23 Nov 2014

Contenganku dikala sepi...




            


Banyak lagi  yang aku conteng...tapi nanti lah yaa aku muat naik lagi. Cukup lah utk arini korang tatap karya juta-juta aku nih hahaha ..punggung aku pun dah naik kebas duk mgadap laptop dengan line yang macam siput sedut berjalan. Korang hayati lah karya seni aku yang nihh dulu...sekurang2nya lega sikit tension korang tuu...ahakkkss!

*nak awet muda...muka kena senyum ^_^ nak umo panjang kena lah sedekah selalu...


Hargai Ayahmu


Hargai Ayahmu

Anak-anak hargai ayahmu
Ingat tika kau kecil dulu
Siapa yang menyediakn tempat tinggalmu
Siapa yang memberi kau makan dan minum
Tanpa lelaki itu, 
Pasti hidup kau tidak sehebat hari ini
Kerna dia seorang ayah
Maka dia berusaha membahagiaankan hidupmu
Mungkin kau rasa tidak adil dan tidak cukup
Tapi dia telah mencuba sedaya upayanya
Maafkan dia kerana tidak dapat bersamamu selalu
Maafkan dia jika selama ini dia bukan seperti kau harapkan
Namun dia tetap ayahmu,
Kini kau sudah dewasa
Kaki kau sudah kuat berdiri
Langkah kau semakin panjang
Tubuh kau sihat dan sempurna
Kau mungkin tidak memerlukan bantuan dia lagi
Tika ini jaga lah kata-katamu
Berfikirlah sebelum bertindak
Jangan ikutkan hati yang amarah
Saban hari dirinya sudah mulai uzur
Hatinya juga kian rapuh
Mudah benar terasa hati dan merajuk
Tubuhnya menunggu masa saja dijemput tuhan
Sayang tak kat ayah..?
Adakah pertanyaan ini yang kau nantikan dari bibirnya..
Lukisan Hati,
Yanz Hamzah

1 Sept 2014

Aku nakal tapi berakal

Jangan datang temuiku
kalau sekadar mahu menduga
tidak ku rela diri dipermainkan
Jangan hadir ke dalam hidupku
jika niat untuk mempersendakan
perasaan cinta ku tidak ternilai
bukan mudah bagiku mempamerkan
aku bukannya buta menilai pelbagai cinta
lelaki sepertimu banyak telah ku temui

walau hati mula terbit  rasa rindu
tapi bukan padamu hendak ku tuju
hanya pada Dia yang satu
pemilik hati ku yang abadi

Aku nakal tapi berakal
cinta murahan bukan pilihan
biarlah seperti burung merpati
jinak ditangan tapi susah ditangkap

sekadar harapan tidak memberi erti
hanya pengorbanan itu yang dinanti
ku percaya cinta sejati pasti dapat ku miliki..

Lukisan Hati,
Isabella ali 2014





17 Jun 2014

Sayang Selamanya

Sayang Selamanya

Sudah bertahun bersamamu

Tapi rasa seperti semalam kita bertemu
Masih terasa hangatnya cinta
Bagai dunia milik kita brdua
Biarpun rupa yang berubah mgikut usia
tapi cinta dihati tetap sama seperti mula bersua
ku tak akan mudah mengaku kalah
Pada badai duka yang melanda
dan tidak akan ku berganjak
Jika di landa kemarau kasih
Kasih sayang tetap erat jika saling memahami
Ku harap kita dapat harungi dengan sabar
Kau kucinta
Kau kusayang
Dari dulu hingga kini ku pertahankn
Buktiknlh kata janjimu hingga hujung nyawaku
Kan aku bersamamu hingga akhir hidupmu
Itu janjiku
Itu sumpahku
Bersamalh denganku selama-lamanya sayang
Hanya setia dan pengertianmu
Yang aku mahukn darimu
Cukup kau seorang dhatiku
Kau kucinta
Kau kusayang
Hanya kau seorang


Lukisan Hati

Isabella Ali 2014

Risau

Risau..


Batin ku rasa kacau
mengenangkan dikau
yang akan jauh diperantau
ku kira lagi seminggu
kau akan berlalu
jiwa ku btambah risau
hati ku semakin galau
bagaimana hidup tanpamu
oh..tuhan lindungilah dia selalu
moga Ibadahnya hanya untukMu
biar aku sendiri menangung rindu
asalkan dia terpelihara olehMu
aku pun tahu dia juga begitu
cuma dia tidak mahu mengaku
hanya airmata mengalir laju
aku risau...kerana aku pasti rindu...


