16 Nov 2015

What Can I Do

What can i do
Dia berkuasa
Aku tak kuasa
Dia ada pengaruh
Aku mampu mngeluh
Dia ramai pengikut
Aku seorang pun tak minat
Dia ada wang
Aku hanya ada siling
Dia pilih masuk neraka
Aku pilih masuk syurga
So what can i do???
Lukisan Hati,
Isabella Ali mei 2015

Dunia Ada Tuannya

Dunia ada Tuannya
Dunia
Bukan kau punya
Dunia
Ada tuannya
Dunia
Pasti kau tinggalkan
Dunia
Hanya persinggahan
Jangan kau fikirkan
Selain amal dan amalanmu
Apa yang kau beri
Itu yang kau dapat
Dunia tidak kejam
Itu hanya prasangka
Sedangkan pilihan
Ditangan tidak dihargai
Merana kau sorang diri
Menanggung dosa sendiri
Dunia ada tuannya..
Lukisan Hati;
Isabella Ali ogos'2015

Manusia

Kadang2..gigi kita pun tgigit bibir kita sndri..
Kadang2..kuku kita pun tcalarkn kulit kita sndri..
Kadang2..kaki kita pun tersandung mjatuhkn kita sndri..
Kadang2..kepala kita pun tak dpt beri idea yg bagus utk kita..
*Siapa kau yg rasa sempurna sangat tuu!!!

Saat terbit menteri pagi
Siang muncul dengan cerita baru
Bermulalah catatan dosa atau pahala
Pilihan masih terbuka selagi nyawa ada
Yang buruk jadikn pengalaman
Yang baik buat pegangan..
*Selamat pagi dunia..

Petang sudah datang
Siang sudah pulang
Malam akan menjelang
Lampu bersinar gemilang
Tidur lah dengan tenang...
Isabella Ali
Ogos'2015

Tidurlah Mata
Hari sudah malam
Dari tadi siang digunakan
Tak penatkah membaca,menjeling,
Mengintai,memerhati dan merakam..
Cerita hari ini tak semua dapat kau simpan
Tidurlah mata
Esok kau akan ku guna lagi
Itu pun jika Allah mengizinkn..
Isabella Ali
16 Ogos'2015

Ada orng ada ibu,tpi x rasa kasih syg dri seorg ibu..
Ada orang x de ibu, tpi dpt rasa kasih syg dri seorg ibu..
Ada orang ada ibu, dpt rasa kasih syg ibu tpi x hargai ibu..
Ada orang x de ibu, dpt rasa kasih syg ibu dri sseorg tpi x hargai..
Ada orang dah jadi ibu tpi masih x faham apa itu tanggungjawab seorang ibu..
Pernahkah kamu myucapkn TERIMA KASIH pd insan yg pernah mgusu,mbelai dn mciummu itu???
Marah ibu kerna sayang..kerana engkau anaknya!
AL FATIHAH..

Sy paling x suka dgr masalh rumahtangga org,x kira dri pihak si isteri mahu pun dri si suami..
Mcm ni lh sbelum crita masalh kt org, jawab soalan ni dulu..
1. Bila last ko cium dahi bini ko
2. Bila last ko cium tngn laki ko
3. Bila last ko meeting bsama famili ko
4. Bila last ko bawak famili ko gi holiday
5. Bila last ko mgadap tuhan
6. Bila last rumah ko menerima tetamu
7. Dulu ko pilih dia sbb apa
8. Dulu ko thegeh2 nk dia pasal apa
9. Skrng ko tulis ape yg ko benci, mana byk pkra yg ko suka..
10. Ko buat lh pilihn sndri..yg merana ko..yg bahagia ko!
*jgn nk salahkn mana2 pihak klu diri sndri x prnh buat semua tu..

Aku Redha


Setiap kali hari raya sy sll pujuk hati jgn fikir apa2 slain bgembira bsama2 org tsyg. Kemalangan pd hari raya ke 3 thn 1993 masih ttp segar dlm ingatan. Sbulan sy tbaring atas katil hospital. Kaki kanan patah..lutut hancur. Ktika kemalangn sy sedar. Tengok tulang paha sndri tkeluar dri kulit. Mujur x de kecederaan parah d kepala. Slama 2 thn sy mgheret kaki bsama besi spnjng 15 inci dgn berat 500gm yg trtanam ditulang. Pgerakkn sy tbatas. Tak boleh bjalan dn bdiri lama2. Kaki jadi bengkak bisa2 dn kebas. Hingga Org pijak kaki pun x sedar..tahu2 dh tluka. Bila yakin tulang sudah pulih. Sy mminta doktor mgeluarkn besi yg ada. Tpi x dilayan dihospital kerajaan. Sy pegi hospital swasta. Dengan mgunakn wang simpann sndri. Yg sy simpan stiap bulan ktika bkerja dulu. Sy bsyukur sbb ade majikan yg sudi trima saya bkerja. Mereka mlihat kemahiran sy bkn pd fizikal sy. Umur sy waktu tu bru 19 thn..duit simpann x sampai RM4k. Mujur Kos rawatan waktu itu RM3.5k. Sy kluarkn semua duit dgn penuh yakin. Sy nak jugak besi tu ditanggalkn sbb sy x larat nk heret kaki yg bengkak. Bila besi dh x de..langkah kaki sy sikit laju. Kaki x lgi bengkak dn bisa2. Tapi nk normal kmbali seperti sebelum exsiden impian itu tak mungkin tcapai. Sy pasrah dgn ketentuan Illahi. Sy mnerima dgn hati yg redha apa yg Allah tetapkn utk sy. Walaupun sudah 20 thn lbih blalu dn akn sy pikul hingga ke mati. Sy menerima dgn senyumn apa takdir yg bakal sy tempuhi lgi. Allah tlh mberi peluang kedua kpd sy utk hargai khidupn ini bsama2 dgn manusia lain. Dan mguji mereka juga dgn khadiran sy. Adakh mnginsafkn mreka atau myombong diri dgn nikmat2 yg Allah pinjamkn pd mereka. Hidup ini karma..
Bhati2 djalan raya!
*tidak ada ssiapa pun yg dpt mnduga takdir hidup mereka kecuali dgn izin Allah!
Terima kasih pd suami yg sntiasa mnemani dn memahami..

