15 Dec 2013

Episod 9 Isabella..lambang cinta yang lara

Episod 9

“Isabella dan Deana sila ke bilik  Cikgu fazilah sekarang . Cikgu nak jumpa dengan korang”Suria penolong kelas berteriak memanggil nama aku dan Deana.
Aku dengan Deana berpandangan sesama sendiri. Seolah dapat meneka apa yang bakal terjadi. Aku bangun menuju ke arah Suria. Deana tersenyum sinis pada aku. kemudian dia pun bangun  mengekori langkah aku.
“korang ponteng semalam kan..”Suria bertanya. Seolah-olah dia baru tahu.
“Mana ada, aku ada je kat kelas semalam..ko je yang tak nampak”jawap aku acuh tak acuh. Dengan senyum pahit.
“aku tahu lah korang ponteng sekali semalam”
“ kalau dah tahu,  tanya lagi buat ape” Deana mencebik mengejek.
“bella..ko..” suria terhenti setelah kami sampai di pintu bilik cikgu Fazilah. Guru displin yang ditakuti oleh semua pelajar.

“Isabella, berani kamu ponteng sekolah ya”
“kamu berdua nih! pegi mana semalam..melepak kat shopping komplek?”
“hah! Deana..kamu nih memang tak abis-abis buat masalah”
“kamu yang ajak isabella ponteng semalam kan..?” belum sempat kami nak membela diri. btalu-talu pertanyaan dari cikgu Fazilah. Wajahnya yang garang buat aku tidak mampu memandang ke wajahnya. 
“tak cikgu” jawap Deana dengan mengelengkan kepalanya berkali-kali.
“tak apanya Deana!”
“kamu ni memang  tak serik-serik lagi kan”
“Ingat! Ini amaran pertama dari saya”
“kalau kamu buat lagi siap kamu, Ingat Deana!
“kamu Isabella..hati-hati bila pilih kawan”
“baik cikgu”aku dan Diana menjawap serentak.
“kalau nak ponteng jugak, pegi jer ker perpustakaan..baca buku-buku kat sana, jangan keluar dari sekolah. Kalau jadi apa-apa, sape yang susah, pihak sekolah juga..faham!”kata cikgu Fazilah dengan tegas. Tapi bila dengan aku suaranya agak perlahan. Penuh dengan kasih sayang. Aku jadi hairan juga. Kenapa hanya Deana yang dia marah sangat. Bukan pada kami berdua.

“untung lah ko, ko ramai orang sayang”
“sampai cikgu pun sayangkan ko”
“ada ker kau yang ajak ponteng, aku yang kena marah, tak adil betul!” Deana merungut-rungut tak puas hati.
“aku pun hairan..kenapa cikgu tak marahkan aku”luah aku seolah tertanya-tanya kenapa kesalahan itu hanya pada Deana.
“ko kan budak baik, budak kampung!” sindir Deana lagi.
“apa kena mengena budak kampung dan bandar”
“hehe...banyak yang ko tak tahu...”
“aha! Dah lah..aku minta maaf kalau aku yang buatkan ko kena marah”
“lepas ni ko nak kawan dengan aku atau tak..ikut suka ko lah” aku merenung ke wajah Diana. Mungkin benar kata Deana. Banyak yang aku tak tahu. Siapa kawan dan siapa lawan. Jadi aku kena sentiasa lebih berhati-hati.

“bella...”panggil azany .
“aku nak cakap sikit dengan ko”azany  meminta aku mengikutnya.
“ko masuk kelas dulu Deana” pinta aku.
“suka hati ko lah”
Deana pergi dengan muncung yang panjang sambil menjeling ke arah kami berdua.
Kami ke hujung beranda kelas. Di situ tidak sesiapa yang boleh lalu lalang dihadapan kami. mungkin  tempat itu yang  azany rasa sesuai.

“ada apa, azany”
“ boleh tak ko jangan kawan dengan diana lagi”kata azany serius. Seolah dia seperti abang kepada aku.
“kenapa..kenapa dengan Diana. adakah kerana dia jahat, dia pelacur, dia bohsia! Aku tak boleh berkawan dengan dia”
“maaflah permintaan ko, aku tak dapat tunaikan. Kerana aku memang tak memilih kawan, Kalau kau jahat sekali pun aku  tetap  terima menjadi kawan aku, azany”
“aku takut ko terpengaruh dengan dia nanti..bella”
“aku tahu bawak diri azany, kalau tidak..tak akan ayah aku hantar aku ke sini”.kata aku penuh yakin. namun aku tahu niat baik azany.  Kerana itu aku suka pada sikapnya yang berterus terang.  Tanpa dia  disini aku akan kesunyian dari usikan dan gurauan.

“terima kasih kerana mengingatkan aku, kau lah sahabat aku sampai bila-bila..Azany”kata-kata itu tepancur dari mulut aku.
“aku akan selalu perhatikan ko..budak nakal..hehe..” Azany menepuk kepala aku dengan kuat. Terus saja dia lari dengan gelak ketawanya. Buat aku geram.
“Aduh!! Hantu ko..nanti lah kalau aku dapat siap lah ko..”jerit aku dengan mengejarnya. Namun Kelibatnya hilang sebaik saja  menyusuri  tangga. Entah mana lesapnya. Terukir senyuman dibibir aku walaupun geram tapi gembira kerana ada sahabat sebaik Azany.

Setengah jam kemudian dia  muncul juga  di dalam kelas. Sambil mengenyit mata pada aku.  Seolah tidak ada rasa bersalah. Buat aku jadi geram. Hanya kelingan tajam aku berikan. Seolah-olah aku masih tak puas hati  terhadapnya. Meskipun dihati berbunga bahagia.

                                                             *****
“kita nak pegi mana ni Nureen..?” aku dh mula bosan menunggu.
“kita tunggu Yanie sampai, pastu baru kita gerak”
“lama lagi ker” tanya Diana. Mungkin dia  mula bosan seperti aku.
“alah! Sabar lah sikit..lagi pun masih awal lagi nih”
“aku tahu lah awal..tapi kita nak pegi mana sebenarnya nih”aku mula bengang dengan kelewatan Yanie.
“pegi KL...”
“KL.? jauh tu..”aku dan Deana berpandangan.
“buat apa kita pegi sana..?”aku tak puas hati dengan jawapan Nureen.
“ kita pegi happy2 lah..aduh! kecoh lah ko nih bella..nanti ko tahu lah”
“woi! Sori lah lambat, mak aku ada hal pulak”jerit Yanie dari jauh.
“dekat satu jam tahu kita orang tunggu ko kat sini”
“nak layan 2 ekor nih lagi..teruk aku”bebel  Nureen.
“bas dah sampai ker..”tanya Yanie. Lehernya panjang melilau mencari sesuatu.
“ada! Satu dah jalan. yang satu lagi kejap nanti sampai lah” jawap Nureen.
“hah! Tu dia bas dah sampai..jumm..jumm...cepatlah”jerit Yanie keseronokan.
Dalam bas aku lihat kebanyakannya perempuan. Budak lelaki hanya ada 5,6 orang. Semua seperti sebaya dengan kami. aku duduk bersama Deana.  Aku menarik nafas lega. Sekurang-kurangnya sejuk sikit bila sudah berada di dalam bas.  Sambil menghayati keindahan kota metropolitan. Bas yang tertera Bas Kilang meluncur dengan laju menuju ke destinasi. Membawa pelbagai perasaan dalam diri aku.

“aku dengan Yanie pegi beli  tiket, ko dengan deana  tunggu dalam tandas ,ok” Nureen memberi arahan pada aku dan Deana.
“ok..”aku hanya menuruti apa kata mereka. Dari datang hingga sampai sini. Rasanya dah hampir RM50 ringgit aku berikan pada nureen.

Bas yang kami naiki hanya menurunkan kami di tepi simpang jalan. Semua  penumpang disuruh turun di tempat yang sama. Setelah berjalan selama 10 minit. Kami tiba disebuah bangunan baru.
Tertera  tulisan  Piccadilly di atas bangunan tersebut. Aku perhatikan orang-orang yang datang ke situ boleh dikatakan sebaya dengan usia kami. Aku berlagak seolah aku dah biasa dengan tempat tersebut. Walaupun dalam hati masih tertanya-tanya apakah tempat ini.
Bila berada dalam tandas  macam-macam bau terpaksa aku hidu. Bercampur dengan bau asap rokok dan  minyak wangi pengunjung memeningkan kepala aku. Gelagat mereka aku perhatikan. Terdetik dalam hati aku boleh mengagak. Tempat ini bukan tempat yang elok untuk aku kunjungi.