Lukisan Hati
Isabella ali 2014
*moga umrahmu dpermudahkan..amin

3 Jun 2014

Fikirlah kalau mahu


fikirlah kalau mahu
siapa aku..?
siapa kau..?
dilahir ke bumi kerna apa..?

Quran dimana sekarang..?
*tgh cari quran ker..^_^

pandai, bodoh bukan pilihan
ia anugerah dari tuhan
ada orang otaknya mcm batu geliga
ada orang otaknya mcm otak udang
untung jadi orang jahil, dosanya tak dikira
tapi orang pandai, dosanya berganda

ada orang cakap banyak kali baru dia faham
ada orang berkali cakap tapi masih tak faham-faham
yang mudah faham buat-buat tak faham
angguk-angguk..geleng-geleng..malas nak layan

kata orang hidup bukan mudah
macam mana nak rasa mudah
kalau belum cuba dah kata susah

kata orang hidup ini senang
tapi ingat bukan senang yang membabi buta
yang halal dan yang haram dikongsi sama..

banyak cakap banyak silapnya
jadi kena buat dulu baru cakap
tapi jangan jadi bodoh sombong
dah silap baru nak mintak tolong

kalau kau rasa aku jahat, kau pun jahat jua
kalau kau rasa aku baik, kau pun mesti baik
kerana aku dan kau walau bukan dari keturunan yang sama
tapi kita lahir dari benih adam dan hawa yang serupa
musuh kita syaitan bukan manusia...dapatkah kita lawan..?

Lukisan Hati,
Isabella Ali 2014

'Selamat Hari Guru' buat semua yang bergelar cikgu!

Selamat Hari Guru buat semua guru-guru yg brgelar cikgu. Tanpa cikgu mungkin aku tidak pandai sampai sekarang. pandai kerr...hehe.., Bila dah dewasa ini baru aku sedari jasa seorang guru amat besar. Sanggup berkorban masa dan tenaga untuk anak muridnya. Belum lagi tekanan dari orang atasan. Melayan kerenah pelajar dan ibubapa lagi. Terlalu banyak jika hendak dikatakan. Kesabaran seorang cikgu dalam memikul tanggungjawap amat diperlukan. Dan kalau boleh diulang kembali zaman itu. Aku ingin meminta cikgu2 yang mengajar aku menulis kata2 azimatnya di autograf aku. Agar aku boleh kenang kembali wajah mereka. Tapi semua itu pasti tidak mungkin berlaku. Dan mana mungkin aku dapat mengingati nama2 mereka setelah hampir 20 tahun aku meninggalkan zaman persekolahanku. Aku hanya mampu mengucapkan jutaan terima kasih dari kejauhan. Moga mereka bahagia dan dirahmati Allah selalu.

Terima Kasih buat Cikgu-cikgu d'
- Sek  Keb SS 17 Shah Alam Selangor
  *Cikgu Mahayun(Muzik)
- Sek  Keb Ulu Beranang Negeri Sembilan
- Sek Men Kuala Besut Terengganu
   *Cikgu Sattar(lukisan),Cikgu Ariffin(Ptukangn)
- Sek Men SS 16 Shah Alam Selangor

Banyak kenangan pahit manis yang tersimpan dihati. Namun kenangan itulah pengubat kerinduan aku pada cikgu dan rakan-rakan juga.Pada aku, guru yang paling kejam..adalah pengalaman! jika  terjadi aku tidak akan ulangi kesilapan untuk kali kedua. Dan hingga kini aku masih lagi belajar. Cikgu aku sekarang dunia, manusia, haiwan dan tumbuh2an. Aku tidak akan pernah jemu untuk belajar..maka ajarlah aku perkara yang baik2 agar aku dapat mberi yang tbaik juga. ^_^ yang jahat dah tentu cikgunya syaitan. Syaitan tempatnya dneraka..aku tak nak ke neraka..kau nak..? * berjaya ddunia belum tentu bjaya diakhirat..kalau belajar tapi x beramal.

Saya telah maafkan segala perbuatan cikgu pada saya dan maafkanlah saya jika saya menyusahkan
cikgu dulu..
Al Fatihah buat cikgu yg telah meninggal dunia..
Jasamu tetap kukenang..

9 May 2014

"Selamat Hari Ibu..Mak!


