23 Mar 2014

Santai Bersama Komposer Ly & Baiduri

Setelah merangcang hampir 2 bulan akhirnya terlaksana jua. Alhamdulilah..dpt bertemu dengan rakan2 yang baik dan sporting. Bukan mudah untuk mengatur pertemuan ini tapi dengan izin-Nya semuanya berjalan dengan lancar. Moga dengan pertemuan ini bertambahlah rakan dan ilmu untuk kita manafaatkan bersama. Yang kurang kita isikan..yang lebih kita agih2kan. Ilmu itu tak akan berkurangan jika kita ikhlas. Malah makin bertambah. Jadi mari kita eratkan SILATURRAHIM dulu..^_^
Terima Kasih dan Tahniah buat sifu LY & Baiduri. Semoga sukses selalu..



http://www.sinarharian.com.my/hiburan/semangat-dari-lagu-keranamu-mh370-1.263221




Memang enjoy bila dapat bertemu dengan kawan2 yang satu kepala dan  minat yang sama. Cukuplah hanya ini yang dapat saya kongsikan buat anda. Yang selebihnya biarlah ianya abadi dalam hati kami...

Terbaekkkkkk!!!!




18 Mar 2014

Dimana MH370 ?



Kelip-kelip ku sangka api
kalau api mana obornya
Hilang ghaib ku sangka mati
kalau mati mana kuburnya

Hari ke 6  kehilangan pesawat MH370

Perlahan-lahan ku terima
kehilangan ini memberi daku seribu erti
yang diatas kan ke bawah jua
tidak dapat dibayangkan 
bila gembira btukar duka
sekelip mata berubah cerita
yang dulu benci kini btmbh sayang
yang tsayang tinggal kenangan
dunia ini pinjaman,lunaskan..
dengan apa..? amalan dan pahala
al fatihah buat yg telah pergi

dan buat bakal juga..

Hari ke 7 kehilangan MH370


Mungkin Tuhan masih lg murka dgn ksombongn kita, mungkin Tuhan mahu kita lebih2 lg myebut namaNya, mungkin Tuhan mahu kita sedar yg slama ini kita hanya mmerlukn Dia ketika kita susah,tika senang kita lupa melihat kbesarnNya..Ya'Allah,ssungguhnya kami tlh mzalimi dri kami sndri,ampunilh dosa2 yg tlh kami lakukn dlm sedar dn tidak sedar.Kami bsujud dgn seikhlas hati hanya pdMu..moga dpt Kau trima taubat hambamu yg kerdil ini..

Hari Ke 7  kehilangan MH370

Mata ini sudah sarat
beningnya tidak brseri
Kepala ini mula berat
Mana yang benar mana tipu
Penantian tiada pnghujung
bla..bla..bla..bla..
Mulut tak puas bercerita
Tapi telinga sudah bosan mendengar
menanti dalam harapan
Hingga badan lelah bertahan
hati bersabarlah..jgn musnahkan iman
aku yang bdosa

Hari ke 10 kehilangan MH370 


Lautan milik sang nelayan
biru air laut yang tbentang
diredahnya dengan tenang
Bukan skali malah acap kali
dia sudah lali bermain air laut
walau jauh disudut hati bimbang
namun rezeki harus dicari
disini kudratnya dicurahkn
panas dan hujan pkara biasa
kulit sudah bisa menerima
gelombang ada ketika muncul
Hanya pada-Nya diserah segala
esok kalau masih bernyawa
lautan ini akan dinodainya lagi