“Bella, cepat lah bagi tangan kau..ink tengah basah lagi nih” Yanie menarik tangan aku. Dengan pantas dia mencop logo ditangannya pada aku. Corak itu melekat di lengan aku. Walaupun tidak seterang cop di lengannya.  Begitu juga perbuatan Nureen pada Deana. Aku dengan Deana tercenggang-cenggang berpandangan sesama sendiri.

“Ok! Jumm kita masuk. Ingat..buat macam biasa jer tau..”Yanie memberi arahan.
Aku cuba berlakon seperti yang diarahkan oleh yanie. Aku dibenarkan masuk tanpa diperiksa dengan teliti.  Deana juga dibenarkan masuk oleh pengawal yang bertugas tanpa banyak soal. Adakah mereka tahu yang kami berdua baru pertama kali ke sini.  Kerana itu mereka membenarkan kami masuk. aha! buat apa aku nak pening kepala pikirkan semua tu, yang penting aku dah masuk pun. Setelah melepasi pintu yang dijaga oleh lima enam pengawal. Bunyi bising mula membengitkan telinga. kilauan dari anak-anak lampu mula menusuk ke mata aku. Suasana yang malap dan bising. disertai dengan lampu berkelipan bersama lagu-lagu terbaru enggeris ala pop dan remix silih berganti. aku melihat semua orang sedang terkial-kial  mengikut rentak dan irama lagu dengan tarian masing-masing.  

Aku duduk disebuah meja dan memerhati sahaja gelagat mereka. Nureen dan Yanie sudah hilang bersama pasangan masing-masing. Menari dibawah kelipan lampu-lampu yang berwarna warni.  Deana pula hanya mengikut gerak geri aku. Aku bangun dia bangun. aku duduk dia duduk. Berkepit dengan aku . Seolah aku dengan dia kembar seperut. Dia tidak berganjak  sikit pun dengan aku. inikah tempat yang mereka katakan hebat pada aku.

“ko tak nak dance ker Deana..pegilah?” usik aku.
“giller ko..aku mana tahu menari..”Deana mencebik.
“alah..sama je macam kita tengok konsert tu lah..goyang-goyang jer..” aku cuba mengusik lagi.
“kalau ko dance aku dance..jumm.. ”jawap Deana tersengih.
Aku sebenarnya sudah biasa dengan suasana begini.  Ayah selalu juga bawa aku dan adik-adik bila ada parti di hotel tempat ayah berkerja. Jadi suasana begini tidak jadi masalah pada aku. Cuma di sini aku kena lebih berhati-hati. Sebab tidak ada sesiapa yang akan menjaga aku. kalau terjadi apa-apa pada aku.

“disco ni sampai pukul 6.00 petang . khas untuk budak-budak bawah umur jer” jerit Yanie. Suaranya melawan bunyi lagu yang kuat berkumandang.
“siang-siang pun ada disco kat kl..tak sangka”luah aku.
“macam-macam ada kt kl ni..Bella..”Nureen menyampuk.
Yanie mengeluarkan sekotak rokok dari poket seluarnya. Dia  hulurkan ke arah aku. Aku ambil dan mencampaknya ke atas  meja.
Pantas diambilnya  kembali kemudian menarik sebatang rokok. Lalu menghisap dengan rakus. Asap dihembuskannya ke udara. seakan megah dengan gaya sendiri.

“bak sini aku nak sebatang” Nureen menepuk bahu aku. Meminta aku menghulurkan kotak rokok tersebut.
“aku pun nak jugak” Deana merampas.
“ ko tak nak cuba ker..”Yanie menghulurkan rokok yang ditangannya pada aku.
“aku belum bersedia lagi” balas aku acuh tak acuh.
“alah! Rokok jer lah..bukan dadah pun..” Deana  tersengih seakan mengejek kekampungan aku.
“jumm lah dance..best lagu ni” Yanie menarik tangan aku ke tengah gelangang. Berhimpit-himpit dengan pengunjung yang sedang menari.
Nak tak nak aku terpaksa juga menari  walaupun sumbang. Tidak sampai setengah jam tarian itu aku hafal dengan mudah. Hanya meniru gaya melenggokkan pinggang dan punggung aku sudah boleh menari dengan bagus.
“Wah! Hebat ko Bella..tak sangka ko cepat belajar”puji  Deana.
Entah bila dia ikut menari aku pun tak perasan. Mungkin ketika aku sedang leka menari dengan Yanie.
“aku letih lah..”aku berlalu ke tepi gelangang. Meninggalkan Yanie terkial-kial menari bersama Deana.
“itulah..menari tak ingat dunia”cebik Deana pada aku.

Aku melihat jam ditangan sudah hampir 7.00 malam.  Bas yang dijanjikan masih belum tiba.  Aku menjeling ke a rah Nureen.  Mengharap dia berkata sesuatu.
“abis lah aku ni..mak cik aku tentu marahkan aku” Diana merintih. Mukanya kelihatan pucat.
“ala relax lah..kejap lagi sampai lah bas ni”Yanie menyakinkan.
“ko Bella..abang ko macam mana...” tanya Diana. Mungkin dia lihat aku macam tak ada apa-apa.
“aku..pandai-pandailah aku nak cakap apa nanti”balas aku lemah.
Kaki aku terasa sakit. Mungkin kesan dari menari tadi. Lenguh  seluruh badan dibuatnya.
“Yanie, betul ke bas tu datang balik sini..kalau tak datang macamana..?”Nureen mula risau.
“ni semua salah ko, menari  tak ingat nak balik”Yanie memarahi Nureen.
 “ko pun sama lahh..”balas  Nureen tak mahu mengalah.

Pin...pinn...
Kedengaran  hon bas  dari arah belakang. Dengan muncung yang panjang semua berlari ke  arah bas. Masing-masing diam  melayani perasaan sendiri.  Aku  mengambil tempat duduk di tepi tingkap. Memang aku suka duduk dibahagian itu. Senang nak melihat pemandangan yang bakal dilalui. Diana duduk disebelah aku.

“Bella aku takut lah..”
“mak cik aku  mesti  halau aku keluar rumah  nanti”luah Diana.
“ko tolong aku bella...boleh?”rayu Diana dengan tiba-tiba.
“tolong...tolong macamana Diana..?” aku  mengaru kepala yang tak gatal.
“teman kan aku balik rumah, cakap aku lepak rumah ko ya..”
“tadi masa nak keluar ko cakap apa dengan mak cik ko” aku mula rasa tak sedap hati. Kenapa perlu heret aku dalam kesalahan dia.
“aku cakap aku pegi rumah ko”terang Diana.
“apa! Ko gila ker..”aku mengeluh kesal. Kecewa dengan sikap Diana.
“tolong lah aku Bella..”rayu Diana bersungguh-sungguh. Wajahnya juga pucat. Mungkin dia benar-benar takut.
“baik lah..hanya kali ini jer..”kata aku tegas.
“ tapi lain kali aku tak mahu ko gunakan nama aku lagi ”
Aku tersepit antara  masa dan kesian. Suasana malam membuatkan semuanya berubah, pokok pun boleh kelihatan menakutkan. Aku memandang ke langit yang semakin gelap. Kelihatan bintang satu persatu muncul menghiasi dinding langit. Cahaya bulan  samar-samar memancar disebalik awan  yang putih. Perjalanan ini terasa seakan perlahan.

“maaf kan saya, mak cik”
“ sebab tadi saya paksa  Diana ikut saya balik kampung”
“oo..ya ker, di mana kampung kamu tu”tanya mak cik Latifah. 
Mujur lah keramahan  mak cik Diana. membuatkan aku  tidak gugup untuk bersuara.
Pak cik Mustafa  suami  mak cik Latifah.  Memegang  erat suratkabar seolah sedang tekun membaca. Sambil matanya sesekali melirik ke arah kami bertiga.

