkenalkan diri.
Aku tersenyum mendengar pujian dari  puan Salma. Patutlah puan Salma tidak dapat mengenali aku. Dengan fesyen rambut aku yang pendek ini.  kulit aku pun dah sedikit cerah. Maklum lah dah jadi warga metropolitan. Mana nak kena panas lagi.

“mok..Zehan ada..”tanya aku. Tak sabar nak berjumpa dengan Zehan.
“masuk lah dulu..”pinta Puan Salma. Mengajak aku masuk ke dalam rumah.
Aku menganguk kepala lalu mengikutnya masuk ke dalam. Aku duduk dikerusi yang pernah aku duduk bersama Zehan dulu. Terkenang  keriuhan mulut Zehan. Ada sahaja cerita yang hendak disampaikan pada aku.. Ikutkan aku ini memang pendiam. Tak banyak cakap macam Zehan. Cuma aku ni agak berani dari Zehan kalau bab berjalan. Cakap jer pantai mana aku tak pergi mandi. Semua tempat aku dah pegi. Zehan yang bagi cadangan, tapi aku yang pergi dulu. Sebab  selalunya dia  tak dapat pegi.  Keluarga  Zehan amat tegas dalam mendidik anak perempuan. Zehan tak sebebas aku yang boleh ke mana sahaja. Semua perkara mesti mendapat kebenaran dulu. Zehan merupakan anak bungsu Puan Salma.  Mungkin kerana  itu bertambah ketat mereka mengawalnya.

“Zehan..nikoh doh, dio sekarang duduk rumah suami dio di kota bharu” Puan Salma merenung keluar jendela yang terbuka.
“lama dah ke Zehan nikah mok, ada nombor telepon dia  tak..?”tanya aku bertalu-tahu. Walaupun ada sedikit kecewa kerana tidak dapat menemui Zehan pada hari ini.
Aku tidak mahu kedatangan aku ini sia-sia.
“ado..ado, nanti mok gi ambik..”Puan Salma bangun menuju ke meja telepon. Dia mengambil sebuah buku kecil. Kemudian memberikan buku itu kepada aku.
“cuba tengok nombor dia dalam tuh..ada kat situ” bagitahu Puan Salma.
Aku membelek satu persatu muka surat didalamnya. Akhirnya nama Zehan aku temui. Nombor itu aku salin ke atas kertas  yang  telah aku koyakkan dari buku tersebut. Lega hati kerana kedatangan aku disini tidak sia-sia.
“mace mano dok KL, best kor jadi ore sana..”usik Puan Salma.
“hehe..best juga, semua ada kat sana..nanti kalau mok gi sana singgahlah”
“bilo lah mok nok gi sana..kalau nok gi pung sapo nak bawok mok....”kata Puan Salma merendah diri.
“Zehan kan ada..mana tahu dia nak gi jalan-jalan kat sana nanti..”
 “hoh..insyaallah, satu hari nanti mok gi lah sana..”lemah suara Puan Salma.
“mok, bella minta diri dulu ya...lagi pun hari dah nak petang nih..”
“nanti lah dulu..mok tak buat air lagi nih..”
“tak pe lak mok..tak yah susah-susah..bella singgah sekejap jer nih”
“ya lah, jalen baek-baek dehh..kirim salam kor mok mu tuh..”Pesan Puan Salma.
“mok, jaga diri ya..kalau ada masa bella datang lagi..sampaikan salam bella pada Zehan ya”.
 Tangan Puan Salma aku cium.  Tubuhnya aku peluk seerat mungkin. Puan Salma
tidak banyak cakap seperti Tuan Haleem.  Namun  Puan Salma tidak pernah melarang persahabatan kami.  Keramahan Tuan Haleem  dan kebaikan Puan Salma serta kakak-kakak Zehan membuatkan aku tidak segan berada dirumah Zehan. Malah rumah Zehan menjadi rumah kedua aku. Tempat aku lari dari rumah tika aku merajuk dengan emak.
 Sebenarnya banyak lagi soalan yang  ingin aku tanyakan pada puan Salma. Namun terpaksa aku pendamkan. Biarlah aku mendengarnya dari mulut Zehan sendiri. Aku tidak mahu membuat Puan Salma sedih dengan pertanyaan aku nanti.  Rumah yang dulu ceria dengan anak-anak puan Salma kini sepi. Tinggal puan Salma sendiri.  Faredah dan  Dyana kakak kepada Zehan ada juga pulang sekali sekala menjenguk Puan Salma. Kilang keropok terpaksa ditutup setelah Tuan Haleem meninggal dunia.  Zaky anak sulung Puan Salma tidak mahu menguruskan kilang tersebut. Zaky tidak mahu melepaskan perkerjaannya di Sabah. Kilang keropok itu tidak ada sesiapa yang mahu usahakan jadi terpaksalah ia ditutup. Itulah yang aku dengar dari  mulut Salwaty yang tinggal berhampiran dengan rumah Zehan. Kertas yang tertera nombor telefon Zehan aku lipat dan simpankan didalam poket seluar.

