12 Oct 2013

Apa erti korban..

Apa erti korban..

aku tidak mahu mjadi lilin
mbakar diri hingga hilang maruah diri

aku tidak mahu seperti burung penguin
tanggungjawab seorng ibu ditolak ke tepi

aku tidak mahu serupa ikan haruan
anak sendiri jadi mangsa  sendiri

apa erti korban..
menahan diri dari perkara yg sia-sia
mengawal nafsu dalam hal duniawi

aku tidak mahu menuju ke neraka...


10 Oct 2013

Majlis penutup drama"sebenarnya saya isteri dia"

Bersama dj ella..
Bila sudah diundang kalau masa itu bersesuai dgn waktunya. aku pasti akan menghadirkan diri. Itu pun tengok juga pada tempatnya..kalau jauh dari KL susah lah sikit nak pegi..^_^
Hari tu, tak sangka juga bila dj faizal(sifu) iaitu rakan se'dj di  karyafm jemput kami geng2 dj ke majlis tersebut. Walaupun big'bos karyafm dato' muzri dh tulis pun kat status fesbuk dia..tapi aku yg tak baca. lagi pun aku  mmg x suka gi wall orang..kecuali secara kbetulan jika ia masih ada di halaman utama. baru aku baca dn tahu. Lagi satu, kalau rakan yang tak mesra alam..lagi lah aku tak berapa bkenan nak abik tahu.
Lagi pun sebagai dj online yang ala2 macam aku ni bknnya glomur pun dan jgn x tahu..bkn takat x glomur..bgaji pun tidak ^_^ , Peminat..? ada lah sorang dua tu...hehe...Jadi jgn harap lah nk tkenal cam dj2 rtm dan artis2 tuu.
Walaupun bgelar dj ala2 gitu, tapi sudah memang sifat semulajadi aku..kalau nk buat apa2, aku akan buat homework dulu, bkn main redah jer..sbb yg keluar dari mulut kita. Orang akan dengar. kalau tersalah ckp boleh memalukan diri sendiri. Jika ada silap maka cepat2 lah minta maaf, walaupun orang yg dgr tak abik port pun..hehe...iya lah, yg bergelar dj otai pun boleh tsilap. apatah lagi kita yg baru bjinak2 nih kann.. Meskipun aku dah hampir 4 tahun m'dj online nih..masih byk benda yg aku kena belajar. bukan takat belajar m'dj sahaja...kerenah2 orang pun kena tahu jugak..^_^
Ada sesetengah orang suka menguji kita, mahu memalukan kita dan ada yg tanpa segan silu nak kikis* duit kita. Tapi tak semua orang lah..cuma ada segelintir2nya sahaja, jadi kena berhati2 lah. Kalau kita tak pandai nk handle semua tu..alamaknya banyaklah musuh yang kita dpt. aku kalau dh bertemu dgn orang2 macam nih..aku akan slow2 undur diri dari terus berada dalam kalangan mereka. Dunia IT (dunia tanpa sempadan) jika kita tidak bersedia nak masuk..baik jauhkan diri, takut dibawak oleh arusnya. telajak dgn yg tidak2.., Kalau tak berani mcm mana nak majukan diri.  Jadi aku ambik jalan tengah. Kata orang dulu2.. tak untung tak rugi..^_^ faham x..? Bersikap berlapang dada dengan pendirian orang lain dan melihat dunia dari sudut positif.
Ni aku tulis buat panduan utk adik2 yg baru nak merasa alam cyber..bkn nk kutuk sape2 tau! jika terasa cepat2 minum air..biar turun panassss kt dalam tu..^_^
Lagi satu, x de kena mgena dgn gambar yg nk aku kongsikan..gmbr ni aku kongsi sbb nk tunjuk kt korang..dunia cyber ni bkn hanya disebalik skrin jer...nak jadikan realiti pun boleh...ada brani? hehe....
Masa ni lah aku dapat berkesempatan bertemu dgn mereka yg terlibat.
Majlis tersebut dijayakan di Rasta ttdi. Aku pulak baru pertama kali nak pegi ke sana. Satu hari gak aku mengadap google cari info tempat tu.  Cari punya cari..bila dh sampai. area tempat tu sebenarnya dah selalu aku lalu. tapi tak penah nak abik tahu pun..^_^ 
Happy juga aku bila dpt selit2 bgambar dgn orang2 glomur nih..leh abik aura dorang sikit. mana tahu ada rezeki  jadi artis lak...hehe..:P