Lukisan Hati,
Isabella_ali 2014


7 Mar 2014

Episod 17 Isabella..lambang cinta yang lara

Episod 17

“hello..boleh saya cakap dengan Zulkefly..” 
“ya..saya cakap, sape tu..” kedengaran suara Zulkefly riang.
“sa..saya Isabella..”Aku menelan air liur untuk menghilangkan rasa gugup. Bila Zulkefly sendiri yang menerima panggilan itu.
“bella..awak ker..hehe..tak sangka awak kol juga saya akhirnya”Nada suaranya bertambah ceria membuatkan aku rasa kembali selesa.
“awak free ker hari  ni” Tanya aku dengan suara sengaja aku manjakan.
“ya..saya tak ke mana hari ni..kenapa..?”Tanya Zulkefly seperti menduga. Walaupun dia sendiri sudah boleh mengagak.
“saya nak ajak awak keluar hari ni..boleh? Aku memberi cadangan. Dalam kepala ligat mencari tempat yang sesuai untuk berdating.
 “apa kata kita ke klang, lepak kat sana..kita tengok wayang ker..”kata-kata Zulkefly membuatkan aku menarik nafas lega. Tidak perlu aku susah-susah lagi memikirkan tempat mana hendak dituju.
“ok..tapi kita nak jumpa kat mana sekarang..?  tanya aku sepontan.
“awak tunggu sana..saya datang sekarang..ok..”Zulkefly meletakkan gangang telepon sejerus aku memberi alamat rumah kepadanya. Aku duduk menanti dia dibawah blok rumah. Setelah bersiap ala kadar. Walaupun dalam hati berdebar-debar tapi  aku kuatkan semangat. Kerana rancangan ini harus berjalan dengan lancar. Aku tidak mahu gagal dengan rancangan yang telah aku karangkan.  Ini  baru satu permulaan.

“hai bella..dah lama tunggu..” tegur Zulkefly dengan senyum tidak pernah pudar dibibirnya.
 Wajahnya yang kacak membuat aku terpegun. Apatah lagi bila  dia  tidak mengenakan seragam sekolah. Lagi membuat Zulkefly semakin tampak segak dengan baju kemeja dan berseluar jean biru muda itu. Aku membalas senyumannya dengan teragak-agak.
“tak lah lama sangat”Aku bangun menghampirinya.
“jumm lah..kita gerak sekarang.”Ajak Zulkefly memulakan langkahnya.
Kami beriringan  menuju ke bus stop yang berhampiran.
Rumah Zulkefly dengan rumah aku jaraknya 2 kilometer sahaja. Hanya bersebelah seksyen. Kata orang jalan kaki pun boleh sampai.
Tiba di bus stop mujurlah tidak ada ramai orang. Kami duduk dibangku yang tersedia.
 Aku tiba-tiba hilang idea nak memulakan bicara.

“awak lebih nampak cantik kalau berbaju kurung..”tegur  Zulkefly tiba-tiba.
Aku tunduk tengok pakaian yang aku pakai. Malu pula ditegur begitu. Tapi aku mana ada baju kurung. Kecuali baju sekolah yang lain semuanya tshirt, seluar jean dan skrit.  
“aa..saya tak de baju kurung..”jawap aku sepontan. Seolah terasa diri  tidak cantik. Hilang tiba-tiba keyakinan dalam diri bila mendapat tegur yang tidak disangka itu.
“tapi macam ni pun saya suka”
Dia ini macam mana kejap kata tak suka kejap kata suka. Aku bertambah keliru.
“betul..awak tetap nampak cantik dengan apa sahaja yang awak pakai”puji Zulkefly lagi. Cantik ke dengan wajah tanpa make-up ni getus  naluri aku. Aku tersenyum malu dengan pujian Zulkefly. Entah ikhlas entah tidak pujian darinya itu. Aku berkira-kira di dalam hati.
“pakai macam ni pun awak kata cantik”Luah aku perlahan.
“awak cantik dengan gaya awak yang tersendiri bella..”Lembut tutur kata Zulkefly. menyentuh ke hati aku.
“tapi awak sombong..”Zulkefly meninggi suara sedikit.
Walaupun wajahnya tidak serius. Tapi kata-katanya membuat aku tergamam seketika. Tidak sangka dia menuduh aku begitu.
“apa! Kenapa awak tuduh saya macam tu..”Suara aku berdatar. Itukah tanggapannya tentang diri aku selama ini.
“kerana kesombongan awak lah buat saya semakin suka kan awak..bella”
Ujar Zulkefly memecahkan tanda tanya dalam kepala aku. Aku menarik nafas lega. Pandai juga dia menilai orang bisik hati kecilku.

