Pada satu malam dalam pukul 9.oo malam emak datang
mengejut ke rumah aku. angin tidak ribut pun tidak emak sudah terpancul didepan
pintu rumah. Kata emak, dia datang sebab
sudah lama dia tidak bertandang ke rumah aku. kebetulan pula emak dari rumah
kawannya. Jadi emak singgahlah di rumah aku. Selepas selesai makan, kami pun
bersembang2 lah tentang hal keluarga dan ativiti yang akan datang. Dalam
bersembang tu emak tiba2 bagitahu aku. kata emak sejak 3 malam berturut baru
ini, dia menerima panggilan dari seorang lelaki yang tidak dikenalinya.
Walaupun emak sudah memberitahu bahawa panggilan itu tersalah mendail nombor.
Tapi si pemanggil tetap juga menghubungi emak setiap malam melalui nombor yang
sama. Emak pula jadi serba salah tapi dalam masa yang sama, emak rasa mungkin
orang itu hanya mahu menguji dirinya. Tapi sambil bercerita emak gelak macam geli hati.
Aku pulak yang jadi tak sedap hati.
“mak dah cakap umur mak 60 tahun, tapi budak tu x
percaya” kata emak dalam gelaknya.
“macam mana dia nak percaya, dah suara mak kan macam anak
dara” usik aku.
“itu lah, mak dah cakap dia tersalah nombor, tapi dia
tetap kol mak juga nak sembang-sembang, mak tanya juga dia nak cari siapa
mulanya, kata dia nak cari nora”
Emak berhenti bercerita kemudian mengambil bantal lalu
merebahkan badannya disebelah aku. aku mengesok sedikit untuk memberi ruang
pada emak menyelit disebelah. Aku menunggu cerita emak dengan sabar.
“emak ingatkan dia nak cari nora, kebetulan nama tu kan sama
dengan nama nora, jadi mak menyamar lah dulu. Mana tahu nora ada bagi nombor
emak pada dia.” terang Emak dengan mengeleng kepala. Macam tengah fikirkan
sesuatu. Nama Nora yang lelaki itu sebut memang nama adik aku. kebetulan
telepon dia hilang. Mungkin juga sebab
itu Nora telah bagi nombor telepon emak pada lelaki tersebut.
“apa lagi yang sempat mak tanya dia”
“mak pun tak banyak tanya dia, dia jer yang banyak bersembang dengan mak.
Lagi pun mak malas nak layan lebih-lebih, Cuma mak nak tahu jer..kalau betul
dia kenal dengan nora” aku faham
perasaan emak. Ikutkan Nora adik aku tu, sebenarnya dia pun sudah berkawin.
Jadi mungkin emak susah hati. Bila ada
lelaki yang sedang mencarinya.
“mak rasa, orang yang telepon mak tu orang mana? ” tanya
aku. cuba selidik identiti pemanggil tersebut. mana tahu kot-kot saudara mara
sendiri. tak pun kawan-kawan sekolahnya ker. Tiba-tiba emak tersenyum semula.
“orang Terengganu, sebab slang dia sebijik orang sana”
“orang Terengganu..? tu dekat dah dengan rumah nora.
Mungkin kawan2 dia lah tu kot mak”
agaknya emak datang rumah aku sebab ini kot. Mungkin emak
tidak senang duduk selagi hal ini tidak dikongsikan dengan aku.
“itulah, mak ingat..tapi entahh lahh,” emak mengeluh
kecil. tapi dapat aku meneka. Mungkin emak ingat pemanggil tersebut kekasih
gelap si Nora. Aku mengaru kepala yang tidak gatal.
“mak jangan pikir
yang bukan2 lah, mana tahu orang itu berkawan dengan nora jer ker, iyalah
sekarang kan semua orang ada fesbuk ” terang aku lagi. cuba memujuk perasaan
emak yang mula kelihatan sedikit gudah.
Tut..tutt..tuttt..tiba-tiba telepon tangan emak berbunyi
nyaring. Emak bangun mengambilnya didalam begnya.
“hahh..nihh budak tu dah telepon dah nih..nah! kau tolong tanya kat
dia” emak berikan telepon bimbitnya kepada aku. aku teragak-agak sekejap. Tapi lantas
menekan butang hijau.