“kampung saya kat kajang mak cik.., tadi ayah ajak balik jenguk nenek sekejap”
“itu saya ajak Diana ikut sekali” aku berbohong dengan  muka dibuat-buat.
“kajang..eh! dekat dah dengan rumah mak Diana ..”
“kamu tak pegi rumah mak kamu ke Diana” perli  mak cik Latifah.
“tak..rumah nenek Bella jauh lagi dari situ” Diana bersuara. Dengan wajahnya tunduk ke lantai.
“ ada juga Diana bagi tahu tadi. Tapi ayah nak balik cepat. Itu kami tak sempat nak singgah rumah mak Diana” aku cuba membela Diana.
“oo..kalau macam tu tak perlah..tak lah risau makcik dibuatnya”

“Mak cik, saya balik dulu ya.”aku cepat-cepat menghulurkan tangan bersalam dan meminta diri. Tidak mahu  berdrama lama bersama mereka.
“yalah..yalah..hari pun dah lewat nih”
“hati-hati ya Bella..” pesan mak cik Latifah. Setelah aku menutup pintu pagar dihalaman rumah.
Aku berlari menuju ke bas stop. Yang jaraknya  20 kaki.  Jam ditangan sudah menunjukan hamper pukul 9.00 malam.
Aku  keseorangan disitu. Menantikan bas untuk pulang ke rumah. Dengan pelbagai perasaan yang menusuk dihati. Satu demi satu kebohongan terpaksa aku reka demi seorang kawan.
                                                               *****
                                                         
“kau pergi mana. Bella, sekarang baru balik” tanya abang.
Nada suara abang seolah  ditahan dari dalam dada. Aku tahu abang risau
bercampur marah.
“Bella pegi tengok wayang dengan kawan-kawan tadi”
“nak balik bas lambat pulak..tu yang lambat ” aku berbohong.
“ko pegi dengan sape..”tanya abang lagi.
“dengan kawan-kawan sekolah lah..”
“kan Bella dah cakap nak keluar dengan kawan-kawan sekolah pada abang semalam”aku  membela  diri.
“oo..ya lah..ko dah makan”
“belum...”balas aku perlahan.
“tu nasi dah ada..ko tolong gorengkan telur. Tak pun  masakkan saja sardin”cadang abang.
Aku berlalu ke dapur. Membuka tudung saji. Kosong..
“masak lebih sikit..abang pun lapar nih” jerit abang dari ruang tamu.
“ya lah..”keluh aku.
Demi untuk menutupi kesalahan yang telah aku lakukan. Walaupun kaki masih  terasa sakit. aku cuba tahankan.
Telor goreng  mata kerbau dengan ikan masin goreng bawang. aku letakkan dibawah tudung saji.
“dah siap...abang makanlah dulu. Bella  nak mandi jap”
Aku masuk ke bilik. Menghempaskan tubuh ke atas katil . untuk merehatkan diri seminit dua. Kemudian bangun menuju ke bilik air.

“sedaplah bella masak” puji  abang.
“sedap ke atau lapar abang..hehe..” jawap aku dari bilik air.
“dua-dua sekali lah..”jerit abang.

Keluar dari bilik air, Aku tersenyum melihat cara abang makan. macam lapar betul. nampak berselera sungguh dia makan. Agaknya tadi abang tak makan sebab risaukan aku rasa bertambah kesian terhadap abang. 

“duit sekolah ada lagi tak..?”
“ada.. walaupun tak banyak.”
“bila lagi ayah nak hantarkan duit..”
“entah lah abang..kadang ayah tu tak tentu, abang kan tahu..”
“kalau tak de..minta lah kat abang,setakat RM50-RM100 abang boleh kasi”
“tapi ko tuu.., kena lah  berjimat cermat. jangan nak membazir tak tentu pasal”nasihat
 abang Faezal.
“ya..bella tahu tu, abang nak nasi lagi..”

Pinggan mangkuk telah aku susun rapi diatas rak. Kuali dan dapur telah siap aku kemaskan. Abang berlalu masuk ke dalam biliknya. Dan aku melangkah kepenatan ke katil.


11 Dec 2013

Episod 8 Isabella..lambang cinta yang lara

Episod 8

Tukk..tukkkk...tukkkkk...
Kedengaran pintu rumah diketuk dengan keras dari luar.
Siapa pula yang datang malam-malam ni.  Mungkin kawan abang datang mencari dia. Aku membuat andaian. Dengan perasaan malas aku bangun dari kerusi menuju ke pintu.  Mengintai dari  kaca pintu. Kelihatan seorang budak lelaki  sedang berlegar-legar di luar. Tapi wajah dia  seperti macam pernah aku lihat.
Ohya.. baru aku ingat tu Sani rakan si Harry. Macam mana pula dia boleh tahu rumah aku .  Aku terkejut dengan kehadiran Sani di sini. Apa yang dia nak dari  aku sampai sanggup datang  ke sini . Aku  mula  jadi sebersalah. Nak buka pintu atau pun buat-buat tidak tahu dengan kedatangannya. Setia juga budak tu dengan si Harry.  Aku mengeluh tidak tahu apa yang perlu aku lakukan.

“Assalamualaikum..assalamualaikum..assalamualaikum..”
Berkali-kali dia memberi salam dan pintu di ketuk dengan sekuat yang boleh.
 Aku mula bertambah geram dan semakin sebersalah dibuatnya.
Dengan perasan yang bercampur baur aku buka juga pintu.

“waalaikumusalam..”sahut aku.
“oh..Sani, maaf lah akak tertido tadi..itu yang tak dengar Sani panggil ” Bohong aku. Sambil mengosok mata  seolah-olah  baru terjaga dari tidur. Aku berlakon sebaik yang mungkin.

“akak kan dah janji nak jumpa abang  malam ni..akak dah lupa ker..? Sani merenung ke wajah aku. Cuba mencari  kejujuran pada kata-kata aku.
“akak..akak letih sebenarnya hari ini..itu yang terlelap tadi..”semakin banyak ayat kebohongan terpaksa aku cipta.
“cepatlah siap...abang Harry dah tunggu lama  kat sana” perintah Sani.
“kalau macam tu, Sani pergi dulu..nanti akak datang, akak nak mandi dulu ni..”
“dalam 10 minit lagi akak sampai ok..” terang aku.
“cepat tahu akak...kalau lambat lagi saya serang rumah akak..” kata sani dengan senyuman yang penuh erti.
Ewah-ewah berani dia ugut-ugut aku ya. Nak kena budak ni.
“ya..ya..akak datang..janji!” balas aku dengan senyuman lebar kepadanya.

Aduh! Budak ni betul lah. Buat jiwa aku makin kacau. Aku renung muka  di cermin. Cari ada tak tanda seperti orang baru bangun dari tidur. Ada lah sikit dengan rambut yang kusut itu. Aku pujuk diri dengan jawapan sendiri. Aku ketawa  megah dengan lakonan dan kebohongan yang aku buat.


Ah! biarlah..malas aku nak fikir. Setelah memakai pakaian yang sesuai.  aku terus sahaja keluar menuju ke tempat yang telah dijanjikan.
Walaupun malam baru menunjukan pukul 8.30 malam. Tapi suasana ditempat itu kelihatan lenggang. Mungkin bukan malam minggu agaknya.
Dari jauh kelihatan Sani dan Harry sedang bersembang penuh gembira.
Entah-entah mereka sedang mengata aku tak..huhu...

“Assalamualaikum..”
“walaikumusalam..”
“gembira nampaknya ..tengah citer pasal apa tuh” usik aku pada mereka . Tapi dalam hati penuh  dengan tanda tanya.
“Bella dah makan..?”tanya Harry tersenyum riang. Seolah tidak ada apa-apa yang berlaku. Tidak marah ke dia pada aku sebab  buat dia tertunggu-tunggu..
“baru jer makan..”
“Harry dah makan..?”
“dah, makan kat rumah tadi dengan Sani”.
“abang Bella tahu ker, Bella keluar ni”. tanya Harry . Buat aku sedikit terkejut.
Macamana dia boleh tahu latarbelakang aku.
“Bella hanya tinggal dengan abang  Faezal  kat sini kan” tanya Harry lagi seolah ingin kepastian dari aku.
“aa...tak lah dengan family. Tapi mereka hanya datang 2 atau 3 bulan sekali”.
 “tapi Sani kata Bella..aha! tak perlah...”Harry memandang Sani.
“abang dan akak sembang-sembanglah dulu..Sani nak pegi kedai  jap” kata Sani  berlalu meninggalkan kami berdua disitu.
“Ok..”
“Ok..”serentak aku dengan Harry membalasnya.
“Hehehe..”berderai  ketawa kami berdua.
“macam mana Harry tahu saya tinggal dengan abang saya disini”
“Sani yang bagi tahu, dia ramai kawan-kawan yang tinggal berdekatan dengan rumah Bella”
“oo..patutlah..,rupanya awak pakai mata-mata untuk siasat tentang saya ya..”aku tersenyum. Tak sangka Harry bersungguh-sungguh untuk rapat dengan aku.
“kenapa Bella ponteng sekolah pagi tadi..?”
“eh! tak lah, mana ada saya ponteng. Saya sakit perut tu saya kena balik rumah..”aku menipu lagi.
“Semua cari Bella tadi..lebih-lebih lagi Azany..”
“Azany..? oo..yea ker..tak tahu pula..”
“dia tanya saya , ada nampak tak Bella kat sekolah tadi”.
Kenapa dia pula yang susah-sudah nak cari aku. Bisik hati kecil aku.
Tapi macam mana esok. Tak akan aku terpaksa ponteng sekolah kerana dia pula.
Nanti apa kata pihak sekolah kalau dapat tahu aku ponteng sekolah.

