8 May 2016

Tangga ke 40

Tangga ke 40

Tangga demi tangga
Baru dua tingkat ku sampai
Pendakian yang ku rasa tinggi ini
Rupanya sekejap waktunya
Penat bercampur bahagia
Penuh rahsia yang tak disangka
Tanpa ku peduli pada si dengki
Yang tidak ada kena mengena
Bukan dari darah daging ku
Nak ku sentap buang masa
Biarkan mereka berkata apa
Si pengecut tempatnya dibelakang
Asal disisi berdiri sang pahlawan hati
Tempat berpaut tika lelah mendekati
Namun pada Allah jua ku berserah diri
Dia peneman tika hiba dan gembira
Aku masih ingin menaki lagi
hingga ke tangga 50,60,70,80,90,100
Kerana masih banyak yang belum ku lihat dan dengar
Meskipun kudrat ku tak bermaya nanti
Ku yakin umur bukan penghalang untuk berjaya..
Lukisan Hati,
Isabella Ali.
Tirai Kelabu
Dada langit 
Kelihatan kelabu
Bagai awan menahan pilu
Tangisannya dari semalam
Seperti belum mahu berhenti
Hibanya menusuk ke dalam hati
Mungkinkah airmatanya
Akan tertumpah lagi
Dek kerakusan manusia
Namun kasih sayang illahi
Kemaafan sentiasa diberi
Bukan untuk yang membenci
Tapi untuk yang menanti
Tirai kelabu bertukar biru..
Lukisan Hati,
Isabella Ali.
Bahang Dunia
Wap wap kepanasan
Mencari jalan keluar
Dimana ada dosa
Disitu ia terbakar
Daging tubuh dipanggang
Dicicih dengan peluh
Kelazatan dunia
Dikongsi bersama
ayuh! Kita raikan
Bahang dunia
Yang kita mahukan
Tika hujan kita mengeluh!
Lukisan Hati,
Isabella Ali.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.