19 Sept 2012

Seutas Rindu Untukmu



Seutas Rindu untukmu


ku dakap bayangan
yang penuh dengan harapan
mencari syurga dalam diri
kerana mu telah terkalung
seutas rindu di penjuru hati 
membawa mimpi-mimpi indah
antara kasih dan cinta
terbahagi dalam genggaman
masih adakah seutas keyakinan
agar dapat ku pertahankan
buat kita mengejar pelangi jingga
di hujung perjalanan..


Lukisan Hati,
Isabell@_@li 2012

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.