TUHAN

CCTV Allah x pernah rosak,
Nak buat sesuatu MALU pd Allah dulu bkn pd manusia..
Jika Allah tidak lgi tsentuh di hati, itu krna Allah tidak pedulikn kita lagi...NERAKA tmpttnya nti!
*knikmatan dunia hanya sementara..

ALLAH mcipta rama-rama
Dan
Allah mcipta lalat
Tapi manusia hanya suka rama-rama kerana cantik dan mbenci lalat kerana kotor.
Sedangkn lalat itu mbawa kebaikn pada manusia..
Tanpa lalat byk lh bangkai yg busuk dbumi.
Rama-rama hanya cantik dipandang tapi tidak ada manafatnya pd manusia..
*Setiap yg dcipta Allah pasti ada sebabnya..
SUBAHANAALLAH!

RAMAI orang nak ke bulan
Tapi tiada kehidupan disana..
Sedang di dasar lautan penuh keindahan
tapi tiada yg berani selami bbulan..
Apa manusia mahu sebenarnya??
*Angan-angan dan takut mati!

TIME org sakit, ko sihat
Time org sihat, ko sakit
Tidakkah Allah itu maha Adil!
*Senyum lh utk kedua2nya...

Puisi ; Selautan Cinta


Selautan Cinta
Luas trbentang
Jaring cinta mmukat rindu
Senyum terbalas 
Hati bahagia
Kau dan aku Bersatu jua
Dalamnya cintaku
Seluas lautan yang ada didunia
Selami dasar hatiku
Disitu telah ku bina tahta buatmu
Hati bahagia
Tenang adanya kamu
Mewarnai duniaku..

Lukisan Hati,
Yanz Hamzah

IKHLAS


Mana ada org yg betul2 ikhlas kt dunia ni,
Semua org buat mesti bsebab bkn dri hati yg tulus suci.
Ade ke org kawin sbb ikhlas..? Org Kawin sbb nk dpt redha Allah..
Ade ke org bantu ko sbb ikhlas...betul ke ikhlas? Bukan tolong sbb nk dpt redha Allah..
Ade ke org bagi zakat dgn ikhlas? Klu bkn kerna Allah yg suruh blum tentu ada yg nak kasi..
Semuanya tlh Allah tentukn...ko buat dpt pahala!
Jadi jgn ko ingat aku senyum sbb nk ngorat ko..
aku senyum sbb Allah yg suruh...sedekah!
Pahala dpt awet muda pun dapat, bkn senyum kosong yaa.. senyum ade makna.. Emotikon tongue

4 May 2015

Episod 20 Isabella..lambang cinta yang lara

Episod 20

“Bella..isabella...bangun..bangun bella”lunak saja suara itu aku dengar.
Kemudian  pipi aku ditepuk-tepuk dengan lembut.  Aku membuka  mata perlahan-lahan. Tapi  kepala terasa sakit. Aku meraba kepala rasa ada sedikit benjolan.
“Aduh! Sakitnya..”
“Kepala ko terhantuk di simen..tu yang sakit”Kata Sofea lembut.
Aku mengangguk mengerti. Dan berpaling ke arahnya.
“aku kat mana nih”
“kau dalam bilik kecemasan” Jawap Sofea dengan senyuman. Dia membantu aku untuk duduk.
 Sofea adalah ketua bulan sabit merah di sekolah. Aku duduk sambil memegang kepala yang masih terasa sakit.
“ko ok tak..”tanya Sofea seperti seorang doktor.  Aku mengangguk perlahan.
Aku perhatikan bilik kecemasan yang tersusun kemas  dengan peralatan serta ubat-ubatan. Bagaimana aku boleh berada di sini bisik hati kecilku. Mungkinkah Azany yang menghantar ku. Hati aku mula  tertanya-tanya.

“Mujurlah lah tak berdarah kepala tu” kata Sofea lalu menghulurkan 2 biji pil ubat penahan sakit. Aku mengambil dari tangannya lalu  menelan bersama segelas air.

“terima kasih sofea”aku menghulur kembali gelas kepadanya. Dengan pantas aku bangun membetulkan baju. Malu pula terbaring dihadapannya dari tadi. Entah berapa lama aku pengsan agaknya.
“dah rasa okey ker bella..”jerit sofea sepontan. Mungkin terkejut melihat tingkah laku aku. Aku mengangguk  pantas  walaupun terasa badanku masih lemah lagi. Yang pasti aku tak sabar nak keluar dari bilik ini.

“Nasib baik lah cepat Azany dan zulkefly bawa kan ko ke sini..kalau tidak entahlah”ulas Sofea tanpa aku tanya. Perasaan aku  jadi  tesentuh  dengan tiba-tiba. Terharu adanya  kawan sebaik mereka. Namun cepat-cepat aku tepis perasaan sebak yang mula bersarang.
“Sofea..lama ker aku pengsan..”Tanya aku bersahaja. Namun jauh disudut hati  aku terasa malu.
“lama jugak hampir 2 jam . Sebenarnya ko jadi  macam  ni  sebab stress sangat” Terang sofea sesuai dengan  sifatnya yang peramah.
“Stress..?”aku seperti tidak percaya. Sofea mengangguk dan berdiri ditepi aku.
“itu ada nasi Cikgu Azahar belikan tadi..”Sofea menunjukkan sebungkus nasi di atas meja berhampiran.  Kemudian aku melihat jam di tangan sudah pukul 12.40 tengahari. Lagi ½ jam akan tamat waktu sekolah. Aku meraba perut aku yang kosong.