Inilah insan yang melahirkan aku
walau dia x secantik sofea jane

Walau dia x sebijak fara fauzana
Walau dia x sekaya siti nurhaliza
namun hatinya semulia oprah
Tubuhnya kuat seperti iron lady
semangatnya gagah laksana si baju hijau
Itulh emak aku..
<3 'Selamat hari ibu' mak  <3

30 Apr 2014

Kek Cheese Just For U'

Malam tadi aku dah set kat kepala nak buat kek pada pagi ni. Jadi pagi2 lagi aku dah mandi awal. Selalu aku mandi kul 8 pagi -11 pagi..ooppp pecah rahsia aku..hehe.. Hari ni sbelum solat subuh aku dah mandi tau. Nak buat kek punya pasal... Semua barang dan bahan2  buat kek sudah aku letakkan ke atas meja. Tapi tiba-tiba  mood malas aku datang lah pulak. Rasa nak layan tv  jer, lagipun citer yang aku suka tu dah  nak start pulak tu. Hati mula berbelah bagi. Aku pandang tv kemudian aku pandang bahan buat kek kat meja berkali2.. Namun bila mengenangkan janji aku pada si dia. Semangat aku mula datang kembali. Aku kuatkan hati sebab nak buat kek yang special jugak utk dia hari ini..maka inilah hasilnya...^_^


Mulanya aku  fikir nak buat camni je lah..simple jer kan, sebab aku nak layan tv lagi. tapi bila citer yg aku suka tu dh abis, datang pulak idea nak deko2 kek ni...over sgt ker..? hehe..yg penting dia suka! ^_^





16 Apr 2014

Kek Selamat Petang Sayang


Kek  Selamat Petang Sayang
Agak lama jugak aku tak buat kek..bukan x nak buat tapi mood  nak buat tu x mari..mari lagi..hehe..tapi entah kenapa aritu masa gi shopping kt giant kebetulan ada lak sale butter. ringan jer tangan aku amik butter tu sekali. Sampai rumah fikir2 jugak nak buat kek. tapi mood malas lagi banyak dri mood rajin..haha..
Dalam duk santai tengok tv tu, tiba2 mulut ni boleh pulak tlepas cakappp.. "sape nak makan kek kena lah tolong". jadi x sampai 5 minit semua barang dah siap atas meja. huhu...x sangka lah mood paan rajin pulak aritu.., mcm2 dia tanya kat aku..apa barang perlu dia amik. jadi dia tanya aku jawap..sampailah semua barang buat kek dia dah sediakan untuk aku. Nak tak nak aku dengan lemahnya bangun dari tempat duduk terus masuk dapur. jeng...jenggggg....mood rajin tiba2 sudah mari..hehe..






Inilah kek Selamat petang sayang khas untuk paan kerana mbantu aku sediakannya. Tanpa paan x mjadi kek aku ni..dengan bantuan paan lah maka kek ini terhasil dengan penuh kasih sayang. Belum sempat aku nak takcap2 lagi kasi cun, dia dah mula cuit kek tak sabar nak makan. macam nilah kalau buat kek setahun skali..hehe..Resepinya...? mudah jer..korang gi lah skodeng2 dulu pada yg pakar... :P


23 Mar 2014

Santai Bersama Komposer Ly & Baiduri

Setelah merangcang hampir 2 bulan akhirnya terlaksana jua. Alhamdulilah..dpt bertemu dengan rakan2 yang baik dan sporting. Bukan mudah untuk mengatur pertemuan ini tapi dengan izin-Nya semuanya berjalan dengan lancar. Moga dengan pertemuan ini bertambahlah rakan dan ilmu untuk kita manafaatkan bersama. Yang kurang kita isikan..yang lebih kita agih2kan. Ilmu itu tak akan berkurangan jika kita ikhlas. Malah makin bertambah. Jadi mari kita eratkan SILATURRAHIM dulu..^_^
Terima Kasih dan Tahniah buat sifu LY & Baiduri. Semoga sukses selalu..



http://www.sinarharian.com.my/hiburan/semangat-dari-lagu-keranamu-mh370-1.263221




Memang enjoy bila dapat bertemu dengan kawan2 yang satu kepala dan  minat yang sama. Cukuplah hanya ini yang dapat saya kongsikan buat anda. Yang selebihnya biarlah ianya abadi dalam hati kami...

Terbaekkkkkk!!!!




18 Mar 2014

Dimana MH370 ?



