Al fatihah..Mara bt Maraja |
Suatu hari ketika pulang dari hospital. nenek telah terjatuh di bilik air. kepalanya terhantuk dengan kuat di dinding. Bila mendengar berita itu aku jadi marah. geram dengan sikap lepas tangan pakcik2 aku. Nenek mempunyai 11 orang anak. 9 anak lelaki dan 2 anak perempuan. Pak long meninggal ketika umurnya 20 tahun dan mak itam juga sudah meninggal pada 10 tahun lalu. ayahku anaknya yang nombor tiga. ayah merupakan anak kesayangan nenek. kalau balik kampung nenek sentiasa memuji diri ayah. aku bangga dengan sikap ayah yang bertanggungjawap terhadap nenek..ibunya. Jarak rumah ayah dengan nenek 4 kilometer. walaupun jauh setiap hari ayah akan datang menjenguk nenek. lebih-lebih lagi tika nenek sudah tidak berdaya hendak berjalan. di sebelahan rumah nenek ada 3 buah rumah pakcik dan makcikku. mereka lah yang paling hampir duduk dengan nenek. mujurlah setelah di scan tiada tompokkan darah beku. nenek dengan ketawa memberitahu kepada aku "kuat kan kepala nenek ni..yan" dadaku jadi sebak mendengar kata-kata itu..aku beri sebuah senyuman pahit dibibir. aku menganguk lemah sambil tangannya aku urut dengan perlahan-lahan. Dalam hati aku bersyukur. nyawa nenek masih panjang lagi. terima kasih Allah.
Tetapi sejak itu sakit nenek semakit teruk. Dada nenek pula sakit. nenek selalu sesak nafas. setelah membuat scan. doktor memberitahu kami, nenek ada kanser paru-paru tahap 4. kami sekeluarga..terdiam. tidak tahu kenapa baru sekarang kami baru tahu. nenek sudah tidak lagi mahu makan. badan nenek terpaksa dimasukkan air. sudah berbotol-botol air dimasukkan ke dalam badan nenek. ada juga kami pujuk agar nenek makan walaupun sesuap dua. Nenek makan bila kami bergurau katakan..makan lah kalau nenek sayang kami. Dengan terpaksa nenek telan juga nasi yang disuap ke mulutnya. aku tatap wajah lesu nenek. dan cuba menjadi kuat dihadapannya. airmata aku tahan sedayanya. Setiap kali datang ke hospital kaki nenek aku picit-picit dengan perlahan tanda sayang aku padanya. Hanya itu yang mampu aku lakukan.
kadang aku tanyakan padanya jika nenek mahu makan apa-apa tapi nenek hanya mengeleng-mengelengkan kepala. untuk membuat nenek gembira..aku akan meminta nenek menceritakan kisah-kisah silamnya. Nenek akan tersenyum bahagia bila mengimbau kembali saat-saat itu. nenek akan bercerita. betapa seronoknya dia dapat menjejak kaki ke mekah dengan wang yang dikumpulkan sedikit demi sedikit. serta bantuan dari ayah. nenek dapat juga menunaikan rukun ke 5 itu. Nenek rancak bercerita kisah hidupnya..semangatnya mula kembali segar. aku jadi lega sedikit bila melihat perubahan dirinya.
Walaupun telah berulangkali diceritakan kepada aku. Demi melihat keceriaan diwajah nenek aku turutkan. Dalam bercerita itu nenek sempat memberi kata-kata nasihat kepada aku. yang pastinya akan aku kenang sampai bila-bila. Ketika hendak pulang..aku akan mencium pipi nenek. Meskipun sedang sakit senyuman nenek tak pernah lekang. kemudian nenek bersuara perlahan.."Sayang tak kat nenek.." aku terus menagis teresak-esak disisinya. aku tidak mampu lagi untuk sembunyikan rasa hiba yang bersarang didalam hati. orang yang lalu lalang di sekitar wad..tidak aku hiraukan. aku peluk tubuh nenek seeratnya. aku bisikkan dicuping telinganya dengan suara yang bergetar "yan..sayang nenek!!!".. jauh di sudut hati..aku tidak rela berpisahan ini. namun jika ini yang ditakdirkan tuhan. siapalah aku untuk menahannya.
Berulang alik ke hospital sudah menjadi rutinnya. sakit asma dan dada nenek semakin menjadi-jadi. aku tidak mahu memikirkan hal yang nagetif. aku yakin Allah belum mahu mengambil nyawanya lagi. walaupun sudah ada tanda-tanda dia akan pergi..
Tanggal 1 jun 2013 hari sabtu jam 2.30 petang..nenek telah pergi mengadap penciptaNya.
Sewaktu itu aku baru sahaja tiba dari KL. belum pun sempat menunaikan solat zuhur didalam bilik. Mimi sepupuku bagitahu..nenek sudah tiada lagi. aku bergegas keluar..antara percaya dan tidak!
Semua pakcik, makcik serta ayahku dan sepupu-sepupuku berkumpul disisi jenazah nenek. tapi aku masih lagi berdiri kaku dihadapan jenazah. Lalu aku masuk ke dalam bilik semula. menunaikan solat zuhur yang tertangguh. Dengan perasaan yang pelbagai. rasa hiba dihati aku tahan. masih cuba tidak mahu menagis. meskipun kolam mata sudah bertakung dengan airmata. namun pecah juga benteng airmata bila sepupuku azren memelukku, katanya "nenek ada lagi kan..kak yan..kan..."hanya tuhan saja yang tahu. bertapa luluhnya hatiku saat itu. "nenek dah pergi ren..nenek nak berehat.." entah kenapa terpantul kata-kata itu dari mulutku. atau sekadar untuk meredakan perasaan sendiri. Makcik2 serta sepupu-sepupuku yang perempuan dan aku memandikan jenazah nenek bersama. wajah nenek kelihatan tenang seolah seperti sedang tidur. Alhamdulilah..segalanya berjalan dengan lancar dan teratur. Bila jenazah sudah siap dikafankan semua orang mengambil kesempatan untuk mengucupi nenek buat kali terakhir. aku teragak-agak untuk berbuat demikian. kerana ramai sanak saudara yang berpusu-pusu ke jenazah nenek. bila keadaan sudah kembali tenang. aku terus duduk disisi jenazah. aku menatap sepuasnya wajah nenek buat kali terakhir. seolah aku ingin merakam segalanya dan simpan dalam kepalaku. kemudian baru aku mencium kedua belah pipi serta dahinya. aku cucu terakhir mengucupi hening wajahnya. sudah pasti kasih sayangnya tetap abadi dihati ini..
Lukisan hati,
Isabella ali 2013