Bumi ini bulat
perjalanan tadi yang dilalui
pasti kau akan jejak lagi
jalannya akan tetap sama
warnanya tentu tidak berubah
bentuknya pasti seakan juga
kerana buatannya adalah dari
pencipta dan pereka yang serupa
cantik atau tidak terpulang
pada yang memandang
ukurlah baju dibadan sendiri
jangan memalukan diri
bila baju tidak sama dibadan
masalah jangan dicari
biar ia datang dengan sendiri
bumi ini bulat
siang dan malam
sentiasa datang tepat pada waktu
cuma bezanya..ada ketika
turun hujan dan ribut petir
salji adakah dimalaysia..?
kalau ada yang katakan ya..
pasti orang akan mengatakan dia gila
tetapi sesuatu yang tidak mustahil itu
akan berlaku jika Dia kehendaki
namun dimanakah kita..?
didalam zon selamatkah..?
belum tentu.....
Lukisan Hati,
Isabella ali 2012
29 Dec 2012
18 Dec 2012
Bersama Nash, Ikka dan Nazz the geng
Bersama Nash dan ikka sewaktu rakaman lagu Kering sudah hatiku(maafkan aku teman)
Liriknya adalah dari ciptaan aku sendiri. lirik ini adalah ciptaan dari puisi aku untuk seseorang sahabat yg telah lama aku kenali. maka terciptalah puisi ini. Dan aku meminta abg nazz aziz untuk mnyanyinya dalam bentuk lagu. ternyata lagu ini diminati. ikka amat myukai lagu ini kerana itu dia meminta lagu ini utk dia nyanyikan dlm albumnya. walaupun sudah hampir 1 tahun lebih ikka menyimpannya. hari ini dia mmbuka hasrat ingin bduet dgn nash. aku mberi lagu ini tanpa apa2 pun cagaran. kerna semua urusan diuruskan oleh abg nazz aziz sendiri selaku komposer.
Liriknya adalah dari ciptaan aku sendiri. lirik ini adalah ciptaan dari puisi aku untuk seseorang sahabat yg telah lama aku kenali. maka terciptalah puisi ini. Dan aku meminta abg nazz aziz untuk mnyanyinya dalam bentuk lagu. ternyata lagu ini diminati. ikka amat myukai lagu ini kerana itu dia meminta lagu ini utk dia nyanyikan dlm albumnya. walaupun sudah hampir 1 tahun lebih ikka menyimpannya. hari ini dia mmbuka hasrat ingin bduet dgn nash. aku mberi lagu ini tanpa apa2 pun cagaran. kerna semua urusan diuruskan oleh abg nazz aziz sendiri selaku komposer.
TQ semua, semoga rakaman lagu ini berjalan dengan lancar seperti yang kalian rancangkan..maklumlah aku sememangnya seperti seorang bayi yang tidak tahu apa2 tentang dunia artis. apa kata yg bijak pandai aku ikutkn saja..untung sabut timbul untung batu tenggelam..itulah pesan rakan2 yg megenali aku..^_^
penulis bersama nash dan komposer nazz aziz ketika rakaman lagu |
bersama ikka dan komposer nazz aziz sewaktu rakaman lagu kering sudah hatiku |
Maafkan Aku
berhentilah
dari mengejar bayangan
yang tak mungkin kau gapai..
lepaskanlah
semua kenangan yang kau ada
biar ia lebur bersama masa..
aku tak akan terharu
biar apa pun cara kau lakukan..
pergilah
arah jalan yang harus kau tuju
di sini bukan lagi untuk kau tunggu..
maafkan aku
kerna tak akan bisa memberi
apa yang kau mahu
cinta ini hanya satu
buat dia yang telah tertulis untukku....
*lirik asli
Lukisan Hati,
isabella ali 2012
10 Dec 2012
Itu yang terbaik
Itu yang terbaik..
terpaksa aku relakan
kehilangan cinta sejati
yang inginku pertahankan
ku ingat kekurangan ini
kau sedia melengkapi
tapi rupanya satu
kesusahan bagi dirimu
mungkin perpisahan ini
yang terbaik bagi kita
sama-sama mencari
harga sebuah cinta
dari rupa atau pun harta
pasti akan terbukti nanti
pilihlah apa yang kau mahu
aku relakan demi kau bahagia...