bersama penulis novel  Zura Asyfar "sebenarnya' aku isteri dia"
Tahniah buat penulis muda Zura Asyfar..dengan novel pertamanya "Sebenarnya,sy isteri dia"..itulh dinamakan rezeki, baru pertama kali tulis novel dah meletop! Semoga beliau terus sukses dalam bidang penulisan ini. Yang baru nak ceburi..jgn teragak2, teruskan minat itu..jgn cepat putus asa yaa..*nasihat utk diri sndiri jugakk..hehe..
pelakon baru aman nassim..yg semakin dikenali..
yang ni sape x kenal kan..izzue islam..mmg ensemm mamat nih..^_^

ni  kbetuln tjumpa fauziah gous tgh dating..dia mmg sporting tu yg dpt bgambar tuu...comey dia tau!





baju biru tu lah dato'muzri..owner karyafm/penulis2u/karya seni..
Hanya pic2 nih yg dpt aku snap utk tatap korang. Walaupun tanpa pelakon heroin dia  Tiz zaqyah yg x dpt datang hari tu sbb dia ada shooting kt luar negara. harap korang puas ati dan jgn jelessss tauu...^_^

~ Ingat, bila berkawan tu biarlh ikhlas dn jujur naaa...jgn jdi manusia munafiq...Kalau Allah benci, orang lain lagi lah kan. kalau ada salah dn silap dr sy hrp dimaafkn...tq all!

9 Oct 2013

Reunion - Sekolah ss 16 shah alam 2012


Ikutkan aku ni bkn lah student yang dkenali sgt masa sekolah. Tapi mungkin sikap aku yang peramah dan happy go lucky. Buatkn aku ada ramai kawan2 yang satu kepala dgn aku. Iyalah, aku ni nampak jer lembut tapi mcm ala2 tomboy gak. harap kan rambut jer panjang. Kasarnya mengalahkan budak laki2..tapi tak lah smpai tahap kurang ajar tu. Habis semua kwn2 jadi mangsa usikkan aku. termasuklah budak2 llaki pun aku buli. Namun yang aku hairan..walaupun aku camtu ramai jugak yang minat kt aku..hehe...oklah,yang selebihnya biarlah mereka yg mgenali aku  menilainya, kang kalau aku puji diri sndiri nnti ada yang trmuntah hijau pulak...hehe...
Bila dah jumpa nih..mcm2 lah keluar citer tentang diri masing2. Malu jugak aku nak dengar pengakuan dari budak2 lelaki yg sekarang dh jadi bapak budak ^_^  tentang aku, masa ni lah tersingkap satu persatu rahsia dulu2. Dari mulut-mulut nakal, aku dh tahu sape yang syok kat aku selama ni..adalh 2-3 orng..ooppp..kita stop kat situ yekk..kang ada yang mkn ati, kisah lama beb jgn diungkit2, bahaye! hehe..bak kata orang lama2..dulu lain sekarang dh lain ^_^
Dengan kawan2 perempuan lak tak yah ckp lah..dulu aku yg usik dorang, sekarang aku lak kena usik dengan dorang. mentang2 lah badan dorang mentain jer lagi..hehe..yalah dorang dulu tgok aku kurus mlidi tapi sekarang dh jadi buluh bentong. Kata dorang lagi  cuma muka aku jer nampak sama...tetap cute mcm dulu2 gakk...adoii..*cepat2 nk cari tempat sembunyi...malu kena puji :P
Dalam pertemuan yang selama 4-5 jam tu, Ada kisah lucu serta sedih dpt kami kongsikn bersama. Yang pasti prkara berlalu tidak akan kembali lagi. Begitu  indahnya alam persekolahan.,kalaulh masa boleh diputarkan kembali..aku ingin jadi pelajar lagi. Kepada adik2 yg masih belajar..hargailah saat2 itu, ok!
Terima kasih pada kawan-kawan yng sudi buat reunion nih..tanpa dorang aku tak tahu pkembangan rakan2 yg lain. Ini perjumpaan kali ketiga yang dapat aku hadir dibuat di tepi tasik S.Alam. Pertama reunion dulu buat dekat area subang jaya, pada tahun 2000 tak silap aku. Nanti kalau aku rajin..aku snap gambar yg dulu2 tu iya..in sya Allah. Masa pertemuan pertama dulu. Menitis jugak airmata aku. bila dapat tatap wajah2 mereka. Rasa seronok tapi dlm masa yg sama terasa sayu bila dapat tahu..budak2 yg nakal mjadi baik, tapi budak yg baik pula bila abis sekolah ada mjadi liar. aku tahu, Ini mungkin ujian untuk mereka. Dan ada juga kwn2 kami yg telah mninggal dunia. Al- fatihah buat yg telah pergi..
Reunion yang kedua pula di Hotel Holiday inn S.Alam tapi aku tak pasti tahunnya. Aku x dapat pergi sebab kena kerja. Gembira juga aku bila dapat kwn2 yang aktif dn bsungguh dlm menjayakan reunion ini. Dengan siap ade tema2 nya lagi. Aku cuma follow jer..kalau djemput aku pasti join, jikalau tak de aral melintang...^_^
Doa kan, moga tali persahabatan  kami ini akan tetap kekal buat selama-lamanya..in sya Allah.