Kelip-kelip ku sangka api
kalau api mana obornya
Hilang ghaib ku sangka mati
kalau mati mana kuburnya

Hari ke 6  kehilangan pesawat MH370

Perlahan-lahan ku terima
kehilangan ini memberi daku seribu erti
yang diatas kan ke bawah jua
tidak dapat dibayangkan 
bila gembira btukar duka
sekelip mata berubah cerita
yang dulu benci kini btmbh sayang
yang tsayang tinggal kenangan
dunia ini pinjaman,lunaskan..
dengan apa..? amalan dan pahala
al fatihah buat yg telah pergi

dan buat bakal juga..

Hari ke 7 kehilangan MH370


Mungkin Tuhan masih lg murka dgn ksombongn kita, mungkin Tuhan mahu kita lebih2 lg myebut namaNya, mungkin Tuhan mahu kita sedar yg slama ini kita hanya mmerlukn Dia ketika kita susah,tika senang kita lupa melihat kbesarnNya..Ya'Allah,ssungguhnya kami tlh mzalimi dri kami sndri,ampunilh dosa2 yg tlh kami lakukn dlm sedar dn tidak sedar.Kami bsujud dgn seikhlas hati hanya pdMu..moga dpt Kau trima taubat hambamu yg kerdil ini..

Hari Ke 7  kehilangan MH370

Mata ini sudah sarat
beningnya tidak brseri
Kepala ini mula berat
Mana yang benar mana tipu
Penantian tiada pnghujung
bla..bla..bla..bla..
Mulut tak puas bercerita
Tapi telinga sudah bosan mendengar
menanti dalam harapan
Hingga badan lelah bertahan
hati bersabarlah..jgn musnahkan iman
aku yang bdosa

Hari ke 10 kehilangan MH370 


Lautan milik sang nelayan
biru air laut yang tbentang
diredahnya dengan tenang
Bukan skali malah acap kali
dia sudah lali bermain air laut
walau jauh disudut hati bimbang
namun rezeki harus dicari
disini kudratnya dicurahkn
panas dan hujan pkara biasa
kulit sudah bisa menerima
gelombang ada ketika muncul
Hanya pada-Nya diserah segala
esok kalau masih bernyawa
lautan ini akan dinodainya lagi

Lukisan Hati,
Isabella_ali 2014


7 Mar 2014

Episod 17 Isabella..lambang cinta yang lara

Episod 17

“hello..boleh saya cakap dengan Zulkefly..” 
“ya..saya cakap, sape tu..” kedengaran suara Zulkefly riang.
“sa..saya Isabella..”Aku menelan air liur untuk menghilangkan rasa gugup. Bila Zulkefly sendiri yang menerima panggilan itu.
“bella..awak ker..hehe..tak sangka awak kol juga saya akhirnya”Nada suaranya bertambah ceria membuatkan aku rasa kembali selesa.
“awak free ker hari  ni” Tanya aku dengan suara sengaja aku manjakan.
“ya..saya tak ke mana hari ni..kenapa..?”Tanya Zulkefly seperti menduga. Walaupun dia sendiri sudah boleh mengagak.
“saya nak ajak awak keluar hari ni..boleh? Aku memberi cadangan. Dalam kepala ligat mencari tempat yang sesuai untuk berdating.
 “apa kata kita ke klang, lepak kat sana..kita tengok wayang ker..”kata-kata Zulkefly membuatkan aku menarik nafas lega. Tidak perlu aku susah-susah lagi memikirkan tempat mana hendak dituju.
“ok..tapi kita nak jumpa kat mana sekarang..?  tanya aku sepontan.
“awak tunggu sana..saya datang sekarang..ok..”Zulkefly meletakkan gangang telepon sejerus aku memberi alamat rumah kepadanya. Aku duduk menanti dia dibawah blok rumah. Setelah bersiap ala kadar. Walaupun dalam hati berdebar-debar tapi  aku kuatkan semangat. Kerana rancangan ini harus berjalan dengan lancar. Aku tidak mahu gagal dengan rancangan yang telah aku karangkan.  Ini  baru satu permulaan.

