25 Oct 2013

Iran dan syiah


Aku pada mulanya sekadar mbelek2 buku ini, bila ali meletakkannya di atas meja. Tetapi bila aku terbaca sekilas ayat2 yg tertera. aku terus jadi tertarik dgn gaya penulisan si penulis. Tulisanya mudah difahami tidak terlalu banyak pengolahan. Buku yang sudah diterbitkan pada tahun 2009 ini baru sekarang berada didepan mata. Jadi aku bercadang untuk membacanya dari mula. Bila telah mula membaca, aku semakin tertarik dengan isi cerita yang dipaparkan dgn gaya sipenulis sampaikan. Ini membuatkan aku semakin tidak sabar untuk menghabiskan buku yang setebal 356 muka surat itu. kebetulan pula aku cuti hari ini. Setelah memastikan semua kerja rumah selesai. aku berbaring di sofa mengadap buku tersebut. Sedar x sedar sudah hampir separuh buku itu aku baca dalam masa 5/6 jam.(baca dgn mghayati..) kalau tak kerana dek mata trasa pedih... aku tidak mahu lagi menutupnya. Kalau boleh aku ingin membacanya sampai habis dlm 1 hari. Buku ini sesuai di baca terutama golongn ibubapa yang ingin mnghantar anak2  mereka untuk belajar di negara Iran. Begitu juga rakyat malaysia yang ingin ke sana. Banyak info yang dikongsikan oleh sipenulis tentang negara tersebut. Pengalaman beliau disana seperti mata kita. Sedikit sebanyak membantu kita mengenali dunia mereka. Tidaklah kita membuat andaian demi andaian terhadap kehidupan  yang belum kita ketahui. Setelah saya habis membaca buku ini. Saya rasa amat berpuas hati terhadap apa sipenulis sampaikan. Penuh dengan kejujuran dan keikhlasan dari cara penyampaian beliau. Jadi saya tidak rasa ragu2 dengan pengalamn beliau disana. Alhamdulilah..kerana Allah mngerakkn hati saya untuk membaca buku tersebut. Banyak perkara yang saya dapat fahami. Dan saya harap setiap kita harus membaca buku ini. Mungkin pengetahuan kita akan btambah dan membuka mata kita terhadapan dunia yang kita tidak tahu selama ini.

*ajaran ini memang ada, berhati2lah sahabat kerana ia semakin mgular dikalangan kita..

23 Ciri-Ciri Ajaran Syiah.

1.Mereka tidak membasuh kaki ketika berwudhuk tetapi hanya menyapu
 dibahagian atas kaki seperti memakai khuf.

2.Ketika qiam solat mereka menjatuhkan tangan kebawah (disisi) 
tanpa meletakkan tangan di atas dada.

3.Kebanyakkan pengikut Syiah Ketika solat mereka akan membawa

 At-Turbah Al-Husainiyah iaitu batu yang dijadikan sebagai tempat untuk sujud.

4.Pengikut Syiah juga tidak akan mengakhiri solatnya dengan mengucapkan

 salam tetapi mereka akan memukul kedua pahanya beberapa kali.

5.Kebanyakkan dari mereka hanya solat 3 waktu kerana disisi mereka harus 

menjamakkan solat zohor-asar dan maghrib-isyak walaupun tanpa bermusafir.

6.Menghalalkan nikah mut’ah (nikah kontrak mengikut hari atau bulan).

7.Memaki hamun dan mencela para sahabat Nabi s.a.w dan isteri-isteri Nabi.

8.Mencela imam-imam ahli sunnah seperti imam-imam 4 mazhab dan imam-imam

 Hadis seperti Bukhari dan Muslim.

9.Mengatakan bahawa al-Quran masih belum lengkap. Sepatutnya al-Quran

 2 kali ganda tebalnya dari al-Quran yang ada.

10.Mengatakan Saidina Ali lebih layak menjadi khalifah dari Saidina Abu Bakar,Saidina Umar

 dan Saidina Usman. Ali dilantik oleh Allah meggantikan Nabi saw sebagai imam dan AbuBakar, 
Umar, Usman adalah perampas hak Ali. Ini bermakna 3 khalifah trsebut tidak beriman kepada
 perlantikan oleh Allah dan membawa kepada kekufuran mereka.

11.Seorang syiah tidak boleh diberi nama atau dipanggil dengan nama Abu Bakar, Umar,

 Usman, Muawiyah dan Aisyah.

12.Beiktiqad Imam-imam 12 mereka adalah maksum (bebas dari dosa-doa kecil dan besar).

 Bahkan ada dikalangan ulama-ulama mereka mengatakan bahawa kedudukan imam-imam
 12 adalah setara bahkan ada yang kata lebih tinggi dari kedudukan Para Nabi-Nabi dan 
Malaikat-Malaikat yang paling hampir dengan Allah.

13.Mengaku sebagai pengikut ahli bait (ahli rumah) Nabi SAW.

14.Rukun Islam yang pertama bagi ahli sunnah adalah mengucap 2 kalimah syahadah 

tapi rukun Islam pertama bagi syiah adalah walayah (imam 12). Oleh itu disisi mereka jika 
ada yang tidak percaya dengan salah seorang dari imam-imam 12 maka jatuh kafir.

15.Kain kafan mayat mereka bertulis.

16.Membaca talqin dengan menyebut imam-imam 12.

17.Meletakkan gambar-gambar imam-imam 12 mereka di dalam rumah. Biasanya 

mereka letak di dalam bilik.

18.Suami halal meliwat isteri.

19.Harus taqiah (boleh menipu \ berpura-pura) untuk menarik ahli sunnah masuk syiah.

20.Mereka tidak ada solat tarawih. Jika ada Orang syiah yang berteraweh itu

 bermakna mereka bertaqiah.

21.Mereka lebih banyak menyebut nama-nama imam-imam mereka dari

 menyebut kalimah Allah terutama ketika mereka ditimpa musibah.

22.Orang Syiah tidak berpuasa pada hari Asyura tetapi mereka hanya menunjukkan kesedihan

 di hari tersebut. Bahkan ada di kalagan mreka yang menganggap haram puasa kerana seolah-olah
 bersyukur ke atas kesyahidan Sayyidina Husain.

23.Setiap kali menyambut hari peringatan seperti peringatan terbunuhnya Saidina Ali bin Abi Tolib 

dan peringatan terbunuhnya Husein bin Ali, pengikut syiah akan melakukan upacara-upacara yang 
menunjukkan kesedihan mereka terhadap musibah-musibah yang menimpa ahlul bait. Dalam merayakan
 ritual ini cara mereka berbeza-beza mengikut tempat. Di negara teluk mereka memukul badan mereka dengan tangan kosong.Tetapi di Pakistan dan Lebanon mereka mencederakan badan mereka sendiri dengan pedang dan belati untuk menumpahkan dan melukai anggota badan. Ditempat lain ada yang memukul badan dengan rantai.

[Disemak oleh: Ustaz Ahmad Nasim, Abu Naaielah. AAM, 21 Ramadhan 1434H.


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.