29 May 2012
Dialog musafir
Dialog musafir..
ternyata aku
yang ketinggalan
aku sangkakan
aku yang pantas
namun terlepas jua
malangnya diri
selalu terlewat
menyusun waktu
terkadang aku
boleh jadi terkeliru
bila fikiran mula buntu
terfikir juga olehku
didalam dunia ini
semua bergerak laju
seolah mereka diburu
diterjah dengan laku
apakah ini kehidupan
seperti mesin diprogram
yang diatur serta dijadual
disinikah aku...
Lukisan hati,
isabella ali 2012
28 May 2012
Zikirku - abg amenk
zikirku..
subahanallah walhamdulilah wallahillahahilolah Allahuakbar3x
bergetar rasa hatiku
bila namaMu
ku sebut dan ku seru..
terasa damainya jiwa ini
seolah Kau datang menemaniku..
dengarkanlah
rintihan laraku Tuhan..
yang merinduiMu
lalu ku buka kitab suciMu
agar kau hampir padaku..
subahanallah walhamdulilah wallahillahahilolah Allahuakbar3x
segala pujian buatMu
yang menghidupkan
dan akan mematikan aku..
wujudmu itu pasti..
syukurku tak terhingga
walau terbit darah
dari airmataku
mungkin tak juga mampu
ku membalas sayangMu itu..
oohh tuhanku..
ampunkan dosa-dosa lalu ku..
subahanallah walhamdulilah wallahillahahilolah Allahuakbar3x
(lirik lagu pmintaan dr abg amenk)
Lukisan hati,
isabella ali 2012
27 May 2012
Aku pencinta Allah
Aku Pencinta Allah..
Sujud syukurku
padamu ya Allah
yang telah menghidupkan
aku yang dulu tiada kini ada
dibumiMU yang sempurna ini
terima kasih Allah
dengan rahmat'MU
pada aku dari dulu hingga kini
malah tidak akan dapat ku hitung
setiap pemberianmu untuk diriku
sesungguhnya aku lah yang bertuah
kerana dilahirkan menjadi hamba'MU
dari umat muhammad kekasih'MU
Walau ada ketika
aku pernah lalai dan ingkar
Kau masih memberi ku peluang
Kau masih lagi beri ku kesempatan
hingga aku rasa malu untuk menyambut
kasih sayang'MU yang tak pernah putus
Ya'Allah
jadikan aku Pencinta'MU yang setia
jangan mendolak dalihkan hatiku ini
dengan sesuatu yang ku tak mampu
ku mohon redha'MU sentiasa buatku
amin......
Lukisan Hati,
Isabella ali 2012
Sujud syukurku
padamu ya Allah
yang telah menghidupkan
aku yang dulu tiada kini ada
dibumiMU yang sempurna ini
terima kasih Allah
dengan rahmat'MU
pada aku dari dulu hingga kini
malah tidak akan dapat ku hitung
setiap pemberianmu untuk diriku
sesungguhnya aku lah yang bertuah
kerana dilahirkan menjadi hamba'MU
dari umat muhammad kekasih'MU
Walau ada ketika
aku pernah lalai dan ingkar
Kau masih memberi ku peluang
Kau masih lagi beri ku kesempatan
hingga aku rasa malu untuk menyambut
kasih sayang'MU yang tak pernah putus
Ya'Allah
jadikan aku Pencinta'MU yang setia
jangan mendolak dalihkan hatiku ini
dengan sesuatu yang ku tak mampu
ku mohon redha'MU sentiasa buatku
amin......
Lukisan Hati,
Isabella ali 2012
Pencinta
Pencinta..
didadanya ada cinta
dimatanya ada kasih
ditangannya ada harapan
dikakinya ada keberanian
percinta
kau lahirkan rasa sayang
bersama impian dan harapan
kau tanam segugus rindu
dengan seikhlas hati kau pupuk
cinta ini kian subur
cinta ini mula mekar
tidak terguris dengan dusta
tiada angan-angan kau beri
janji-janjimu adalah pasti
kita bersama akan bersatu
menuju puncak mahligai..