“jaga diri ya bella..jangan stress lagi , aku pun dah nak masuk kelas ni” sofea menepuk bahu aku dengan perlahan seolah dia mengerti perasaan aku tika itu.
“tima kasih sofea, maaf lah kerana  terpaksa menyusahkan ko..”kataku ikhlas.
“Sama-sama bella..dah memang tugas aku..”kata sofea dengan senyuman.
Aku ambil nasi  kemudian menolak pintu keluar dari bilik kecemasan  dengan perasaan yang bercampur baur.  Tiba-tiba terpancul  Zulkefly dengan wajah yang penuh tanda tanya. Aku terperanjat lalu cuba mengelak dari menatap matanya.
“bell..bella...awak dah okey ker..?”tanya Zulkefly tergagap-gagap. 
“Saya okey...awak jangan risau lah ” Jawap aku endah tak endah.  Agaknya bagaimanalah  diaorang bawa aku ke bilik kecemasan tadi. Malu pulak bila memikirkan keadaan itu.
“betul ker awak dah okey..?  Tapi saya tengok awak macam lemah lagi. Saya hantar awak balik nanti ya..?”Pinta Zulkefly sambil cuba menarik aku dari berjalan laju dari dia.
“saya..”
“hah..isabella, macam mana keadaan awak sekarang. Dah ok ker..? Tanya cikgu Azahar yang kebetulan datang ingin menjengukku di bilik kecemasan.
“saya..saya rasa dah  okey sikit cikgu..alah, lagi pun bukan teruk sangat  kan..hehe..tima kasih cikgu”aku cuba bersikap ceria.
“mujur lah ada kawan-kawan yang nampak awak pengsan..lain kali hati-hati ya”Nasihat cikgu Azahar sebelum berlalu meninggalkan kami berdua.
“baik cikgu”Aku mengangguk perlahan. Namun didalam hati tuhan sahaja yang tahu perasaan aku.
Aku berjalan menuju ke kantin. Zulkefly  hanya menuruti. Sengaja aku ke kantin kerana tidak mahu masuk ke kelas lagi. Di kantin sudah ramai pelajar petang yang datang awal menantikan waktu masuk ke kelas. Masing-masing dengan ragam sendiri. Aku duduk lalu merebahkan kepala ke lengan sendiri di atas meja. Letih rasanya bila memikirkan masalah yang datang tanpa di undang. Aku seperti tidak menghiraukan kewujudan Zulkefly disisi.
“bella..hanya berberapa hari sahaja lagi kita nak abis  sekolah..entah bila lagi  kita boleh jumpa ”Luah Zukefly yang duduk disebelahku.  Aku mengetap bibir. Menahan rasa bersalah yang mula bersarang dihati.
“kef..persahabatan kita tidak akan putus sampai bila-bila, ko tetap kawan aku”Walaupun berat bibirku untuk meluahkan. Tapi inilah hakikat yang harus Zulkefly dengar dari mulutku sendiri.
“beri aku peluang untuk buktikan yang aku benar-benar cintakan kau..bell..”Rayu Zulkefly  dengan memegang tangan aku. Aku terkejut dan cuba  menolak tangannya.
Tapi dia berkeras tidak mahu melepaskan tanganku.
“lepaskan tangan aku kef..malu kalau orang  tengok”Pujukku. Dengan perlahan aku cuba menarik tanganku dari genggamannya. Lagi bertambah kuat pula dia mengenggam.  Aku jadi buntu.
“hah! Pedulikan mereka..kau hak aku bella”
“cukuplah kef..antara kita tidak akan terjalin perasan cinta..lepaskan aku kef.  Cari sahaja orang lain. Aku tidak layak”
“ko cakap boleh lah..yang merana aku” tinggi suara Zulkefly  bila mendengar jawapan yang aku berikan begitu mudah pada fikirannya.
“kef..kepala aku sakit! Tiba-tiba kepala aku mula berdenyut-denyut. Kesakitan mula terasa menyalar. Aku tunduk kepala cuba meredakannya. Zulkefly masih lagi memegang lengan aku dengan kemas. Lantas aku sentap dengan pelahan.
“bell..bella, maafkan aku..sepatutnya aku..aarrhh..aku betul-betul sayangkan kau!”
“aku tidak layak kef” lemah suara aku. Antara keluar dengan tidak.
Setitis demi setitis airmata mula jatuh  membasahi kainku. Namun cepat-cepat ku menyapu sisa airmata di pipi. Kalau boleh aku tidak mahu Zulkefly tahu aku menangis apatah lagi dihadapannya. Entah kenapa perasaan ini tiba-tiba menjadi hiba. Adakah kerana kejujuran Zulkefly atau kerana kesetian Harry atau kerana  ketulusan Azany..

                                                                          *****
Seminggu sudah ku berada di kampung. Wajah Emak begitu ceria  tika melihat aku tiba-tiba terpancul di muka pintu. Adik aeman, adik Nora dan juga adik dydy juga bersorak gembira dengan kepulangan aku. Aku tersenyum bahagia bila dapat melihat mereka. 2 tahun telah berlalu. Begitu singkatnya waktu. Masa sentiasa berjalan tanpa henti hingga aku sendiri terlupa untuk menghitungnya. Aku tatap wajah emak. Terukir kebahagiaan diwajahnya kini. Tubuhnya yang dulu kurus  sudah semakin berisi. Emak tidak perlu berkerja  lagi setelah bersuami baru bisik hati kecilku. Aku memeluk tubuh emak dengan seerat mungkin. Kemudian mencium pipinya bertalu-talu. Sesungguhnya aku amat merinduinya. Kepulangan aku dilayan seperti  seorang puteri . Apa saja makan yang aku inginkan akan emak sediakan. Apa tah lagi makan kegemaran aku. Bubur sotong pulut dan bubur kacang merah adalah makanan pantai timur yang paling aku suka. Pagi-pagi lagi emak dah ke pasar  mencarinya untuk aku.