Lukisan Hati,
Isabella ali 2012
kau sedia melengkapi
tapi rupanya satu
kesusahan bagi dirimu
mungkin perpisahan ini
yang terbaik bagi kita
sama-sama mencari
harga sebuah cinta
dari rupa atau pun harta
pasti akan terbukti nanti
pilihlah apa yang kau mahu
aku relakan demi kau bahagia...
Lukisan Hati,
Isabella ali 2012
Ibuku wanita sejati
Ibuku wanita sejati..
ibu,
terlalu sukar aku bercerita
tentang kebaikan dan kasihmu
ibu,
terlalu sukar aku bercerita
tentang kebaikan dan kasihmu
kerana airmata akan mengalir dulu
sebelum sempat aku menulisnya
derita hidup yang kau simpan
terlukis parutnya diwajahmu
senyuman yang kau berikan
melalui keperitan ditubuhmu
ibu,
bila ku renung ke dalammu
dapat ku rasakan semangat
yang menyala-yala dalam dirimu
meskipun kudratmu semakin susut
kau tetap cuba gagah berdiri
tidak mahu menjadi beban
pada sesiapa apatah lagi pada aku
ibu,
aku masih lagi cuba menahan
airmata ini yang mahu mengalir ke pipi
kerana cerita tentangmu
masih banyak yang belum aku
karangkan untuk tatapan dunia
benar,baktiku tidak seberapa padamu
aku akui itu..kerana aku seorang wanita
tapi ia bukan alasan untuk melupakanmu
tidak! tidak sama sekali, ibu..
kerana tanpamu..aku tidak mungkin lahir!
Lukisan Hati,
Isabella ali 2012
sebelum sempat aku menulisnya
derita hidup yang kau simpan
terlukis parutnya diwajahmu
senyuman yang kau berikan
melalui keperitan ditubuhmu
ibu,
bila ku renung ke dalammu
dapat ku rasakan semangat
yang menyala-yala dalam dirimu
meskipun kudratmu semakin susut
kau tetap cuba gagah berdiri
tidak mahu menjadi beban
pada sesiapa apatah lagi pada aku
ibu,
aku masih lagi cuba menahan
airmata ini yang mahu mengalir ke pipi
kerana cerita tentangmu
masih banyak yang belum aku
karangkan untuk tatapan dunia
benar,baktiku tidak seberapa padamu
aku akui itu..kerana aku seorang wanita
tapi ia bukan alasan untuk melupakanmu
tidak! tidak sama sekali, ibu..
kerana tanpamu..aku tidak mungkin lahir!
Lukisan Hati,
Isabella ali 2012
Tenangkan aku
Tenangkan aku..
Ingin sekali aku
setenang air ditelaga
tapi aku kini seperti
angin yang bergelora
dikelilingi oleh suhu
yang tidak menentu
ada ketika panas
seperti matahari
membakar jiwa
dibadai hujan resah
bersama petir serta guruh
mengoncang dalam raga
bilakan akan berhenti
angin taufan ini
dari semalam menghantui hidupku..
Lukisan Hati,
Isabella ali 2012
dikelilingi oleh suhu
yang tidak menentu
ada ketika panas
seperti matahari
membakar jiwa
dibadai hujan resah
bersama petir serta guruh
mengoncang dalam raga
bilakan akan berhenti
angin taufan ini
dari semalam menghantui hidupku..
Lukisan Hati,
Isabella ali 2012
3 Dec 2012
Medan..aku pasti datang lagi
bersama Ibu Wanda di LCCT sebelum penerbangan.. |
Subahanaallah..itulah ayat yang pertama keluar dari mulut..... |
Terasa bertapa kerdilnya diri aku dihadapanNya ketika itu.
