Selamat Hari Guru buat semua guru-guru yg brgelar cikgu. Tanpa cikgu mungkin aku tidak pandai sampai sekarang. pandai kerr...hehe.., Bila dah dewasa ini baru aku sedari jasa seorang guru amat besar. Sanggup berkorban masa dan tenaga untuk anak muridnya. Belum lagi tekanan dari orang atasan. Melayan kerenah pelajar dan ibubapa lagi. Terlalu banyak jika hendak dikatakan. Kesabaran seorang cikgu dalam memikul tanggungjawap amat diperlukan. Dan kalau boleh diulang kembali zaman itu. Aku ingin meminta cikgu2 yang mengajar aku menulis kata2 azimatnya di autograf aku. Agar aku boleh kenang kembali wajah mereka. Tapi semua itu pasti tidak mungkin berlaku. Dan mana mungkin aku dapat mengingati nama2 mereka setelah hampir 20 tahun aku meninggalkan zaman persekolahanku. Aku hanya mampu mengucapkan jutaan terima kasih dari kejauhan. Moga mereka bahagia dan dirahmati Allah selalu.
Terima Kasih buat Cikgu-cikgu d'
- Sek Keb SS 17 Shah Alam Selangor
*Cikgu Mahayun(Muzik)
- Sek Keb Ulu Beranang Negeri Sembilan
- Sek Men Kuala Besut Terengganu
*Cikgu Sattar(lukisan),Cikgu Ariffin(Ptukangn)
- Sek Men SS 16 Shah Alam Selangor
Banyak kenangan pahit manis yang tersimpan dihati. Namun kenangan itulah pengubat kerinduan aku pada cikgu dan rakan-rakan juga.Pada aku, guru yang paling kejam..adalah pengalaman! jika terjadi aku tidak akan ulangi kesilapan untuk kali kedua. Dan hingga kini aku masih lagi belajar. Cikgu aku sekarang dunia, manusia, haiwan dan tumbuh2an. Aku tidak akan pernah jemu untuk belajar..maka ajarlah aku perkara yang baik2 agar aku dapat mberi yang tbaik juga. ^_^ yang jahat dah tentu cikgunya syaitan. Syaitan tempatnya dneraka..aku tak nak ke neraka..kau nak..? * berjaya ddunia belum tentu bjaya diakhirat..kalau belajar tapi x beramal.
Saya telah maafkan segala perbuatan cikgu pada saya dan maafkanlah saya jika saya menyusahkan
cikgu dulu..
Al Fatihah buat cikgu yg telah meninggal dunia..
Jasamu tetap kukenang..
3 Jun 2014
9 May 2014
"Selamat Hari Ibu..Mak!
walau dia x secantik sofea jane
Walau dia x sebijak fara fauzana
Walau dia x sekaya siti nurhaliza
namun hatinya semulia oprah
Tubuhnya kuat seperti iron lady
semangatnya gagah laksana si baju hijau
Itulh emak aku..
<3 'Selamat hari ibu' mak <3
30 Apr 2014
Kek Cheese Just For U'
Malam tadi aku dah set kat kepala nak buat kek pada pagi ni. Jadi pagi2 lagi aku dah mandi awal. Selalu aku mandi kul 8 pagi -11 pagi..ooppp pecah rahsia aku..hehe.. Hari ni sbelum solat subuh aku dah mandi tau. Nak buat kek punya pasal... Semua barang dan bahan2 buat kek sudah aku letakkan ke atas meja. Tapi tiba-tiba mood malas aku datang lah pulak. Rasa nak layan tv jer, lagipun citer yang aku suka tu dah nak start pulak tu. Hati mula berbelah bagi. Aku pandang tv kemudian aku pandang bahan buat kek kat meja berkali2.. Namun bila mengenangkan janji aku pada si dia. Semangat aku mula datang kembali. Aku kuatkan hati sebab nak buat kek yang special jugak utk dia hari ini..maka inilah hasilnya...^_^
Mulanya aku fikir nak buat camni je lah..simple jer kan, sebab aku nak layan tv lagi. tapi bila citer yg aku suka tu dh abis, datang pulak idea nak deko2 kek ni...over sgt ker..? hehe..yg penting dia suka! ^_^
16 Apr 2014
Kek Selamat Petang Sayang
![]() |
| Kek Selamat Petang Sayang |
Dalam duk santai tengok tv tu, tiba2 mulut ni boleh pulak tlepas cakappp.. "sape nak makan kek kena lah tolong". jadi x sampai 5 minit semua barang dah siap atas meja. huhu...x sangka lah mood paan rajin pulak aritu.., mcm2 dia tanya kat aku..apa barang perlu dia amik. jadi dia tanya aku jawap..sampailah semua barang buat kek dia dah sediakan untuk aku. Nak tak nak aku dengan lemahnya bangun dari tempat duduk terus masuk dapur. jeng...jenggggg....mood rajin tiba2 sudah mari..hehe..
Inilah kek Selamat petang sayang khas untuk paan kerana mbantu aku sediakannya. Tanpa paan x mjadi kek aku ni..dengan bantuan paan lah maka kek ini terhasil dengan penuh kasih sayang. Belum sempat aku nak takcap2 lagi kasi cun, dia dah mula cuit kek tak sabar nak makan. macam nilah kalau buat kek setahun skali..hehe..Resepinya...? mudah jer..korang gi lah skodeng2 dulu pada yg pakar... :P
Subscribe to:
Posts (Atom)




