4 May 2015

Episod 20 Isabella..lambang cinta yang lara

Episod 20

“Bella..isabella...bangun..bangun bella”lunak saja suara itu aku dengar.
Kemudian  pipi aku ditepuk-tepuk dengan lembut.  Aku membuka  mata perlahan-lahan. Tapi  kepala terasa sakit. Aku meraba kepala rasa ada sedikit benjolan.
“Aduh! Sakitnya..”
“Kepala ko terhantuk di simen..tu yang sakit”Kata Sofea lembut.
Aku mengangguk mengerti. Dan berpaling ke arahnya.
“aku kat mana nih”
“kau dalam bilik kecemasan” Jawap Sofea dengan senyuman. Dia membantu aku untuk duduk.
 Sofea adalah ketua bulan sabit merah di sekolah. Aku duduk sambil memegang kepala yang masih terasa sakit.
“ko ok tak..”tanya Sofea seperti seorang doktor.  Aku mengangguk perlahan.
Aku perhatikan bilik kecemasan yang tersusun kemas  dengan peralatan serta ubat-ubatan. Bagaimana aku boleh berada di sini bisik hati kecilku. Mungkinkah Azany yang menghantar ku. Hati aku mula  tertanya-tanya.

“Mujurlah lah tak berdarah kepala tu” kata Sofea lalu menghulurkan 2 biji pil ubat penahan sakit. Aku mengambil dari tangannya lalu  menelan bersama segelas air.

“terima kasih sofea”aku menghulur kembali gelas kepadanya. Dengan pantas aku bangun membetulkan baju. Malu pula terbaring dihadapannya dari tadi. Entah berapa lama aku pengsan agaknya.
“dah rasa okey ker bella..”jerit sofea sepontan. Mungkin terkejut melihat tingkah laku aku. Aku mengangguk  pantas  walaupun terasa badanku masih lemah lagi. Yang pasti aku tak sabar nak keluar dari bilik ini.

“Nasib baik lah cepat Azany dan zulkefly bawa kan ko ke sini..kalau tidak entahlah”ulas Sofea tanpa aku tanya. Perasaan aku  jadi  tesentuh  dengan tiba-tiba. Terharu adanya  kawan sebaik mereka. Namun cepat-cepat aku tepis perasaan sebak yang mula bersarang.
“Sofea..lama ker aku pengsan..”Tanya aku bersahaja. Namun jauh disudut hati  aku terasa malu.
“lama jugak hampir 2 jam . Sebenarnya ko jadi  macam  ni  sebab stress sangat” Terang sofea sesuai dengan  sifatnya yang peramah.
“Stress..?”aku seperti tidak percaya. Sofea mengangguk dan berdiri ditepi aku.
“itu ada nasi Cikgu Azahar belikan tadi..”Sofea menunjukkan sebungkus nasi di atas meja berhampiran.  Kemudian aku melihat jam di tangan sudah pukul 12.40 tengahari. Lagi ½ jam akan tamat waktu sekolah. Aku meraba perut aku yang kosong.