“Bella..Bella dah ada pak we..?”
Pertanyaan sepontan Harry membuat hati aku mula berdebar-debar.
Belum sempat aku memikirkan hal Azany. Harry pula mahu meluahkan isi hatinya.

“Harry..,saya tahu awak suka kan saya, tapi cukuplah saya menjadi kawan awak ya”
“lagipun kita masih sekolah lagi kan...”luah aku perlahan tapi  tegas.  aku sudah tidak mahu berbohong. Dan aku tak mahu melukai hati Harry . Jika dia dapat tahu aku telah menipunya.
“kawan..? baiklah..kita berkawan dulu ya Bella,”
 “Harry,  saya harap hubungan kita ini tak lebih dari seorang kawan”
“sebab...saya memang tak akan bercinta dengan mana-mana budak sekolah”
“tapi Bella...saya betul-betul suka kan awak”
“atau saya tak sekacak  Azany..?”Luah Harry perlahan.
 kata-kata Harry membuat aku terbelit dengan perasaan sndiri.
“ ini bukan sebab kacak atau tidak, Harry”
“cinta awak atau Azany pun saya tak mungkin terima”
“ saya memang tak boleh terima ..awak harus faham tu!”sanggah aku.
“kenapa Bella apa kurangnya saya dengan Azany..?”
“maafkan saya Harry..”
“saya betul-betul sukakan awak. Sejak kali pertama lihat awak di sekolah saya dah mula sukakan awak. Cuma saya takut nak mulakan”Harry meluahkan rahsia hatinya.

“ tapi bila saya tengok ramai pelajar lelaki cuba hampiri awak”
“ saya tak boleh bersabar lagi”kata Harry dengan nada pelahan penuh kecewa.
 Aku tahu dia akan kecewa dan malu. Jika aku terus  menolak cintanya
“tapii...”aku mula risau dengan ayat seterusnya yang bakal keluar dari mulut Harry.
 Adakah aku terlalu kejam kerana telah mematahkan hatinya.
“Harry..awak tetap kawan saya sampai bila-bila, carilah saya bila awak perlu”
“saya minta maaf Harry..”balas aku selembut-lembutnya.
Itu lah ayat yang paling jujur aku luahkan padanya. Harap dia  akan mengerti.  Bahawa aku benar- benar serius dengan apa yang aku katakan.

“Bella..betul apa yang awak cakapkan..”
“buat masa ni biarlah kita berkawan dulu,  bila dah habis sekolah nanti. baru kita bercinta ya”
Aaaaaa...aku menjerit sekuatnya tapi hanya dalam hati. Perlukah aku katakan lagi . Aku memang tak de hati  langsung kat dia.
“Harry...saya tak janji yang saya boleh menjadi kekasih awak,”
“saya tetap tunggu awak..bella”kata-kata Harry terus menusuk ke jantung  aku.
Aku terdiam seketika dengan pengakuan jujur darinya. Tapi mampukah aku menerima amanat ini. Sedangkan aku tak mungkin bercinta dengannya. Tapi demi menjaga perasaan seseorang. aku terpaksa melukakan hati sendiri.

                                                                   *****
“Bella minggu ni ko free tak..?
“kita orang ada plan baik sabtu nih..ko  nak join sekali ..?”tanya Nureen.
Tika sedang santai time rehat dibelakang bangunan sekolah.
“sabtu ni..? tak tahu lah lagi..kenapa..? apa plan korang nih!”
“ada lah..tapi ingat jangan bagi tahu orang lain tau”liza tersengih-sengih ke arah nureen.
“kita  semua jumpa kat klang nanti”
“kat sana baru aku bagi tahu, orait”kata  nureen tersenyum gembira.
“ cakap lah dulu apa plan korang  nih..?”
“aku x nak join lah, kalau korang  tak cakap”
“leceh lah dengan ko nih bella..”
“tak boleh nk surprise langsung!”aida menbidas.
“yalah, aku nak tahu juga,apa dia..”
“kalau ko nak tahu..ko turun lah nanti”
“kan..nureen..? Liza meminta sokongan dari nureen.
“ya..ya..betul tu”
“aku nak ikut” tiba-tiba Diana muncul dengan sepinggan mee goring dan air sirap.
“kalau ko nk ikut boleh..tapi kasi sikit mee ko tu”aku mula mengusik.


                                                         *****
“ko nampak hajar tak..?”
“dah 2 hari aku tak nampak dia nih” tanya aku pada fauziah.
Pelajar satu kelas dengan hajar.
“lor ko tak tahu ker..bella”
“tahu pasal apa..gee..?”
“hajar dah nak kawin lah”
“kawin! Dengan sape..kenapa dia tak kasi tahu aku pun”
“dia dipaksa kawin dengan sepupu dia”
“dipaksa! Kenapa boleh jadi  macam tu..”
“mak dia suruh dia kawin”
“tapi kita kan baru tingkat 4..SPM pun dia lum abik lagi”
aku agak kecewa dengan berita itu. Sepatutnya aku lah orang pertama yang harus tahu berita itu. Sampai hati hajar sorokkan dari aku.  Hingga dia nak kawin pun aku tak di jemputnya. Walaupun hanya beberapa bulan kami sempat menjadi  kawan. Semudah itu dia boleh lupakan aku.

“dia kena rogol dengan sepupu dia”Diana meyampuk dengan selamba.
“Apa! dia kena rogol..bila..?”aku amat terkejut dengan cerita itu.
Rasa kesian dengan nasib yang telah menimpa hajar. Patutlah dia terus menghilangkan diri macam tu jer.  Tanpa sempat aku memberikan kata-kata sokongan. Malu kah hajar pada aku dan kawan-kawan lain . Tapi semua itu terjadi bukan dia pinta..

“bella. Esok Jangan lupa  turun” Diana mengingatkan aku.
“ok!  Kalau aku lupa..ko ingatkan lagi ya..”balas aku dengan senyuman tawar,
Kemudian Diana duduk disisi aku. bila Fauziah bangun  menuju ke kelasnya.
“alah! Relak lah bella..semua orang ada buat silap lah..”
“ dia dah mengandung sebab tu mak dia paksa dia kawin”
“ko ingat hajar tu baik ker..?” Diana cuba memujuk aku.
Tapi ayat-ayat yang diana ucapkan membuat aku bertambah kecewa. Begitukah sikap hajar sebenarnya. Setahu aku hajar  memang baik. Baik dengan aku dan semua rakan-rakan. Perwatakannya yang lemah lembut dan sopan buat ramai yang suka berkawan dengannya. Tapi dia tetap memilih aku mejadi kawannya. Walaupun aku agak lasak ala2 tomboy kata mereka.

“hajar tu selalu keluar malam”
“mana disco dia x pegi”luah Diana lagi.
Pedihnya telinga aku mendengar kata-kata Diana. Benarkah! macamana Diana lebih kenal hajar dari aku.
“semua orang tahu bella..”
“dia kena buang sekolah..kemudian ditukarkan kesini”.
“tapi kenapa aku seorang yang tak tahu..”
“kami ingat ko dah tahu semuanya”
“dulu pun aku ingat ko dengan hajar sama jahat”
“jahat..? aku..”kenapa baru hari ini aku tahu semua ini. diana, cukuplah. Mahu saja aku tutup mulut Diana dari berkata-kata.
“tapi bila dah lama bercampur dengan ko baru semua tahu”
“ko ni kuat prinsip rupanya..hehe..”
Apakah itu satu pujian atau sindiran dari Diana.  Aku tetap terima dengan hati yang terbuka. Sekurang-kurangnya Diana  tahu. Aku bukan jenis yang tangkap muat.