“suka kat saya..? tapi saya hairan juga lelaki sekacak awak, boleh suka kan perempuan yang macam saya. Kan ker ramai lagi budak perempuan yang cantik-cantik kat sekolah, kenapa awak pilih saya..”Tanya aku cuba mengorek isi hatinya.
“yang cantik tu ramai bella, tapiii...” kata-kata Zulkefly terhenti.
Aku menanti dengan sabar. Ingin  sekali aku meneroka  ke dasar hati lelaki ini untuk mengetahui isi hatinya terhadap aku.
“mereka itu tidak seperti awak..jujur dan berani”
“maksud awak kef..”
Aku semakin tidak mengerti. Apakah yang bermain difikirannya tentang diri aku.
“awak bukan sahaja cantik bella..tapi awak pandai jaga diri.  Dan menjadi rebutan semua pelajar lelaki di sekolah. Ramai yang mahukan awak..”
“sa..saya tak tahu nak cakap apa..kalau itu yang awak rasa”
“saya juga tahu azany, harry dan ramai lagi yang suka kan awak” pintas Zulkefly. Wajahnya berubah serius tika menyebut nama Azany dan Harry.
Aku jadi serba salah. Haruskah aku menerima kata-katanya dengan rasa bangga. Sedangkan aku tidak mahu perkara itu berlaku. Semua itu terjadi bukan dari kemahuan aku. Ia datang tanpa aku pinta.  Nampaknya semua tentang aku dapat dia hidu. Macam mana aku nak berdalih  lagi kalau semua rahsia sudah berada dalam genggaman  Zulkefly.  Mungkin kerana kami satu kelas dia telah  memerhati gerak geri aku selama ini.

“tapi mereka semua saya anggap sebagai kawan..seperti awak juga”Luah aku jujur.
“kawan...? tapi kalau saya nak lebih dari itu macam mana..?” Zulkefly  cuba memerangkap aku dengan kata-katanya. 
“hah! Tu bas dah sampai” Aku bingkas  bangun. Zulkefly turut bangun sekali.
Keadaan dalam bas yang lenggang membuatkan aku boleh  memilih tempat duduk. Aku menuju ke hujung  sekali. Zulkefly mengekori langkah aku.

“tak ramai pula orang hari ni..”Aku bersuara. Setelah meletak punggung dikerusi.
“mungkin mereka senang duduk dirumah  bila time hujung bulan begini..atau mungkin dah kering kot..hehe..”Zulkefly melawak.
 “ya lah kan..mungkin juga”aku tersenyum mendengar kata-katanya. Lucu juga orangnya Zulkefly ni rupanya. kat sekolah nampak sahaja macam pendiam.

Aku merenung ke luar jendela. Sekali sekala aku menjawap pertanyaan dari Zulkefly . Dia seperti seorang polis yang sedang menyiasat latar belakang aku. Dia benar-benar ingin tahu tentang aku. Adakah memang benar dia  telah jatuh cinta  pada  aku. Aduh! jika benar seperti yang dikatakan Qestina. Bagaimana nak aku lepaskan diri aku darinya nanti. Macam mana pula rancangan yang telah aku aturkan. Berdosanya aku kalau membuat dia terluka dengan teruk. Pasti dia akan membenci aku seumur hidup ini. 

“asyiknya mengelamun..ingat kat sape tu..? kita dah sampai  ni..bella”Sapa Zulkefly  dengan mencuit aku. Lemah jiwa aku bila mengenangkan rancangan ini. 
Turun sahaja dari bas.  Tiba-tiba bayangan Riezal pula menerpa diingatan tika melihat jejak-jejak yang pernah aku lalui  bersama dengannya. Kenangan bersamanya muncul dalam fikiranku. Sejak akhir-akhir ini aku jarang bertemu dengannya lagi. Adakah dia tidak mahu menganggu aku kerana akan menduduki peperiksaan nanti. Aku mendengus perlahan. Hati mula memikirkan yang bukan-bukan. Adakah aku sedang merinduinya.