“jaga diri ya bella..jangan stress lagi , aku pun dah nak masuk kelas ni” sofea menepuk bahu aku dengan perlahan seolah dia mengerti perasaan aku tika itu.
“tima kasih sofea, maaf lah kerana  terpaksa menyusahkan ko..”kataku ikhlas.
“Sama-sama bella..dah memang tugas aku..”kata sofea dengan senyuman.
Aku ambil nasi  kemudian menolak pintu keluar dari bilik kecemasan  dengan perasaan yang bercampur baur.  Tiba-tiba terpancul  Zulkefly dengan wajah yang penuh tanda tanya. Aku terperanjat lalu cuba mengelak dari menatap matanya.
“bell..bella...awak dah okey ker..?”tanya Zulkefly tergagap-gagap. 
“Saya okey...awak jangan risau lah ” Jawap aku endah tak endah.  Agaknya bagaimanalah  diaorang bawa aku ke bilik kecemasan tadi. Malu pulak bila memikirkan keadaan itu.
“betul ker awak dah okey..?  Tapi saya tengok awak macam lemah lagi. Saya hantar awak balik nanti ya..?”Pinta Zulkefly sambil cuba menarik aku dari berjalan laju dari dia.
“saya..”
“hah..isabella, macam mana keadaan awak sekarang. Dah ok ker..? Tanya cikgu Azahar yang kebetulan datang ingin menjengukku di bilik kecemasan.
“saya..saya rasa dah  okey sikit cikgu..alah, lagi pun bukan teruk sangat  kan..hehe..tima kasih cikgu”aku cuba bersikap ceria.
“mujur lah ada kawan-kawan yang nampak awak pengsan..lain kali hati-hati ya”Nasihat cikgu Azahar sebelum berlalu meninggalkan kami berdua.
“baik cikgu”Aku mengangguk perlahan. Namun didalam hati tuhan sahaja yang tahu perasaan aku.
Aku berjalan menuju ke kantin. Zulkefly  hanya menuruti. Sengaja aku ke kantin kerana tidak mahu masuk ke kelas lagi. Di kantin sudah ramai pelajar petang yang datang awal menantikan waktu masuk ke kelas. Masing-masing dengan ragam sendiri. Aku duduk lalu merebahkan kepala ke lengan sendiri di atas meja. Letih rasanya bila memikirkan masalah yang datang tanpa di undang. Aku seperti tidak menghiraukan kewujudan Zulkefly disisi.
“bella..hanya berberapa hari sahaja lagi kita nak abis  sekolah..entah bila lagi  kita boleh jumpa ”Luah Zukefly yang duduk disebelahku.  Aku mengetap bibir. Menahan rasa bersalah yang mula bersarang dihati.
“kef..persahabatan kita tidak akan putus sampai bila-bila, ko tetap kawan aku”Walaupun berat bibirku untuk meluahkan. Tapi inilah hakikat yang harus Zulkefly dengar dari mulutku sendiri.
“beri aku peluang untuk buktikan yang aku benar-benar cintakan kau..bell..”Rayu Zulkefly  dengan memegang tangan aku. Aku terkejut dan cuba  menolak tangannya.
Tapi dia berkeras tidak mahu melepaskan tanganku.
“lepaskan tangan aku kef..malu kalau orang  tengok”Pujukku. Dengan perlahan aku cuba menarik tanganku dari genggamannya. Lagi bertambah kuat pula dia mengenggam.  Aku jadi buntu.
“hah! Pedulikan mereka..kau hak aku bella”
“cukuplah kef..antara kita tidak akan terjalin perasan cinta..lepaskan aku kef.  Cari sahaja orang lain. Aku tidak layak”
“ko cakap boleh lah..yang merana aku” tinggi suara Zulkefly  bila mendengar jawapan yang aku berikan begitu mudah pada fikirannya.
“kef..kepala aku sakit! Tiba-tiba kepala aku mula berdenyut-denyut. Kesakitan mula terasa menyalar. Aku tunduk kepala cuba meredakannya. Zulkefly masih lagi memegang lengan aku dengan kemas. Lantas aku sentap dengan pelahan.
“bell..bella, maafkan aku..sepatutnya aku..aarrhh..aku betul-betul sayangkan kau!”
“aku tidak layak kef” lemah suara aku. Antara keluar dengan tidak.
Setitis demi setitis airmata mula jatuh  membasahi kainku. Namun cepat-cepat ku menyapu sisa airmata di pipi. Kalau boleh aku tidak mahu Zulkefly tahu aku menangis apatah lagi dihadapannya. Entah kenapa perasaan ini tiba-tiba menjadi hiba. Adakah kerana kejujuran Zulkefly atau kerana kesetian Harry atau kerana  ketulusan Azany..

