8 May 2016

Islam runtuh Melayu terkubur

ISLAM runtuh MELAYU terkubur
Bila agama di bisneskan
Bila bisnes di politikkan
Bila politik di munafiqkan
Bila Munafiq dimelayukan
ISLAM runtuh melayu terkubur
Megahnya tidak ke mana
Hebatnya hanya seketika
Syurga dunia dipuja
Syurga akhirat sekadar cerita
Akan sampai masanya
Jangan difikir dan diramalkan
Siapa ISLAM siapa MELAYU
Dari mulut mereka sendiri terkeluar
Bukti amalan dan ketakwaan diri
Maka pilihlah siapa yang layak dihormati!
Lukisan Hati,
Isabella Ali.
April 2016

Ibu, dimanakah kau?

Ibu, dimanakah kau?
Dari umur ku tiga bulan
Tiap pagi ku ditinggalkan
dirumah pengasuh ku membesar
Air susu ibu belum puas ku ratah
Bagaimana tubuh ku tidak lemah
Ibu berkorban kerana ayah
Siapa aku untuk membantah
Pada pengasuh mengharap kasih
Dari air tangannya menjadi darah
Tidak kah ibu rasa bersalah
Meninggalkan ku tanpa resah
Menunggu lah aku dengan pasrah
Ibu, dimanakah kau?
Tika aku sedih, kau tiada
Ibu, dimanakah kau?
Bila aku sakit, kau tiada
Ibu, dimanakah kau sekarang?
Aku rindu kan dakapanmu
Bila malam baru ibu datang bawa ku pulang
Dicium,dipeluk macam setahun tak pandang
Adakah itu ertinya sebuah kasih sayang?
Lukisan Hati,
Isabella Ali

Allah Tahu

Allah Tahu
Allah tahu kita sedih
Allah tahu kita marah
Allah tahu kita susah
Yang kaya semakin kaya
Yang miskin terus diinaya
Percayalah, rezeki dari Allah
bukan sekadar wang dan harta
Duit nampak sedikit tapi tak luak
Badan sentiasa sihat untuk beribadah
Itu juga rezeki dari Allah yang maha Esa
Yang baik diuji dengan kesusahan
Yang jahat diuji dengan ketamakan
Allah tahu kita penat
Allah tahu kita kecewa
Allah tahu kita siapa
Yakin lah, setiap perbuatan pasti ada pembalasan
Tika waktu itu telah tiba terimalah bahagian kalian..
Lukisan Hati,
Isabella Ali..

Tangga ke 40

Tangga ke 40

Tangga demi tangga
Baru dua tingkat ku sampai
Pendakian yang ku rasa tinggi ini
Rupanya sekejap waktunya
Penat bercampur bahagia
Penuh rahsia yang tak disangka
Tanpa ku peduli pada si dengki
Yang tidak ada kena mengena
Bukan dari darah daging ku
Nak ku sentap buang masa
Biarkan mereka berkata apa
Si pengecut tempatnya dibelakang
Asal disisi berdiri sang pahlawan hati
Tempat berpaut tika lelah mendekati
Namun pada Allah jua ku berserah diri
Dia peneman tika hiba dan gembira
Aku masih ingin menaki lagi
hingga ke tangga 50,60,70,80,90,100
Kerana masih banyak yang belum ku lihat dan dengar
Meskipun kudrat ku tak bermaya nanti
Ku yakin umur bukan penghalang untuk berjaya..
Lukisan Hati,
Isabella Ali.
Tirai Kelabu
Dada langit 
Kelihatan kelabu
Bagai awan menahan pilu
Tangisannya dari semalam
Seperti belum mahu berhenti
Hibanya menusuk ke dalam hati
Mungkinkah airmatanya
Akan tertumpah lagi
Dek kerakusan manusia
Namun kasih sayang illahi
Kemaafan sentiasa diberi
Bukan untuk yang membenci
Tapi untuk yang menanti
Tirai kelabu bertukar biru..
Lukisan Hati,
Isabella Ali.
Bahang Dunia
Wap wap kepanasan
Mencari jalan keluar
Dimana ada dosa
Disitu ia terbakar
Daging tubuh dipanggang
Dicicih dengan peluh
Kelazatan dunia
Dikongsi bersama
ayuh! Kita raikan
Bahang dunia
Yang kita mahukan
Tika hujan kita mengeluh!
Lukisan Hati,
Isabella Ali.