“tunggu apa lagi tu bella..jum lahh.. kita tengok wayang dulu ya..”jerit Zulkefly yang sudah berjalan jauh dari aku.
Aku yang berdiri memerhati bangunan di hadapan  mata tersentak. Dengan laju  mengangguk tanda setuju. Menutup malu sendiri kerana  hanyut dalam lautan rindu.
“kenapa ni bella..tiba-tiba sampai sini diam jer, awak tak suka keluar dengan saya ker..”Tanya Zulkefly seakan dapat mencium  perubahan aku.
“ehh..tak lak..saya suka, cuma  tiba-tiba saya sakit kepala”aku berbohong.
“nanti saya belikan penadol ya..”dia memimpin aku rapat ke sisinya. Bau minyak wangi dari bajunya semerbak menusuk ke  hidung.  Aromanya begitu menenangkan.

“macam mana dah ok sikit..? tanya Zulkefly. Wajahnya seperti risau. Dia duduk dihadapan aku. Aku pula menjadi serba salah bila melihat keprihatannya terhadap aku.
“alah..sikit je nih, nanti okey lah..kef jangan risau ya”aku memandang wajahnya yang suram.
“kef  pegi lah beli  tiket dulu  nanti lambat habis pulak” Pinta aku mengalih rasa risaunya.
“betul ni dah ok..”Zulkefly kembali ceria.
“ya..bella dah ok ni”aku tersenyum mengangguk.
“tapi nak tengok citer apa nih..citer orang putih ker citer melayu..?”
“citer apa-apa aje..asalkan best..”aku memberi cadangan.
“ok..”Pantas jari  Zulkefly mencubit pipi aku. Tidak sempat aku hendak mengelaknya.

Kenapalah wajah Riezal boleh muncul sekarang. Fikiran aku bercelaru bila memikirkan dirinya. Hinggakan aku membayangkan Zulkefly sepertinya. Aku mengeleng kepala terbit rasa kesal kerana bersikap tidak adil pada Zulkefly. Rancangan yang aku atur seolah memakan diri aku sendiri. Aku  terjerat dalam jerat yang aku sendiri ciptakan.
Oo..tuhan, bukakan jalan untukku. Moga kau jauhkan perasan rindu yang mula bersarang di dalam hatiku ini.
Langkah Zulkefly semakin menghampiri. Aku berjalan menuju kearahnya. Setelah membeli kudap-kudap kami masuk ke dalam panggung. Aku mencari kelibat pak cik Haziq tika melalui  pintu utama tapi dia tiada disitu.

“bella nak tengok sesuatu tak?” tanya Zulkefly memecah sunyian.  ketika sedang menanti cerita dimainkan.
“tengok apa..” pantas aku memandang ke wajahnya yang samar-samar dengan cahaya skrin. Dalam hati penuh tanda tanya.
“adalah..tapi bella janji jangan bagi tahu sape-sape ya”Zulkefly masih berahsia. 
“ok..bella janji.” Aku berikrar. Zulkefly tersenyum meleret dengan sikap aku yang sepontan itu.
“janji..”Tanya Zulkefly untuk kepastian lagi. Aku membulatkan mata tanda geram.
“ya..janji, kalau tak  percaya tak pe lah”aku buat-buat merajuk. Kemudian berpaling ke arah lain.  Namun masih  memerhatinya  dengan ekor mata.
 Zulkefly meraba-raba seluarnya. Kemudian dia mengeluarkan sesuatu. Lalu menarik tangan aku dan meletakkan dompet kulitnya ke tapak tangan aku. Aku jadi binggung.
“abik lah..”katanya dengan bersungguh-sungguh.
“saya tahu lah kef  ni anak orang kaya tapi tak kan dompet pun nak kasi kat bella kot”Aku mencebik perli.
“tak pe lah kalau tak nak..”Rajuk Zulkefly tiba-tiba. Aku pula jadi serba salah.
“aduh..ya lah..ya lah..”aku mengalah. Walaupun dalam hati rasa semacam.
Kata-katanya membuat aku geram. Lalu aku terus  membuka dompetnya. Sebaik sahaja aku membuka lipatannya. Dompet itu jatuh dari  tangan aku.  Tiba-tiba aku rasa  lemah seluruh badan. Aku seperti tidak percaya dengan apa yang aku lihat. Tapi dengan pantas Zulkefly menyambar dompet dipangkuan aku. Aku tersentak lalu hilang rasa malu.  Cuba merampasnya kembali dari  tangan Zulkefly. Tapi  Zulkefly  seperti berkeras tidak mahu memberinya. Jadi terpaksalah aku merayu padanya.  Agar dapat  melihat semula gambar yang terselit di dalam dompet itu. Kerana aku ingin memastikan bahawa gambar tersebut adalah aku. Perasaan mula bercampur aduk. Antara terharu dan bahagia. Tidak aku duga rupanya aku memang dicintainya dalam diam-diam. Dan ternyata gambar itu adalah aku. Entah dari  mana dia  mendapatkannya. Aku bertambah kagum pada usahanya.

