8 Feb 2015

Pantun

Pantun

Ayam dara di masak halia
Sayur kailan goreng belacan
Hati yang baik pasti bahagia
Ramai datang menjadi kawan

Rumah teras rumah pangsa
Ada di bandar mahu di desa
Niat yang baik Allah suka
Manusia juga akan ikut terasa

Buah jambu dalam raga
Ada merah ada juga unggu
Sakit kecewa tak lama
dasyat lagi kalau di tipu

Budak budak bmain gasing
Gasing dibuat dari kayu nangka
Mari kita eratkan rasa sayang
Pada negara yang tercinta..

Isabella Ali 2015

3 Feb 2015

Episod 19 Isabella..Lambang cinta yang lara

Episod 19

“kau ni memang zalim! Tak berhati perut..  Suka-suka kau jerk nak lukakan hati orang kan?”Terjah Azany  tiba-tiba  dengan wajah menyinga.  Waktu itu aku  sedang bersendirian di dalam kelas. Entah kenapa perut aku  betul-betul  tak selesa pagi itu. Pada mulanya aku pekakkan telinga. Malas nak layan kata-katanya. Azany masih tak puas hati bila melihat aku terus berdiam diri.
“kalau ko tak suka dia pun, jangan lah kau mainkan hati dia. Dah teruk aku tengok si Harry tu”Tuduh Azany lagi. Aku jadi geram dengan tuduhan Azany.
“jap..japp..apa  ko kata. Aku mainkan perasaan Harry. Bila masa pulak aku bercinta dengan dia hah!” Jerit aku yang  sudah tak tahan mendengar  tuduhan dari Azany.  Aku Bangun membela diri. Sambil menekan perut yang sakit. Aku kembali duduk kerana sudah tidak tahan lagi sakit yang kusembunyikan. Mungkin perut aku masuk angin atau aku tersalah makan agaknya. Mood aku benar-benar terasa teruk.

“si Harry tu dah kena tangkap polis”
Azany  menarik kerusi dihadapan aku lalu menghempaskan punggungnya. Aku terkejut. Mata aku bulat memandang Azany. Seperti tidak percaya dengan kata-katanya.
“kena tangkap polis..bila ? kenapa..? pasal apa..?”aku  terkejut lalu  bingkas bangun dengan tiba-tiba. Berkerut wajah aku dengan menahan sakit. Tapi berita yang aku dengar ini benar-benar  tidak aku sangka.
“pasal ko lah!”pekik Azany. Mahu saja aku memaki hamun Azany ketika itu.
 Kenapa pasal aku pulak. Apa kena mengena dia dengan aku. Sakit hati aku bertambah dengan tuduhnya.  Semudah itu dia menjatuhkan hukuman terhadap aku. Aku mengeleng kepala tanda kesal. Tak sangka itu anggapan dia terhadap aku. Aku menarik nafas. Cuba meredakan kemarahan yang mula terkumpul.

“kau cakap baik-baik Azany. Kenapa pulak ko nak tuduh aku puncanya”Bidas aku yang hilang sabar.
“entah lah..tapi semua orang cakap ko lah puncanya”Azany menyapu peluh dimukanya. Kipas angin yang ligat di kepala seolah tidak menyejukkan tubuhnya.
“gila! Tapi dia kena tangkap pasal apa..?”
“dia isap ganja kat belakang sekolah tadi”
“isap ganja..? abis tu apa kena megena dengan aku! dia sendiri yang cari pasal” Aku membela diri.
“Dia nampak kau dating dengan Zulkefly semalam..”Kata-kata Azany membuatkan aku terduduk. Baru semalam ku cuba meredakan  perasaan Zulkefly. Kini timbul pula satu lagi masalah. Ya..Allah apakah dosa aku  hingga aku diuji begini.
“aku dengan Harry tak de apa-apa..Azany”Luah aku  lemah. Aku  kecewa  dengan tindakan Harry. Kenapa dia memilih untuk merosakkan dirinya sendiri. Sedangkan perjalanan hidup ini masih panjang. Dan ramai lagi perempuan-perempuan seperti aku diluar sana”
“aku tahu..tapi sebab ko tolak cinta dia lah dia jadi macam tu” Azany menarik nafas  sedalamnya. Dan melepaskan dengan perlahan. Mungkin dia  sendiri juga tidak menyangka  tindakan Harry.
“apa maksud ko Azany”
“dia dah lama tunggu ko..tapi macam-macam alasan ko berikan pada dia. Sampai sekarang ko larikan diri dari dia  kan?..tup..tup..dia nampak lak ko dating dengan si Zulkefly tu. Mana dia tak kecewa”
“aku bukan dating dengan kef. Aku jumpa dia sebab aku nak minta maaf..itu sahaja. Lagi pun aku dah bagitahu dia..aku dengan dia hanya kawan”
“itulah alasan ko..kawan..kawan”templak Azany.
“dah tu ko nak aku buat apa!”pekik aku.
“aku pun suka kan ko bella..tapi aku tahu, ko susah nak jatuh cinta. susah nak dapatkan cinta ko!”Azany mencebik menyindir.
Kalau dah tahu kenapa tak faham. Aku buntu. Sukar untuk mengerti kemahuan lelaki.
Aku menelan air liur  tapi terasa pahit. Susah nak dapat cinta aku..?
Sebenarnya aku  mudah jatuh cinta kerana itu aku terpaksa bersikap kasar dan menjauh diri.  Aku takut cinta  itu  lahir dari  rasa kesian. Bukan lahir dari  rasa kasih sayang. Sebab aku tahu betapa peritnya erti kekecewaan.