Dialah Guru pertama yang mengajar aku didalam pesawat..^_^ |
Sedang menuju ke Danau Toba.. |
Hotel disini amat murah bagi sesiapa pun untuk bermalam..walaupun hotelnya kelihatan amat gah! |
pemandangan dari hotel..sayup mata memandang...sungguh indah! |
pemandangan dari feri hotel tempat kami menginap.. |
menaiki feri menuju ke pulau samosir danau toba lebih kurang 45 minit dengan bayaran Rp5'000(RM2) |
"Ikan emas" tempat persinggahan yang telah ditinggalkan.. |
rumah-rumah tumpangan dlm perbinaan dsekitar lereng bukit di danau toba.. |
kebun kobis dilereng bukit sepanjang jalan menuju ke Berastagi... |
mereka masih mengunakan kerbau untuk membajak kebun.. |
Surau tempat kami singgah untuk menunaikan solat qasar.. |
sedap atau tidak..yang penting HALAL..belasah saje! |
Air terjun di sipiso-piso.. |
pemandangan dari atas di air terjun Sipiso-piso..sungguh cantik! |
tdpt gerai buah2 dispnjang jalan..rugi klu tak berhenti mbeli ole-ole buat buahtangan.. |
Surau di Berastagi..tempat kami singgah untuk menunaikan solat magrib.. |
pemandang dari atas bukit Berastagi untuk melihat bandar medan... |
Hotel tempat kami merehatkan diri dan beca motor yang sempat saya ambil.. |
Istana Maimoon di medan..bayaran masuknya Rp 5'000(RM2) |
Ke istana Maimoon kami menaiki beca motor. Tambangnya sekitar Rp10'000-Rp15'000.*kalau pandai tawar. Menaiki beca dari hotel ke Istana Maimoon tidak sampai 10 minit. Tapi perjalanannya terasa begitu lama kerana sikap pemandu yang menakutkan. Cukuplah sekali menaiki beca motor..bisik hati saya. Bayangkan dijalan yang sibuk mereka berlumba-lumba memotong lampu merah. Kereta-kereta mewah memandu dengan laju dijalan yang sibuk. Pengalaman menaiki beca membuatkan kami serik. Jadi kami rasa lebih selamat menaiki teksi. Bayarannya juga tidak mahal hanya Rp20'000-Rp25'000 sahaja. Singgahlah di pasar ikan(Pajat Ikan) bagi yang ingin membeli kain-kain pasang. Memang harganya amat murah* sekiranya anda pandai tawar menawar lagi bagus ^_^.. Bagi yang suka membeli pakaian seperti baju, beg dan perhiasan bolehlah ke Petisah(gudang@gedung). Pengalamn selama 4 hari 3 mlm disana bgitu brharga sekali. Dan pasti sukar utk aku lupakan sampai bila2. Selamat tinggal medan..insyaallah, aku pasti akan dtg lagi..
tak mahal kalau nak cuba nasi padang..yang penting tanya harganya dulu...^_^ |
air yang saya minum sepanjang waktu disana..sedapp! |
Selamat tinggal Kota Medan..insyaallah..aku pasti akan kembali ke sini lgi.. |
19 Nov 2012
Teratak hati..
Teratak hati..
tidak akan bisa terukir
sebuah senyuman
tika ungkapan itu
menusuk ke jantung
terbakar sudah teratak hati
yang selama ini terhias suci
bening airmata beriak pilu
semangat ini mula goyah
terpukul oleh prasangka
dengan pelbagai andaian
terlukis di wajah lesu
cermin diri tidak lagi ceria
walau telah ku cuba untuk melupakan..
Lukisan Hati,
Isabella_ali 2012
tidak akan bisa terukir
sebuah senyuman
tika ungkapan itu
menusuk ke jantung
terbakar sudah teratak hati
yang selama ini terhias suci
bening airmata beriak pilu
semangat ini mula goyah
terpukul oleh prasangka
dengan pelbagai andaian
terlukis di wajah lesu
cermin diri tidak lagi ceria
walau telah ku cuba untuk melupakan..
Lukisan Hati,
Isabella_ali 2012
18 Oct 2012
Bicara disudut hati
Bicara disudut hati..
Pada dingin subuh
yang berselimut kabus
terbangun aku dari lena
menghurai mimpi semalam
membaca bayang yang datang
siapakah yang sudi meredakan
resah yang singgah ke hati
terseksa batin di sudut yang dalam
apakah aku akan mengalah
pada amukan rindu menerjah
meski dirobek jantung ini
kau pasti tak akan mengerti
biarkan..
lewat waktu kau pasti tahu
bahkan doaku sentiasa untukmu
carilah apa yang kau mahukan
pergilah pada yang kau harapkan
aku tetap setia di sini
selagi nyawa ini masih ku miliki
selagi sabar ku menjadi tunjang diri..
Lukisan hati,
Isabella_ali 2012
siapakah yang sudi meredakan
resah yang singgah ke hati
terseksa batin di sudut yang dalam
apakah aku akan mengalah
pada amukan rindu menerjah
meski dirobek jantung ini
kau pasti tak akan mengerti
biarkan..
lewat waktu kau pasti tahu
bahkan doaku sentiasa untukmu
carilah apa yang kau mahukan
pergilah pada yang kau harapkan
aku tetap setia di sini
selagi nyawa ini masih ku miliki
selagi sabar ku menjadi tunjang diri..