Sekeping tiket untuk ke syurga

Sekeping tiket untuk ke syurga

Tak perlu pakaian jenama dari jepun
Tak perlu seluar jenama dari amerika
Tak perlu kasut jenama dari london
Untuk kau pergi ke masjid
Hanya berkain sarung batik atau pelikat
Berbaju tshirt atau pagoda made in china
Kain telekung pudar yang hampir reput
Kau boleh menyembah Dia
Tiada yang menpertikaikan kau bila selekeh
Tiada yang menahan kau bila berselipar
Untuk masuk ke dalam masjid
Ini bukan hotel 5 star atau pejabat kerajaan
Jika kau mampu maka berhiaslah secantiknya
Berape lama kau berada dalam masjid
Tidak akan dihitung masanya kerana ia percuma
Tiada pas dan tiket yang perlu kau serahkan
Hanya sekeping hati yang bernama IMAN
Untuk membawa tubuh kau ke syurga..
Lukisan Hati,
Isabella Ali
Mac'2016

Monyet Dan Bunga

MONYET DAN BUNGA

Masa hendak dapat!
Bukan main semangat lagi
Sanggup meredah hutan belantara
Sanggup harungi gelora di lautan
Tak lalu nak makan rindu katanya
Angau sampai terbawa bawa dalam mimpi
Itu sebelum dapat!
Bunga yang cantik kalau dapat kat monyet
Belum tentu monyet itu tahu hargai
Monyet pun tahu bunga bukan untuk dimakan
Kalau orang bagi dengan kasih sayang pun
Bukannya monyet tu faham
Ambik buat main main boleh lah
Nak salahkan monyet tak boleh juga
Sebab bunga orang kasi monyet tak curi
Bila dah dapat!
Masing masing tunjuk belang
Kalau dulu pemalu rupanya pemalas
Yang rajin ada pulak angin kus kus
Sangka baik tak sangka jahat mulut
Pecah lubang nak tutup dah tak boleh
Masa suka sama sama rasa
bila duka berlapang lah dada
Kau monyet ker bunga???
Lukisan Hati,
Isabella Ali Emotikon kiki
7feb2016.

Catatan Sepontan

Orang Kaya
Orang kaya tak pernah sombong,
Yg sombong orang baru nak kaya..
Prnh btemu org yg gaji rm30k* ke atas???
Sblum dia dpt gaji byk tu, tahu x pengorbann yg tlh dia lakukn..
Tpaksa tinggalkn kluarga tcinta
Tpaksa mnahan kerinduan btahun2
Tpaksa mnanggung sakit deman sendirian
Tpaksa blapar demi mnmpung khidupn dprantauan
Tpaksa mnerima pelbagai kerenah manusia
Tpaksa hadap macam2 buku/bahasa/budaya
*klu ko rajin bljar/kerja utk mcipta kehidupn yg kau mahukn..ko pasti boleh TERSENYUM! Sshhh....

Kadang kadang
Kadang2..gigi kita pun tgigit bibir kita sndri..
Kadang2..kuku kita pun tcalarkn kulit kita sndri..
Kadang2..kaki kita pun tersandung mjatuhkn kita sndri..
Kadang2..kepala kita pun tak dpt beri idea yg bagus utk kita..
*Siapa kau yg rasa sempurna sangat tuu!!!
Mentari
Saat terbit mentari pagi
Siang muncul dengan cerita baru
Bermulalah catatan dosa atau pahala
Pilihan masih terbuka selagi nyawa ada
Yang buruk jadikn pengalaman
Yang baik buat pegangan..
Selamat pagi dunia..

Petang
Petang sudah datang
Siang sudah pulang
Malam akan menjelang
Lampu bersinar gemilang
Tidur lah dengan tenang...
Isabella Ali
Ogos'2015

Mata
Tidurlah Mata
Hari sudah malam
Dari tadi siang digunakan
Tak penatkah membaca,menjeling,
Mengintai,memerhati dan merakam..
Cerita hari ini tak semua dapat kau simpan
Tidurlah mata
Esok kau akan ku guna lagi
Itu pun jika Allah mengizinkn..
Isabella Ali
16 Ogos'2015

Buku Antologi Cakar Nanar

Alhamdulilah..Terbit sudah buku puisi antologi Cakar Nanar yang menghimpunkan 133 karyawan tersohor untuk memperjuangkan bahasa Melayu di Malaysia. Buku ini akan mencakar muka muka munafik yang sedang bermaharajalela kini. Kemodenan bukan bererti kita menghapuskan budaya sendiri. Sepatutnya kemodenan memberi kita kemudahan untuk terus memajukan bahasa melayu.
Buku ini juga merupakan hadiah terindah buat diri saya pada tahun ini. Rasa tercapai sudah impian untuk bersama rakan-rakan yang mempunyai minat yang sama dengan saya. Dan saya amat berbesar hati dan rasa bertuah kerana telah diberi peluang memperjuangkn Bahasa Melayu bersama karyawan lain dibawah kelolaan Datuk Ahmad Khamal Abdullah atau dikenali Ahmad Abdullah dengan nama pena beliau Kamala. Semoga Bahasa Melayu terus menjadi NADI bahasa rasmi dalam setiap urusan kita. Jutaan terima kasih buat Dat'o khamal  dan salam perkenalan buat rakan-rakan baru.

 

bersama suami Ali Marzuki, Datin  Mariam dan Dato khamal