“kef...benar ker awak betul-betul sukakan saya?”Tanya aku tanpa segan silu lagi.
 Jari jemarinya dari tadi mengenggam erat jari jemariku. Seolah tidak mahu melepaskan tangan aku buat selama-lamanya. Aku membiarkan.
“sejak pertama kali saya bertentang mata dengan awak”Luah Zulkefly dengan perlahan ke cuping telinga aku. Tika Lampu panggung dimatikan. Hati aku terusik bila mendengar pengakuan ikhlasnya. Aku kehilangan kata-kata. Aku rebahkan kepala ke bahunya. Dalam satu hari aku jatuh cinta padanya.  Adakah ini dinamakan cinta.
“bella..bagaimana perasaan awak pada saya..”Tanya Zulkefly dalam kelipan lampu skrin dihadapan. Aku hanya memandang kosong cerita yang dipaparkan. Kerana kisah cinta aku ini lagi hebat aku rasakan. Aku mula berperang dengan perasaan sendiri. Antara cinta dan cabaran. Aku mula dihimpit dengan perasaan yang berbelah bagi.

“kita kawan dulu ya kef..”Pinta aku dengan hati yang berbelah bagi. Aku tidak mahu memberi apa-apa harapan pada Zulkefly dengan cepat.
“kawan..? kenape..awak dah kekasih..?”Katanya tegas. Zulkefly melepaskan jemariku dari genggamannya. Aku dapat rasakan dia kecewa dengan pemintaanku.
“bukan..bukan begitu..,lagi pun kita kan masih sekolah lagi” Inilah alasan yang selalu aku guna untuk melepaskan diri dari jerat percintaan. Tapi kenapa hati ini mudah benar jatuh cinta. 
“atau awak takut saya mainkan perasaan awak..?” Zulkefly membuat andaian terhadap aku.
“mungkin  ya..mungkin tidak” sengaja aku menguji pendirianya pula.
“hampir 2 tahun saya tunggu awak bella..baru hari ini saya dapat bersama awak. Jangan buat saya tertunggu-tunggu lagi”Dia menarik tubuhku ke dalam pelukannya.  Hingga dengupan jantungnya dapatku dengari. Maafkan aku kef..kau bukan lelaki pilihanku.




11 Feb 2014

Episod 16 Isabella..lambang cinta yang lara

Episod 16

Hentakkan kaki semakin  jelas  kedengaran  menaiki anak tangga satu persatu.
Jantung aku berdebar kencang. Aku menanti dengan sabar. Lama kelamanan
derapan  itu menjadi perlahan. Kemudian terdengar daun pintu dibuka.
Aku buat-buat sedang menonton tv.

