5 Mar 2013

Yang Aku Harapkan

Sudah hampir 10 tahun aku tidak munculkan diri dlm dunia penulisan. Dengan adanya teknologi tkini aku mengambil kesempatan utk menonjol diri. Bukan menonjol diri utk perkara yg sia-sia. tapi utk mbuktikan yang aku benar-benar serius dalam bidang ini. Dan sudah sebati dalam urat nadi aku untuk terus berkarya. Aku muncul dgn nama baru. Sengaja aku mengunakan nama ISABELLA . ISABELLA adalah nama yg diberikan oleh pemuda2 di kampung emak tika aku berada diterengganu. kata mereka wajah aku yang ala2 pan asia. Dan kebetulan lagu dan cerita isabella tengah top masa itu. Pemuda-pemuda yang belum mengetahui nama aku mmanggil aku dengan nama ISABELLA ketika hendak mngorat aku...hehe..lucu jugak masa itu. Kalau x percaya bolehlah pergi ke kuala besut terangganu. Lama juga aku berada disana dari tahun 1990-1993. Kalau nak tahu sebut jer nama aku semua orang kenal. Sebab perwatakkan aku ni lain dari budak2 perempuan disana. lemah lembut dan sopan santun dengan berlayak ayu itu bukan aku. Sebab aku jenis yang suka aktiviti lasak dan mcabar jadi aku nampak kasar lah. Tapi kasar2 aku pun ramai peminat tau..hehe..hari2 dapat surat layang berbau cinta. Gadis2 yang sebaya aku kat kampung tu mana ade pakai seluar jean dengan t shirt 24 jam. aku sorang jer yang berani pakai. Pastu seluar lak ala2 penyanyi rock ella..semua seluar aku koyakkan..ada berani..? macam mana aku x tkenal kan. kalau dah lain dari yang lain tu..cepat lah tsebar maklumat aku..hehe.. Mak aku pun sakit kepala layan kerenah aku. tapi ikutkan bukan salah aku juga. dah mmg aku tak diajar  pakai baju kurung dari kecil. lagi pun masa tu zaman rock tengah panas..aku pulak baru tengah nak naik remaja kan..hehe..ikut kepala sendiri lah. Lepas SRP baru aku pindah semula ke KL ikut ayah. Masa ini baru matang sikit. dah mula cuba2 utk berbaju kurung. Dan nama ALI pula adalah nama pemilik hatiku. Dia adalah kekuatan dlm hidupku. Dialah lelaki yg tak malu menagis bersamaku. Dan dia juga pembakar semangatku agar terus brkarya. Lalu aku gabungkan dan jadilah ISABELLA ALI....^_^ nilailah aku pada karyaku bukan pada diri aku yang seberkekurangn ini..kerana aku masih lagi belajar..dan akan terus belajar...

disiarkan dalam Akbar Buletin Felda

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.