Lukisan hati,
Isabella_ali 2012
Aku menyintai kamu
Aku menyintai kamu..
jangan tanya mengapa
'aku menyintaimu'
kerana amat sukar bagiku
untuk menjawap soal hati
cinta itu satu anugerah
misteri tanpa dapat dilihat
tapi jika kau tanya
bagaimana cintaku padamu
pasti aku boleh menyatakan
bahawa cintaku padamu
sesuci embun pagi dihujung daun
seputih warna awan dikaki langit
seluas lautan biru yang terbentang
dan sebulat bumi cintaku padamu
tapi adakah cintamu
juga begitu untukku..?misteri tanpa dapat dilihat
tapi jika kau tanya
bagaimana cintaku padamu
pasti aku boleh menyatakan
bahawa cintaku padamu
sesuci embun pagi dihujung daun
seputih warna awan dikaki langit
seluas lautan biru yang terbentang
dan sebulat bumi cintaku padamu
tapi adakah cintamu
Lukisan Hati,
Isabella ali 2012
Melukis cinta buatmu
Melukis cinta buatmu..
tika hujan mulai berhenti
mentari muncul memberi cahaya
ingin aku melukis cinta untukmu
mewarnakan dengan pelbagai warna
terdayakah aku melakar cinta buatmu
terbang bersama seperti rama-rama
bahagia berdua menuju ke taman pelangi
namun aku telah tewas dihujung pasrah...
- isabella_ali 2012
Tangan Hitam
Tangan hitam..
bukan aku sengaja
membiarkan tangan itu
menyentuh dan merobek
kesucian tubuhmu
bukan aku sengaja
membiarkan tangan itu
menyentuh dan merobek
kesucian tubuhmu
terkala kau lemah tidak berdaya
aku tak mampu menahan ia
hanya itu jalan yang terbaik
yang terpaksa aku lakukan
saat kau kaku tak bergerak
nafasku turut rasa terhenti
sukar untuk aku terima
jika terpaksa kehilanganmu
lalu tangan-tangan hitam
datang mengheret kau
ke atas pelantar
jasadmu dibelek satu persatu
dan yang tak sangup aku lihat
bila isi perutmu dirobek keluar
arghhhhhhh......sakitnya
dapat aku rasakan deritamu
namun aku hanya mampu memandang
mengigil tangan menghulurkan not RM500
setelah kau tersedar itu pun kira dah murah
setelah membodek tuan punya bengkel
dapat gak lah diskaun sikit......
mak! duit raya haji ni dh abis buat repair keta....huhu...
- isabella ali 2012..
aku tak mampu menahan ia
hanya itu jalan yang terbaik
yang terpaksa aku lakukan
saat kau kaku tak bergerak
nafasku turut rasa terhenti
sukar untuk aku terima
jika terpaksa kehilanganmu
lalu tangan-tangan hitam
datang mengheret kau
ke atas pelantar
jasadmu dibelek satu persatu
dan yang tak sangup aku lihat
bila isi perutmu dirobek keluar
arghhhhhhh......sakitnya
dapat aku rasakan deritamu
namun aku hanya mampu memandang
mengigil tangan menghulurkan not RM500
setelah kau tersedar itu pun kira dah murah
setelah membodek tuan punya bengkel
dapat gak lah diskaun sikit......
mak! duit raya haji ni dh abis buat repair keta....huhu...
- isabella ali 2012..
10 Oct 2012
Menanti matahari ungu
Menanti matahari ungu..
bunyi ombak
yang berlabuh
mengejutkan
ku dari lamunan
senja semakin tiba
ku tetap bersabar
menanti
pijar mata
menahan silau
ketajaman pantulan
cahaya menusuk
ke anak mata
ku tercari-cari
matahari unggu
sebalik cahaya
dengan harapan
ia akan muncul..
Lukisan hati,
Isabell@_@li 2012
Aku terasing
aku terasing..
aku sepi
jiwa gelisah
terpenjara dalam cintamu
perasaan ini tak mampu ku halangi
kau datang bersama harapan
kemudian
ku diketepikan
ku dipersalahkan
kejamnya dunia ini
dimana keadilan
kejujuran tiada erti
punah segala kepercayaan
dimana janji yang telah dilestari
ku dibuang sesuka hati
ku disisih bila tak perlu
biar ku tahan
segala penderitaan
kerana cintaku sejati
moga suatu masa
kau akan mengerti
dan menyesal....
