10 Jun 2012

Wanita soleha itu



Wanita soleha itu..

disebalik selendang biru
kelihatan wajah yang ayu
bajunya yang ringkas itu
tidak menampakkan aurat
walaupun bebas bergerak

aku yang memandang
terhenti diperjalanan
alangkah indah
wajah itu menjadi
tatapan sang suami
yang akan memiliki
diri wanita itu kelak

pada matanya
terbayang rembunan
pepohon hijau
nyaman dan redup
penyejukan hati
yang sedang amarah

dibibirnya terlukis
buah-buahan yang ranum
manis dalam berkata-kata
seperti menghirup madu
terasa keasyikkan
bila berbicara dengannya

wanita itu
ku harap menjadi contoh
bagiku dan wanita-wanita lain
pujalah dia kerana kesopanannya
bukan hanya kerana kecantikannya
yang pasti akan luntur dimamah usia

Lukisan hati,
Isabella ali 2012

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.