Episod 16
Hentakkan kaki semakin
jelas kedengaran menaiki anak tangga satu persatu.
Jantung aku berdebar kencang. Aku menanti dengan sabar. Lama
kelamanan
derapan itu menjadi perlahan. Kemudian terdengar daun pintu dibuka.
Aku buat-buat sedang menonton tv.
derapan itu menjadi perlahan. Kemudian terdengar daun pintu dibuka.
Aku buat-buat sedang menonton tv.
“bila balik..?” tanya abang Feazal tanpa membuka kasutnya dulu.
“bella baru jer balik nih..itu ada buah tangan untuk abang” aku buat muka manis dan cuba mengalihkan
rasa risau di hati abang Feazal.
“macam mana seronok ker pegi sana. Mana Riezal, dia dah
balik..?”bertalu pertanyaan dari abang Feazal. Aku menganguk menyiakan.
“dia dah lama balik..tak kan nak tunggu abang balik.
mestilah seronok macam-macam ada kat sana. memang puas ati lah..tapi kalau
boleh nak pegi lagi”Laju mulut aku bercerita.
“nak pegi lagi..ermmm..”abang mengeleng kepala. Buat
aku serba salah.
“kalau bolehhh..”kendur suara aku dengan muka kesian.
“ok lah abang nak mandi dulu..ko masak apa petang ni..”
“rahsia..kalau nak tahu gi mandi dulu ya..”usik aku. Aku menarik nafas lega. Mujur abang Faezal tidak marah. Aku rasa beruntung kerana mendapat seorang abang yang baik, sporting dan memahami. Aku hidangkan kepada abang Faezal. Nasi berlaukan sayur kangkung
goreng, telor masak kicap dan sambal belacan. Hanya masakan itu yang pandai aku buat. Dengan lahapnya abang Feazal
menjamunya. Aku tersenyum memerhati. Tiba-tiba terbit rasa kesian pada abang, dia seperti kelaparan. Aku pantas menuju ke ruang tamu untuk menghilangkan rasa sebak yang mula menganggu jiwa. Lagi pun aku tidak mahu menganggu abang yang sedang enak makan. Setengah jam berlalu, kemudian kedengaran pintu bilik abang ditutup. Mungkin abang sudah selesai makan. Aku bingkas bangun dari kerusi kembali dapur. Setelah siap mengemaskan meja makan. Aku masuk ke bilik. Lalu duduk mengadap cermin meja solek. Cermin yang besar itu merakam wajah aku dan tubuhku. Aku memerhati tubuh sendiri yang semakin kurus. Tulang
bahu juga timbul macam orang sakit. Aku meraba-raba tulang itu dengan perasaan sayu. Aku ingin menangis. Tapi aku tahu tangisan tidak boleh mengubahkan apa-apa. Jadi aku harus kuat dan tabah untuk hadapi dugaan ini. Kalaulah emak melihat aku dan abang sekarang tentu emak akan menangis. Aku dan abang terpaksa mencatu makanan disini. Kami cuba berjimat cermat sehabis yang boleh. Beras dalam bekas pun sudah tinggal dua
cupak. Air mata tiba-tiba mengalir juga. Terlalu banyak keperitan yang terpaksa aku
pendam dan telan. Hingga aku sudah tidak
tertanggung lagi. Ayah..kejamnya kau!
*****
“oo..kau nilah Isabella ya..”tanya Qestina dengan sombong
menghalang perjalanan aku ke kelas. Jari telunjuknya dicucuk-cucukkan ke dada
aku. Aku menepis tangannya dengan kasar. Amy dan Qaseh kawan baiknya hanya
memerhati. Aku tertanya-tanya kenapa Qestina bersikap begitu pada aku. Sedangkan
aku tak kenal dia pun.
“Apa hal ko cari aku..” tanya aku yang masih kebingungan dengan sikap pelik Qestina dan
rakan-rakannya. Yang tiba-tiba bersikap musuh dengan aku
“oo..kau tak kenal aku lah..”Qestina membeliakkan matanya.
Kepalanya digoyang-goyangkan macam spring.
“ko nak apa dengan aku hah!”aku mula rasa rimas. Lagi pun aku malas nak layan
orang yang berlagak bagus-bagus ni. Jangan sampai sabar aku hilang.
“aku nak ko jauhkan diri
ko dari Zulkefly..faham!”Qestina menolak tubuhku. Nyaris-nyaris aku nak
jatuh. Lekas-lekas aku kawal diri. Rasa
geram mula terkumpul. Aku genggam jari. Nak saja aku tumbuk muka perempuan yang tak tahu malu
nih..
“sekejap! Apa ko cakap..jauhkan diri dari pada kef..? sepatutnya ko kena nasihatkan dia supaya dia tak kacau aku..faham!” aku
tersenyum sinis. Rupanya pasal Zulkefly yang
buat Qestina berani bertindak begitu.