“hello..” kata aku.
“hello..assalamualaikummm..”
“waalaikumusalam” jawap aku. cuba control suara sendiri.
emak disebelah tersenyum semacam. Aku pulak yang rasa macam-macam.
“awok tengoh wat gapo tuh”.
“saya sedang tengok tv” jawap aku yang hampir-hampir
hendak mengajuk cara percakapannya.
“awok dah makang ker”
“sudah, awak pulak tengah buat ape..?
“saye tengah ngail ikang dengan kawang kat tepi pantei
nih”
“oo..banyak dah ker dapat ikan”
“dok dapat lagi..baru jer ngail, awok Pahang ker apa tu
ngail”
“mestilah saya tahu, ngail tu memancing lah kan..” ada
ker dia tanya aku soalan budak darjah satu.
“oo..ingat ken awok tok tahu..hehehe..”
aku tersenyum sendiri. speaker telepon aku kuatkan. Emak
pun turut tersengih-sengih macam geli hati. Memang pekat slang Terengganu dia.
Macam aku tengah bersembang dengan ustaz azhar pulak rasanya.
“awak selalu ker ngail ikan kat situ”
“dok juge..bile ari cuti jer baru saye gi ngail”
“esok kerja tak mengantuk ker malam-malam keluar”
“esok saye duk keje
,malang ni kang malang jumaat..ari jumaat Terengganu cuti”
“oo..saya lupa..hehe..”
aku berfikir-fikir apa soalan yang hendak aku tanyakan
lagi pada dia. Suaranya yang sopan dan bersahaja buatkan aku tertarik untuk
terus berbual dengannya. Belum lagi ada ayat-ayat yang berbaur lucah dari
perbualannya.
“awak keja apa?”
“hari tu kang saye dah kasi tahu..saye keje pomen, awok
tahu ker pomen tu ape”
Aku tahan gelak yang mula nak pecah dimulut. Macam lah
aku ni tak tahu. Emak aku kan orang Terengganu juga. Walaupun aku ber’i.c kan warga
KL. Tapi dek kerana sedang menyamar mana boleh kasi tahu identiti diri. jadi
aku guna bahasa kl sepenuhnya walaupun lidah lembut nak mengikut slang
terengganunya.
“saya tahu..,awak repair keta ker moto? Tu kedai awak
sendiri ker ”
“saye pomen moto jer..keje dengan abang saye, kedai tu
abang saye punye, bukang saye”
“awak keluar malam-malam nih mak awak tak marah ker..?
“hehe..saye dah besar..takang mok saye nok marah pulok.”
“ermm..dah besar tu..umur berape..? ini lah kesempatan
untuk aku tahu umurnya.
“saye dah umu 25 tahun doh”
Aku pandang wajah emak. seolah terkejut..Emak sempat
bisik kat telinga aku. “baya anak2 aku
tuu”.kata emak. Aku pun hairan dengan budak ini. macamana dia boleh
terpikat dengan suara emak aku.
“awak telepon saya setiap hari, tak takut ker duit abis”
“tak per..dah gaji doh”
“apa yang menarik kat Terengganu, nanti kalau saya pergi
sana awak bawak saya jalan-jalan ya”
Aku cuba buka topik yang lebih matang.
“macang-macang ade kat tganu nih, tapi kalau awok nak
datang kena datang siang-siang. Jangang datang malang-malang baheye”
“bahaya..kenapa pulak bahaya datang malam-malam”
“dok bulih..tempat saye nih misteri sikit. Orang puang
tak leh datang umah orang laki”
Aku bertambah kagum.
Seolah aku pula diujinya. Emak melirik kat aku dengan tahan gelaknya.
“kat sana ada banyak pulau kan, nanti saya nak pegi pulau
redang lah”
“jangan awok..kat pulau tu ade perogol bersiri, baheye”
“perogol bersiri..saya tak pernah dengar pun..”
“kat sini semua orang tahu..cuma orang luar je dok tahu
lagi”
satu maklumat baru aku dapat darinya. Menakutkan kalau
benar kata-katanya itu.
“tapi kalau awok nak pegi jugok..kena ada orang laki
bawok, baheye gi dengan orang puang semua”
Baik juga budak ini bisik hati kecilku. Suara aku yang
serius mula bertukar santai.