“Emak..esok Bella  nak balik ke KL dah..bella nak cari keja sementara menunggu kan keputusan SPM. Lagi pun keputusan SPM keluar lagi 3 bulan”Luah  aku ketika membersihkan halaman rumah bersama emak.
Emak yang sedang mencangkul rumput-rumput yang degil di tepi pagar. Berhenti  memandang aku dengan wajah  terkejut. Aku duduk dipangkin bawah pokok. Menantikan  jawapan dari emak. Aku harap emak tidak menghalang pemintaanku.
Rumput-rumput yang telah dicabut emak kumpulkan setempat.  Senang nak dibakar apabila kering nanti. Halaman yang seluas ½ ekar itu tempat aku bermain  bersama adik-adikku. Tanah pasirnya yang putih. Membuatkan halaman rumah menjadi lapang. Aku yang suka mengukir nama dan melakar rumah  tipu-tipu ralit bermain. Seronoknya saat itu tidak kisah dengan tanggapan orang dan rasa kotor.
Pokok mangga  epal yang emak tanam di pintu pagar telah berbuah dengan lebat. Buat aku tak sabar hendak memetiknya.  Banyak juga pokok buah buhan yang emak tanam  yang sempat aku rasa. Seperti buah jambu air, buah asam jawa dan buah cermai. Minat emak yang suka bercucuk tanam  membuatkan halaman rumah penuh dengan aneka buah-buahan tempatan. Walaupun halaman rumah tak luas tapi emak pandai mengaturnya.

Emak membetulkan kain batiknya. Lalu duduk dipangkin  bersama aku.
Dia meletakkan cangkul disisinya.
“dah beli ker tiket nak balik sana..”
“belum lagi..bella ingat petang ni nak pegi beli”
“ya lah nanti mak suruh tok mat tolong belikan tiket bas tu..”
Emak mengelap peluh yang menitis di dahi dengan kain sarungnya. Aku menonggak memandang ke dada langit. Cuaca semakin redup
Suasana petang yang mula gelap membuatkan langit kelihatan indah. Kepulan awan yang putih bersih  berselerakdi dada langit menjadikan ia bertambah cantik.  Membuatkan aku asyik mememerhati. Indahnya ciptaan tuhanku..bisik hatiku. Kemudian aku merenung ke wajah emak. Sudah nampak kedut-kedut disekitar muka dan lehernya. Gigi nya sudah mula luruh. Yang ada hanya gigi dihadapan dan bawah tak sampai 8 batang. Aku jadi sempati dengan nasib yang terpaksa emak lalui.

“bella nak keja apa nanti”tanya emak setelah membisu dari tadi.
“apa-apa sahaja mak..asalkan halal..”
“ya lah keja lah elok-elok..pandai-pandai jaga diri”
“baik mak..bella akan ingat pesan mak..mak pun jaga diri ya..apa-apa emak kasi tahu. Bella dan abang feazal akan balik tengok emak”Aku renung ke dalam anak mata emak. Terpancar jernih air mata yang mula berkaca.
Emak mengangguk perlahan dengan senyuman. Aku peluk emak dengan erat. Aku bersyukur kerana emak sentiasa memahami aku.

15 Feb 2015

Puisi Puaka Pusaka


Puaka Pusaka

Perbuatan jahat manusia
Tidak datang dari orang jahat
Nampak macam orang beriman
tapi panjang tangan
Nampak soleh dan soleha
Tapi mulut ya Allah macam taik
Sopan santun lemah lembut seperti baik
Jangan kata syaitan tak ganggu
Entah entah atas kepala
ketua syaitan yang menunggu
Yang nampak jahat memang dah tentu
Siang macam orang malam bertukar hantu
Pakaian smart tapi badan bau hapak
Hati kotor tak dicuci dengan iman
Menyusahkan manusia yang nak hidup aman
Ini orang dah bertukar jembalang
Dirasuk saka puaka tok nenek moyang
Hari hari nak mencekik darah orang
Puhh kiri..puhh kanan..bawak bawak lah sembahyang
Tapi bukan menyembah tiang!

Lukisan hati,
Isabella_ali 2015

Puisi Melayu Kita Hari Ini


Belek punya belek semasa kemas fail2 lama terjumpa pulak puisi nih...camne lah leh lupa kan.. ^_^
        Ini lah puisi aku yg tepanjang skali..harap korang baca melalui mata hati yaa...



8 Feb 2015

Lelaki Kena Faham

"Problem besar skrg, bkn pmpuan, tpi lelaki..mana hilangnya sifat pelindung kpd kaum
 hawa yg lemah??nk kata pmpuan je kne jaga semua, lelaki paling kena jaga..akal 9 bro, 1 nafsu..pmpuan 9 nafsu 1 akal..mana g akal yg 9 Kaum adam banggakan sgt tu bro??
kalau semua nk harapkan pmpuan je jaga..xjln bro..sikit2 ko harapkan pmpuan, yg lelaki 
ape fungsi 9 akal tu??hiasan??lelaki lah yg PALING kena jaga perangai, sikap, adab..
pmpuan 9 nafsu, pnh ko dgr pmpuan rogol lelaki beramai2???mak rogol ank lelaki??ade bro???
lelaki nmpk pmpuan bogel, mcm lalat hurung taik..pmpuan nmpk lelaki bogel, diorg lari cpt2..pmpuan elok jaga adab, jaga pemakaian, sopan, pun jd mangsa rogol gak bro..diorg nk melawan kuat 
mana klu lelaki guna kekuatan??hang pakai la akai bro..jgn dok slhkan pmpuan..tu ank ko tu, didik 
jd lelaki beriman..jgn dok aniaya pmpuan"
*Petikan komen dri seorg rakan difesbok.
- Dlm dunia ni ada 2 jenis manusia..lelaki dn prmpuan.
Prnhkh anda amik tahu bagaimana tciptanya mereka. Dan utk apa mereka diciptakn.
Jdi sbelum bkata2@mnulis yg x baik ttng org lain,elok periksa dulu kluarga sndri..

Takut!