                                                               *****
“Hello...assalamualaikum..”
“waalaikumusalam..sape ni..? tanya suara dihujung talian.
“Hello..Zehan.., ni aku Bella...”
“alo..mu ko Bella..aku tak cer sora mo doh..”
“mu kat mano nih..?” Tanya Zehan. Suaranya begitu ceria sekali.
“aku kat Terengganu ni..kat umoh mok aku lah..”sukanya hati aku tuhan saja yang tahu bila Zehan sendiri yang menyambut telepon.
“Mari lah rumah aku kalau mu ada maso..lamo kor mu duk sini”Tanya Zehan penuh riang.
“lamo jugak..seminggu dua gitu lah, insyaallah..nanti aku datang sana..berape dah anak mu Han..?”
“ nok masuk duo doh..mu kawen doh kor..”
“hehe..belum lagi lah, kan aku sambung belajar kat kuala lumpur..”
“lol..aku ingat ken mu kejo kat sana..”terburai ketawa Zehan.
“ramai yang ingat macam tu..hehe..”
“Bella aku rindu jugok ker mu..”
“aku pun..sebab tu aku telepon mu ni..hehe..”aku cuba menahan getaran dihati kerana terharu dapat juga  mendengar suara  Zehan sekian lama.
“nanti mu mari umoh aku deh..banyak aku nak bagi tahu mu nih. .masa mu gi kl, Rushdy ada tanya aku tentang mu. Selalu dia kol aku..tanya hal mu..”terang Zehan.
Bila nama Rushdy keluar darimu Zehan. Terkilas wajah lelaki itu dimata aku.
Nama itu hampir hilang dalam diari hatiku. Namun  surat-surat dan kad cintanya. Masih aku simpan hingga kini. Surat Rushdy yang penuh kata-kata cinta dan kerinduan.

“bak po mu gi KL tak bagi tahu dio..”marah Zehan.
“aku tak sempat lah Zehan..”aku cuba menyembunyikan hal sebenarnya.
“kesian kat dia tahu..tapi nanti mu mari umah aku dehh. Tak best kecek kat dalam telepon nih..”rungut Zehan.
“ya..ya, aku akan gi rumah mu nanti..”janji aku pada Zehan.
Zehan masih seperti dulu. Sifat peramahnya tidak berubah. Mulutnya tetap becok. Banyak cerita yang hendak dia sampaikan. Aku meletakkan gangang telepon dengan hati yang sukar nak aku jelaskan. Pelbagai perasaaan bercampur dalam diri.
Bagaimanakah Zehan sekarang. Katanya dia sedang mengandung anak kedua. Sudah menjadi ibu rupanya Zehan. Beruntunglah Zehan kini sudah ada suami disisinya. Tapi bahagiakah dia..

                                                      *****
“tunggu sape kat sini..?” terdengar satu suara menegur aku. Aku menoleh ke arahnya. Terukir sekuntum senyuman dibibirnya. Wajahnya yang putih bersih menambahkan lagi kekacakan wajahnya. Serias wajah pelakon cina Aaron Kwok.
“tak tunggu sape.., saje ambil angin kat sini..”jawap aku bersahaja.  Mengalihkan pandang ke arah lain.
“saye tak ganggu awak kang..”katanya lagi  menghampiri aku. Bau minyak wangi dari bajunya  menusuk ke hidung. Haruman aromanya amat menyenangkan. Aku menarik nafas untuk memastikan bau itu memang dari dia.
“tak..”jawap aku sepatah.
“nama saye Rushdy..nama awak..? tanya Rushdy lembut. Pantas menghulurkan tangannya  kepada aku. Aku mengeleng kepala tanda tak mahu menyambut tangannya. Dia mengerti lalu tersenyum.