“hai bella..dah lama tunggu..” tegur Zulkefly dengan senyum tidak pernah pudar dibibirnya.
 Wajahnya yang kacak membuat aku terpegun. Apatah lagi bila  dia  tidak mengenakan seragam sekolah. Lagi membuat Zulkefly semakin tampak segak dengan baju kemeja dan berseluar jean biru muda itu. Aku membalas senyumannya dengan teragak-agak.
“tak lah lama sangat”Aku bangun menghampirinya.
“jumm lah..kita gerak sekarang.”Ajak Zulkefly memulakan langkahnya.
Kami beriringan  menuju ke bus stop yang berhampiran.
Rumah Zulkefly dengan rumah aku jaraknya 2 kilometer sahaja. Hanya bersebelah seksyen. Kata orang jalan kaki pun boleh sampai.
Tiba di bus stop mujurlah tidak ada ramai orang. Kami duduk dibangku yang tersedia.
 Aku tiba-tiba hilang idea nak memulakan bicara.

“awak lebih nampak cantik kalau berbaju kurung..”tegur  Zulkefly tiba-tiba.
Aku tunduk tengok pakaian yang aku pakai. Malu pula ditegur begitu. Tapi aku mana ada baju kurung. Kecuali baju sekolah yang lain semuanya tshirt, seluar jean dan skrit.  
“aa..saya tak de baju kurung..”jawap aku sepontan. Seolah terasa diri  tidak cantik. Hilang tiba-tiba keyakinan dalam diri bila mendapat tegur yang tidak disangka itu.
“tapi macam ni pun saya suka”
Dia ini macam mana kejap kata tak suka kejap kata suka. Aku bertambah keliru.
“betul..awak tetap nampak cantik dengan apa sahaja yang awak pakai”puji Zulkefly lagi. Cantik ke dengan wajah tanpa make-up ni getus  naluri aku. Aku tersenyum malu dengan pujian Zulkefly. Entah ikhlas entah tidak pujian darinya itu. Aku berkira-kira di dalam hati.
“pakai macam ni pun awak kata cantik”Luah aku perlahan.
“awak cantik dengan gaya awak yang tersendiri bella..”Lembut tutur kata Zulkefly. menyentuh ke hati aku.
“tapi awak sombong..”Zulkefly meninggi suara sedikit.
Walaupun wajahnya tidak serius. Tapi kata-katanya membuat aku tergamam seketika. Tidak sangka dia menuduh aku begitu.
“apa! Kenapa awak tuduh saya macam tu..”Suara aku berdatar. Itukah tanggapannya tentang diri aku selama ini.
“kerana kesombongan awak lah buat saya semakin suka kan awak..bella”
Ujar Zulkefly memecahkan tanda tanya dalam kepala aku. Aku menarik nafas lega. Pandai juga dia menilai orang bisik hati kecilku.

“suka kat saya..? tapi saya hairan juga lelaki sekacak awak, boleh suka kan perempuan yang macam saya. Kan ker ramai lagi budak perempuan yang cantik-cantik kat sekolah, kenapa awak pilih saya..”Tanya aku cuba mengorek isi hatinya.
“yang cantik tu ramai bella, tapiii...” kata-kata Zulkefly terhenti.
Aku menanti dengan sabar. Ingin  sekali aku meneroka  ke dasar hati lelaki ini untuk mengetahui isi hatinya terhadap aku.
“mereka itu tidak seperti awak..jujur dan berani”
“maksud awak kef..”
Aku semakin tidak mengerti. Apakah yang bermain difikirannya tentang diri aku.
“awak bukan sahaja cantik bella..tapi awak pandai jaga diri.  Dan menjadi rebutan semua pelajar lelaki di sekolah. Ramai yang mahukan awak..”
“sa..saya tak tahu nak cakap apa..kalau itu yang awak rasa”
“saya juga tahu azany, harry dan ramai lagi yang suka kan awak” pintas Zulkefly. Wajahnya berubah serius tika menyebut nama Azany dan Harry.
Aku jadi serba salah. Haruskah aku menerima kata-katanya dengan rasa bangga. Sedangkan aku tidak mahu perkara itu berlaku. Semua itu terjadi bukan dari kemahuan aku. Ia datang tanpa aku pinta.  Nampaknya semua tentang aku dapat dia hidu. Macam mana aku nak berdalih  lagi kalau semua rahsia sudah berada dalam genggaman  Zulkefly.  Mungkin kerana kami satu kelas dia telah  memerhati gerak geri aku selama ini.