“saya lupa nama awak, sape nama awak ya..”
“name saye azlang..muhamad azlang..”
Dah hampir setengah jam berbual, baru aku tanya nama
dia..bulih ker..? Tapi pelik jugak si azlan ni, dia tak tanya pulak siapa aku.
Sedangkan suara aku dengan emak jauh berbeza. Kali ini aku akan terus pada
topik soalan yang penting.
“saya nak tanya sikit boleh tak”
“bulih ehh..hehe..”
“awak sebenarnya nak cari sape, awak tahu kan awak dah
salah nombor nih”
“ meme saye nok cari nora, tapi bile kol awok angkat..jadi
saya telepon awok jer lah..hehe”
Aku mula mengerti dan mengangguk perlahan dengan emak. mungkin budak azlan ni
tengah kesepian agaknya. sebab tu dia saje-saje kol nak hilangkan rasa boring dia.
“nora tu siapa sebenarnya..?”
“nora tu kawang sekolah saya dulu”
“mana awok dapat nombor telepon ni”
“nombor ni kawang nora yang bagi kat saye”
“nama penuh nora itu awok tahu ker..? aku dah mula
terikut-ikut slang azlan.
“name penuh dey Nurul Syuhada Nora bt Ahamd. Dey satu
skoloh dengan saye dulu” terang azlan.
Aku dengan emak
menarik nafas lega. Memang sah dia tersalah nombor. Bukan adik aku yang kasi
nombor ini. Tanda tanya yang selama ini menghantui emak sudah pun terjawap.
Tapi entah kenapa aku masih tidak mahu
memutuskan talian lagi.
“awak ada fesbuk tak”
“fesbuk..? saye tak de fesbuk-fesbuk nih..”
“tak kan x de fesbuk, semua orang ada..tak kan awak x
de..?”
Hairan jugak aku. masih ada lagi ke lelaki semulia dia yang
tidak suka bersosial. Atau dia takut nak tunjukkan wajah dia pada aku.
“sungguh..saye tak de fesbuk, kalau buke intenet pung.
Saye suke tgok youtube jer.,kawang-kawang saye semua meme ade fesbuk..tapi saye
dok minat”
“betul ker nih..?”
Aku masih tidak percaya. Tapi dalam masa yang sama rasa
ingin tahu mula berkobar-kobar. Siapa kah lelaki ini sebenarnya.
“kalau macam tu. Macam mana saya nak kenal dengan awak”
“betul awok..saye meme tak de fesbuk”
Aku rasa sedikit kecewa. kalau azlan ada fesbuk senang lah
aku nak skodeng dia nanti. boleh tahu asal usul tentang diri dia.
“agak-agak wajah awak mirip siapa ya.., ada macam faizal
hussien..?”
“dok juge..”
“Macam farid kamil.., rosyam nor ade..?”
Entah kenapa nama-nama pelakon hebat itu boleh terkeluar
dari mulut. Seolah aku pulak yang tidak sabar nak tahu tentang diri azlan.
Adakah sebab aku rasa dia baik?
“ade lah sikit macang rosyam nor”
Dalam hati aku, kalau macam rosyam nor tu, kira ensem
juga lah tu. Lega sikit perasaan aku. sebab sudah boleh membayangkan rupa
azlan.
“banyak dah ker dapat ikan”
“dok banyok, 3 ekor je..ikang kerapu..tapi besar juge
lah”
“wahh..sedap tu ikan kerapu kalau buat masak tiga rasa”
“awok ni betul ker janda”
Pertanyaan azlan buat aku menelan air liur. Bila masa
pulak aku janda. Aku jeling pada
emak. Sambil menghulurkan telepon
kepadanya. Emak mengeleng kepala. Jadi terpaksa lah aku berdiam diri seketika.
Yang janda emak aku!
“awak rasa..?”
“bukang awok yang cakap kang aritu..”
“oo..iya…,dah tahu nape tanya lagi..”
“saje lah tanya, takut kacau hak orang..baheye..”
Hampir 1 jam
bersembang baru tanya aku nih siapa yang punya..azlan..azlan..lurus bendol ker
apa budak nih.