“saya Isabella..panggil bella pun tak pe..”Jujurnya aku . Walaupun di dalam hati berdebar tidak menentu. 
Rushdy meletakkan topi keledar yang dipegangnya di atas meja. Dia kemudian duduk dibangku dihadapan aku.
“isabella..cantik nama tu..macam tuan dia juga..”Puji Rushdy.
 Matanya tidak berkelip menatap ke muka aku. Kawannya yang berada diatas motor tidak dilayan. Hingga dia terlupa untuk memperkenalkan kawannya kepada aku. Setelah kawannya memekik memanggil baru dia tersedar. Rushdy bangun berlari  ke arah kawannya dan membisikkan sesuatu. Kemudian kawannya berlalu pergi. Meninggalkan
bunyi deruman  yang kuat. Berterbangan pasir pantai bila tayar motor itu melaluinya.
“bella bukan orang sini kan..buat apa kat disini..?  Rushdy cuba berbual denganku.
“ambil angin..,a’a...saya bukan orang sini..kenapa?”jawap aku acuh tak acuh.
Kejernihan air laut Pantai batu burok  membuatkan diri rasa tenang bila melihatnya. Angin yang bertiup lembut menambahkan lagi rasa santai.  Ramai juga pengunjung yang datang beriadah disitu. Ada yang datang untuk mandi manda dan makan digerai-gerai seafood yang berhampiran. untuk menikmati suasana pantai yang indah. Seperti diri aku juga. Tapi ketenangan aku diganggu oleh kehadiran Rushdy.  Walaupun kehadirannya bukan dirancang. Namun  sekurang-kurangnya kehadiran Rushdy boleh menghilangkan rasa bosan aku.
“awak dah ada pak we..? tanya Rushdy. Matanya bulat merenung wajah aku.
Aku terkedu mendengar soalan itu dari mulutnya. Aku telan air liur. Apa jawapan yang harus aku berikan.
“Entah kenapa tiba-tiba hati saya nih suka sangat kat awak..belum pernah saya rasa perasaan macam ini”terang Rushdy dengan berani.
Belum sampai setengah jam dia boleh suka kat aku. Aku tergelak dalam hati.
Mudahnya lelaki ini jatuh cinta pada perempuan. Aku mengeleng kepala tiba-tiba.
“suka..baru kenal dah suka..?” Aku ketawa dan menganggap itu satu gurauan darinya.
“betul, serius..saya betul-betul sukakan awak..entahlah susah nak cakap.. tapii..”terang Rushdy. Wajahnya mula serius.
“dari tadi saya tengok awak..perhatikan awak..”Rushdy membuka rahsia hati.
“awak sekodeng saya  ya....”aku ketawa untuk menepis rasa malu yang mula singgah dihati sendiri. Jujurkah kata -kata Rushdy. Adakah benar dia sudah jatuh hati  padaku . Atau dia sekadar mahu  menduga perempuan jenis apa aku ini.
“ya..dari tadi saya perhatikan awak..takut-takut kalau awak menunggu seseorang disini..maklumlah..”Rushdy terhenti.
“orang cantik mesti dah ada pak we ..kan..? usiknya. Wajah putih rushdy kelihatan kemerahan-merahan. Mungkin dia  benar-benar bermaksud ingin tahu,
Aku menunduk kepala. Malu dengan usikannya. Bagaimana  hendak aku terangkan. Dan perlukah aku memberi jawapan yang dia mahukan.
“pak we memang ada..ramai..”kata aku jujur dalam ketawa.
“saye sanggup bersaing..hehe..”balas Rushdy. Sikap cerianya mengusik hati aku.
Bukan Rushdy satu-satunya lelaki yang pernah melafaskan kata cinta pada aku. Malah sebelum Rushdy. Sudah ada yang meluahkan isi hati mereka pada aku. Cuma pintu hati ini  yang belum terbuka untuk menyambut cinta dari mereka.  Setiap kali ada yang meluahkan cinta pada aku. Sukar untuk aku percaya pada cinta mereka.  Aku takut dipermainkan. Aku takut jika menerima nasib yang sama seperti mak. Mereka semua aku anggap sebagai teman tapi mesra.  Cinta mereka aku tolak bulat-bulat. Kalau ada yang  terus ingin  menyintai aku  terserah. Aku tetap dengan pendirianku. Aku tidak mahu dikongkong oleh cinta mereka. Apatah lagi aku masih dialam persekolahan.

“bella..”panggil Rushdy. Aku tesentak dari lamunan.
“ya..saya”aku memandang ke arahnya.
“bella, awak ni misteri lah..susah nak baca isi hati awak”
“hehe..misteri mcam mana tu..”aku mengelak.
“susah nak curi hati awak..”Rushdy menatap ke anak mata aku.
Aku memandang ke bawah. Tidak mahu memandang matanya.
“dari tadi saya tanya, bella tak jawap lagi pertanyaan saya..”
“apa dia..”aku sengaja  membuat Rushdy gelisah.
“bella buat apa kat sini..? bercuti ker...dengan siapa..tinggal dimana..?”bertalu-talu soalan dari mulut Rushdy.
“iya’saya tengah bercuti..sendiri..”
“seorang diri disini...beraninya..”Rushdy terkejut. Dahinya kelihatan berkerut.
“hehe..tak lah, tu tempat kerja ayah saya, saya datang untuk habiskan masa cuti sekolah disini bersama ayah” Jari aku tunjukkan  ke arah hotel Primula.            
Sebenarnya aku sudah terlajak keluar dari kawasan hotel. Kerana telalu seronok bermain air digigi pantai.  Tanpa disedari rupa-rupanya ada mata yang memerhati.

“oo..ayah bella kerja di sana..” Rushdy tersenyum mengerti.
aku mengangguk dan membalas senyuman manis darinya. Tika matahari sudah mula menyembunyikan diri baru kami  berdua membawa diri masing-masing. Walaupun berat kaki untuk melangkah pergi. namun kami ada tanggungjawap yang harus dipikul. 
Rushdy rupanya belajar di uitm. Dia pulang bercuti dikampung halamannya.

