19 Mar 2013

Perwiraku telah bangkit (ii)


Perwiraku telah bangkit (ii)

hentakkan kaki semakin kuat
derapan jalan menuju kehadapan
perwiraku tidak sabar berhijad

tanah sudah dibanjiri darah
bersatu dalam aliran amarah
luka dihatinya kian parah
melihat rakan ditimpa musibah

rezeki jangan ditolak
kalau diberi..Alhamdulilah
musuh jangan dicari
kalau datang..AllahuAkbar

kepulangannya terserah illahi
meskipun hidup atau pun mati
namanya tetap terpahat dihati
inilah pejuangannya sebagai bukti..

kalau ada yang berani muncullah diri
pergi sertai melawan musuh yang dibenci......^_~

Lukisan Hati,
Isabella ali 2013

Bangunkan Pahlawanku (i)


Bangunkan Pahlawanku (i)

bangunlah pahlawanku
sudah tiba kau bangkit
hari ini tanahair kita kembali dijajah 
hari ini tempat tinggal kita di ceroboh 
..kami takut akan mati
..kami risau kelaparan
keselamatan kami telah di ganggu
keselesaan selama ini sudah di kacau
keamanan dulu tiba-tiba hilang
dengan sekelip mata

usah jadi pengecut pahlawanku
ingat kembali sumpah setiamu
hanya engkau harapan kami
bangunlah dengan semangat
seorang perwira perjuang negara
bakti pengorbananmu pasti dihargai
dan disanjung tinggi..

Lukisan Hati,
Isabella ali 2013

9 Mar 2013

Cerpen Pertama diakbar JORAN


Cerpen ini aku tulis pakai pen dan kertas kajang. Walaupun dah ada komputer..tapi ink dia lak dah abis.. Jadi entah kenapa rajin pulak hari itu. datang  idea terus jer aku menconteng. cerita ni adalh mengikut pengalaman dari adik ipar aku  yang kaki pancing. Tapi bila dah siap menulis. aku mula teragak2 nak hantar. Sebab malu pulak nak hantar pakai nama sendiri. ya lah ini kan kolum untuk orang lelaki..hehe..
Lama jugak lak aku buat keputusan nak hantarkan cerpen ni..last2 baru aku terfikir kenapa x guna sahaja nama orang yg paling rapat dengan aku. yang penting kalau ada saudara mara yg baca. Sudah tentu mereka kenal siapa pemilik nama itu. Setelah aku kirimkan cerpen ini. 2 minggu kemudian ia telah tersiar. Seronoknya hati tuhan saja yg tahu. Meskipun tatabahasa penulisan aku telah diubah suaikan sedikit oleh mereka. Tapi dari sini aku belajar tentang pengunaan bahasa yang lebih ringkas dan padat. Sebenarnya  cerita ini sepatutnya berunsur seram. Tapi  pada aku lawak pulak pengalamn adik aku tu. Hinggakan cara penyampaian aku pun terikut2 lucu..hehe...yang pasti cerpen ini telah tsiar...Alhamdulilah.^_^


Kesepian


Disiarkan di Warta Perdana pada 28/2/2013. Sekadar mcuba nasib tapi tak sangka tersiar juga karya ini. Itu lah dinamakan rezeki..TQ Allah..Engkau bukakan pintu hati mereka untuk memilih karyaku ini. Setiap yang terlakar mempunyai maksudnya yg tersendiri. Terpulanglah pada yg menilai mengikut dari arah mana tanggapannya. Tapi andai ia menilainya dari mata hati..pasti akan mengerti apa yg tesurat didalam puisi ini.. Alhamdulilah...jika ia dapat mgubah anda kepada kebaikan..