“tapi mereka semua saya anggap sebagai kawan..seperti awak juga”Luah aku jujur.
“kawan...? tapi kalau saya nak lebih dari itu macam mana..?” Zulkefly  cuba memerangkap aku dengan kata-katanya. 
“hah! Tu bas dah sampai” Aku bingkas  bangun. Zulkefly turut bangun sekali.
Keadaan dalam bas yang lenggang membuatkan aku boleh  memilih tempat duduk. Aku menuju ke hujung  sekali. Zulkefly mengekori langkah aku.

“tak ramai pula orang hari ni..”Aku bersuara. Setelah meletak punggung dikerusi.
“mungkin mereka senang duduk dirumah  bila time hujung bulan begini..atau mungkin dah kering kot..hehe..”Zulkefly melawak.
 “ya lah kan..mungkin juga”aku tersenyum mendengar kata-katanya. Lucu juga orangnya Zulkefly ni rupanya. kat sekolah nampak sahaja macam pendiam.

Aku merenung ke luar jendela. Sekali sekala aku menjawap pertanyaan dari Zulkefly . Dia seperti seorang polis yang sedang menyiasat latar belakang aku. Dia benar-benar ingin tahu tentang aku. Adakah memang benar dia  telah jatuh cinta  pada  aku. Aduh! jika benar seperti yang dikatakan Qestina. Bagaimana nak aku lepaskan diri aku darinya nanti. Macam mana pula rancangan yang telah aku aturkan. Berdosanya aku kalau membuat dia terluka dengan teruk. Pasti dia akan membenci aku seumur hidup ini. 

“asyiknya mengelamun..ingat kat sape tu..? kita dah sampai  ni..bella”Sapa Zulkefly  dengan mencuit aku. Lemah jiwa aku bila mengenangkan rancangan ini. 
Turun sahaja dari bas.  Tiba-tiba bayangan Riezal pula menerpa diingatan tika melihat jejak-jejak yang pernah aku lalui  bersama dengannya. Kenangan bersamanya muncul dalam fikiranku. Sejak akhir-akhir ini aku jarang bertemu dengannya lagi. Adakah dia tidak mahu menganggu aku kerana akan menduduki peperiksaan nanti. Aku mendengus perlahan. Hati mula memikirkan yang bukan-bukan. Adakah aku sedang merinduinya.

“tunggu apa lagi tu bella..jum lahh.. kita tengok wayang dulu ya..”jerit Zulkefly yang sudah berjalan jauh dari aku.
Aku yang berdiri memerhati bangunan di hadapan  mata tersentak. Dengan laju  mengangguk tanda setuju. Menutup malu sendiri kerana  hanyut dalam lautan rindu.
“kenapa ni bella..tiba-tiba sampai sini diam jer, awak tak suka keluar dengan saya ker..”Tanya Zulkefly seakan dapat mencium  perubahan aku.
“ehh..tak lak..saya suka, cuma  tiba-tiba saya sakit kepala”aku berbohong.
“nanti saya belikan penadol ya..”dia memimpin aku rapat ke sisinya. Bau minyak wangi dari bajunya semerbak menusuk ke  hidung.  Aromanya begitu menenangkan.

“macam mana dah ok sikit..? tanya Zulkefly. Wajahnya seperti risau. Dia duduk dihadapan aku. Aku pula menjadi serba salah bila melihat keprihatannya terhadap aku.
“alah..sikit je nih, nanti okey lah..kef jangan risau ya”aku memandang wajahnya yang suram.
“kef  pegi lah beli  tiket dulu  nanti lambat habis pulak” Pinta aku mengalih rasa risaunya.
“betul ni dah ok..”Zulkefly kembali ceria.
“ya..bella dah ok ni”aku tersenyum mengangguk.
“tapi nak tengok citer apa nih..citer orang putih ker citer melayu..?”
“citer apa-apa aje..asalkan best..”aku memberi cadangan.
“ok..”Pantas jari  Zulkefly mencubit pipi aku. Tidak sempat aku hendak mengelaknya.

Kenapalah wajah Riezal boleh muncul sekarang. Fikiran aku bercelaru bila memikirkan dirinya. Hinggakan aku membayangkan Zulkefly sepertinya. Aku mengeleng kepala terbit rasa kesal kerana bersikap tidak adil pada Zulkefly. Rancangan yang aku atur seolah memakan diri aku sendiri. Aku  terjerat dalam jerat yang aku sendiri ciptakan.
Oo..tuhan, bukakan jalan untukku. Moga kau jauhkan perasan rindu yang mula bersarang di dalam hatiku ini.
Langkah Zulkefly semakin menghampiri. Aku berjalan menuju kearahnya. Setelah membeli kudap-kudap kami masuk ke dalam panggung. Aku mencari kelibat pak cik Haziq tika melalui  pintu utama tapi dia tiada disitu.