Lukisan hati,
Isabell@_@li 2012
kau datang bersama harapan
kemudian
ku diketepikan
ku dipersalahkan
kejamnya dunia ini
dimana keadilan
kejujuran tiada erti
punah segala kepercayaan
dimana janji yang telah dilestari
ku dibuang sesuka hati
ku disisih bila tak perlu
biar ku tahan
segala penderitaan
kerana cintaku sejati
moga suatu masa
kau akan mengerti
dan menyesal....
Lukisan hati,
Isabell@_@li 2012
Dunia Ini
Dunia ini.
benar dunia ini
inpirasi manusia
ada ketika kita tersilap
ada kala kita terleka
ada waktu kita terlupa
pada keindahan
pada kecantikan
pada kesenangan
membuat kita alpa
janganlah kita
terpedaya lagi
dengan hasutan
dan perjanjian syaitan
kerana dunia hanyalah
bayang-bayang syurga
realitinya kita dapat
hanya selepas mati...
Lukisan Hati,
Isabell@_@li 2012
2 Oct 2012
Takdirkah ini..?
Takdirkah ini..?
penderitaan
kesengsaraan
dan kepayahan
semua ini sudah
tidak memberi erti
hati seakan mati
jika masih hidup lagi
pada hari ini
terukirlah senyuman
dengan rasa kesyukuran
walaupun tidak tahu
apa yang bakal terjadi
telah tertanam dalam diri
akan tetap terus berjuang
selagi bernyawa dan berdaya
selamilah wahai dunia
bagaimana peritnya
kehidupan yang terpaksa
mereka lalui
adakah ini takdir..?
Bosnia,Palestin,Rohingya..
doakan agar kesakitan
mereka berakhir..
Lukisan Hati,
Isabella ali 2012
tidak memberi erti
hati seakan mati
jika masih hidup lagi
pada hari ini
terukirlah senyuman
dengan rasa kesyukuran
walaupun tidak tahu
apa yang bakal terjadi
telah tertanam dalam diri
akan tetap terus berjuang
selagi bernyawa dan berdaya
selamilah wahai dunia
bagaimana peritnya
kehidupan yang terpaksa
mereka lalui
adakah ini takdir..?
Bosnia,Palestin,Rohingya..
doakan agar kesakitan
mereka berakhir..
Lukisan Hati,
Isabella ali 2012
Kita bersua kembali
kita bersua kembali..
perpisahan ini
bukan ku pinta
ia terjadi kerna takdir
kehilanganmu
satu hukuman untukku
kau tinggalkan kenangan
yang tak mungkin ku hapus
selagi nyawa dikandung badan
selagi itu ia abadi menjadi memori
hadirmu tak ku duga
akhirnya kita bersua kembali
mengusung rindu dan kenangan
bersama kebahagian oleh perpisahan lalu...
Isabell@_@li 2012
28 Sept 2012
Mekar Sekuntum mawar
Mekar sekuntum mawar..
tika mekarnya
sekuntum mawar
terlihat seolah
telah terlahirnya
seorang insan
disetiap kelopak
umpama umur
tiap tingkat kelopak
adalah kematangan
kelopak awal tentu
yang paling rapuh
hanya menunggu
saat untuk gugur
kelopak ditengah
ibarat kandungan
seperti ibu menanti
saat melahirkan bayi
semua manusia
pasti diberi nama
ia tentu mempunyai
makna yang tersendiri
andai tahu menjaganya
akan terbit keharuman
dalam kehidupan
namun mawar
tidak akan kekal
ia akan layu jua
bila tiba masanya
dari generasi ke
generasi akan hilang
dimamah oleh tanah
yang kekal hanya
Dia pencipta terhebat..
Lukisan Hati,
Isabell@_@li 2012
seorang insan
disetiap kelopak
umpama umur
tiap tingkat kelopak
adalah kematangan
kelopak awal tentu
yang paling rapuh
hanya menunggu
saat untuk gugur
kelopak ditengah
ibarat kandungan
seperti ibu menanti
saat melahirkan bayi
semua manusia
pasti diberi nama
ia tentu mempunyai
makna yang tersendiri
andai tahu menjaganya
akan terbit keharuman
dalam kehidupan
namun mawar
tidak akan kekal
ia akan layu jua
bila tiba masanya
dari generasi ke
generasi akan hilang
dimamah oleh tanah
yang kekal hanya
Dia pencipta terhebat..