Sejak dari itu bibit-bibit cinta mula mekar dihati. Walaupun berjauhan Rushdy tidak pernah lupa hari-hari istimewa aku. Dia tidak jemu mengirimkan kad ucapan hari lahir, hari mengingati kekasih  serta surat-surat cinta yang berjela-jela.  Meluahkan isihatinya padaku. Tentang  kerinduan yang terpaksa  dia pendamkan kerana jarak antara kami.  Kalau diikutkan dearah tempat tinggal aku dengan kampungnya hanya 4 jam perjalanan jika menaiki kereta. Tapi aku dan Rushdy tidak pernah kerap bertemu. Aku boleh mengira dengan jari pertemuan aku dengannya tidak sampai 3 kali. Memang aneh tapi itulah hakikatnya. Rushdy terikat dengan tanggungjawapnya sebagai pelajar . Begitu juga dengan aku. Hanya surat-surat sebagai penganti diri yang menjadi perhubung antara kami berdua. Dengan kematangan Rushdy membuat aku bertambah yakin terhadap dirinya.  Namun suatu hari tanpa aku duga. Langit yang selalu cerah rupanya hujan ditengahari.  Hati ini  digores dengan  kejam. Tanpa ada rasa sempati Diri ini telah dihina dengan sesuka hati oleh mereka yang jahil tentang manusiawi. Seharusnya aku terpaksa  menerima hakikat  hubungan aku dengan Rushdy hanyalah sekadar mimpi.  Pelangi walaupun hadir tapi pudar warnanya tak berseri apalah ertinya..

                                                         *****
“hello.. Rushdy ada” tanya aku dengan perasaan yang berdebar-debar. Entah kenapa hati ini rasa tidak sedap. Seolah dapat menangkap sesuatu yang bakal terjadi nanti.
“siapa nih” terdengar suara dihujung talian. Nada suaranya memeritkan telinga aku.
“saya Isabella..kawan Rushdy” balas aku dengan selembut yang mungkin.
“ada apa nak cakap, cakap lah..ni mak dia”tegas suara itu.
“maaf makcik, Rushdy ada tak..”aku mula terasa kesombongan dari suara yang aku dengar. Namun  aku cuba bertahan dan masih  melunakkan suara dengan penuh mesra.
“dia tak de, dia sibuk..tak ada masa nak layan kamu..”
“tapi makcik..”
“dengar sini ya..saya tak suka kamu berkawan dengan anak saya lagi, jangan cari dia lagi..faham!”tegas Puan Rohaya.
“apa salah saya makcik..” tanya aku dengan perasan yang tidak menentu.
Aku sangkakan hubungan aku dengan Rushdy selama setahun ini mendapat restu dari ibubapanya.  Ternyata aku silap. Banyak yang Rushdy sembunyikan dari aku rupanya.
“kau orang luar tak layak dengan anak aku..faham!”
Terdengar ganggang telepon dihempaskan dengan kuat. Aku menahan bunyi kuat ditelinga. Airmata tiba-tiba mengalir tanpa dapat aku tahan. Hinakah  sebagai orang luar..?

Barulah aku tahu selama ini diri aku dibenci oleh keluarga Rushdy . Hanya kerana aku bukan berasal dari negeri yang sama dengan mereka.  Kerana itu aku dapat layan begini. Mujurlah kejadian itu hanya dalam talian. Kalau berhadapan dengan mereka bagaimana agaknya. Airmata yang tersisa aku sapu dengan semangat baru. Bahawa cinta Rushdy terpaksa aku lepaskan.  Aku tidak mati kerana cintanya. Sejak dari itu  surat-surat dari Rushdy tidak lagi aku balas. Pesanan darinya  yang diutuskan kepada Zehan juga tidak aku layan. Aku tetap dengan pendirian aku. Kerana maruah aku sebagai manusia telah dipersoalkan.  Masih terdengar lagi dicuping telinga aku  kata-kata yang dilemparkan oleh ibu Rushdy kepada aku.
Sehinggalah aku datang ke KL. Aku ingin melupakan Rushdy buat selama-lamanya.
Akan aku  cuba membuang segala kenangan aku dengan nya.
Namun wajah Rushdy masih tetap melekat dihatiku hingga kini. Amat payah untuk aku melupakan lelaki itu. Tapi bila suara sombong Puan Rohaya  bermain ditelinga.  Hatiku kembali  membenci kepada keluarganya. Aku sebenarnya tidak sangka  ada juga manusia yang mementingkan asal usul. Bukankah sudah jelas. Semua manusia diciptakan dari  tanah lumpur yang kotor. Tidak ada manusia yang suci. Apa pun bangsa dan asalnya semua itu bermula pada hati. Jika hatinya baik maka  baiklah tubuh badannya. Mengapakah kerana darjat, agama sanggup ditolak ke tepi. Aku jadi bertambah geram dengan kesombongan manusia yang tahu agama tetapi masih buta hatinya. Kepandaian mereka hanya di atas sijil bukan di akal. Mereka masih bodoh dalam menentukan hukuman Allah. Dan  hati ini masih berdarah lagi...