“aku nak balik diana” aku bangun meninggalkan Diana.
“balik..? ko nak ponteng lagi ker..?”
“aku ikut...”
“suka hati ko lah”


Episod 7 Isabella..lambang cinta yang lara

Episod 7

Aku membuka pintu dengan perlahan-lahan agar abang tidak menyedari kepulangan aku.  Namun bila tiba di ruang tamu aku melihat lampu bilik abang sudah terpasang. Ini bererti abang sudah berada dirumah. Kemudian aku mengetuk pintu biliknya.
“masuk”
Aku menolak daun pintu. Abang sedang terbaring di atas katil mungkin melepaskan rasa penatnya,
“Abang baru balik ker..”Tanya aku seolah tidak ada apa-apa yang berlaku.
“kau pergi mana  tadi ? Tanya abang kembali. Dengan muka serius.  Aku tahu wajah abang itu sebenarnya dalam keletihan.
“Bella pergi kedai..cari bateri walkman, ingat kedai bukak lagi”bohong aku dengan suara sengaja aku kuatkan. Seolah untuk menyakinkan diri dengan kebohongan sendiri.
“kau dah makan ker..? kalau belum, tu ada burger abang belikan..”
“dah..tapi nak makan jugak...hehe...tima kasih abang”jawap aku keriangan. Cuba menutup rasa bersalah tadi.
“ya lah..tapi lain kali jangan nk keluar malam-malam lagi”kata abang tegas.
Sempat lagi abang bagi warning kat aku..aduhh...walaupun kata-kata abang itu bersahaja. Aku tahu maknanya begitu dalam. Jadi selepas  ini aku terpaksa lebih berhati-hati.
Aku berlalu meninggalkan abang bersendirian dikamarnya.
Aku ambil burger di dapur lalu membawanya masuk ke dalam bilik.  Masih terasa panas. Bererti abang baru saja pulang.  Aku lihat jam ditangan..tak sampai setengah jam aku keluar. Selamat...lega hati aku. patutlah abang tak marah sangat pada aku.
Hajat hati nak makan burger sambil mendengar radio. Tapi bila aku rebahkan badan diatas katil.  Mood aku tiba-tiba berubah. Terasa amat letih pula bila memikirkan keadaan tadi.  Harry. .memang blurkah kau...?

                                                              *****
“Hai Bella..kenapa dengan ko , macam letih jer aku tengok..” jerkah Hajar. Dengan satu tamparan kuat ke bahuku. Membuat aku kembali tersedar dari lamunan. Entah apa yang aku fikirkan sebentar tadi..tiba-tiba hilang dari fikiran.
“Oh ya, macamana dating ko dengan si Harry blur tu”Tanya Hajar  cuba mencungkil rahsia. Di bibirnya tergaris senyuman penuh makna.
“Ok jer, dia baik...” aku cuba memancing mindanya kembali.
“Jadi, kau pergi lah jumpa dia malam tadi...wah! bertuahlah si Harry tu!” tiba-tiba Azany menyampuk dengan nada perli. Entah masa bila dia muncul.
“Kalau ya pun..kenapa..?”aku sengaja membuat Azany bertambah geram.
“abis  tu, dengan aku bila ko nak keluar pulak..?”Tanya Azany dengan wajah selambanya.
“kalau dengan kau,  aku memang tak ada masa lah Azany. Tapi apa kata ko ajak jer si Hajar nih..dia memang free selalu”aku tolak tubuh Hajar pada Azany. Hajar menahan badannya dari jatuh ke arah Azany.
“ehh..kenapa pulak aku jadi mangsa keadaan nih...sori ya...aku pun tak nak”bidas Hajar terus  berlalu meninggalkan aku dengan azany.
“betul ker ko jumpa dengan budak tu..?”Tanya Azany dengan nada perlahan seolah meminta aku berkata jujur padanya.
“mestilah aku jumpa, Harry tu rupanya baik orangnya..”jawap aku dengan wajah sengaja aku riakkan dengan rasa bahagia seperti orang sedang bercinta. Aku lihat wajah Azany mula kemerahan-merahan. Menahan marah dengan sikap aku.
“serius lah Bella.., nanti aku sound budak tu ko nak ker..”Ugut Azany tak puas hati.
“aku serius lah nih, tapi yang ko nak sound dia tu kenapa..? apa masalah ko dengan dia. Dia tak kacau ko pun kan..”marah  pula aku dengan sikap tak matang Azany.
Aku mengeleng kepala geram dengan kata-katanya.
“ko suka kat dia...?”ujar Azany kemudian setelah  melihat marah aku kian reda.
“suka lah..dia kan baik”jawap aku endah tak endah dan cuba menguji perasaannya.
“jadi ko cinta kat dia lah.?”jerit Azany seperti  tidak puashati.
“ko nih kenapa ya.., suka hati aku lah nak suka ker..nak bercinta ker..yang ko banyak tanya nih kenapa..?”bentak aku yang mula lemas dengan pertanyaan dari Azany.
“kau kan tahu  yang aku suka kan ko selama ni..”luah Azany  perlahan. Tetapi jelas ditelinga ucapannya.
Aku bingkas bangun.  Seolah –olah tidak mendengar kata-katanya tadi. Biarlah  Azany dengan perasaannya sendiri.  Azany  menarik tangan aku. lalu aku sentap kembali dan berjalan laju meninggalkannya.  Sekarang bukan masanya untuk aku bercinta. Jadi lebih baik aku bersikap menjauhkan diri. Biar lah dia tenangkan dirinya dengan sendiri. Lagi pun aku takut untuk memberi sebarang jawapan padanya  ketika ini.

“bella...”
“bellaaaaa...nantiii...”

Panggilan Azany tadi tidak aku endahkan.  Aku mula diburu dengan pelbagai perasaan yang menerjah ke hati. Bukan mudah untuk aku memberi hati ini dengan sewenang-wenangnya. aku perlukan waktu...

                                                                *****
Kelihatan semua pelajar sudah mula memasuki ke dalam kelas. Tapi aku masih lagi duduk ditepi longkang . Tangan  mencuis-cuis hujung rumput.  Rasa sebersalah  mula bermain didalam hati. Bagaimana aku nak kembali ke kelas.. Kalau wajah Azany yang sedih itu akan membuat aku akan rasa simpati  kepadanya.
Terbitkah perasaan cinta.  kalau hanya dengan simpati dari aku. Dan bukan aku namanya kalau sudah berjanji  tidak menepati. Memang pantang aku kalau berjanji tetapi tidak ditunaikan. Kerana aku tahu bagaimana perasaan bila dilukai dan dikhianati.  Dan aku juga tahu bagaimana perasaan setelah dikecewakan. Pertanyaan dari Azany  itu tidak mungkin aku jawap. Biarlah masa dan keadaan yang menentukan.

“Bella...”Tegur Hajar dengan muka penatnya . Belum sempat dia berkata apa-apa. Aku sudah bersuara.
“Hajar,  tolong abikkan beg aku di kelas...aku nak balik lah. aku tak ada mood nak belajar hari ni”
“apa! Aku punya lah penat cari ko..ko nak aku naik semula ke kelas abik beg ko. Aku letih lah bella”ujar Hajar.  Nafasnya temegah-megah kerana kepenatan. Rasa kesian pula bila melihat keadaannya itu.
“yalah..yalah..biar aku saja yang naik sendiri,.lepas tu aku nak terus blah ok!”
“ko nak ponteng ker bella, kang cikgu nampak naya kita”
“Kita..? aku jer..aku tak ajak ko pun..” aku pantas menaiki anak tangga tanpa memikirkan apa-apa. Sampai di kelas aku mengintai kalau-kalau Azany ada disana. Mujurlah dia  belum masuk. Cepat-cepat aku capai beg di kerusi. Lalu keluar tanpa menoleh kebelakang lagi,
“bella tunggu aku..”
“ko nak pergi  mana Hajar, aku nak balik nih”
“aku ikut ko boleh...”
“suka hati ko lah..tapi aku tak ajak ko ya, apa-apa ko tanggung sendiri” kata aku serius.
“ko nih kenapa hari ni, lain macam je aku tengok”
“ko lari dari siapa nih.., cakap lah bella..”rayu Hajar.
“tak de sape...cuma aku tak de mood nak belajar..sebab tu aku nak balik”balas aku tegas.
“yang ko nak balik nih kenapa..? soal aku balik pada Hajar dengan senyum sinis.
“aku...aku, entahlah...”jawap Hajar tersegih-segih memandang ke arah aku.


Sampai sahaja dirumah aku letakkan beg sekolah ke lantai .  Dengan perasan bangga aku hempaskan badan di sofa. Mujurlah dapat keluar dari sekolah tanpa ditahan oleh cikgu dan pengawas yang bertugas. Aku menarik nafas lega. Rasa selesa bila dah sampai di rumah sendiri.