bersama rakan baik alang suria..kwn yg sll aku usik..hehe..

lan and the geng..

angah rockers..tu lah kwn yg sll ajak aku gi tengok konsert rock..hehe.. tapi skrng dia dh btudung, ayu tuu...
masa kt sekolah kemain pendiam jer dia..bila dh tua2 ni , amboii mulut duk mgutuk aku jer hri tu..tuu lh yg pakai baju kotak2 tu..hehe..tapi kami mmg happy sgt hari tu..
ni antara gelagat yg smpat aku rakam. lihat lah muka2 yg telah bgelar  ibu2 dn bapak2 yg tetap mentain meskipun dh nak mcecah ke angka 4'...kalau anak2 kami tengok mesti gelak tguling2..adoii...nasib baik x de karok, kalau ado..sure sampai pagi...oppp...trlebih sudah! ^_^

kalau nk jdi cantik mcm sy..kena solat selalu..itu kot yg dipesan alang....
meeting projek juta2 ker tu...
gaya bebas.......peaceee all...........^_^
Meriah betul reunion hari tu..rasa mcm tak nk balik lagi, tapi bila ingatkn tanggungjawap yg ada dirumah kena lah balik juga ^_^. Alhamdulilah..segalanya bjalan dgn lancar...jika pnjang umo nnti kita jumpa lagi....in sya Allah..


25 Sept 2013

aku yang sekarang..