“kenapa kau tak bagi tahu Rushdy hal ni..bella” Tanya Zehan. Ketika aku menyatakan hal sebenar tentang hubungan aku dengan Rushdy.
“buat apa aku nak bagi tahu dia..itukan emak dia..” aku memandang cawan yang sudah kosong ditangan. Lalu meletakkan diatas piring. Aku menarik nafas sedalamnya.
“baik buruk pun manusia itu tetap mak dia.., siapa aku untuk bersaing dengannya” aku meluahkan kepedihan yang telah lama tersimpan dihati.
“tapi dia masih tak putus asa cari kau.., kau tak kesian kat dia ker..? sampai bila kau nak memendam rasa bella.., dia benar-benar cintakan kau..”Luah Zehan cuba memujuk aku.
“aku tidak layak untuk dia..suruh saja dia cari orang lain..yang satu negeri dengannya”kata aku tegas. Itulah  pesanan aku pada Zehan. Jika Rushdy mencari aku lagi.
“kau dah banyak berubah bella, hati kau semakin keras”Zehan mengelengkan kepala. Bila melihat kedegilan aku.
“kalau ko ditempat aku bagaimana Han..?” apa tindakan kau..? bahagiakah kau jika setiap hari ada mata yang memandang hina terhadap kau..?” suara aku mula bergetar.
“kalau orang lain aku tak kisah tapi...emak dia sendiri”airmata mula bertakung cuba ku tahan agar tidak jatuh berjujurai dihadapan Zehan.
“maafkan aku bella, aku tahu kau juga terseksa..”Zehan mengosok bahuku. Aku memandang wajah Zehan yang semakin matang.
“mungkin satu hari nanti dia akan tahu dari mulut ibunya sendiri..”kata aku setelah lama membisu.
“aku doakan semoga kau akan bertemu dengan lelaki yang baik..”Zehan mengenggam erat tanganku. Aku pasrah...berjujurai juga airmata mengalir tanpa dapat aku sembunyikan lagi.

1 Jan 2014

Episod 12 Isabella..lambang cinta yang lara

Episod 12

“Hello..hello mak, ni bella..”Ganggang telepon aku rapatkan ke telinga.
“Hello..ya Bella..mak dengar nih, ko kat mana tu..?” tanya emak. Suaranya riang menyambut panggilan dari aku.
“Bella kat shah alam lagi mak..mak sihat..?”bergetar suara aku menahan sebak.
“mak sihat..ko sihat tak..abang sihat..?”tanya mak bertalu-talu.
“allahamdulilah..kami sihat mak..adik-adik apa kabar..?
“semua sihat..bila nak balik sini..? nanti cuti sekolah ni balik lah..”pinta emak.
“insyaallah..mak, nanti kalau jadi balik Bella bagi tahu mak ya..”
“ya lah..jaga diri tu..belajar elok-elok” pesan emak.
“baik mak..”jawap aku. Lega hati bila dapat mendengar suara emak.
Tut..tut..tut... gangang telepon aku letak dengan perlahan. Terbayang wajah  emak yang semakin berusia.

