Episod 19
“kau ni memang zalim! Tak berhati
perut.. Suka-suka kau jerk nak lukakan
hati orang kan?”Terjah Azany tiba-tiba dengan wajah menyinga. Waktu itu aku
sedang bersendirian di dalam kelas. Entah kenapa perut aku betul-betul
tak selesa pagi itu. Pada mulanya aku pekakkan telinga. Malas nak layan
kata-katanya. Azany masih tak puas hati bila melihat aku terus berdiam diri.
“kalau ko tak suka dia pun, jangan lah
kau mainkan hati dia. Dah teruk aku tengok si Harry tu”Tuduh Azany lagi. Aku
jadi geram dengan tuduhan Azany.
“jap..japp..apa ko kata. Aku mainkan perasaan Harry. Bila masa
pulak aku bercinta dengan dia hah!” Jerit aku yang sudah tak tahan mendengar tuduhan dari Azany. Aku Bangun membela diri. Sambil menekan perut
yang sakit. Aku kembali duduk kerana sudah tidak tahan lagi sakit yang
kusembunyikan. Mungkin perut aku masuk angin atau aku tersalah makan agaknya. Mood
aku benar-benar terasa teruk.
“si Harry tu dah kena tangkap polis”
Azany
menarik kerusi dihadapan aku lalu menghempaskan punggungnya. Aku terkejut.
Mata aku bulat memandang Azany. Seperti tidak percaya dengan kata-katanya.
“kena tangkap polis..bila ? kenapa..? pasal
apa..?”aku terkejut lalu bingkas bangun dengan tiba-tiba. Berkerut
wajah aku dengan menahan sakit. Tapi berita yang aku dengar ini
benar-benar tidak aku sangka.
“pasal ko lah!”pekik Azany. Mahu saja
aku memaki hamun Azany ketika itu.
Kenapa pasal aku pulak. Apa kena mengena dia dengan
aku. Sakit hati aku bertambah dengan tuduhnya.
Semudah itu dia menjatuhkan hukuman terhadap aku. Aku mengeleng kepala
tanda kesal. Tak sangka itu anggapan dia terhadap aku. Aku menarik nafas. Cuba meredakan
kemarahan yang mula terkumpul.
“kau cakap baik-baik Azany. Kenapa
pulak ko nak tuduh aku puncanya”Bidas aku yang hilang sabar.
“entah lah..tapi semua orang cakap ko
lah puncanya”Azany menyapu peluh dimukanya. Kipas angin yang ligat di kepala
seolah tidak menyejukkan tubuhnya.
“gila! Tapi dia kena tangkap pasal
apa..?”
“dia isap ganja kat belakang sekolah
tadi”
“isap ganja..? abis tu apa kena megena
dengan aku! dia sendiri yang cari pasal” Aku membela diri.
“Dia nampak kau dating dengan Zulkefly semalam..”Kata-kata
Azany membuatkan aku terduduk. Baru semalam ku cuba meredakan perasaan Zulkefly. Kini timbul pula satu lagi
masalah. Ya..Allah apakah dosa aku
hingga aku diuji begini.
“aku dengan Harry tak de apa-apa..Azany”Luah
aku lemah. Aku kecewa
dengan tindakan Harry. Kenapa dia memilih untuk merosakkan dirinya
sendiri. Sedangkan perjalanan hidup ini masih panjang. Dan ramai lagi
perempuan-perempuan seperti aku diluar sana”
“aku tahu..tapi sebab ko tolak cinta
dia lah dia jadi macam tu” Azany menarik nafas
sedalamnya. Dan melepaskan dengan perlahan. Mungkin dia sendiri juga tidak menyangka tindakan Harry.
“apa maksud ko Azany”
“dia dah lama tunggu ko..tapi
macam-macam alasan ko berikan pada dia. Sampai sekarang ko larikan diri dari
dia kan?..tup..tup..dia nampak lak ko
dating dengan si Zulkefly tu. Mana dia tak kecewa”
“aku bukan dating dengan kef. Aku jumpa
dia sebab aku nak minta maaf..itu sahaja. Lagi pun aku dah bagitahu dia..aku
dengan dia hanya kawan”
“itulah alasan ko..kawan..kawan”templak
Azany.
“dah tu ko nak aku buat apa!”pekik aku.
“aku pun suka kan ko bella..tapi aku
tahu, ko susah nak jatuh cinta. susah nak dapatkan cinta ko!”Azany mencebik
menyindir.
Kalau dah tahu kenapa tak faham. Aku
buntu. Sukar untuk mengerti kemahuan lelaki.
Aku menelan air liur tapi terasa pahit. Susah nak dapat cinta
aku..?
Sebenarnya aku mudah jatuh cinta kerana itu aku terpaksa bersikap
kasar dan menjauh diri. Aku takut cinta itu lahir dari rasa kesian. Bukan lahir dari rasa kasih sayang. Sebab aku tahu betapa
peritnya erti kekecewaan.
“Sudah lah..Azany, kalau ini semua
salah aku. Apa boleh aku katakan lagi.
Terpulang lah pada kau nak menilai diri aku” Aku bersuara lemah. Tak tahu bagaimana
hendak diperkatakan lagi.
Salahkah aku jika bersikap berterus
terang. Aku tunduk memandang lantai.
Kecewa dengan sikap Azany yang aku sangka dia amat memahamiku. Aku bukan jenis manusia yang hipokrit dan
suka mempermainkan perasaan orang lain. Sudah cukup baik aku tidak memalukan
mereka. Aku cuba menjaga perasaan mereka walaupun perasaan aku sendiri
tercalar.
Tiba-tiba kepalaku rasa berat. Dada
pula terasa semakin ketat. Sukar hendak ku bernafas.
“bagaimana pula perasaan kau pada
aku..? tapi mungkin aku sendiri boleh
mengagak.. kita hanya kawan kan..?”Azany
bersuara setelah lama berdiam dengan senyuman sinis. Dia bangun ingin
berlalu meninggalkan aku. Aku hanya
mampu memandang belakangnya yang
kelihatan semakin kabur.
“Azany...”jeritan itu hanya tersimpan
dikerongkong. Aku sudah tidak bermaya lagi. Semuanya telah menjadi gelap.