“Sudah lah..Azany, kalau ini semua salah aku.  Apa boleh aku katakan lagi. Terpulang lah pada kau nak menilai diri aku” Aku bersuara lemah. Tak tahu bagaimana hendak diperkatakan lagi.
Salahkah aku jika bersikap berterus terang.  Aku tunduk memandang lantai. Kecewa dengan sikap Azany yang aku sangka dia amat memahamiku.  Aku bukan jenis manusia yang hipokrit dan suka mempermainkan perasaan orang lain. Sudah cukup baik aku tidak memalukan mereka. Aku cuba menjaga perasaan mereka walaupun perasaan aku sendiri tercalar.
Tiba-tiba kepalaku rasa berat. Dada pula terasa semakin ketat. Sukar hendak ku bernafas.
“bagaimana pula perasaan kau pada aku..? tapi mungkin aku sendiri  boleh mengagak.. kita hanya kawan kan..?”Azany  bersuara setelah lama berdiam dengan senyuman sinis. Dia bangun ingin berlalu meninggalkan aku.  Aku hanya mampu memandang belakangnya  yang kelihatan semakin kabur.
“Azany...”jeritan itu hanya tersimpan dikerongkong. Aku sudah tidak bermaya lagi. Semuanya telah menjadi gelap.


29 Jan 2015

Karya ku yang tidak pernah selesai


Karya ku yang tidak pernah selesai
Keindahan, kedamaian dan ketenangan
sukar untuk diluahkan dengan kata-kata
hanya perasaan dan diri yang mengerti

karya ku yang tidak pernah selesai
ragam manusia, wajah manusia dan kehidupan manusia
meskipun banyak perbezaan tapi manusia tetap serupa
mempunyai nafsu yang sama

karya ku yang tidak pernah selesai
setiap hari banyak peristiwa terjadi
berulang kali perkara yang sama berlaku
cuma yang beza hari, tarikh dan waktu

Karya ku yang tidak pernah selesai
ada yang telah diluahkan
ada yang terpaksa disimpan
ada yang juga disembunyikan
ada yang harus dirahsiakan

karya ku yang tidak pernah selesai
selagi bumi berputar
selagi jasad bernyawa
selagi otak berfungsi
selagi itu berfikir