“bella nak tengok sesuatu tak?” tanya Zulkefly memecah sunyian.  ketika sedang menanti cerita dimainkan.
“tengok apa..” pantas aku memandang ke wajahnya yang samar-samar dengan cahaya skrin. Dalam hati penuh tanda tanya.
“adalah..tapi bella janji jangan bagi tahu sape-sape ya”Zulkefly masih berahsia. 
“ok..bella janji.” Aku berikrar. Zulkefly tersenyum meleret dengan sikap aku yang sepontan itu.
“janji..”Tanya Zulkefly untuk kepastian lagi. Aku membulatkan mata tanda geram.
“ya..janji, kalau tak  percaya tak pe lah”aku buat-buat merajuk. Kemudian berpaling ke arah lain.  Namun masih  memerhatinya  dengan ekor mata.
 Zulkefly meraba-raba seluarnya. Kemudian dia mengeluarkan sesuatu. Lalu menarik tangan aku dan meletakkan dompet kulitnya ke tapak tangan aku. Aku jadi binggung.
“abik lah..”katanya dengan bersungguh-sungguh.
“saya tahu lah kef  ni anak orang kaya tapi tak kan dompet pun nak kasi kat bella kot”Aku mencebik perli.
“tak pe lah kalau tak nak..”Rajuk Zulkefly tiba-tiba. Aku pula jadi serba salah.
“aduh..ya lah..ya lah..”aku mengalah. Walaupun dalam hati rasa semacam.
Kata-katanya membuat aku geram. Lalu aku terus  membuka dompetnya. Sebaik sahaja aku membuka lipatannya. Dompet itu jatuh dari  tangan aku.  Tiba-tiba aku rasa  lemah seluruh badan. Aku seperti tidak percaya dengan apa yang aku lihat. Tapi dengan pantas Zulkefly menyambar dompet dipangkuan aku. Aku tersentak lalu hilang rasa malu.  Cuba merampasnya kembali dari  tangan Zulkefly. Tapi  Zulkefly  seperti berkeras tidak mahu memberinya. Jadi terpaksalah aku merayu padanya.  Agar dapat  melihat semula gambar yang terselit di dalam dompet itu. Kerana aku ingin memastikan bahawa gambar tersebut adalah aku. Perasaan mula bercampur aduk. Antara terharu dan bahagia. Tidak aku duga rupanya aku memang dicintainya dalam diam-diam. Dan ternyata gambar itu adalah aku. Entah dari  mana dia  mendapatkannya. Aku bertambah kagum pada usahanya.

“kef...benar ker awak betul-betul sukakan saya?”Tanya aku tanpa segan silu lagi.
 Jari jemarinya dari tadi mengenggam erat jari jemariku. Seolah tidak mahu melepaskan tangan aku buat selama-lamanya. Aku membiarkan.
“sejak pertama kali saya bertentang mata dengan awak”Luah Zulkefly dengan perlahan ke cuping telinga aku. Tika Lampu panggung dimatikan. Hati aku terusik bila mendengar pengakuan ikhlasnya. Aku kehilangan kata-kata. Aku rebahkan kepala ke bahunya. Dalam satu hari aku jatuh cinta padanya.  Adakah ini dinamakan cinta.
“bella..bagaimana perasaan awak pada saya..”Tanya Zulkefly dalam kelipan lampu skrin dihadapan. Aku hanya memandang kosong cerita yang dipaparkan. Kerana kisah cinta aku ini lagi hebat aku rasakan. Aku mula berperang dengan perasaan sendiri. Antara cinta dan cabaran. Aku mula dihimpit dengan perasaan yang berbelah bagi.