Bukan x mahu tayang rambut ku yg pnjang 
Bukan x nk pakai baju ketat nmpk pinggang
Boleh jerr klu nk tunjuk kat semua orang
Tapi bila mati yg kena balun aku sorang sorang
Tpekik tlolong lah aku dlm kubor mintak tolong
Harammm...sorang pun belum tentu nk datang

muncul ular hitam membelit tubuh yg trlentang
Belum lagi dihisab dipadang masyar yg panas mmbahang
Sudah Nabi pesan cara berpakaian jgn sperti telanjang
Bila Allah murka ku takut azabnya tak dpt ku tanggung..


Isabella_ali 2015

Pesan Akkk.....


FESBUK!
Apa fungsi fbuk pd awak..? Klu skadar utk mluah rasa hati. Bukan disini tmptnya.
pd Allah tmpt sbaiknya utk mgadu..
Tapi klu nk bsembang , mberi pndangn atau pndapat dn btanya disini tmptnya.

Tu namanya Fesbuk. Jdi jika org baca status awak dgn pelbagai andaian. awak 
x boleh salah kn org lain. Bukankah awak mnulis sbb mahu dibaca dn dilihat oleh org. 
Klu takut dikritik dn dikomen. X pyh tulis apa2 disini. Jadi  orang pun x kisah awak tu wujud atau tidak!
- orang ada fesbuk..kita pun nk bfesbuk..tapi fungsi tak tahu..

MENTAL!
Kenape ramai sgt org sakit mental skrng?  Sbb mereka x cukup masa, Dalam berkeja
 masih juga on fesbuk. Pernafasan menjadi laju sebab mcuri2 dlm melayari fesbuk. takut terkantoi dengan bos. Jiwa jadi tak tenang. Balik keja on fesbuk.., bz lagi dgn dunia khayaln. pastu tbaca pulak status rakan, kena pulak kt batang hidung..dh sentap! Pd hal x de kena mgena dgn dia pun..x pasal2 tension! Keja x siap lgi..dh nk lyn watsap pulak, kang x balas..takut org mrajuk. Kata x layan. Isu smlm x abis nk smbng, masuk pulak isu baru dlm kepala. Pikir punya pikir..x tpikir! Makan minum dan tido dah x tentu masa. Selfie dulu apa2 kira. Fikiran dan badan dah  tak sama jalan.  Otak fikir lain badan buat lain. Macamana badan nak sihat.  Kalau mental digunakan 24jam tanpa had. 
- Mintak kerajaan tetapkn waktu fbuk dri kul 6 ptg - 6 pg. Agak2 ade yg setuju x..^_^

CIKGU MUDA!
Terbaca status dari bakal seorg cikgu muda dilaman facebook, katanya dia muak dgn sikap anak muridnya yg gemar bgaduh, muntah dan membuat bising. Lagi katanya yang membuat saya mengeleng kepala. Kata dia bkn jenis yang pnyayang pada budak2.
Saya sedikit tkejut bila membaca status tu...sbb x sangka status tu dri seorg perempuan. Btudung pulak tuu..wajah comel nampak macam wanita yang bijak.
Mcm ni lh dex, klu rasa x mmpu nak pikul tnggungjwb tu. Tinggalkn, bgi pd org yg betul2 layak. Lagi satu dex, jdi cikgu ni, awak x perlu jdi pnyayang. Cukup lh awak jdi PRIHATIN thdp anak murid. Nmpk bahaya..kawal, nmpk muntah..panggil jer cleaner klu x mmpu nk cuci. Klu nk cuci lgi bagus..pahala pun dpt. Kata2 seorg cikgu lbih bkuasa dri ibu dn ayah. Sambil2 kemas muntah tu..pesan kt anak murid, klu nk muntah lain kali, gi muntah kt tong sampah yaa.. simple jer kn. Itu cikgu yg baik lh. Tapi tgok gaya awak.. kerjaya cikgu skadar utk mata org. Maklumlh kerja cikgu ni..kerja mulia. Orng pndang tinggi. Berkat ke tak..tunggu lh kesannya pd kluarga sndri. Rezeki yg masuk dlm mulut jdi darah daging. Sbb tu x semua cikgu2 yg bjaya dlm hidup. Bgitu juga dgn kerjaya lain. Knapa ada org x bjawatan tinggi tpi ttp dihormati? Sbb krna akhlak dia baik!
- susah nak kenal kaca dengan intan sekarang. Nampak cantik belum tentu berharga. Nampak berharga tapi murah rupanya..

UMUR!
Umur 20-40 thn mungkin awak masih lgi cantik, ensem, gebu, montok, bgetah,sasa..tpi masuk
umo 40-60 thn rambut dh mula bruban, kulit dh bkedut, rmbut dh gugur, mata dh rabun, gigi dh
jarang, pnyakit mula myerang. 60-80thn..mkn pun dh x lalu, tenaga dh mkin kurang, daya ingatan
dh thad. Jln pun dh goyang. 

-Klu tringin hidup lama bsedialh dgn fasa2 ni. Jgn kutuk org mcm diri x tua naa...Emotikon kiki

Pantun

Pantun

Ayam dara di masak halia
Sayur kailan goreng belacan
Hati yang baik pasti bahagia
Ramai datang menjadi kawan

Rumah teras rumah pangsa
Ada di bandar mahu di desa
Niat yang baik Allah suka
Manusia juga akan ikut terasa

Buah jambu dalam raga
Ada merah ada juga unggu
Sakit kecewa tak lama
dasyat lagi kalau di tipu

Budak budak bmain gasing
Gasing dibuat dari kayu nangka
Mari kita eratkan rasa sayang
Pada negara yang tercinta..