Pasal lelaki dia nak gaduh dengan aku. Bodoh..getus hati aku.
“ko jangan cari pasal dengan aku, bella..”Qestina memberi
amaran. Merah muka dia menahan marah. Mungkin dia rasa tak puas hati dengan
kata-kata aku.
“ko pulak jangan main tuduh-tuduh, sepatutnya ko tanya pada
dia dulu”aku cuba menyejukkan panas dihati Qestina.
“ahah! Semua orang dah tahu Zul suka kan ko..”Marah Qestina.
Dia mundar mandir dihadapan aku.
“kalau iya pun ko dah tahu..kenapa ko pulak rasa sakit hati..ko
mak we dia ker..?”aku mencebik meluat.
Perasan sungguh perempuan sekor ini. Walhal aku dengan Zulkefly tak ada apa-apa
hubungan pun. Ini pun aku baru tahu dari
mulut Qestina sendiri. Rupanya memang selama
ini Zulkefly ada hati kat aku.
“sial ko bella..siapa pun aku. Ko peduli apa!” Qestina
mencekak pinggang.
“jadi ko bukan kekasih dialah kan..haha..pat pat sape dpt
dia punya ok..”Aku mencuit pipi Qestina. Sengaja membuat Qestina rasa tercabar lagi .
“jaga lah ko nantiii..bella”Jerit Qestina. Ternyata aku telah berjaya menyakitkan
hatinya. Aku berlalu dengan senyuman lebar kerana puas hati.
Masuk sahaja dalam kelas. Semua mata
memandang ke arah aku. Aku pura-pura
buat muka selamba. Aku melirik ke arah meja Zulkefly tapi kerusinya kosong.
buat muka selamba. Aku melirik ke arah meja Zulkefly tapi kerusinya kosong.
“Kau cari sape bella..ko cari kefly ya...”tegur Elbie. Entah
kenapa dia seperti
tahu perasaan aku tika ini.
tahu perasaan aku tika ini.
“tak de lah..aku cari Diena..”bohong aku.
“alah..aku tahu ko cari kefly.. kan..”desak Elbie
dengan senyum sinisnya.
“kalau ya pun..ko peduli
apa..”aku mula bosan dengan
sikap Elbie yang peramah
tak bertempat. Walaupun aku tahu dia baik. Tapi aku tak de mood nak
melayan dia pada saat ini. Lebih-lebih lagi bila nama Zulkefly dikaitkan.
tak bertempat. Walaupun aku tahu dia baik. Tapi aku tak de mood nak
melayan dia pada saat ini. Lebih-lebih lagi bila nama Zulkefly dikaitkan.
“Nah! Aku rasa ini boleh membantu ko..” Dengan selama Elbie menghulurkan sekeping kertas yang diambilnya dari belakang baju aku.
“apa nih..?” Tanya aku sebelum mengambil kertas itu dari tangannya. Elbie
mengangkat bahunya. seolah dia tidak tahu apa-apa.
mengangkat bahunya. seolah dia tidak tahu apa-apa.
Aku pantas meragut kertas
itu dari tangan Elbie. Dia mengeleng kepala dengan
sikap aku yang tidak sabar. Sakit kepala aku tiba-tiba datang.
sikap aku yang tidak sabar. Sakit kepala aku tiba-tiba datang.
“celaka punya Qestina..”Aku berdengus geram.
Tercetus nama itu dari bibir aku. Kalau bukan dia siapa
lagi. Aku benar-benar tersentak dengan tulisan yang tertera di kertas itu. PEREMPUAN
MURAHAN! Entah masa bila Qestina sempat melekapkan dibelakang baju aku. Sehingga aku
sendiri tidak perasan. Patutlah semua orang pandang aku lain macam jer tadi.
“Hati-hati dengan Qestina..bella..”Nasihat Elbie sambil menepuk bahu aku.
Sebelum keluar dari kelas.
“tima kasih bie...” Aku menarik nafas sedalam yang mungkin. Cuba kontrol
marah yang dari tadi aku tahan. Tapi macam mana Elbie boleh kenal Qestina.
Ah! aku tidak mahu ambik tahu. Yang pasti perempuan tu sudah mencabar
tahap kesabaran aku. Aku komotkan kertas itu dengan perasaan geram.
Kau memang cari nahas Qestina...
marah yang dari tadi aku tahan. Tapi macam mana Elbie boleh kenal Qestina.
Ah! aku tidak mahu ambik tahu. Yang pasti perempuan tu sudah mencabar
tahap kesabaran aku. Aku komotkan kertas itu dengan perasaan geram.
Kau memang cari nahas Qestina...