Lukisan Hati: Isabella ali 2015









Episod 18 Isabella..lambang cinta yang lara

Episod 18

“Macam mana  dengan peperiksaan aritu..boleh jawap”tanya Riezal tenang. Seorang pelayan menghampiri meja kami. Setelah order makanan. Pelayan tersebut berlalu. Aku memandang dengan pandangan kosong. Terasa diri seperti dipinggirkan.
“macamana..ujian hari tu..bella..bella..”Tanya Riezal lagi.  Tangan aku dicuitnya. Aku beralih menatap ke wajahnya yang sudah hampir dua bulan tak aku temui.
“boleh lah..”jawap aku bersahaja. Seolah malas hendak bercerita tentang kertas ujian  SPM yang telah lama berlalu. Sudah dua bulan baru dia hendak  bertanyakan tentang aku. Gombel aku dalam hati terbuku.
“Rasa-rasanya lulus tak..tapi kalau tak lulus boleh lah abang masuk meminang bella” Usik Riezal tersengih-sengih  sambil megenyit matanya kearah aku. Alah..macam lah dia nak kawin sangat dengan aku. Aku menjeling geram. Malas nak layan lawak yang tak berapa nak lawak tu.
“Dah lah abang..banyak lagi benda  yang bella belum buat, takkan nak kawin pulak..lagi pun mak we abang kat kampung tu nak letak mana..?”perli aku dengan sengaja  memuncungkan mulut. Wajah Riezal  mula berubah.
“bella ni kenapa..? kan dah habis SPM..sepatutnya bella happy lah..”Pujuk Riezal.
“entah lah abang..banyak perkara yang bermain dalam kepala bella ni”Luah aku. Tiba-tiba rasa bersalah pulak terhadap Riezal. Kenapa pada dia aku nak lepaskan geram. Dia kan ibarat abang aku. Cemburukah aku..
“kenapa ..bella tak cukup duit..?”Riezal meneka.
Aku mengeleng kepala. Walaupun duit simpan aku tidak banyak tapi aku rasa masih cukup lagi untuk sebulan dua ini.
“bella nak keja lah abang..boleh juga bantu abang Feazal”Tanpa ragu-ragu aku meluahkannya.  Benarkah aku sudah bersedia untuk berkerja. Kalau itu yang terbaik kenapa aku tak berani  mencuba. Aku mula rasa tak yakin.
“keja..bella nak keja apa..?”tanya Riezal ragu-ragu dengan tindakkan aku.
“keja apa-apa pun tak per..kalau ada abang kasi  tahu ya..”Pinta aku. Mee hailam   dipinggan aku kuis-kuis bagi sejuk. Sambil Riezal menyirup air lemon teanya dengan  puas.
“Bella tak nak sambung belajar ker..?”Pertanyaan Riezal buat aku nak gelak sekuat hati. Gelak pada diri sendiri. Gelak yang pasti bertukar tangisan. Bertapa malangnya diri ini aku rasakan. Aku  tidak bertuah seperti anak-anak orang lain. Yang mempunyai ibu ayah yang mengambil berat tentang mereka.
“sambung belajar..? entahlah..nantilah bella fikirkan..tapi buat masa ni bella nak keja dulu” kataku mengukir senyuman pahit. Kalau lah semudah itu.  Tidak perlulah  aku menderita memikirkan hal lain.
“ermm..ok lah, kalau macam tu..tapi bella tak mahu berehat di kampung dulu” Rizeal memberi cadangan.
“balik kampung..? entah lah..tengok lah  nanti”

Cadangan Riezal bermain di kepala aku. keputusan SPM akan keluar lagi 3 bulan. Lagi pun dah seminggu habis sekolah aku hanya berada dirumah. Aku sudah tidak terikat dengan waktu persekolahan lagi. Bererti  aku sudah bebas kemana sahaja. Abang feazal pun tidak lagi mengawal aku dengan ketat. Meskipun begitu aku masih lagi terikat dengan peraturan yang telah ditetapkan. Aku mesti berada dirumah sebelum pukul 10 malam. Peraturan itu aku patuhi demi  menjaga kepercayaan abang kepada aku.

                                                             *****
Bas untuk ke Terengganu  bertolak pada pukul 8 .00 malam.  Tiket sudah aku simpan dalam poket seluar. Aku menarik nafas lega semuanya berjalan dengan lancar.
Riezal belikan aku 1 tin air marinda, 1 botol mineral water bersama roti dan snek untuk bekalan ketika dalam perjalanan nanti. Dia berlegar-legar dihadapan dan  sesekali dia duduk disisi aku. seperti kucing nak beranak lagaknya.
“abang cari apa..macam risau jer bella  tengok..”tanya aku rimas dengan sikapnya.
“abang cari bas bella lah..kang terlepas pulak..”terangnya. Aku tersenyum mengeleng kepala.
“alah..abang ni macam tak biasa pulak..kan kita dah datang awal. Mestilah ada basnya..”. Jauh di sudut hati aku tahu. Riezal seperti berat untuk melepaskan aku pergi. Benarkah tekaan ku itu. Jika benar kenapa sehingga kini Riezal tidak pernah berterus terang menyintai aku.
“tapi kena jugak tengok betul-betul..mana tahu bas tu rosak ker..”Balas Riezal  seprti tidak mahu mengalah.
“ya lah..ya lah..ikut suka ati abang lah..” Aku hanya memerhati dari jauh bila dia pergi meninjau-ninjau ke arah bas yang datang.
“berape lama nak balik ni..?”Tanya Riezal sambil duduk disisiku  setelah aku memberinya ruang disebelahku. Mungkin dia sudah berpuashati melihat bas yang ada.  Baru dia tenang agaknya.
“selama-lamanya..”Aku sengaja menyakat. Cuba mengorek ke dalam dasar hatinya. Riezal berpaling memandang tepat ke mataku. Aku buat-buat tak kisah.
“tak rindu ker nanti orang kat sini..”
“nak rindu buat apa hak orang..”
“abis tu sanggup ker tinggalkan si Kef , Harry dan Azany  tu lama-lama”Riezal tersenyum nakal. Aku ingatkan dia yang kena tapi rupanya dikenakan aku balik. Aku ketap bibir tanda geram.
“ehh..nape pulak nama tu yang abang sebut..abang pula tak rindu kat bella ker nanti..?”Aku tak mahu mengalah. Walaupun dalam hati  mula  terbit satu rasa yang  tidak mahu aku akuinya.
Riezal senyap wajahnya berubah bila aku tanyakan soalan itu padanya. Aku memerhati  ke wajah  Riezal. Namun tiada jawapan yang  keluar dari bibirnya.  Aku sedikit kecewa. Dalam itu fikiran tiba-tiba teringatkan  Zulkefly.  Hubungan aku dengannya cukuplah  sebagai seorang kawan. Walaupun aku tahu dia benar-benar cintakan aku. Tapi ini soal hati. Sukar untuk aku tentukan. Biarlah ia menjadi apa yang ditakdirkan.