“awak tu, makwe awak tak marah ker..hari-hari telepon
saya”
“saya tak de mak we lagi..tapi kawang-kawang tu ade
lah..lagi pung orang laki kang leh pasang empat..hehehe..”
Amboi dia punya gelak. Macam ada hati jer tu..
“memang lah boleh , macam ustaz azhar tu..”
“awok pun kenal juge ustaz azhar tu iya..,tapi ustaz
azhar tu baru kawin 3 je…hehehe”
“Kenal kat dalam
youtube..”
Jawap aku acuh-acuh. Memang aku tidak senang kalau isu
poligami diperkatakan. Tapi bukan bereti aku menolak hukum Allah. Aku cuma rasa kesian
pada perempuan2 yang dipoligami jika diri mereka diinaya oleh suami. Hak mereka
sebagai isteri pertama diabaikan. Bukankah itu tidak adil!
“ustaz azhar ni satu kampung dengan saye kat sini”
“oo..awak tinggal satu kampung dengan ustaz azhar lah
kalau macam tu.., macam mana orangnya ustaz tu..tapi betul ker dia memang orang
kaya..ada keta ferari , motor besar..dia duk rumah mewah juga ker..?”
Banyaknya soalan aku, tapi semua soalan tu untuk mensahihkan apa yang
aku baca dan tengok di fesbuk selama ini.
“dok eheh..ustaz azhar tu biase-biase jer, dia bukang
orang kaya..tu semua orang kasi dia guna. Orang-orang kaya yang bagi dia pakai.
Kata orang bagi merasa..”
“oo..gitu..”
“jadi ustaz azhar tu memang duk sana lah”
“iyalah..meme die duk sini, bini pertama dia orang tganu,
duk kat flat je. Bini kedua dey orang kuantang. Bini ketiga dia orang johor. Saye
selalu juge pegi dengar ceramah dia kat sini. Baik ustaz azhar nih.. tak
sombong lah kalau jumpe kat mane-mane”
Asyik sungguh si azlan bercerita kisah idolanya. Aku mengangguk
bersama emak. Sempat juga mata aku melirik jam didinding. Sudah dekat pukul 1
.30 pagi. Emak pun dah menguap-guap kecil.
Ikutkan hati mahu lagi aku melayan sembangnya. Tapi malu
pula pada emak. Jika soalan-soalan aku tidak berkaitan dengan yang emak
harapkan.
“awak, kalau saya tak angkat telepon ni awak buat ape..”
“saye duk ngail jer lah temang kawang saye nih..hehe..”
Tit..tittt ..tiba-tiba amaran dari telepon berbunyi. Aduhh!
Bateri hanpon dah nak abis. Aku sedikit kelam kabut. Soalan yang hendak ditanya
tiba-tiba hilang.
“okey lah awak..bateri dah nak abis nih, awak nak lepak
kat situ sampai pukul berape..?
“saye pun kejap lagi nak kelik doh”
“iyalah..lagi pun malam ni kan malam jumaat, tak takut
ker hantu Pontianak!..hehe..”
“hehe..dok eheh..dah biase..”
“nanti bila saya pegi sana awak bawak saya gi ngail ya” sempat lagi aku menguji dia.
“eheh..tak bulih awak.,baheye kalau orang tine keluar
dengan orang laki malang-malang, Ustaz azhar kata orang tine ni. waktu siang
dey cantik..tapi kalau waktu malang lagi kohor cantik..macam keta lamborghini tu..hehehe..”
aku tersenyum mendengar jawapan dari mulut azlan. Emak terbeliakkan
biji mata..”bagus kalau buat menantu nih” - kata emak perlahan.
“okey..bye..”
“okey baii”
Aku menekan butang merah. Walaupun dalam hati rasa ingin
berbual lagi dengannya.
“Orang t’ganu mana nak kawin dengan orang luar mak, diaorang
suka berkawin dengan orang yang satu kampung dengan mereka. Sebab senang nak
balik kampung, jimat kosss..”
“tahu pun kau…hehe..”
“dah lama tahu mak....”
p/s: aku sanggup tukar hanpon samsung aku dengan nokia
3310 mak..kalau mak suruh menyamar
lagi.. :P