Isabella Ali 2015

3 Feb 2015

Episod 19 Isabella..Lambang cinta yang lara

Episod 19

“kau ni memang zalim! Tak berhati perut..  Suka-suka kau jerk nak lukakan hati orang kan?”Terjah Azany  tiba-tiba  dengan wajah menyinga.  Waktu itu aku  sedang bersendirian di dalam kelas. Entah kenapa perut aku  betul-betul  tak selesa pagi itu. Pada mulanya aku pekakkan telinga. Malas nak layan kata-katanya. Azany masih tak puas hati bila melihat aku terus berdiam diri.
“kalau ko tak suka dia pun, jangan lah kau mainkan hati dia. Dah teruk aku tengok si Harry tu”Tuduh Azany lagi. Aku jadi geram dengan tuduhan Azany.
“jap..japp..apa  ko kata. Aku mainkan perasaan Harry. Bila masa pulak aku bercinta dengan dia hah!” Jerit aku yang  sudah tak tahan mendengar  tuduhan dari Azany.  Aku Bangun membela diri. Sambil menekan perut yang sakit. Aku kembali duduk kerana sudah tidak tahan lagi sakit yang kusembunyikan. Mungkin perut aku masuk angin atau aku tersalah makan agaknya. Mood aku benar-benar terasa teruk.

“si Harry tu dah kena tangkap polis”
Azany  menarik kerusi dihadapan aku lalu menghempaskan punggungnya. Aku terkejut. Mata aku bulat memandang Azany. Seperti tidak percaya dengan kata-katanya.
“kena tangkap polis..bila ? kenapa..? pasal apa..?”aku  terkejut lalu  bingkas bangun dengan tiba-tiba. Berkerut wajah aku dengan menahan sakit. Tapi berita yang aku dengar ini benar-benar  tidak aku sangka.
“pasal ko lah!”pekik Azany. Mahu saja aku memaki hamun Azany ketika itu.
 Kenapa pasal aku pulak. Apa kena mengena dia dengan aku. Sakit hati aku bertambah dengan tuduhnya.  Semudah itu dia menjatuhkan hukuman terhadap aku. Aku mengeleng kepala tanda kesal. Tak sangka itu anggapan dia terhadap aku. Aku menarik nafas. Cuba meredakan kemarahan yang mula terkumpul.

“kau cakap baik-baik Azany. Kenapa pulak ko nak tuduh aku puncanya”Bidas aku yang hilang sabar.
“entah lah..tapi semua orang cakap ko lah puncanya”Azany menyapu peluh dimukanya. Kipas angin yang ligat di kepala seolah tidak menyejukkan tubuhnya.
“gila! Tapi dia kena tangkap pasal apa..?”
“dia isap ganja kat belakang sekolah tadi”
“isap ganja..? abis tu apa kena megena dengan aku! dia sendiri yang cari pasal” Aku membela diri.
“Dia nampak kau dating dengan Zulkefly semalam..”Kata-kata Azany membuatkan aku terduduk. Baru semalam ku cuba meredakan  perasaan Zulkefly. Kini timbul pula satu lagi masalah. Ya..Allah apakah dosa aku  hingga aku diuji begini.
“aku dengan Harry tak de apa-apa..Azany”Luah aku  lemah. Aku  kecewa  dengan tindakan Harry. Kenapa dia memilih untuk merosakkan dirinya sendiri. Sedangkan perjalanan hidup ini masih panjang. Dan ramai lagi perempuan-perempuan seperti aku diluar sana”
“aku tahu..tapi sebab ko tolak cinta dia lah dia jadi macam tu” Azany menarik nafas  sedalamnya. Dan melepaskan dengan perlahan. Mungkin dia  sendiri juga tidak menyangka  tindakan Harry.
“apa maksud ko Azany”
“dia dah lama tunggu ko..tapi macam-macam alasan ko berikan pada dia. Sampai sekarang ko larikan diri dari dia  kan?..tup..tup..dia nampak lak ko dating dengan si Zulkefly tu. Mana dia tak kecewa”
“aku bukan dating dengan kef. Aku jumpa dia sebab aku nak minta maaf..itu sahaja. Lagi pun aku dah bagitahu dia..aku dengan dia hanya kawan”
“itulah alasan ko..kawan..kawan”templak Azany.
“dah tu ko nak aku buat apa!”pekik aku.
“aku pun suka kan ko bella..tapi aku tahu, ko susah nak jatuh cinta. susah nak dapatkan cinta ko!”Azany mencebik menyindir.
Kalau dah tahu kenapa tak faham. Aku buntu. Sukar untuk mengerti kemahuan lelaki.
Aku menelan air liur  tapi terasa pahit. Susah nak dapat cinta aku..?
Sebenarnya aku  mudah jatuh cinta kerana itu aku terpaksa bersikap kasar dan menjauh diri.  Aku takut cinta  itu  lahir dari  rasa kesian. Bukan lahir dari  rasa kasih sayang. Sebab aku tahu betapa peritnya erti kekecewaan.

“Sudah lah..Azany, kalau ini semua salah aku.  Apa boleh aku katakan lagi. Terpulang lah pada kau nak menilai diri aku” Aku bersuara lemah. Tak tahu bagaimana hendak diperkatakan lagi.
Salahkah aku jika bersikap berterus terang.  Aku tunduk memandang lantai. Kecewa dengan sikap Azany yang aku sangka dia amat memahamiku.  Aku bukan jenis manusia yang hipokrit dan suka mempermainkan perasaan orang lain. Sudah cukup baik aku tidak memalukan mereka. Aku cuba menjaga perasaan mereka walaupun perasaan aku sendiri tercalar.
Tiba-tiba kepalaku rasa berat. Dada pula terasa semakin ketat. Sukar hendak ku bernafas.
“bagaimana pula perasaan kau pada aku..? tapi mungkin aku sendiri  boleh mengagak.. kita hanya kawan kan..?”Azany  bersuara setelah lama berdiam dengan senyuman sinis. Dia bangun ingin berlalu meninggalkan aku.  Aku hanya mampu memandang belakangnya  yang kelihatan semakin kabur.
“Azany...”jeritan itu hanya tersimpan dikerongkong. Aku sudah tidak bermaya lagi. Semuanya telah menjadi gelap.