“beraninya ko bella..”luah Hajar. Dia bersandar keletihan di sofa.
“ko lagi berani sebab berani ikut aku” puji aku. pantas ketawa dengan telatah Hajar.
“abang ko ada tak nih..”tanya Hajar agak risau.
“entah lah..tapi aku rasa dia kerja shif pagi hari ni..”
“kalau abang aku ada pun.  apa nak aku tak takutkan,  yang ko pulak risau kenapa..hehe..”aku gelak mengejek sikapnya.
“ko ponteng sekolah abang ko tak marah ker..” tanya Hajar tak puas hati.
“dia tak akan marah aku, sebab aku ponteng aku terus balik ke rumah..”
“lain lah kalau aku ponteng pergi tempat-tempat yang tak elok..ko faham”kata aku tegas sambil tersenyum sinis.
“ko nak air ker.., kalau nak aku abik kan..”tanya aku sebagai tuan rumah.
“boleh jer..pandai jugak ko buat air kan..air apa ko nak buat tu..?”
“air sejuk lah..air apa lagi, ni kan  rumah orang bujang..”
“hahahahahaha..”berderai ketawa Hajar dengan lawak bodoh aku.
Hampir-hampir aku  juga terlupa dengan masalah sendiri.

Episod 6 Isabella..lambang cinta yang lara

Episod 6

Kepada Isabella;

Assalamualaikum,
salam perkenalan dari saya. ini biodata saya. agar awak boleh kenal saya
secara lebih mendalam.
nama saya : Harry bin Latiff
umur saya : cuba lah teka
alamat saya : kampung jawa, klang
kasut yang saya pakai : jenama pallas jazz
seluar yang saya pakai sekarang : jenama canggih
baju yang saya pakai sekarang juga : jenama canggih
tempat saya tinggal : masih ada atap dan lantai
makanan kegemaran saya : laksa
minuman kegemaran saya : cendol
nombor telefon : 03 54558723
Harap awak sudi menerima saya sebagai kekasih awak. saya akan tunggu awak malam ni di taman pada pukul 8.00 malam. Saya janji apa saja kehendak awak akan saya tunaikan. Dan jika awak hendak saya bayar masa yang awak luangkan pada saya. saya akan membayarnya kalau itu yang awak mahu. Saya berharap sangat agar awak sudi menerima tawaran saya ini. Saya akan menantikan kedatangan awak sampai pagi.
salam sayang,
Harry

Itulah isi yang tertulis dari sepucuk surat yang aku temui dibawah meja. Sudah berulangkali aku membacanya. Memahami apa maksud yang tersirat di dalam surat yang berwarna putih itu. Puas juga aku meneka siapa agaknya yang mengirimkan pada aku. Sudah panjang rasanya leher aku kerana melihat ke kanan dan kiri berkali-kali. Malah di luar kelas  pun aku tidak berkelip-kelip mata memerhatikan setiap pelajar lelaki yang sedang berjalan di koridor. Terasa amat geram di hati  tapi dalam masa yang sama terasa lucu juga. Dengan ayat-ayat yang ditulisnya boleh buat aku ketawa sepanjang hari. Macam ni punya orang pun ada ke kata hatiku. Tapi bila aku kenangkan pada ayatnya ingin membayar masa aku. Aku kembali menjadi cuak. Ada ke patut dia nak bayar masa aku jika  bersamanya . Dia  ingat aku nih apa. Kang aku minta satu juta. Mampu ke dia nak bayar aku tersenyum sendiri. Pening  kepala aku dibuatnya dengan kata-kata yang ditulis oleh pengirim ini. Apakah sebenarnya yang dimahu dari aku.

"Azany..nampak tak siapa yang masuk kelas kita tadi" tanya aku pada azany ketua kelas.
"entahlah.tak perasan pulak aku, kenapa bella..ada barang ko hilang ker? tanya azany.dengan wajah terkejut dengan teguran aku tiba-tiba.
"kau kenal harry tak..?"
"Harry..budak blur tu ker..? Azany memulang kembali pertanyaan kepada aku.
"mana lah aku tahu dia blur ke tak..masalahnya ko kenal dia tak..? tanya aku geram dengan nada perlahan.
"kalau Harry kelas sebelah tu aku kenal lah..kenape..? Tanya Azany. Matanya luas merenung wajah aku. Aku tunduk sambil tersenyum. Mungkin azany boleh menghuraikan surat yang aku terima tadi.
"Azany, boleh kau tunjukkan aku orangnya tak..." pinta aku dengan suara merayu.
"boleh, itu pun kalau ko sudi keluar dating dengan aku dulu.."usik Azany sambil ketawa besar membuat aku bertambah geram. Itu pula yang dia katakan disaat-saat ini. Muka aku masamkan. Seolah menunjukkan yang aku merajuk dengan kata-katanya.
"kalau ko tak nak bagi tahu. aku boleh tanya kat orang lain lah..bukan susah'"ugut aku pula.
"alah ko nih bella. tu pun nak merajuk.,aku main-main je lah. Oklah nanti aku bawakan budak tu terus jumpa dengan ko, puas hati" Luah Azany tersenyum cuba memujuk aku.
"hah! camtu lah...thank Azany" kata aku riang sambil memberikan sebuah senyuman yang ikhas padanya.  Azany membalasnya. Kemudian dia kembali ke tempat duduknya yang selang tiga meja dari aku.
Aku tahu Azany memang baik orangnya. Walaupun dia nampak agak kasar. Dengannya aku begitu rasa selesa. Sikapnya yang suka menyusik dan murah senyuman itu buat aku terhibur.. Usikan darinya memang aku dah jadi lali. Cuma aku cuba membataskan perasaannya terhadap aku. kerana dari gerak gerinya aku tahu dia sukakan aku. Cuma dia belum berani untuk berterus terang kepada aku. Dan selagi itu aku buat seolah-olah tidak tahu apa-apa.

"Harry..?kenapa dengan dia. dia kacau ko ke Bella" Tanya Diana. Agaknya dia mendengar perbualan aku dengan Azany. Aku berpandangan dengan Azany.  Kebetulan Azany baru hendak duduk dikerusinya. Dia berpaling ke arah aku. Aku pula terpaku dengan pertanyaan dari Diana seperti tidak percaya.
"entah..apa mimpi minah ni nak kenal dengan budak blur tu" Azany bersuara bagi pihak aku.
"ko nih dari tadi kata dia blur. .teruk sangat ke budak tu" ujar aku mula tidak puas hati dengan sikap Azany. Walaupun aku tahu sikap azany nampak kasar tapi hatinya baik.
“dah memang dia blur, nak cakap apa lagi..takkan nak cakap dia lurus bendul pulak”
Azany menbela dirinya. Lalu dia berjalan keluar dari kelas. Meninggalkan aku besama dengan Diana and the geng.
“Azany..” panggil aku. Geramnya aku dengan tingkahlaku azany yang berlalu begitu sahaja. Mungkin dia merajuk dengan aku agaknya. tapi betul ker budak tu seperti yang dikatakan oleh Azany. jiwa aku jadi kacau!

"Bella, aku kenal sangat dengan si Harry tu. dia itu baik orangnya walaupun nampak macam blur sikit.." jelas Diana. Blur lagi..Ah! aku semakin geram dan tak sabar nak tahu siapa Harry blur yang diaorang semua maksudkan.
“kau kenal..? Tanya aku sepatah. Seolah tidak mengendahkan kedatangannya ke meja aku. Aku cuba berlagak berani dan berhati-hati di depannya.
Tiba-tiba Diana menghulurkan  tangannya ke arah aku. Wajahnya disenyumkan cuba membuat aku rasa keikhlasan yang dia cuba pemerkan. Adakah itu sebagai  tanda perdamaian dia dengan aku. Aku menjadi sebersalah untuk menyambut salamnya. Tapi tangannya kemudian aku genggam dengan perasaan was-was. Manalah tahu itu satu muslihat dari dia.
Kemudian diikuti dengan Nureen dan Yanie. Mereka berdua bersalam sebagai tanda persahabatan dengan aku. Diana tersenyum sambil mengangguk ke arah kawan-kawannya itu.
"kita semua jadi kawan ok!" kata mereka serentak. Aku seperti tidak percaya.
"ok!" jawab aku dengan perasaan yang berbelah bagi. Namun turut ketawa bersama-sama mereka.