                                                                          *****
Seminggu sudah ku berada di kampung. Wajah Emak begitu ceria  tika melihat aku tiba-tiba terpancul di muka pintu. Adik aeman, adik Nora dan juga adik dydy juga bersorak gembira dengan kepulangan aku. Aku tersenyum bahagia bila dapat melihat mereka. 2 tahun telah berlalu. Begitu singkatnya waktu. Masa sentiasa berjalan tanpa henti hingga aku sendiri terlupa untuk menghitungnya. Aku tatap wajah emak. Terukir kebahagiaan diwajahnya kini. Tubuhnya yang dulu kurus  sudah semakin berisi. Emak tidak perlu berkerja  lagi setelah bersuami baru bisik hati kecilku. Aku memeluk tubuh emak dengan seerat mungkin. Kemudian mencium pipinya bertalu-talu. Sesungguhnya aku amat merinduinya. Kepulangan aku dilayan seperti  seorang puteri . Apa saja makan yang aku inginkan akan emak sediakan. Apa tah lagi makan kegemaran aku. Bubur sotong pulut dan bubur kacang merah adalah makanan pantai timur yang paling aku suka. Pagi-pagi lagi emak dah ke pasar  mencarinya untuk aku.

“Emak..esok Bella  nak balik ke KL dah..bella nak cari keja sementara menunggu kan keputusan SPM. Lagi pun keputusan SPM keluar lagi 3 bulan”Luah  aku ketika membersihkan halaman rumah bersama emak.
Emak yang sedang mencangkul rumput-rumput yang degil di tepi pagar. Berhenti  memandang aku dengan wajah  terkejut. Aku duduk dipangkin bawah pokok. Menantikan  jawapan dari emak. Aku harap emak tidak menghalang pemintaanku.
Rumput-rumput yang telah dicabut emak kumpulkan setempat.  Senang nak dibakar apabila kering nanti. Halaman yang seluas ½ ekar itu tempat aku bermain  bersama adik-adikku. Tanah pasirnya yang putih. Membuatkan halaman rumah menjadi lapang. Aku yang suka mengukir nama dan melakar rumah  tipu-tipu ralit bermain. Seronoknya saat itu tidak kisah dengan tanggapan orang dan rasa kotor.
Pokok mangga  epal yang emak tanam di pintu pagar telah berbuah dengan lebat. Buat aku tak sabar hendak memetiknya.  Banyak juga pokok buah buhan yang emak tanam  yang sempat aku rasa. Seperti buah jambu air, buah asam jawa dan buah cermai. Minat emak yang suka bercucuk tanam  membuatkan halaman rumah penuh dengan aneka buah-buahan tempatan. Walaupun halaman rumah tak luas tapi emak pandai mengaturnya.

Emak membetulkan kain batiknya. Lalu duduk dipangkin  bersama aku.
Dia meletakkan cangkul disisinya.
“dah beli ker tiket nak balik sana..”
“belum lagi..bella ingat petang ni nak pegi beli”
“ya lah nanti mak suruh tok mat tolong belikan tiket bas tu..”
Emak mengelap peluh yang menitis di dahi dengan kain sarungnya. Aku menonggak memandang ke dada langit. Cuaca semakin redup
Suasana petang yang mula gelap membuatkan langit kelihatan indah. Kepulan awan yang putih bersih  berselerakdi dada langit menjadikan ia bertambah cantik.  Membuatkan aku asyik mememerhati. Indahnya ciptaan tuhanku..bisik hatiku. Kemudian aku merenung ke wajah emak. Sudah nampak kedut-kedut disekitar muka dan lehernya. Gigi nya sudah mula luruh. Yang ada hanya gigi dihadapan dan bawah tak sampai 8 batang. Aku jadi sempati dengan nasib yang terpaksa emak lalui.

“bella nak keja apa nanti”tanya emak setelah membisu dari tadi.
“apa-apa sahaja mak..asalkan halal..”
“ya lah keja lah elok-elok..pandai-pandai jaga diri”
“baik mak..bella akan ingat pesan mak..mak pun jaga diri ya..apa-apa emak kasi tahu. Bella dan abang feazal akan balik tengok emak”Aku renung ke dalam anak mata emak. Terpancar jernih air mata yang mula berkaca.
Emak mengangguk perlahan dengan senyuman. Aku peluk emak dengan erat. Aku bersyukur kerana emak sentiasa memahami aku.