Kehidupan yang aku lalui sekarang adalh melalui pengalaman2 yang aku tempuhi dari dulu. aku belajar dari '0 hinggalah ke satu level ke satu level. pengalaman yang memalukan atau kesilapan@kebodohan yang pernah aku lakukan. akan aku pastikan ianya hanya sekali seumur hidupku. aku tidak akan mengulanginya untuk kali ke dua. akan aku simpan pengalamn itu untuk membaiki kekurangan diri. walaupun ada yang terjadi diluar akal dan tenaga aku. ianya aku anggap sebagai cabaran untuk menguji diri.  Pengalaman yang dialami itu tidak sama dengan setiap buku yang kita baca. Buku hanya sekadar memberi kita panduan. tapi kenyataannya kita harus berani menempuhinya dengan akal serta budibicara tika hadapi saat berlaku. disitu kita diberi pilihan antara akal dan nafsu.
Setiap manusia akan terus diuji, malah bayi yang baru lahir juga diuji. apatah lagi aku..setiap ujian dan dugaan yang Allah timpakan padaku. membuat aku berfikir dan itu tanda Allah mahu aku selalu menyebut namaNya. Semakin besar ujianNya..aku akan semakin dekat padaNya. Setiap kali masalah*ujian  datang,aku akan berdoa *merayu padaNya..selalunya tika selepas solat. aku akan bayangkan yang aku sedang berada dihadapan Nya. aku merintih mengharap kasih sayangNya untukku. begitu lah yng aku lakukan..hinggalah kini. kerana aku tahu DIA akan sentiasa ada dan mngdengar untukku.
Umur dan daya  pemikiran sesorang sebenarnya juga mengikut pengalamnnya. tapi ada orang tidak serik2 melakukan perbuatan yang sama. namun ada juga yang cepat sedar.
Alhamdulilah. Berkat kesabaran dan keyakinan padaNya. Segala impian dan doa ku telah Dia perkenankan. walaupun umur ku belum mencecah 40'an. aku telah menikmati apa yg aku inginkan. tapi semuanya itu bukan aku dapat dengan mudah serta sekelip mata. itu semua memerlukan kekuatan fizikal dan mental serta kesabaran yang tinggi. bertawakal perlu untuk terus yakin pada kekuasaanNya.
Kejayaan setiap orang adalah berbeza-beza. kerana setiap kita mempunyai keinginan yang tersendiri.
ada orang berjaya dlm kerjaya tapi tewas dlm hal rumahtangga. ada orang dari keluarga yg bahagia tapi tidak brjaya ke menara gading. ada juga dri keluarga yg porak peranda tapi berjaya dlm kerjaya dan rumahtangga. jadi semua itu bergantung apa yang mereka inginkan dan mahukan di dunia ini. Begitu juga diri aku. aku dilahirkan dari keluarga yang bercerai berai. ibu dan ayah juga bukanlah orang yg kuat pegangan agama.Tetapi itu bukan alasan untuk aku terus hanyut dalam dunia yang sesat tanpa kasih sayang. Aku bersyukur kerana dikelilingi rakan2 yang baik. Dari mereka aku dapat melihat kehidupan yang bahagia dan sempurna. amat beruntung mereka kerana menpunyai keluarga yang bahagia dan taat pada perintah Allah.
Dari situlah sedikit sebanyak memberi aku pengetahuan dan menilai tentang kehidupan yang akan datang.
Aku harus tahu apa yang aku inginkan dan apa yang aku cari dalam hidup ini,..jadi aku mesti membentuknya dari dulu untuk membawa hingga ke saat ini.
Terima kasih sayang, kerana selalu ada utkku...
Walaupun tidak semua yang kita harap serta mahukan terjadi atau tercapai. itu bukan kerana Allah tidak sayang pada kita. tpi mungkin sebab Allah mahu menguji kita dulu dengan pengalaman. dengan itu hati kita mnjadi kuat mnerima cabaran kehidupan dan rasa yakin  tentang kewujudanNya. Pada aku selagi nyawa masih dibadan itu tandanya kita masih lagi diberi pilihan. jadi pilihanlah jalan yg diredhai olehNya. agar kehidupan yang bakal kita lalui ini  mjadikan kita manusia yang dihormati dan disayangi oleh semua orang. Dengan itu kita akan lebih menghargai dan menjaga pemberianNya dgn sbaik mungkin. dan aku pastinya akan terus belajar dan belajar..walaupun tpaksa melalui pelbagai cabaran dan ujian dariNya. kerana itu tanda kita ini milikNya,hamba kepadaNya. bgitu lah selagi hayat dikandung badan. Ilmu itu datang tidak kira dari sesiapa pun..meskipun dia itu anak kecil,orang cacat, pekebun, segala 1001 mcm ragam manusia..itulah DUNIA. Apa sahaja yang terkilas dimata ini akan aku cuba memikirkan akan kebesaranNya.

*Cuma yang aku takut adalah KESABARAN...susah untuk jumpanya jika ia telah hilang..
Belajar dan sabar 2 perkara yang mesti ada dalam diri setiap insan. jika hilang salah satunya..akan lunturlah ILMU yang ada dlm diri setiap kita...

Lukisan Hati,
Isabella ali 2013