                                                               *****
Aku melihat Azany berjalan bersama seorang pelajar lelaki. Yang pasti pelajar itu bukan sekelas dengan kami.  Aku renung pada baju yang dia pakai. Kemudian mata aku beralih ke seluarnya. Tidak ada bezanya dia dengan pelajar-pelajar lelaki yang lain. Pakaiannya kelihatan kemas dan bersih. Lagi kemas dari Azany aku kira. Wajahnya pun lebih hensome dari Azany. Aku mencari  apakah kesamaan pelajar itu dengan surat yang aku baca pagi tadi. Lalu mata aku beralih ke arah kasut sekolah yang dipakainya..pallas jazz! Aku jadi terkejut adakah itu orangnya. Azany semakin menghampiri ke arah aku. Tiba-tiba dadaku mula rasa berdebar-debar. Apa harus aku katakan padanya kalau dia sudah berada depan aku nanti.  Kalau aku nak marah, hendak marah pasal apa. Apa salah dia pada aku. Aku mula mencari alasan sendiri.
Dalam aku gelisah aku hairan juga kenapa Azany masih tidak datang terus kepada aku lagi. Azany hanya berbual di koridor bersama pelajar itu. Hanya mata  Azany  sesekali memandang ke arah aku. Tetapi  bila aku rasa mereka berdua melihat ke arah aku.  Cepat-cepat aku melihat ke arah lain.

"hah! aku dah jalankan tugas aku, ko dah nampak kan budak blur tu" tanya Azany. sambil dia membetulkan rambutnya. lalu duduk di atas meja yang sebelahan dengan meja aku.
"itu ker budaknya..hensome jugak ya.."
"tapi aku macam tak percayalah..tak ada nama Harry lain ke selain budak tu kat sekolah ni" aku masih tak puas hati lagi. macam-macam andaian mula bermain di kepala aku. sebab aku rasa budak tu cam ok jer. tak de yang kurang pun pada dia. cuma yang aku tengok mungkin dia agak pemalu orangnya. sebab dia asyik tunduk dari tadi semasa bersembang dengan Azany.
"memang dia lah..sape lagi,aku dah tanya dia..apa yang dia dah buat kat ko" Azany menyakinkan aku.
"apa!..ko tanya dia terus. dia cakap apa" aku jadi tak sabar.
"aku cakap ko tu , mak we aku. jangan kacau ko lagi" lancar jer ayat tu keluar dari mulut Azany.
"hotak ko!" aku baling pen ke arah Azany. tepat-tepat kena kepalanya.
"adoi!! ko nih bella...aku...."
"aku..aku apa...ko yang mulakan dulu kan"aku cuba membela diri.
"aku cium ko nanti baru ko tahu" ugut Azany. dia melompat turun dari meja menuju ke arah aku.
"ko nampak nih" aku tunjuk penumpuk ke arahnya. aku tahu azany tak akan berani. dia hanya nak menakut-nakutkan aku. tapi kalau dia buat memang aku aduankan kat guru besar. biar padam muka dia.
"ko nih garang sangat lah, Bella. tapi bila ko marah bertambah manis pulak aku tengok"
"ko jangan main-main Azany. aku tanya betul-betul nih" aku mula geram. dalam masa yang sama perasaan ingin tahu membuak-buak di dada cuba aku control.
"dia suka gile kat ko. dia kata nak jumpa ko malam ni kan..?"
"jadiiii....memang dia lah orangnya..." jawap aku gugup.

                                                                *****
Nasi bungkus yang aku beli tadi. aku buka perlahan-lahan. ada seketul ayam goreng dan sayur nangka masak lemak. aku makan sepuasnya. lapar teramat aku rasakan. abang masih belum pulang. kata abang dia terpaksa OT malam ini. jadi aku tak perlu menunggu abang pulang.
Selesai makan aku masuk ke dalam bilik. Terus berbaring di atas katil. rasa letih balik dari sekolah masih belum hilang. lalu aku capai beg sekolah. mengambil surat yang aku dapat pagi tadi. menbacanya berulangkali. mata aku tertumpu pada ayat...'saya akan menanti kedatangan awak sampai pagi' . Betul ke tidak budak harry tu. atau dia tu memang blur seperti yang Azany katakan. dahlah nak jumpa aku malam-malam kat taman pulak. Walaupun taman kat sini memang dekat dengan rumah orang. dia nak main-main dengan aku atau dia memang gile betul kat aku. ah! lantak lak dia. Aku malas nak fikir lagi. aku campak surat kat atas katil. Aku capai pula buku dairi di atas almari baju. Aku coretkan segala aktiviti yang telah berlaku hari ini di dalam dairi kesayanganku.
Dairi ini adalah teman setia aku disini. Ia tempat aku mencurah sejuta rasa. Banyak rahsia yang tertulis didalamnya. Baru sahaja mata hendak aku pejamkan. Terdengar ketukan kuat di pintu dari luar.

Tuk..tuk...tuk
Pintu rumah diketuk lagi dengan kuat.  Siapa pula yang datang ini. dengan perasan yang malas aku bangun menuju ke pintu. mengintai dicermin kecil. oh! abang posmen. aku ingat siapa yang datang menganggu. Aku membuka pintu dengan perasan seronok.

"Isabella Ali ada..?" tanya posmen. aku lihat tag nama dibajunya tertulis mohd nizam.
"ya, saya Isabella Ali" tutur aku dengan riang.
Dia menghulurkan aku surat berdaftar berserta slip kemudian pinta aku sain di situ.
"terima kasih abg nizam" aku menghulur kembali slip tadi setelah siap sain. Sampulnya aku simpan sambil tersenyum ke arahnya.
"sama-sama" jawab abang Nizam menganguk tersenyum lalu beredar dari situ.

Surat berdaftar itu datang dari ayah. Ini surat berdaftar yang kedua aku terima dari ayah. Aku mengoyak dengan pelahan sampul surat. Untuk  melihat berapa wang pos yang ayah kirimkan pada aku untuk bulan ini. Tertera angka RM200 walaupun duit itu tidak banyak. tapi aku tidak pernah merungut pada ayah. Duit yang ayah bagi pada bulan lepas masih berbaki lagi. meskipun hanya tinggal RM40. Itu pun aku cuba berjimat selagi yang boleh. lagipun abang turut memberi wang saku  pada aku. abang memang tidak kedekut kalau aku meminta wang darinya. Namun sungguh pun begitu aku tidak boros dengan wang  yang abang berikan. aku akan membeli sesuatu bila benda itu betul-betul aku perlu. yang selebihnya akan aku simpan di dalam tabung. Untuk kegunaan bila tiba terdesak. aku tidak mahu membebankan abang dengan kehadiran aku. Kerana aku tidak mahu abang terpaksa memikul banyak lagi tanggungjawab. Banyak benda dan perkara penting yang abang kena bayar. terutama bil api, air, cukai pintu serta bil-bil yang berkaitan dengan rumah. Lagi pun berapa sangat lah gaji abang sebagai pekerja kilang. Itu pun kalau abang rajin OT dapat lah lebih sikit. kalau tidak manalah nak cukup. Jika hendak diharapkan pada  gaji pokok yang hanya RM600 sebulan.
aku simpan wang pos dalam laci. Esok atau lusa aku akan ke pejabat pos untuk menukarkannya dalam bentuk wang.