                                                             *****
Puan Maria meletakkan gangang telepon dengan hati yang berbunga kerinduan. Terkilas wajah lembut anak gadisnya dimata. Wajah lembut itu sebenarnya mempunyai hati yang keras. Seperti dirinya dulu. Kedegilan Isabella  juga mengikut kedegilannya sewaktu dia muda. Kemahuan Isabella terpaksa dia akur. Mungkin itu jalan yang terbaik bagi Isabella. Dia terpaksa menuruti kehendak anaknya. Bila Isabella menyatakan sudah tidak selesa lagi tinggal bersama dengannya. Walaupun berjauhan  Puan Maria  tidak jemu berdoa semoga anak-anaknya selamat. Serta dijauhkan sebarang musibah. Tidak sanggup untuk dia hadapi. Jika sesuatu terjadi pada anak-anaknya. Puan Maria  pasrah pada ketentuan takdir illahi. Jodohnya dengan ayah Isabella tidak panjang. Hanya bertahan selama 12 tahun. Umurnya waktu itu baru sahaja memasuki 30an. Dugaan datang menguji bahtera rumahtangganya dengan kehadiran orang ketiga. Kerana tidak sanggup dimadukan. Puan Maria memilih perceraian meskipun anak-anak sudah ada tujuh orang.  Dia rela menempuhi segala kesusahan demi anak-anaknya dari hidup dibayangi kepura-puraan.
“Sampai hati kau buat aku begini”Maria menagis tergesak-esak. Tidak dia menyangka tergamak Hazame menduakan dirinya. Sedangkan selama ini semua kehendak Hazame telah dia turuti.
Segala kesusahan yang melanda ketika hidup bersama Hazame dipikul dengan hati yang redha. Tapi setelah Hazame Berjaya ada pula orang lain ingin berkongsi bersama.
Maruahnya tercabar. Dia rasa dipermainkan serta diperbodohkan. Mentang-mentanglah dia hanya duduk di rumah tidak sebebas orang lain. Berani Hazame mengambil kesempatan terhadapnya.
“Buat apa..aku dengan dia hanya kawan-kawan saja..”Luah Hazame.
Dia cuba memujuk isterinya. Macamana Maria boleh tahu hubungannya dengan Ruby. Entah siapa agaknya dalang yang cuba menjadi batuapi antara dia dengan isterinya. Rahsianya kini telah diketahui oleh Maria. Semuanya sudah terbongkar. Hazame tidak dapat lari lagi. Terjerat dengan permainan sendiri.
“aku dah tahu semuanya..”jerit Maria. Dia tidak menghirau lagi keadaan sekeliling.
“tahu apa..”balas Hazame. masih tidak mahu mengaku.
“aku tahu kau dah anak dengan perempuan sial tu”tangisan Maria menjadi-jadi.
“sabarlah Maria..ko dengar citer dari siapa nih..”
“kau jangan nak berlakon dengan aku lagi..ni ko tengok...”
Maria mencampakkan sekeping gambar kearah Hazame
“Maria..aku..”Hazame terduduk menatap  gambar tersebut.
Terpampang gambarnya berpelukan dengan Ruby di sebuah kelab malam. Dia tidak boleh mengelak lagi. Segalanya telah terbongkar kini. Maria telah mengetahui rahsia yang disembunyikannya  selama ini. Hazame bangun menghampiri Maria yang masih teresak-esak dibirai katil. Langkahnya lemah namun dia berharap agar Maria tidak bertindak diluar dugaannya.
“Maafkan aku..Maria, aku tahu semua ini salah aku”Hazame memegang bahu Maria.
Maria menepis tangan Hazame dengan kasar. Hatinya sedih bercampur geram dengan penipuan Hazame.
“Aku nak bercerai..”Jerit Maria. Lalu bangun mengemaskan kain bajunya. Dia sudah tidak menghiraukan lagi anak-anak yang berada diruang tamu.
“aku akan ceraikan dia..kalau itu yang kau mahu..”Hazame memujuk.
“sudahlah..aku dah bosan dengan lakonan kau”sargah Maria.
Anak bongsu yang berusia setahun didukungnya. Maria memandang  ke wajah anaknya satu persatu. Berderai airmatanya. Lekas-lekas dia lapkan  titisan airmata yang mengalir dipipi.
“mak..mak nak pegi mana..”tanya Nora. Kepetahan Nora  selama ini lah yang telah menceriakan suasana keluarganya. Malah Nora  merupakan anak kesayangan Hazame.
“mak nak balik kampung..mak ada hal”Maria membohongi anaknya.
“abang..abang ikut mak ya..kemas baju-baju abang, kita balik kampung”arah Maria pada anak sulungnya Faezal. Feazal dengan pantas mengikut arahannya. Tidak sampai 5 minit faezal datang ke sisinya.
“mak..abang dah siap” Faezal bagitahunya dengan wajah tanda tanya.
“mak pegi dulu ..Bella jaga adik. nanti mak datang balik..jaga diri ya..”Pesan Maria pada Isabella yang baru berumur 10 tahun waktu itu.
“mak..bella nak ikut..”rayu Isabella. airmatanya bergenangan dipelupuk mata.
“tak boleh..Bella kena jaga adik”Maria mengosok kepala Isabella dengan perlahan.

Dengan hati yang berkecai Maria melangkah keluar dari rumah. Membawa seribu luka dihati. Kecewa kerana dikhianati oleh suami sendiri. Pengorbanan dirinya telah Hazame sia-siakan. Pulang ke rumah ibunya di Terengganu untuk membina kembali kehidupannya  disana. Dengan mengharapkan ehsan kasih sayang dari ibunya. Namun dia pula disalahkan. Tindakannya tidak disetujui oleh Puan Sopea. Maria dihalau keluar dari rumah. Puan Sopea tidak mahu menerimanya kerana takut akan menjadi beban. Maria keluar dari rumah puan Sopea  membawa dua orang anaknya.  Bertambah terluka hati  Maria. Bila ibunya sendiri  sanggup membuang dirinya. Tanpa harta dan kasih sayang Maria membina hidup dengan jalannya sendiri.  Keperitan ini dia telan tanpa menunjukkan kepada sesiapa. Mujur juga saudara mara sebelah ayahnya  ada yang memahami. Dan  anak-anaklah  kekuatan dirinya. Bila melihat wajah anak-anak semangat Maria  menjadi kuat. Siang malam Maria berkerja di kilang keropok. Walaupun gajinya tidak banyak. Tapi hanya itu yang mampu dia lakukan. Demi  untuk membeli  makanan dan pakaian untuk anak-anak.  Asalkan dia tidak menyusahkan orang lain.  Dugaan ini dia tempuh dengan hati yang sabar. 
Setelah 2 tahun bergelar janda. Maria dilamar oleh  Tuan Sheikh duda anak tiga. Lelaki itu menerimanya dengan hati yang ikhlas. Sudi menerima kehadiran anak-anaknya yang seramai tujuh orang. Setelah kehidupan Maria stabil dia telah mengambil  kembali anak-anaknya dari jagaan Hazame. Hazame pada mulanya tidak mahu memberi hak jagaan anak kepadanya. Namun Hazame terpaksa akur bila kes itu dibawakan  ke mahkamah. Pernah juga Hazame memujuk Maria agar rujuk kembali padanya. Tapi hatinya telah tawar buat Hazame. Maria tidak  sanggup dibohongi lagi.  Jodohnya antara Hazame telah berakhir sampai bila-bila.