5 Mar 2013

Yang Aku Harapkan

Sudah hampir 10 tahun aku tidak munculkan diri dlm dunia penulisan. Dengan adanya teknologi tkini aku mengambil kesempatan utk menonjol diri. Bukan menonjol diri utk perkara yg sia-sia. tapi utk mbuktikan yang aku benar-benar serius dalam bidang ini. Dan sudah sebati dalam urat nadi aku untuk terus berkarya. Aku muncul dgn nama baru. Sengaja aku mengunakan nama ISABELLA . ISABELLA adalah nama yg diberikan oleh pemuda2 di kampung emak tika aku berada diterengganu. kata mereka wajah aku yang ala2 pan asia. Dan kebetulan lagu dan cerita isabella tengah top masa itu. Pemuda-pemuda yang belum mengetahui nama aku mmanggil aku dengan nama ISABELLA ketika hendak mngorat aku...hehe..lucu jugak masa itu. Kalau x percaya bolehlah pergi ke kuala besut terangganu. Lama juga aku berada disana dari tahun 1990-1993. Kalau nak tahu sebut jer nama aku semua orang kenal. Sebab perwatakkan aku ni lain dari budak2 perempuan disana. lemah lembut dan sopan santun dengan berlayak ayu itu bukan aku. Sebab aku jenis yang suka aktiviti lasak dan mcabar jadi aku nampak kasar lah. Tapi kasar2 aku pun ramai peminat tau..hehe..hari2 dapat surat layang berbau cinta. Gadis2 yang sebaya aku kat kampung tu mana ade pakai seluar jean dengan t shirt 24 jam. aku sorang jer yang berani pakai. Pastu seluar lak ala2 penyanyi rock ella..semua seluar aku koyakkan..ada berani..? macam mana aku x tkenal kan. kalau dah lain dari yang lain tu..cepat lah tsebar maklumat aku..hehe.. Mak aku pun sakit kepala layan kerenah aku. tapi ikutkan bukan salah aku juga. dah mmg aku tak diajar  pakai baju kurung dari kecil. lagi pun masa tu zaman rock tengah panas..aku pulak baru tengah nak naik remaja kan..hehe..ikut kepala sendiri lah. Lepas SRP baru aku pindah semula ke KL ikut ayah. Masa ini baru matang sikit. dah mula cuba2 utk berbaju kurung. Dan nama ALI pula adalah nama pemilik hatiku. Dia adalah kekuatan dlm hidupku. Dialah lelaki yg tak malu menagis bersamaku. Dan dia juga pembakar semangatku agar terus brkarya. Lalu aku gabungkan dan jadilah ISABELLA ALI....^_^ nilailah aku pada karyaku bukan pada diri aku yang seberkekurangn ini..kerana aku masih lagi belajar..dan akan terus belajar...

