12 Feb 2012

Hanya kerana NIAT

~ NIAT..?
niat yg baik boleh bertukar jahat..bila perbuatan kita tidak sama dengan niat kita..

untuk POLIS:
Niat mereka ingin menjaga keselamatan jalan raya dengan memantau mat -mat rempit di jalan. tapi perbuatan polis dengan membaling objek ke arah mat-mat rempit telah mecederakan mereka. terus niat tadi telah terpesong. kalau mati dah jadi kes bunuh. dari MENJAGA jadi PEMBUNUH pula.
Moralnya, apa salahnya biarkan yang terlepas..kerana mereka hanya merempit* lainlah kalau mereka itu pembunuh atau perompak. Otak remaja di bawah umur 21 tahun masih belum sempurna seperti otak orang dewasa. mereka hanya tahu keseronokan. tanpa memikirkan risiko atas perbuatan tersebut.

untuk CIKGU:
Niat mereka pada mulanya untuk mendidik. tapi dengan perbuatan menghukum pelajar melebihi hak seorang cikgu. niat tadi telah terpesong. terus dari menDIDIK menjadi pengHUKUM yang tak wajar..
Moralnya, apa salahnya kita yang dah dewasa ini, cuba berada di tempat mereka. dan ingat kita dulu masa kecik2 baik sangat ke. tak kan takde nakal langsung. Cikgu yang baik adalah idola buat pelajar.

untuk IBUBAPA:
Niat kawin dulu nak hidup bahagia, ada anak ada isteri ada suami. tapi bila dah ada tidak mahu bertanggungjawab pula. sang suami lepaskan tanggungjawab pada isteri dan cikgu untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Niat yang nak BAHAGIA dulu bertukar jadi SENGSARA.
Moralnya, apa salahnya sebagai ibubapa melihat anak itu satu amanah yang bernilai*macam duit @ emas tu. dan tahu pada tanggungjawab sendiri. jangan lepas tangan pada orang lain. begitu juga si isteri. jagalh makan, minum dan pakai anak serta suami. duit boleh di cari tapi kat kubur kelak doa anak2 lah yang paling di nanti.

untuk HAMBA ALLAH:
Niatlah yang baik-baik, jangan harus ada sebesar hama pun di hati kita rasa dengki, iri hati dan cemburu serta dendam. jangan mudah rasa tercabar dengan kelebihan pada orang lain. Kerana Allah itu MAHA ADIL. kalau Allah berikan mereka kekayaan harta. Allah juga beri kita kekayaan kesihatan.. subahanaallah, jangan ada rasa kekurangan dalam diri kita. kerana di mata Allah kita semua sama cuma Amalan kita saja yang berbeza..
Moralnya, lakukanlah suruhan Allah, bersujud padaNYA dengan solat 5 waktu, keluarkanlah zakat@sederkah dan berkasih sayang lah sesama insan, apa tah lagi dengan keluarga sendiri. sedangkan lidah lagikan tergigit inikan pula saudara sendiri..

MAAF ZAHIR & BATIN,
Isabella Ali 2011..

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.