Lukisan Hati,
Isabell@_@li 2012
Wanita dan kebersihan diri
Setiap wanita mempunyai naluri untuk kelihatan cantik. kerana itu adalah sikap semulajadi setiap wanita. Namun sebagai wanita kecantikan dan kebersihan haruslah seiring. ibubapa seharusnya mengajar pada anak-anak gadis mereka tentang kebersihan diri. Bagaimana cara-cara untuk menjaga kecantikkan dan kebersihan diri. terutama bila mereka semakin meningkat dewasa. perkara pertama yang paling penting dalam diri wanita. dia harus tahu menjaga kebersihan dirinya sendiri.
1. ketika datang haid
Pastikan mereka membasuh dan mencuci modes yang digunakan. sehingga hilang darah yang ada.
Dan jangan membuang modes yang telah digunakan sesuka hati.
2. pakaian dalam
sebagai ibubapa mesti tahu bila waktu anak gadis anda telah menjadi dewasa.
lihat baju yang dipakainya. adakah jarang dan sesuai dengan bentuk badan mereka.
3. tempat tidur
Ajarlah anak mengemas tempat tidur setelah mereka bangun dari tidur. jadikan ia rutin harian
4. Sediakan wangian dan barang keperluan diri
Belikan pewangi badan seperti deadora, syampu, minyak rambut dan sebagainya.
5. Didik mereka didapur.
Beri kepercayaan dan tanggungjawap. seperti mencuci pinggan mangkuk, menyidai pakaian atau meminta memotong bawang. Tunjukkan cara-cara memasak. dan jangan ada perbezaan antara anak perempuan dengan anak lelaki.
6. komunikasi
Selalu bertanya kabar dan cuba bersikap seperti seorang kawan. Jadi pendengar dan pemerhati yang bijak kepada mereka. ibubapa yang sensitif akan dapat mengetahui jika berlaku perubahan pada diri anak-anak.
menegurlah mereka dengan perkataan yang baik-baik. kerna bagaimana anda begitulah anak-anak.
23 Sept 2012
Renungan Dari Mata Hati - Muhammad
Tahukah kita...atau buat2 tidak tahu..?
Nabi Muhammad menunggang unta - tapi kita menaiki kereta
Nabi Muhammad duduk didalam pondok - tapi kita tinggal di banglo, kondo, blok
Nabi Muhammad tak ada handphone - tapi kita dh guna mcm2 jenis handphone
Nabi muhammad kawin ramai kerana simpati - tapi lelaki kawin byk sbb kehendak hati
Nabi Muhammad x pernah merasai dunia siber - tapi kita mguasainya hingga tersasar
~ byk perkara yg Nabi Muhammad tidak diberi kesempatan walaupun baginda kekasih Allah.
Allah memberi kita kelebihan kerana Allah sayangkan kita...kerana kita umat MUHAMMAD.
permintaan Nabi agar kita diberi kenikmatan dibumi. sebelum meninggalkan alam dunia.
tidakkah kita diantara manusia yg beruntung. jadi bersyukurlah padaNYa.
*Usah lagi merungut dengan pekara2 yg kecil..
Andai anda menilai dengan mata hati. pasti anda akan mngerti, bagaimana hati kita...?
isabella ali 2012
Salahnya dimana..?
salahnya dimana..?
dalam rumah semua ada
tapi al quran hanya dicelah-celah
tv, radio, komputer dan handpon
hari-hari duk pegang dan tatap
tapi al quran setahun sekali
terasa amat susah nk sentuh
ada pulak ikut time2
time sedih baru nak ingat
time happy lagi lah ligat
mak dan ayah bila dah tua
baru ingat nak bersolat
dulu entah mana letak sejadah
macam mana anak tak kurang ajar
bacaan ayat-ayat quran
hanya bila ada orang mati
kalau tak de hanya lagu
yang berkumandang setiap hari
salahnya dimana?
dimana salahnya?
kalau al quran jadi hiasan
pegangan hanya keturunan..
Lukisan Hati,
Isabell@_@li 2012
Aku Rela
Aku rela..
ku menunggu
keindahan sinar pelangi
yang entah kan bila muncul
disebalik awan yang kelabu
akan ku harungi taufan
akan ku tempuhi ribut petir
yang melanda ke hati ini
bersama angan dan impian
untukmu kan ku pertahankan
pada janjimu itu
jangan kau dustakan
tolong hargai pengorbanan ini
kerna hanya kau yang ku sayang
walau berjauhan ku rela..
Isabell@_@li 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)