                                                      *****
“kef..maafkan saya, kerana telah melukakan perasaan awak”Luah aku ketika
bertemu dengannya . Ketika  itu kami  sudah habis menduduki peperiksaan kertas ujian spm pada minggu 3.
“kenapa bella...sampai hati awak buat saya macam ni..”Zulkefly memegang erat tangan aku. Aku cuba menarik tangan aku darinya dengan perlahan.
“apa salah saya..bella..sampai awak nak putuskan hubungan kita”Zulkefly menunduk kepala. Airmatanya bergelinangan dbirai  matanya cuba ditahan. Mukanya merah mungkin menahan gelora dihati.
“awak tak bersalah kef..tapi saya yang bersalah. Saya tidak dapat menerima cinta dari awak. Saya dah cuba menyintai awak..tapi..saya”Aku  tidak tergamak lagi  menyatakan apa yang ingin aku sampaikan. Takut menambah lagi  kelukaan dihati Zulkefly.
“apa kurangnya saya..atau awak sudah ada orang lain..”
“awak lelaki yang baik..kef, saya yang tidak tahu menghargai awak”
“jangan memuji saya bella..saya tahu kekurangan saya”
“tidak kef..awak memang baik. Saya suka berkawan dengan awak”
“Kawan..? itu kah yang awak anggap saya selama ini..?”jerit Zulkefly  dengan menendang  kaki  meja disisinya. Aku terkejut dan sabar menanti tindakan dia  seterusnya. Agak lama baru aku mula bersuara kembali.
“kef...maafkan saya..”
“cukup lah bella, apa pun alasan awak..saya tetap cintakan awak!”Dia  meramas tanganku semakin kuat.  Dengan pantas aku menarik tangan darinya. Aku cuba bangun. Tapi dia menarik aku  kembali. Aku terduduk. Fikiran aku jadi keliru. Aku tak tahu bagaimana nak melepaskan diri darinya. Tanganku dipegang seolah tidak ingin dilepaskan.
“jangan kef..saya tidak mahu awak terluka kerana saya”
“saya tetap yakin  pintu hati awak akan terbuka untuk saya satu hari nanti”bergetar suara Zulkefly. Sayu hatiku mendengar suaranya.
Setitis airmatanya menitik ke tanganku. Hati ku jadi sebak. Terasa aku begitu berdosa. kerana  telah membohongi  perasan lelaki ini. Oo..tuhan, ampunkan dosaku.. sesungguhnya hati ini adalah milikmu. Cukuplah penderitaan ini dia terima.
Kalau bukan kerana Qestina aku tidak akan menyahut cabaran ini.  Walaupun aku telah  berjaya menawan hati Zulkefly. Tapi dalam masa yang sama aku tewas dengan perasan sendiri. Sebenarnya  bukan aku berjaya menawan hatinya. Tapi  Zulkefly yang sebenarnya sudah lama menyukai aku. Bagaikan orang mengantuk diberi bantal. Aku ambil kesempatan itu untuk membalas dendam terhadap Qestina.  Ternyata lakonan aku telah membuat Qestina menyalah. Dia terpaksa menerima hakikat yang Zulkefly adalah miliki aku. Kesian Zulkefly menjadi mangsa demi kepentingan aku.  Namun Lakonan ini mesti ku akhiri jua.  Aku tidak mahu lagi mempermainkan perasaan dia. Dan perasaan aku sendiri. Aku tidak mahu lagi berpura-pura dan membuat kelukaan dihati Zulkefly bertambah parah. Biarlah kebenaran ini dia  tahu dari mulut aku sendiri.

“ terima kasih kef, kerana tidak mendendami aku”Aku menarik nafas lega. Bila Zulkefly sudah tenang .
“carilah aku bila kau perlukan aku..bell, kau tahu kan  mana nak cari aku ”Zulkefly tersenyum pahit. Aku mengangguk dan mengerti perasaannya ketika ini.
“Isabella..kau lambang cinta terakhirku..”sahut-sahut kedengaran dicuping telingaku kata-kata terakhir Zulkefly.