Isabella  hanya sempat tinggal bersama dengan Maria selama 3 tahun. Isabella seperti tidak serasi duduk bersamanya. Maria seolah agak kekok bila berhadapan dengan Isabella.  Sedangkan itu anaknya sendiri. Perpisahan yang lama telah membuat hubungan Maria dengan Isabella seperti orang luar. Walaupun telah pelbagai cara  Maria cuba  menunjukkan kasih sayangnya. Isabella tetap menjauhkan diri. Sikap pendiam Isabella menjadikan Maria tidak mengerti isi hati Isabella. Kematangan Isabella juga membuat Maria bertambah sukar untuk memujuk. Mungkinkah kedegilan dan keberanian Isabella dari ketabahan hatinya. Maria turut simpati terhadap diri Isabella.  Isabella terpaksa  memikul tanggungjawap yang  dia tinggalkan.  Dari cerita yang Maria dengar. Setelah dia keluar dari rumah. Hazame telah menghantar  kelima anaknya ke rumah ibunya di negeri Sembilan. Kelima anaknya itu dijaga oleh ibu mertuanya.  Ibu Hazame yang sudah tua. Tidak mampu untuk menguruskan keadaan mereka. Jika tanpa Isabella yang membantu.  Isabella  mengurus dan menjaga makan dan pakai adik-adiknya sendiri.  Selama berapa tahun disana. Ini membuatkan Maria bertambah sayang  kepada Isabella. Amanah yang Maria tinggalkan pada Isabella dipikul  dengan rasa tanggungjawap sebagai seorang kakak. Tugas menjaga adik-adik membuatkan diri Isabella menjadi cepat  dewasa. Mujur lah pelajaran Isabella tidak terganggu dengan kesibukkan yang terpaksa dia lalui. Ketekunan  Isabella dalam pelajaran amat Maria kagumi. Maria  tahu anaknya itu seorang pintar dan cekal. Walaupun hanya seketika Isabella  tinggal bersamanya. Isabella tidak pernah merungut atau mengeluh ketika mereka dilanda kesusahan.  Entah berapa kali Maria terpaksa berpindah rumah dan bertukar kerja.  Ada ketika terpaksa menumpang dirumah saudara mara. Gaji Maria yang  kecil tidak dapat memjanjikan kehidupan yang sempurna buat anak-anaknya.  Airmata Maria mengalir  ke pipi bila  wajah Isabella terkilas diingatan. Sudah hampir setahun  Maria tidak menatap wajah Isabella. Terkenang dia ketika Isabella menyatakan hasrat mahu tinggal bersama Feazal dikota. Pada mulanya dia tidak mahu membenarkan. Tapi bila nama Hazame  dikaitkan Maria menjadi marah. Dia menghalau Isabella supaya terus tinggal bersama ayahnya. Dengan berat hati dia melepaskan tanggangjawap Isabella kepada Hazame. Faezal yang telah tamat alam persekolahan telah dibawa Hazame untuk berkerja dikota Agar Faezal dapat membina kerjayanya sendiri kata Hazame.  Walaupun sudah bercerai Hazame masih lagi mengambil berat tentang keperluan anak-anak. Sikap Hazame yang bertanggangjawap membuatkan Maria membenarkan Faezal dibawa ke sana. Tinggal dengannya dikampung mungkin menjadikan kehidupan Faezal terhad. Walaupun risau dengan keselamatan anak-anaknya Maria terpaksa redha. Anaknya yang semakin dewasa terpaksa dia lepaskan dengan hati yang pasrah.


“mak, bella nak duduk dengan abang Faezal di shah alam..”Luah Isabella. mukanya tunduk memandang lantai.  Tanpa rasa takut dia bersuara lagi.
“makk...boleh tak..”tanya Isabella  perlahan.
Maria sedang sibuk di dapur. Memasak untuk makan tengahari.
“apa...mak tengah buat keja nih..”Maria sengaja buat-buat tidak dengar.
“Bella nak pergi KL..duduk dengan ayah..”
“tak boleh! Ko jangan nak memandai..”sargah Maria.
“kenapa pulak tak boleh, abang boleh!”Isabella tidak puas hati.
“abang ko lain, dia dah abis sekolah..ko tu kan tengah sekolah lagi” terang Maria. Dalam hatinya terdetik rasa risau. Kalau Isabella bersungguh-sungguh  mahukan.
“Bella nak sambung belajar kat sana..boleh jugak temankan abang sekali”
“tak boleh!..faham tak, mak kata tak boleh..dah-dah, pegi abik pinggan tu..”
Maria mengalih perbualan mereka.
“ tak kira , Bella nak pegi jugak..nanti ayah datang Bella nak ikut ayah..” ugut Isabella.  Setiap awal bulan Hazame akan datang menjenguk mereka. Memberikan duit perbelanjaan sekolah untuk anak-anaknya. Hazame seorang ayah yang bertanggungjawap dan dia amat menyayangi anak-anaknya. Walaupun mereka tidak lagi tinggal bersama. Hazame masih  memberikan nafkah buat anak-anak mereka. Kehendak anak-anak pasti Hazame tunaikan kalau dia mampu. Apatah lagi kalau anaknya mahu tinggal bersama dengannya. Pasti tersenyum lebar bibir Hazame. Jika  tahu Isabella mahu tinggal bersamanya kembali. Maria jadi gusar dengan kemahuan Isabella.

