5 Mar 2012

Walau sana sini pilihan menanti

disini ada  yang cantik
disana juga buat tertarik
mana satu nak dipilih
mata ini makin  keliru
hati ini jadi tak tahu
yang mana satu
pilihan datang bertalu-talu
kadang datang tanpa dipinta
kadang muncul tak perlu di cari

Haruskah aku menjadi rakus
pada semua gadis yang ada
atau tinggalkan saja
kemahuan hati yang gelojoh
tak mampukah aku menahan
asakan nafsu yang serakah
tentunya aku bukan begitu
setia ku hanya pada yang satu
mereka ibarat  rumput di padang
tidak akan mampu tandingi
gadis secantik dan sebaik kamu
aku pasti akan kesal
jika kehilangan dirimu
gadis yang ku sayang
kerana hanya cintamu
buat ku rasa bahagia
dalam suka mahu pun duka
akan kita harungi bersama
walau sana sini pilihan menanti
hanya engkau sahaja di hati..

Lukisan hati,
Isabella ali 2012

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.