29 Jan 2015

Karya ku yang tidak pernah selesai


Karya ku yang tidak pernah selesai
Keindahan, kedamaian dan ketenangan
sukar untuk diluahkan dengan kata-kata
hanya perasaan dan diri yang mengerti

karya ku yang tidak pernah selesai
ragam manusia, wajah manusia dan kehidupan manusia
meskipun banyak perbezaan tapi manusia tetap serupa
mempunyai nafsu yang sama

karya ku yang tidak pernah selesai
setiap hari banyak peristiwa terjadi
berulang kali perkara yang sama berlaku
cuma yang beza hari, tarikh dan waktu

Karya ku yang tidak pernah selesai
ada yang telah diluahkan
ada yang terpaksa disimpan
ada yang juga disembunyikan
ada yang harus dirahsiakan

karya ku yang tidak pernah selesai
selagi bumi berputar
selagi jasad bernyawa
selagi otak berfungsi
selagi itu berfikir

Lukisan Hati: Isabella ali 2015









Episod 18 Isabella..lambang cinta yang lara

Episod 18

“Macam mana  dengan peperiksaan aritu..boleh jawap”tanya Riezal tenang. Seorang pelayan menghampiri meja kami. Setelah order makanan. Pelayan tersebut berlalu. Aku memandang dengan pandangan kosong. Terasa diri seperti dipinggirkan.
“macamana..ujian hari tu..bella..bella..”Tanya Riezal lagi.  Tangan aku dicuitnya. Aku beralih menatap ke wajahnya yang sudah hampir dua bulan tak aku temui.
“boleh lah..”jawap aku bersahaja. Seolah malas hendak bercerita tentang kertas ujian  SPM yang telah lama berlalu. Sudah dua bulan baru dia hendak  bertanyakan tentang aku. Gombel aku dalam hati terbuku.
“Rasa-rasanya lulus tak..tapi kalau tak lulus boleh lah abang masuk meminang bella” Usik Riezal tersengih-sengih  sambil megenyit matanya kearah aku. Alah..macam lah dia nak kawin sangat dengan aku. Aku menjeling geram. Malas nak layan lawak yang tak berapa nak lawak tu.
“Dah lah abang..banyak lagi benda  yang bella belum buat, takkan nak kawin pulak..lagi pun mak we abang kat kampung tu nak letak mana..?”perli aku dengan sengaja  memuncungkan mulut. Wajah Riezal  mula berubah.
“bella ni kenapa..? kan dah habis SPM..sepatutnya bella happy lah..”Pujuk Riezal.
“entah lah abang..banyak perkara yang bermain dalam kepala bella ni”Luah aku. Tiba-tiba rasa bersalah pulak terhadap Riezal. Kenapa pada dia aku nak lepaskan geram. Dia kan ibarat abang aku. Cemburukah aku..
“kenapa ..bella tak cukup duit..?”Riezal meneka.
Aku mengeleng kepala. Walaupun duit simpan aku tidak banyak tapi aku rasa masih cukup lagi untuk sebulan dua ini.
“bella nak keja lah abang..boleh juga bantu abang Feazal”Tanpa ragu-ragu aku meluahkannya.  Benarkah aku sudah bersedia untuk berkerja. Kalau itu yang terbaik kenapa aku tak berani  mencuba. Aku mula rasa tak yakin.
“keja..bella nak keja apa..?”tanya Riezal ragu-ragu dengan tindakkan aku.
“keja apa-apa pun tak per..kalau ada abang kasi  tahu ya..”Pinta aku. Mee hailam   dipinggan aku kuis-kuis bagi sejuk. Sambil Riezal menyirup air lemon teanya dengan  puas.
“Bella tak nak sambung belajar ker..?”Pertanyaan Riezal buat aku nak gelak sekuat hati. Gelak pada diri sendiri. Gelak yang pasti bertukar tangisan. Bertapa malangnya diri ini aku rasakan. Aku  tidak bertuah seperti anak-anak orang lain. Yang mempunyai ibu ayah yang mengambil berat tentang mereka.
“sambung belajar..? entahlah..nantilah bella fikirkan..tapi buat masa ni bella nak keja dulu” kataku mengukir senyuman pahit. Kalau lah semudah itu.  Tidak perlulah  aku menderita memikirkan hal lain.
“ermm..ok lah, kalau macam tu..tapi bella tak mahu berehat di kampung dulu” Rizeal memberi cadangan.
“balik kampung..? entah lah..tengok lah  nanti”

Cadangan Riezal bermain di kepala aku. keputusan SPM akan keluar lagi 3 bulan. Lagi pun dah seminggu habis sekolah aku hanya berada dirumah. Aku sudah tidak terikat dengan waktu persekolahan lagi. Bererti  aku sudah bebas kemana sahaja. Abang feazal pun tidak lagi mengawal aku dengan ketat. Meskipun begitu aku masih lagi terikat dengan peraturan yang telah ditetapkan. Aku mesti berada dirumah sebelum pukul 10 malam. Peraturan itu aku patuhi demi  menjaga kepercayaan abang kepada aku.

