24 Jul 2016

Rinduku Rindumu

Puisi dari buku cakar nanar
Lukisan khas dari suami tercinta buat aku yang dilukis dan ditulis olehnya dengan penuh kasih sayang. Terima kasih sayang kerana sentiasa memberi yang terbaik untuk diriku dan memahami minat ku ini... luv u so much!

*jika ada yg ingin membuat tempahan lukisan bcirikn lanskap boleh lah pm' difesbuk saya - Isabella ali atau email kpd sy..

Selamat Hari Guru

★SELAMAT HARI GURU★
* untuk diri sendiri
Jadilah manusia yang baik
Tunjukkan contoh perilaku mulia
Kepada keluarga dan masyarakat
Jangan kerana harta dan pangkat
Kita menjadi sombong dan riak
Jawatan kerjaya hanya sementara
KALIFAH itu jawatan utama
Tak kira dimana atau dengan siapa
Jagalah agama dan akhlak
Semoga hidup penuh barakah
Masa hidup disayangi bila mati diingati
Bertemu nanti disyurgawi
Lukisan Hati,
Isabella Ali
16 mei2016.

Majlis Membaca Puisi di Rumah Gapena



Walaupun tinggal di kuala lumpur sudah bertahun tahun bukan semua tempat aku tahu. kalau bagitahu kat orang pun orang tak percaya. Aku ni kalau benda yang tak de kena mengena dengan aku memang aku tak amik pot' pun. Tapi bila ada kena mengena dengan aku. Barulah aku akan fokus dengan sebaiknya. Maklumlah suri rumah macam aku ni sibuk dengan urusan keluarga dan rumahtangga. Tapi bila aku dapat  jemputan dan di undangan ke majlis tertentu, barulah masa tu aku gelabah pikirkan macamana nak pegi dan baju apa yang nak dipakai nanti. Bila dah tiba saat tu lagi lah buat aku risau. Yang paling aku takut kalau datang lambat tika majlis sudah bermula sebab mencari tempat tersebut. Itulah yang terjadi bila kami mencari rumah gapena. Walaupun dah guna Waze' tapi tak membantu. Terpaksa juga menanyakan kepada orang. Jika dikutkan jarak perjalanan rumah aku di Sentul dengan Rumah Gapena hanya 20 minit sahaja, kalau tak jem' lah. Tapi boleh pulak tersesat.. Rupanya rumah gapena tu berada dicelah bawah bukit patutlah tak jumpa. 
Namun kalau sudah tertulis olehNya bertemu jua aku dengan rakan-rakan yang terlibat di majlis membaca puisi Cakar Nanar. Alhamdulilah..aku dan suami tiba sebelum majlis bermula. Dapat jugak lah aku menyumbang suara yang sumbang. Membaca puisi ku sendiri di dalam buku cakar nanar 'puaka pusaka' dengan rasa malu dan terketar ketar.  Dihadapan dua tokoh sasterawan negara Dato'Ahmad Abdullah dengan nama pena beliau KEMALA' dan tokoh pertama wanita saterawan negara Dato' Zurinah Hassan. Banyak karya yang telah beliau sumbangkan pada masyarakat. Karyanya menjadi rujukan buat semua lapisan pelajar dan individu yang meminat bidang kesasterawan. Pengalaman ini amat bermakna sekali buat diri aku bila dapat bertemu mereka. Ini ada gambar yang sempat aku ambil buat kenang kenangan pada 20 mei 2016 dirumah gapena.
Salam persahabatan buat Tuan hj. Hamzah, sis Norazimah Abu Bakar ,Datin wati, sis Teh Kamariah, sis lily , sis puteri , adek Faiz dan abg long Mazlan. Banyak yang dapat aku belajar dari mereka semua. Semoga dapat bertemu lagi. Dan terima kasih atas layanan tuan rumah yg sporting dan mersa.

Buku Antologi Cakar Nanar terbitan dari Numera ini boleh di beli terus daripada Dato kemala dan Puan Norazimah Abu Bakar dengan harga RM40 sebuah.Sokongan anda amat kami harga..TQ

8 May 2016

Islam runtuh Melayu terkubur

ISLAM runtuh MELAYU terkubur
Bila agama di bisneskan
Bila bisnes di politikkan
Bila politik di munafiqkan
Bila Munafiq dimelayukan
ISLAM runtuh melayu terkubur
Megahnya tidak ke mana
Hebatnya hanya seketika
Syurga dunia dipuja
Syurga akhirat sekadar cerita
Akan sampai masanya
Jangan difikir dan diramalkan
Siapa ISLAM siapa MELAYU
Dari mulut mereka sendiri terkeluar
Bukti amalan dan ketakwaan diri
Maka pilihlah siapa yang layak dihormati!
Lukisan Hati,
Isabella Ali.
April 2016