                                                                      *****
Aku melihat jam loceng di kepala katil. Jarum jam sudah pun menunjukkan hampir pukul 10.15 malam. Aku mula kegelisahan di atas katil. Lalu aku bangun dan duduk dibirai katil. Bagaimana aku hendak tidur lena jika di kepala dipenuhi dengan pelbagai andaian. Kalau betullah dia  sanggup tunggu aku sampai  pagi esok macam mana. Kejamkah aku? Hati aku jadi tidak keruan. Datang pelbagai kemungkinan di benak kepala. Lalu tanpa berfikir lagi . Pantas  Aku  capai topi di belakang pintu dan menyarungkan  di kepala. Masa lalu dihadapan bilik abang feazal sempat juga aku menjenguk ke dalam biliknya.  Mujurlah abang masih belum pulang lagi. Walaupun aku tahu abang  feazal tidak ada di kamarnya. Tapi bagi memastikan abang benar-benar tiada. Aku harus melihatnya  dengan sendiri.  Setelah memastikan  yang abang masih belum pulang.  Aku berlari ke pintu keluar dengan cepat. Tapi di dalam hati  aku berdoa agar tidak bertembung dengan abang diperjalanan nanti.
Hampir 10  minit aku berjalan kaki, akhirnya aku sampai di  taman yang dijanjikan. Kedengaran sayup-sayup suara orang sedang bercakap-cakap. Dari suara yang aku dengari mereka seperti bertengkar.  Aku mengintai gerak geri mereka dari jauh. Bagi memastikan tindakkan aku ini betul. Manalah tahu ini hanya perangkap bagi budak-budak nakal. Siapa tahu jadi aku harus lebih berhati-hati. Aku lihat ada dua orang di sana. Kelihatan Harry duduk di sebuah bangku. Dan seorang lagi yang tubuhnya agak kecil dari Harry duduk mengadap ke arahnya. Aku memerhati suasana di taman.  Lampu-lampu ditepi jalan membuatkan kawasan  taman menjadi agak terang. Jadi wajah mereka jelas  dapat aku lihat. Tapi  aku masih lagi teragak-agak untuk menemui  mereka.
“abang, jum lah kita balik..dah pukul berapa dah nih..” rayu Sani.
“kalau kau nak,  ko balik dulu...kejap lagi baru abang balik..” kata Harry sedikit marah.
“abang ni degil lah, dia tak akan datang..tengok dah pukul berape nih”sanggah Sani. Sikit geram dengan kedegilan Harry.
“tak kisah lah pukul berape..dia mesti datang aku  tahu..” balas  Harry agak serius.  Matanya merenung ke langit seolah mengharap. Agar penantiannya tidak akan sia-sia mungkin.
“Suka hati abang lah..Sani nak balik dulu.  Abang duduk lah sorang-sorang kat sini” Ugut Sani. Dia bangun dan mahu saja dia  meninggalkan kawannya keseorangan disitu. namun jauh disudut naluri dia tidak sampai hati. Dia  berdiri kaku disisi Harry dengan muka yang masam mencuka.

“Isabella..tu bella, dia dah datang” jerit Harry penuh keriangan.
Dia menarik tangan Sani. Seolah meminta Sani melihat sendiri keajiban ini.   Membuktikan penantian dia memang tidak sia-sia.
“ Dia ker.. Isabella yang abang cakapkan tu..dia dah datang, mana..? Tanya sani.  Tercari-cari orang yang dimaksudkan Harry.
“ tu..yang pakai topi tu..”
“mana abang tahu..orang lain kot”
“betul..memang dia..abang tahu jalan dia..”
“suka hati abang lah...” cebik Sani.
Sani masih tidak puas hati. Selagi  tidak melihat sendiri. Siapakah perempuan yang telah mencuri hati abang angkatnya. Selagi  itu dia tak akan percaya dengan kata-kata Harry. Tapi demi nak menjaga hati kawan. Dia menyiakan sahaja kata-kata Harry.

“Assalamualaikum..” aku memberi  salam  kepada mereka berdua.
 Aku kerling dari ekor mata melihat wajah Harry. Terpancar  bunga-bunga keriangan diwajahnya. Harry  menhadiahkan aku sebuah senyumam  ketika menyambut kedatanganku. Aku membalasnya kembali.
“errr...waalaikumusalam..”  bergetar suara Harry. Walaupun dia cuba menahan rasa gugupnya dihadapan aku. Namun masih dapat aku  rasakan debaran dihatinya.
 “ini ker.. Isabella.?” Tanya Sani  pada Harry. Seolah dia macam tak percaya. Yang aku akan muncul juga di tempat dijanjikan. Walaupun pada waktu yang tidak tepat. Namun disebalik wajah Sani . Aku lihat ada rasa tidak kena dimatanya. Tapi cuba dia kawal demi Harry barangkali.  Aku buat muka selamba seolah tidak bersalah.

“Maaflah, sebab lambat datang. saya ada hal tadi..”aku berbohong dan cuba menjernihkan suasana yang suram. agar kembali ceria dihati mereka  berdua.  Yang sememangnya berpunca daripada aku. Mungkin dengan meminta maaf . Akan membuat kemarahan Sani menjadi sedikit reda barangkali. 

“Eh!  tak pe..Harry faham..”jawap Harry dengan lemah lembut.
“Bella dah makan..?”tanya Harry lagi dengan senyuman yang tidak putus  dipamerkan pada aku.
“ Tapi abang yang belum makan..” celah Sani sedikit mengejek. Aku tergaman.
“Harry tak makan lagi ker..kenapa..?”Tanya aku dengan perasaan sebersalah.
“macamana nak makan..kalau yang ditunggu  tak datang-datang”sampuk Sani lagi .

Aduh! Kenapa pulak aku yang jadi penyebabnya. Sani seperti masih tak puas hati lagi dengan aku. Teruk sangat ke aku ini jerit hati kecil aku. Mahu sahaja aku melemparkan kata-kata kesat padanya. Aku menarik nafas sedalamnya cuba mengawal perasaan sendiri. Mungkin salah aku juga..aha! salah aku ker..sedangkan Harry yang mendesak aku untuk berjumpa dengannya. Aku lemparkan sebuah senyuman yang paling manis ke arah Sani. Agar dia tidak menaruh perasaan dendam terhadap aku. Tapi Sani seolah-olah tidak mahu melihat ke arah aku. Aku bertambah geram.

“Macam ni lah awak, awak balik dulu. nanti kat sekolah kita jumpa lagi, ok..”aku memujuk Harry dengan cadangan yang muncul dengan tiba-tiba di kepala.
“Tapii...banyak benda yang belum saya bagi tahu awak...” kata  Harry dengan wajah kecewanya. Kepalanya tunduk memandang rumput dikaki. Aku mengaru kepala yang tertiba saja rasa gatal.
“Saya janji..kat sekolah nanti kita bincangkan ya..awak balik dulu...dan  jangan lupa makan tau” aku memujuk lagi dengan suara perlahan. Berharap dia terpedaya dengan permintaan aku.
“awak tak tipu saya kan..”ujar Harry kemudian setelah agak lama dia berdiam.  Seolah meminta kepastian dari aku untuk menyakinkan dirinya lagi.
“betul..saya tak  tipu awak, saya janji..”kata aku  penuh yakin dengan tangan aku ikrarkan seolah bersumpah. Yang aku akan berpegang pada kata-kata aku tadi. Dalam hati tuhan saja yang tahu. Kenapalah aku boleh bertindak bergitu.ahh...malunya aku..
“kalau akak Isebella  tipu...kita cari dia kat rumah dia nanti..apa susah!”gertak sani yang diam dari tadi memerhati. Dia  seperti mahu mengugut aku.  Kemudian melempar senyuman sinis ke arah aku. Aku mengetap bibir menahan ketawa yang hampir pecah. Terasa lucu betul bila aku dengar ayat dia. Tahu ker dia di mana rumah aku.  Ah! Lantaklah..yang penting settel dulu si mamat nih. Aku mula mencipta statergi.

“Ya betul tu kata adik awak nih.., awak leh datang rumah saya. kalau saya mungkir janji nanti. lagi pun..kan saya dah datang malam ni..”terang aku dengan wajah sengaja aku seriuskan. Meskipun datang dalam waktu agak lewat..jawab hati kecilku sendiri. Lantas aku cuba  tersenyum semanis yang mungkin. Walaupun aku sendiri sudah tidak tahu lagi  cara nak memujuk Harry agar dia pulang cepat.
“Baiklah awak, saya balik dulu.., tapi esok kita jumpa ya..awak dah janji tu..”akhirnya Harry bersuara. Aku menarik nafas sedalam yang mungkin dengan pelahan. Leganya hati  tuhan sahaja yang tahu. Bila Harry menyuarakan kata-kata itu.
“Ya saya janji,.balik nanti jangan lupa makan tau”pesan aku.
“Ok,..tapi  sape nak hantarkan awak balik”
“tak per rumah saya dekat jer dari sini..awak jangan risau ok”
“kalau macam tu, bella hati-hati balik nanti ya..”
“Assalamualaikum..”Harry memberi salam. Wajahnya yang suram kembali ceria.
“walaikumusalam” balas aku dengan hati yang lapang.
“baiiii......”jerit Harry  dengan lambaian  tangannya pada aku.  
 “baiii..”sahut aku dengan pelahan.
Dengan pantas aku membalas lambaian darinya..

Ketika Harry berlalu pergi bersama Sani sebentar tadi . Sani telah meninggalkan  satu tanda pada aku melalui kelingan  tajam  dari anak matanya. Seolah dia  memberi amaran  kepada aku . Agar  tidak memungkiri janji  yang telah aku buat.