                                                             *****
Bas untuk ke Terengganu  bertolak pada pukul 8 .00 malam.  Tiket sudah aku simpan dalam poket seluar. Aku menarik nafas lega semuanya berjalan dengan lancar.
Riezal belikan aku 1 tin air marinda, 1 botol mineral water bersama roti dan snek untuk bekalan ketika dalam perjalanan nanti. Dia berlegar-legar dihadapan dan  sesekali dia duduk disisi aku. seperti kucing nak beranak lagaknya.
“abang cari apa..macam risau jer bella  tengok..”tanya aku rimas dengan sikapnya.
“abang cari bas bella lah..kang terlepas pulak..”terangnya. Aku tersenyum mengeleng kepala.
“alah..abang ni macam tak biasa pulak..kan kita dah datang awal. Mestilah ada basnya..”. Jauh di sudut hati aku tahu. Riezal seperti berat untuk melepaskan aku pergi. Benarkah tekaan ku itu. Jika benar kenapa sehingga kini Riezal tidak pernah berterus terang menyintai aku.
“tapi kena jugak tengok betul-betul..mana tahu bas tu rosak ker..”Balas Riezal  seprti tidak mahu mengalah.
“ya lah..ya lah..ikut suka ati abang lah..” Aku hanya memerhati dari jauh bila dia pergi meninjau-ninjau ke arah bas yang datang.
“berape lama nak balik ni..?”Tanya Riezal sambil duduk disisiku  setelah aku memberinya ruang disebelahku. Mungkin dia sudah berpuashati melihat bas yang ada.  Baru dia tenang agaknya.
“selama-lamanya..”Aku sengaja menyakat. Cuba mengorek ke dalam dasar hatinya. Riezal berpaling memandang tepat ke mataku. Aku buat-buat tak kisah.
“tak rindu ker nanti orang kat sini..”
“nak rindu buat apa hak orang..”
“abis tu sanggup ker tinggalkan si Kef , Harry dan Azany  tu lama-lama”Riezal tersenyum nakal. Aku ingatkan dia yang kena tapi rupanya dikenakan aku balik. Aku ketap bibir tanda geram.
“ehh..nape pulak nama tu yang abang sebut..abang pula tak rindu kat bella ker nanti..?”Aku tak mahu mengalah. Walaupun dalam hati  mula  terbit satu rasa yang  tidak mahu aku akuinya.
Riezal senyap wajahnya berubah bila aku tanyakan soalan itu padanya. Aku memerhati  ke wajah  Riezal. Namun tiada jawapan yang  keluar dari bibirnya.  Aku sedikit kecewa. Dalam itu fikiran tiba-tiba teringatkan  Zulkefly.  Hubungan aku dengannya cukuplah  sebagai seorang kawan. Walaupun aku tahu dia benar-benar cintakan aku. Tapi ini soal hati. Sukar untuk aku tentukan. Biarlah ia menjadi apa yang ditakdirkan.

                                                      *****
“kef..maafkan saya, kerana telah melukakan perasaan awak”Luah aku ketika
bertemu dengannya . Ketika  itu kami  sudah habis menduduki peperiksaan kertas ujian spm pada minggu 3.
“kenapa bella...sampai hati awak buat saya macam ni..”Zulkefly memegang erat tangan aku. Aku cuba menarik tangan aku darinya dengan perlahan.
“apa salah saya..bella..sampai awak nak putuskan hubungan kita”Zulkefly menunduk kepala. Airmatanya bergelinangan dbirai  matanya cuba ditahan. Mukanya merah mungkin menahan gelora dihati.
“awak tak bersalah kef..tapi saya yang bersalah. Saya tidak dapat menerima cinta dari awak. Saya dah cuba menyintai awak..tapi..saya”Aku  tidak tergamak lagi  menyatakan apa yang ingin aku sampaikan. Takut menambah lagi  kelukaan dihati Zulkefly.
“apa kurangnya saya..atau awak sudah ada orang lain..”
“awak lelaki yang baik..kef, saya yang tidak tahu menghargai awak”
“jangan memuji saya bella..saya tahu kekurangan saya”
“tidak kef..awak memang baik. Saya suka berkawan dengan awak”
“Kawan..? itu kah yang awak anggap saya selama ini..?”jerit Zulkefly  dengan menendang  kaki  meja disisinya. Aku terkejut dan sabar menanti tindakan dia  seterusnya. Agak lama baru aku mula bersuara kembali.
“kef...maafkan saya..”
“cukup lah bella, apa pun alasan awak..saya tetap cintakan awak!”Dia  meramas tanganku semakin kuat.  Dengan pantas aku menarik tangan darinya. Aku cuba bangun. Tapi dia menarik aku  kembali. Aku terduduk. Fikiran aku jadi keliru. Aku tak tahu bagaimana nak melepaskan diri darinya. Tanganku dipegang seolah tidak ingin dilepaskan.
“jangan kef..saya tidak mahu awak terluka kerana saya”
“saya tetap yakin  pintu hati awak akan terbuka untuk saya satu hari nanti”bergetar suara Zulkefly. Sayu hatiku mendengar suaranya.
Setitis airmatanya menitik ke tanganku. Hati ku jadi sebak. Terasa aku begitu berdosa. kerana  telah membohongi  perasan lelaki ini. Oo..tuhan, ampunkan dosaku.. sesungguhnya hati ini adalah milikmu. Cukuplah penderitaan ini dia terima.
Kalau bukan kerana Qestina aku tidak akan menyahut cabaran ini.  Walaupun aku telah  berjaya menawan hati Zulkefly. Tapi dalam masa yang sama aku tewas dengan perasan sendiri. Sebenarnya  bukan aku berjaya menawan hatinya. Tapi  Zulkefly yang sebenarnya sudah lama menyukai aku. Bagaikan orang mengantuk diberi bantal. Aku ambil kesempatan itu untuk membalas dendam terhadap Qestina.  Ternyata lakonan aku telah membuat Qestina menyalah. Dia terpaksa menerima hakikat yang Zulkefly adalah miliki aku. Kesian Zulkefly menjadi mangsa demi kepentingan aku.  Namun Lakonan ini mesti ku akhiri jua.  Aku tidak mahu lagi mempermainkan perasaan dia. Dan perasaan aku sendiri. Aku tidak mahu lagi berpura-pura dan membuat kelukaan dihati Zulkefly bertambah parah. Biarlah kebenaran ini dia  tahu dari mulut aku sendiri.

“ terima kasih kef, kerana tidak mendendami aku”Aku menarik nafas lega. Bila Zulkefly sudah tenang .
“carilah aku bila kau perlukan aku..bell, kau tahu kan  mana nak cari aku ”Zulkefly tersenyum pahit. Aku mengangguk dan mengerti perasaannya ketika ini.
“Isabella..kau lambang cinta terakhirku..”sahut-sahut kedengaran dicuping telingaku kata-kata terakhir Zulkefly.