Lukisan Hati,
Isabella ali 2012
23 May 2012
Hidup Matiku
Hidup Matiku..
segala cita-cita bagaikan mati
terasa kalbuku seolah sempit
fikiran ini cuba ku buka biar luas
minda kini mula berputar ligat
penuh dengan angan-angan
pelbagai rupa bentuk impian
tidak lagi mampu ku rencana
apa tah lagi membina keyakinan
jika semangat ini selalu diasak
dengan perasaan cemburu dan iri
aku mohon agar harapan
kembali meresapi dalam diri
tidak mahu ku berputih mata
tidak mahu lagi berdiam bisu
tidak mahu terusan pekak tuli
aku harus bangkit bangun
kerana di sini hidup matiku
tanah ini miliki peribumi melayu
anak cucu dan generasi baru
berhak hidup bahagia bersama
buanglah semua hasutan fitnah
bungkus dengan kasih sayang
cahaya dihati pasti akan terang
jika al quran menjadi pegangan
Lukisan hati,
Isabella ali 2012
illusi dalam mimpi
illusi dalam mimpi
dalam dakapan pencinta
yang datang bagai mimpi
membawa cahaya warna pelangi
memberi cinta dalam pelukan sepi
meruntunkan rasa rindu dalam kalbu
perawan suci ini kau ragut
dengan rela tanpa paksa
mengimbas kesucian dari hati
diri ini kau miliki sepantas kilat
membuahkan rasa getaran
mengihamkan mimpi-mimpi
menjelmakan kuntum-kuntum kasih
melahirkan benih-benih sayang
dari kekasih kepada kekasih...
Lukisan hati,
Isabella ali 2012
20 May 2012
Aku Hari Ini
Aku Hari Ini..
aku ini hanya orang biasa
tak sekaya dan semewah
seperti adanya orang lain
namun aku tetap bahagia
kerana aku masih sempurna
ada tangan dan punyai kaki
untuk berjalan dan berlari
memegang dan mengenggam
seperti orang lain juga
tetap ada cita-cita sendiri
walaupun tidak banyak
tapi setiap manusia
yang lahir ke dunia
telah dibekalkan naluri
nafsu dan kemahuan
begitu juga aku
Allahamdulilah
dengan kurnia illahi
rezeki masih tetap ada
belum pernah putus
belum ada mengemis
pada sanak saudara
walaupun sikit tapi cukup
cuma yang aku takut
Imanku selalu goyang
nafsuku semakin besar
saban hari dunia berputar
dengan pelbagai cerita
dan mendesak diri
untuk turut serta ajakan
syaitan yang bertopengkan
bermacam rupa
doaku pada'Mu tuhan
jangan aku dijadikan korban
pada hawa nafsu sendiri
yang ruginya aku....
Lukisan Hati,
Isabella ali 2012
aku ini hanya orang biasa
tak sekaya dan semewah
seperti adanya orang lain
namun aku tetap bahagia
kerana aku masih sempurna
ada tangan dan punyai kaki
untuk berjalan dan berlari
memegang dan mengenggam
seperti orang lain juga
tetap ada cita-cita sendiri
walaupun tidak banyak
tapi setiap manusia
yang lahir ke dunia
telah dibekalkan naluri
nafsu dan kemahuan
begitu juga aku
Allahamdulilah
dengan kurnia illahi
rezeki masih tetap ada
belum pernah putus
belum ada mengemis
pada sanak saudara
walaupun sikit tapi cukup
cuma yang aku takut
Imanku selalu goyang
nafsuku semakin besar
saban hari dunia berputar
dengan pelbagai cerita
dan mendesak diri
untuk turut serta ajakan
syaitan yang bertopengkan
bermacam rupa
doaku pada'Mu tuhan
jangan aku dijadikan korban
pada hawa nafsu sendiri
yang ruginya aku....
Lukisan Hati,
Isabella ali 2012
Lambaian Hati Ini
Lambaian Hati Ini..
kehadiranmu
tika hati ini telah tewas
meraih kasih sejati
munculmu telah merawat
kelukaan dihati yang kecewa
dan membuang kenangan
yang telah kusut difikiran
kau yang tidak pernah
memiliki rasa jemu
dengan sabar mengasah
rasa kasih sayang untukku
telah membuat hati ini
melambai tunduk padamu
dengan rasa bahagia
akan aku pejuangkan
kehidupan ini bersamamu
dalam zahir dan batin
aku adalah kepunyaanmu
tidak aku sia-siakan
setiap pengorban
yang kau curahkan
biar nyawa terpisah dari badan
kau tak mungkin aku lupakan...
Lukisan hati,
Isabella ali 2012
14 May 2012
Derita jiwa sang setia
Derita jiwa sang setia..
tika hati mula
diresapi rasa resah
diri kembali dicengkam
dengan perasaan putus asa
mengalir ia dalam darah
mengetarkan amarah disukma
tanpa dapat ditahan lagi
remuknya jiwa
menghiris ke dada
sakitnya hati ini..
dimanakah
kata-kata pujangga
yang selalu dibibirmu
yang kini tiba-tiba bisu
sakit derita ini
bagaikan taufan
hingga sesak nafas
lemas dalam pelukan
kenangan...