disiarkan dalam Akbar Buletin Felda

Nama aku Yanz

Aku dilahirkan di hospital besar kuala lumpur. dan boleh dikatakan aku ni anak jati ore KL lah..^_^. Mak aku asal orang kelantan. kalau nak tahu mak aku ni anak kacukan kelantan dgn pakistan. Dari cerita mak aku. Arwah atok ayah belah mak aku asalnya dari pakistan. dia datang ke kelantan dulu untuk berdagang. kemudian bertemu jodoh disini dan berkawin. Teruslh mereka menetap dikelantan dan dapatlah ayah mak aku. adik beradik belah mak dgn satu bapak ramai juga. sbb mak kata ayahnya kawin ramai. orang dulu2 kan. kebanyakkan mereka kawin muda dgn pendapatn yg x menentu. mungkin 2 faktor itu lah tjadinya perceraian. Ayah aku pulak orang negeri sembilan. Asal keturunannya ayah aku ni biasa lah kan kalu bukan minang kabau, apo lai'e...dan jgn x tahu. ado lak suku'nyo tu..nenek aku ckp kami suku tanjung. jadi kalau balik indonesia kek area medan tu. konalkan dulu suku2nyo..kang tkawin dgn suku sendri. kono dendo sembelih kerbau sekor..huhu..masakkkk..dibuek ehh. Pertemuan ayah dan emak aku dikelantan. Ayah aku ni berjiwa pedagang dn suka mengembara. bila dah mata btemu mata..hati didalam pun bgelora lah. jadi mereka pun kawin. kemudian ayah bawak mak aku balik ke negeri smbilan. mereka mmbuat pondok kecil di tanah arwah nenek. Sebulan kawin mak pun mngandung, dapatlah abang aku. Setahun kemudian, kakak aku pun dilahirkan pula. Oleh kerana ayah tidak ade kerja tetap. selalu lah mereka suami isteri btengkar. mak pun mrajuk, balik lah dia ke kelatan bersama 2 orang anaknya. tanpa disedari dalam rahimnya telah ada benih yang semakin membesar. Sudah 4/5 bulan mak di kelantan baru ayah datang. nak pujuk mak balik. Tapi ayah terkejut..bila tengok perut mak yang besar. terjadilah perang mulut seketika. ayah tuduh mak curang. mak tuduh ayah tak btanggungjawap. masing2 dengan rasa tak puas hati. Mujurlah mak tidak abik hati. Setelah dipujuk  mak pun mengalah. kata ayah dia dah dapat kerja di KL. Selang 4/5 bln kemudian aku selamat dilahirkn. wajah aku saling tak tumpah macam ayahku. kata saudara mara yang datang menjenguk ketika mak dalam pantang. mak dengan bangga menayang aku yang masih bayi ketika itu dihadapan ayah. ayah tertunduk malu dengan sikapnya yang teburu-buru dulu.  tapi kalau ada misai lagi lah wajah aku sebijik mcm ayah aku. nasib baik aku ni permpuan..
Ayah sudah ada kerja tetap. mak pun gembira dgn perubahan diri ayah yang lebih btanggungjawap sebagai seorang suami dan ayah. Kemudian lahir lah adik2ku yg terusnya. Mak sukakan anak yang ramai mgenangkan mak tidak mmpunyai adik bradik. mak anak sulung kalau ikutkan satu emak dengan satu ayahnya. Dan 2 lagi adik mak tlh meninggal dunia pada umur yang masih muda. mak hanya ada adik beradik tiri dari ibu yng blain dn ayah yg blainan. Bila ada hari2 tertentu baru mak akan ke rumah mereka. tidak serapat adik beradik sndiri kata mak. Adik beradik ayah ada seramai 11 orang, ayah anak ketiga. 2 prmpuan..selebihnya lelaki. pakcik2 dn makcik aku memang baik walaupun kami jarang bertemu. kalau dh betemu riuh skampung. ada2 jer lawak jenaka yg keluar dari mulut masing2.
Kami adik beradik kini sudah ada 7 orang. 3 prmpuan 4 lelaki. Umur mak baru mencecah 30 tahun masa melahirkan adik bongsu kami. Namun sewaktu mak mengandungkan anaknya yg kelapan. Bayinya dilahirkan tidak cukup bulan dan meninggal dunia. Kata mak adik meninggal sbb  tidak cukup zat.  itulah yang mak bagitahu pada kami. Tapi dari mulut saudara mara ayah yang aku dengar, sebenarnya sewaktu mengandung rumahtangga mak sedang berantakan. Mak amat kecewa bila ayah tiba2 berubah sikap. ayah sudah pandai tidak pulang kerumah dan selalu marah2. mungkin sebab itu jiwa mak tak menentu dan membuatkn kandungan mak terganggu. Kebahagiaan yang diimpikan mak tak berpanjangan. Bahtera yang ditumpangnya dilanda badai. Kapal yang disangkakan kukuh akhir hancur berkecai..tersadai dilembah derita. Mak membawa diri pulang ke kampung halamannya. aku dengan adik beradik yang lain dibahagi2kan. Aku dapat tahu yang ayah sudah berkahwin lain. ketika ayah memperkenalkan aku pada ibu tiri dikampung nenek di negeri smbilan. 2 tahun aku ditinggalkan bersama nenek dengan 4 orang adik2 yang masih kecil. Aku seperti anak2 yang lain..terumbang ambing mengikut arus yang dibawa. jika arus itu lembut dan tenang. akan tenang dan lembut lh aku. tapi jika arus itu bgelora dan kasar..akan kasar dan bgeloralah jiwaku. Mujurlah kami mendapat seorang nenek yang brhati mulia. nenek mgasihi kami dengan seadanya. soal makan minum nenek tidak pernah mrungut. apa yang ada itulh yang dihidangkn. Kenangan bersama arwah nenek  bisa meluluhkan jiwaku jika wajahnya terimbas diingatan. Aku amat menghormati ayahku walaupun ayah mempunyai kperibadi sebagai seorang suami yang tidak elok dimata isteri2nya. namun sebagai seorang ayah. ayah tidak pernah lari dari tangggungjwapnya. setiap bulan ayah akan memberi wang sekolah pada kami. Begitu juga tika hari raya dan buka sekolah..ayah akan mengajak kami shoping bersama. Jadi tidak ada keburukan yang harus aku katakan tentang dirinya. Biarlah tuhan yang menghukumnya jika benar dia bersalah. Bukan aku! Memang aku kesian dengan nasib mak. Dengan umur yang masih muda terpaksa memikul dua tugas. menjaga anak2 dan mencari nafkah untuk diri sendiri. Inilah ujian yang terpaksa mak lalui. Berkat doa dan usaha yang mak buat..mak berjaya harunginya. Mak kawin setelah 2 tahun bergelar janda.