“bella tak sayang mak lagi ker..”lemah suara Maria.
“bukan bella tak sayang mak..tpi mak tahu kan, bella  tak selesa tinggal disini lagi..”
“mana mak nak jaga bella, mana mak nak  jaga suami mak lagi..”Sindir Isabella pada Maria. Terngiang-ngiang suara Isabella ditelinganya.
Maria tahu sejak dia berkahwin dengan Tuan Sheikh Isabella telah berubah perangai. Dia tidak lagi selalu duduk dirumah. Kadang Isabella akan  ke rumah Puan Sopea berhari-hari disitu. Bosan di rumah puan Sopea. Dia  pergi  ke rumah saudara sepupunya pula. Walaupun jarak diantara rumah Maria dengan rumah ibunya itu tidak sampai 3 batu. Hati Maria tetap juga bimbang. Bila perlu duit baru dia akan pulang ke rumah. Bila ditanya ada sahaja jawapan dari Isabella. Hendak dirotannya tidak sampai hati. Berkali-kali  Maria meleteri sikap Isabella. Tapi Isabella tetap juga begitu.

“suka ati ko lah..mak malas nak cakap apa dah..”Maria  mengeluh .
 Dia sudah penat melayan kerenah Isabella . Biarlah jika itu yang Isabella mahu. Lagi dilarang lagi dia dipersalahkan.
“betul ker mak..? yahooo..sayang mak..”riang sungguh Isabella dengan jawapan yang diberikannya.
“mak jangan risau, bella tahu jaga diri..”Isabella memujuk.
Apa yang hendak Maria katakan lagi. Kedegilan Isabella susah hendak dilunturkan.
Pada Faezal dinasihatkan agar menjaga adiknya itu dengan sebaik mungkin.  Hanya Faezal yang dapat diharapkan buat masa ini. Faezal telah berjanji  padanya akan menjaga Isabella. Membuatkan hati Maria rasa tenang sedikit.

“ macam mana dengan Bella  kat sana..ada dia merayau-rayau tak tentu hala..”
Tanya Maria . Sewaktu Faezal menjenguknya dikampung.
“tak de pun..mak jangan risau lah..abang tahu..” balas Faezal mengelengkan kepala.      
“kau jaga betul-betul adik ko tu, kalau dia buat hal..jangan dibiarkan..”pesan Maria
“ya..abang tahu tu mak..”
“macamana keje kat sana..sesuai tak..?”Tanya Maria. Direnungnya tubuh Faezal yang semakin berisi.
“okey..mak, dekat dengan rumah..senang nak pegi kerje..”
“baguslah kalau macam  tu.., bila dapat duit  jimat-jimatlah..jangan membazir..”
“abang dah buat buku bank..?”
“dah..abang ada simpan sikit-sikit..mak”Faezal menghulurkan buku bank bersama not RM1000 pada Maria.
“mak tolong simpankan ya..tapi kalau mak nak guna..mak pakai lah..”terang Faezal.
“banyak ni..allahamdulilah, nanti mak tolong simpankan..”
Sejak Faezal telah mula berkerja beban hidup Maria menjadi ringan sedikit. Tanpa Faezal hidupnya pasti bertambah susah. Faezal lah tempat dia bergantung harapan. Anak sulungnya itulah yang telah banyak membantu Maria selama ini. Apa  kata Maria tidak pernah Faezal membantah. Amat senang ketika Maria membesarkan dan mendidik Faezal. Sifat Faezal yang tidak kedekut menyenangkan lagi kehidupan mereka sekeluarga. Duit pemberian Faezal disimpannya sebaik mungkin. Jika benar-benar memerlukan baru Maria akan mengeluarkan.
Setiap tiga atau empat bulan sekali Faezal akan pulang ke Terengganu menemuinya.
Segala perkara yang terjadi disana akan disampaikan Faezal kepadanya.
Faezal walaupun dirinya nampak pendiam. Barannya boleh datang kalau tidak kena cara. Maria tahu Faezal dapat memahami kelukaan dihatinya. Kerana itu Faezal cuba membuat Maria bahagia. Tidak mahu Maria rasa susah hati dengan kehidupan yang dilalui. Sebagai seorang anak hanya itu yang terdaya Faezal lakukan.