Lukisan Hati,
Isabella ali 2012
8 May 2012
Masa yang berlalu
Masa yang berlalu
disaat waktu yang berputar
aku merenung ke wajah malam
terasa bertapa kerdilnya diri
detik waktu yang berlalu pergi
tak akan dapat ku undur lagi
rasa susah yang pernah dilalui
menjadi pengalaman sendiri
menempuh sebuah hakikat
yang panjang dalam usia begini
segala kenangan pahit dan manis
tika hadir dan terpaksa aku tempuh
terasa diri seolah tidak mampu
namun itulah sebuah kehidupan
datang dan pergi rasa sihat dan sakit
liku-liku suka dan duka di masa silam
menjadi peneman dikala kesunyian
biar derita dibahu ini aku rahsiakan
di wajah akan aku lukis tanda bahagia..
yang benar,
Azyan 2012
4 May 2012
Nur
Nur..
ku harap ia muncul
untuk terangi jalanku
yang kian kelam
datanglah sinari
di saat aku tersasar
dalam kegelapan
aku mahu kau hadir
nur
dari cahaya kilauanMu
membuat ku rasa
kembali dipandu
oleh titisan jernih kasih
yang telah menyirami
ke dalam hati
aku mula terasa
tubuh ini harus dihargai
jasad ini diperlukan lagi
nur
bimbinglah aku
dengan kelembutanmu
agar lebur segala sifat
keras dan degil
yang ada di dalam hati
dan jangan kau pergi
sebelum aku mendapatNya..
Lukisan hati,
Isabella ali 2012
ku harap ia muncul
untuk terangi jalanku
yang kian kelam
datanglah sinari
di saat aku tersasar
dalam kegelapan
aku mahu kau hadir
nur
dari cahaya kilauanMu
membuat ku rasa
kembali dipandu
oleh titisan jernih kasih
yang telah menyirami
ke dalam hati
aku mula terasa
tubuh ini harus dihargai
jasad ini diperlukan lagi
nur
bimbinglah aku
dengan kelembutanmu
agar lebur segala sifat
keras dan degil
yang ada di dalam hati
dan jangan kau pergi
sebelum aku mendapatNya..
Lukisan hati,
Isabella ali 2012
1 May 2012
Bila kepalaku mula berfikir
Bila kepalaku mula berfikir..
sudah tiba masanya
kepala-kepala itu diketuk
dek kebodohan sendiri
tika perperangan
kita mahukan keamanan
bila kebuluran
kita inginkan makanan
setelah aman
kita lakukan peperangan
bila kekenyangan
kita lupa saat kebuluran
dulu inginkan kemajuan
kini minta kemusnahan
begitulah sifat manusia
yang mudah terlupa
tapi aku tak hairan
jika jasa Nabi
ramai juga yang tak ingat
inikan pula jasa pemimpin
biarlah aku terus
berada dalam kesederhanaan
marah tidak benci pun tidak
bukan kerja aku
untuk menilai dan menghukum
itu tugas tuhan
Allahamdulilah
diatas kesejahteraan
yang aku dapat
dari kecil hingga kini
akan ku berpesan
pada keturunanku nanti
belajarlah berterima kasih
pada orang yang berjasa
jangan sesekali membenci
pada 1 kekurangan padanya
sedangkan dia memiliki 10 kebaikan..
Lukisan hati,
*Isabella ali 2012
sudah tiba masanya
kepala-kepala itu diketuk
dek kebodohan sendiri
tika perperangan
kita mahukan keamanan
bila kebuluran
kita inginkan makanan
setelah aman
kita lakukan peperangan
bila kekenyangan
kita lupa saat kebuluran
dulu inginkan kemajuan
kini minta kemusnahan
begitulah sifat manusia
yang mudah terlupa
tapi aku tak hairan
jika jasa Nabi
ramai juga yang tak ingat
inikan pula jasa pemimpin
biarlah aku terus
berada dalam kesederhanaan
marah tidak benci pun tidak
bukan kerja aku
untuk menilai dan menghukum
itu tugas tuhan
Allahamdulilah
diatas kesejahteraan
yang aku dapat
dari kecil hingga kini
akan ku berpesan
pada keturunanku nanti
belajarlah berterima kasih
pada orang yang berjasa
jangan sesekali membenci
pada 1 kekurangan padanya
sedangkan dia memiliki 10 kebaikan..
Lukisan hati,
*Isabella ali 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)