“bila balik..?” tanya abang Feazal tanpa  membuka kasutnya dulu.
“bella baru jer balik nih..itu ada buah tangan untuk abang”  aku  buat muka manis dan cuba mengalihkan rasa risau di hati abang Feazal.
“macam mana seronok ker pegi sana. Mana Riezal, dia dah balik..?”bertalu pertanyaan dari abang Feazal. Aku menganguk menyiakan.
“dia dah lama balik..tak kan nak tunggu abang balik. mestilah seronok macam-macam ada kat sana. memang puas ati lah..tapi kalau boleh nak pegi lagi”Laju mulut aku bercerita.
“nak pegi lagi..ermmm..”abang mengeleng kepala. Buat aku serba salah.
“kalau bolehhh..”kendur suara aku dengan muka kesian.
“ok lah abang nak mandi dulu..ko  masak apa petang ni..”
“rahsia..kalau nak tahu gi mandi dulu ya..”usik aku. Aku menarik nafas lega. Mujur abang Faezal tidak marah. Aku rasa beruntung kerana mendapat seorang abang yang baik, sporting dan memahami. Aku hidangkan kepada abang Faezal. Nasi berlaukan sayur kangkung goreng, telor masak kicap dan sambal belacan. Hanya masakan itu yang pandai aku buat. Dengan lahapnya abang Feazal menjamunya. Aku tersenyum memerhati. Tiba-tiba terbit rasa kesian pada abang, dia seperti kelaparan. Aku pantas menuju ke ruang tamu untuk menghilangkan rasa sebak yang mula menganggu jiwa. Lagi pun aku tidak mahu menganggu abang yang sedang enak makan. Setengah jam berlalu, kemudian kedengaran pintu bilik abang ditutup. Mungkin abang sudah selesai makan. Aku bingkas bangun dari kerusi kembali dapur. Setelah siap mengemaskan meja makan. Aku masuk ke bilik. Lalu duduk mengadap cermin meja solek. Cermin yang besar itu merakam wajah aku dan tubuhku. Aku memerhati tubuh sendiri yang semakin kurus. Tulang bahu juga timbul macam orang sakit. Aku meraba-raba tulang itu dengan perasaan sayu. Aku ingin menangis. Tapi aku tahu tangisan tidak boleh mengubahkan apa-apa. Jadi aku harus kuat dan tabah untuk hadapi dugaan ini. Kalaulah emak melihat aku dan abang sekarang tentu emak akan menangis. Aku dan abang terpaksa mencatu makanan disini. Kami cuba berjimat cermat sehabis yang boleh. Beras dalam bekas pun sudah tinggal  dua cupak. Air mata tiba-tiba mengalir juga. Terlalu banyak keperitan yang terpaksa aku pendam dan telan. Hingga  aku sudah tidak tertanggung lagi. Ayah..kejamnya kau!