brsambung.....

4 Mar 2013

Puisi Apa yang pasti dan Puisi Aku tidak tahu

Puisi ini juga telah disiarkan di akbar pada tahun 2004..tapi aku dah lupa akbar mana aku bagi pun aku dah tak ingat..huhu.. Banyaklah juga puisi yang aku kirimkan pada majalah dan akbar terbitan. namun ada juga puisi yg tak sempat aku nak tahu. Adakah puisi itu ada atau tidak diterbitkan oleh mereka..tapi aku redha jer. yang penting aku tetap tidak jemu utk terus mghantar karya2 aku. ^_^ terima kasih kepada mereka yg sudi siarkan karya aku. kerna secara tidak langsung mereka merupakan pendorong utk aku terus brkarya.


Apa yang pasti

apa yang pasti
adakah yang terjadi itu pasti

apa yang di nanti
adakah yang dinanti akan menepati

apa yang dimiliki
adakah itu semua hakiki

apa yang dimimpi
adakah yang terjadi itu pasti

apa yang diamali
adakah yang benar sekali

apa yang terjadi 
adakah telah diadili

apa yang pasti
adakah segalanya kekal abadi
apa yang pasti
adakah kita hidup berkali-kali


Aktiviti dan Surat Rasmi






Cerpen Pendek - Ratapan Seorang Anak

Telah disiarkan  dlm majalah Cinta dan  mendapat hadiah sumbangan dari pihak penaja. 


2 Mar 2013

Sanggar Pantun - Aku

Keratan akbar inilah yang telah mempertemukan aku dengannya. meskipun beratus-ratus surat cinta yang pernah aku dapat dan baca. tapi surat dia yang telah membuat aku jatuh cinta padanya. terima kasih pada akak lily kerana siarkan gmbar dan pantunnya. Diterbitkan di akbar Mingguan Buletin Utama tahun 1995.


Kartun - Macam

 x tahu lah macam mana aku boleh melukis kartun ni..hehe..bila tgok skarng malu pulak dgn diri sendiri. ya lah lukis ikut suka tanpa mgkaji apa2. tapi tsiar juga..sebenarnya aku mcabar diri sndiri. konon2 nk jadi kartunis pulak lah..hehe..tapi nama kartun aly tu mmg wujud tau...^_^



Angin menderu

Diterbitkan dalam majalah Cinta pada tahu 1997


Kesepian Itu Adalah Milikku

Aku dah lupa puisi ini diterbitkan dri akbar mana..tapi kalau tak silap mungkin di akbar Buletin Utama. kerana aku kerap membeli akbar itu sbb ia murah...^_^