                                                                  *****

“oo..kau nilah Isabella ya..”tanya Qestina dengan sombong menghalang perjalanan aku ke kelas. Jari telunjuknya dicucuk-cucukkan ke dada aku. Aku menepis tangannya dengan kasar. Amy dan Qaseh kawan baiknya hanya memerhati. Aku tertanya-tanya kenapa Qestina bersikap begitu pada aku. Sedangkan aku tak kenal dia  pun.
“Apa hal ko cari aku..” tanya aku yang masih kebingungan dengan sikap pelik  Qestina dan rakan-rakannya. Yang  tiba-tiba bersikap musuh dengan aku
“oo..kau tak kenal aku lah..”Qestina membeliakkan matanya. Kepalanya digoyang-goyangkan macam spring. 
“ko nak apa dengan aku hah!”aku mula  rasa rimas. Lagi pun aku malas nak layan orang yang berlagak bagus-bagus ni. Jangan sampai sabar aku hilang.
“aku nak ko jauhkan diri  ko dari Zulkefly..faham!”Qestina menolak tubuhku. Nyaris-nyaris aku nak jatuh.  Lekas-lekas aku kawal diri. Rasa geram mula terkumpul. Aku genggam jari. Nak saja aku  tumbuk muka perempuan yang tak tahu malu nih..
“sekejap! Apa ko cakap..jauhkan diri dari pada  kef..? sepatutnya  ko kena nasihatkan  dia  supaya dia tak kacau aku..faham!” aku tersenyum sinis. Rupanya pasal  Zulkefly yang buat Qestina  berani bertindak begitu. Pasal lelaki dia nak gaduh dengan aku. Bodoh..getus hati aku.
“ko jangan cari pasal dengan aku, bella..”Qestina memberi amaran. Merah muka dia menahan marah. Mungkin dia rasa tak puas hati dengan kata-kata aku.
“ko pulak jangan main tuduh-tuduh, sepatutnya ko  tanya pada  dia dulu”aku cuba menyejukkan panas dihati Qestina.
“ahah! Semua orang dah tahu Zul suka kan ko..”Marah Qestina. Dia mundar mandir dihadapan aku.
“kalau iya pun ko dah tahu..kenapa ko pulak rasa sakit hati..ko  mak we dia ker..?”aku mencebik meluat. Perasan sungguh perempuan sekor ini. Walhal aku dengan Zulkefly tak ada apa-apa hubungan pun. Ini  pun aku baru tahu dari mulut Qestina sendiri. Rupanya  memang selama ini Zulkefly ada hati kat aku.
“sial ko bella..siapa pun aku. Ko peduli apa!” Qestina mencekak pinggang.
“jadi ko bukan kekasih dialah kan..haha..pat pat sape dpt dia punya ok..”Aku mencuit pipi Qestina. Sengaja  membuat Qestina rasa tercabar lagi .
“jaga lah ko nantiii..bella”Jerit Qestina.  Ternyata aku telah berjaya menyakitkan hatinya. Aku berlalu dengan senyuman lebar kerana  puas hati.

Masuk sahaja dalam kelas. Semua  mata  memandang ke arah aku. Aku pura-pura
 buat  muka selamba. Aku melirik ke arah meja Zulkefly tapi kerusinya kosong. 
“Kau cari sape bella..ko cari kefly ya...”tegur Elbie. Entah kenapa dia seperti 
tahu perasaan aku tika ini.
“tak de lah..aku cari Diena..”bohong aku. 
“alah..aku tahu ko cari kefly.. kan..”desak Elbie dengan  senyum sinisnya.
“kalau ya pun..ko peduli  apa..”aku mula bosan dengan sikap Elbie yang peramah
 tak bertempat.  Walaupun  aku tahu dia baik. Tapi aku tak de mood nak
melayan dia  pada  saat ini. Lebih-lebih lagi bila nama Zulkefly dikaitkan.

“Nah! Aku rasa ini boleh  membantu ko..” Dengan selama Elbie menghulurkan sekeping kertas yang diambilnya dari belakang baju aku.
“apa nih..?” Tanya aku sebelum mengambil kertas itu dari tangannya. Elbie
 mengangkat bahunya. seolah dia tidak tahu apa-apa.
Aku pantas  meragut kertas itu  dari tangan Elbie. Dia mengeleng kepala dengan
sikap aku yang tidak sabar. Sakit kepala aku tiba-tiba  datang.

“celaka punya Qestina..”Aku berdengus geram. 
Tercetus nama itu dari bibir aku. Kalau bukan dia siapa lagi. Aku benar-benar tersentak dengan tulisan yang tertera di kertas itu. PEREMPUAN MURAHAN! Entah masa bila Qestina sempat melekapkan dibelakang baju aku.  Sehingga aku sendiri tidak perasan. Patutlah semua orang pandang  aku lain macam jer tadi.

“Hati-hati dengan Qestina..bella..”Nasihat Elbie sambil menepuk bahu aku.
 Sebelum keluar  dari kelas.
“tima kasih bie...” Aku menarik nafas sedalam yang mungkin. Cuba kontrol
marah yang dari tadi aku tahan. Tapi macam mana Elbie boleh kenal Qestina.
Ah! aku tidak mahu ambik tahu. Yang pasti perempuan tu sudah mencabar
tahap kesabaran aku. Aku komotkan kertas itu dengan perasaan geram. 
Kau  memang cari nahas  Qestina...