“kita kawan dulu ya kef..”Pinta aku dengan hati yang berbelah bagi. Aku tidak mahu memberi apa-apa harapan pada Zulkefly dengan cepat.
“kawan..? kenape..awak dah kekasih..?”Katanya tegas. Zulkefly melepaskan jemariku dari genggamannya. Aku dapat rasakan dia kecewa dengan pemintaanku.
“bukan..bukan begitu..,lagi pun kita kan masih sekolah lagi” Inilah alasan yang selalu aku guna untuk melepaskan diri dari jerat percintaan. Tapi kenapa hati ini mudah benar jatuh cinta. 
“atau awak takut saya mainkan perasaan awak..?” Zulkefly membuat andaian terhadap aku.
“mungkin  ya..mungkin tidak” sengaja aku menguji pendirianya pula.
“hampir 2 tahun saya tunggu awak bella..baru hari ini saya dapat bersama awak. Jangan buat saya tertunggu-tunggu lagi”Dia menarik tubuhku ke dalam pelukannya.  Hingga dengupan jantungnya dapatku dengari. Maafkan aku kef..kau bukan lelaki pilihanku.




11 Feb 2014

Episod 16 Isabella..lambang cinta yang lara

Episod 16

Hentakkan kaki semakin  jelas  kedengaran  menaiki anak tangga satu persatu.
Jantung aku berdebar kencang. Aku menanti dengan sabar. Lama kelamanan
derapan  itu menjadi perlahan. Kemudian terdengar daun pintu dibuka.
Aku buat-buat sedang menonton tv.

“bila balik..?” tanya abang Feazal tanpa  membuka kasutnya dulu.
“bella baru jer balik nih..itu ada buah tangan untuk abang”  aku  buat muka manis dan cuba mengalihkan rasa risau di hati abang Feazal.
“macam mana seronok ker pegi sana. Mana Riezal, dia dah balik..?”bertalu pertanyaan dari abang Feazal. Aku menganguk menyiakan.
“dia dah lama balik..tak kan nak tunggu abang balik. mestilah seronok macam-macam ada kat sana. memang puas ati lah..tapi kalau boleh nak pegi lagi”Laju mulut aku bercerita.
“nak pegi lagi..ermmm..”abang mengeleng kepala. Buat aku serba salah.
“kalau bolehhh..”kendur suara aku dengan muka kesian.
“ok lah abang nak mandi dulu..ko  masak apa petang ni..”
“rahsia..kalau nak tahu gi mandi dulu ya..”usik aku. Aku menarik nafas lega. Mujur abang Faezal tidak marah. Aku rasa beruntung kerana mendapat seorang abang yang baik, sporting dan memahami. Aku hidangkan kepada abang Faezal. Nasi berlaukan sayur kangkung goreng, telor masak kicap dan sambal belacan. Hanya masakan itu yang pandai aku buat. Dengan lahapnya abang Feazal menjamunya. Aku tersenyum memerhati. Tiba-tiba terbit rasa kesian pada abang, dia seperti kelaparan. Aku pantas menuju ke ruang tamu untuk menghilangkan rasa sebak yang mula menganggu jiwa. Lagi pun aku tidak mahu menganggu abang yang sedang enak makan. Setengah jam berlalu, kemudian kedengaran pintu bilik abang ditutup. Mungkin abang sudah selesai makan. Aku bingkas bangun dari kerusi kembali dapur. Setelah siap mengemaskan meja makan. Aku masuk ke bilik. Lalu duduk mengadap cermin meja solek. Cermin yang besar itu merakam wajah aku dan tubuhku. Aku memerhati tubuh sendiri yang semakin kurus. Tulang bahu juga timbul macam orang sakit. Aku meraba-raba tulang itu dengan perasaan sayu. Aku ingin menangis. Tapi aku tahu tangisan tidak boleh mengubahkan apa-apa. Jadi aku harus kuat dan tabah untuk hadapi dugaan ini. Kalaulah emak melihat aku dan abang sekarang tentu emak akan menangis. Aku dan abang terpaksa mencatu makanan disini. Kami cuba berjimat cermat sehabis yang boleh. Beras dalam bekas pun sudah tinggal  dua cupak. Air mata tiba-tiba mengalir juga. Terlalu banyak keperitan yang terpaksa aku pendam dan telan. Hingga  aku sudah tidak tertanggung lagi. Ayah..kejamnya kau!

                                                                  *****

“oo..kau nilah Isabella ya..”tanya Qestina dengan sombong menghalang perjalanan aku ke kelas. Jari telunjuknya dicucuk-cucukkan ke dada aku. Aku menepis tangannya dengan kasar. Amy dan Qaseh kawan baiknya hanya memerhati. Aku tertanya-tanya kenapa Qestina bersikap begitu pada aku. Sedangkan aku tak kenal dia  pun.
“Apa hal ko cari aku..” tanya aku yang masih kebingungan dengan sikap pelik  Qestina dan rakan-rakannya. Yang  tiba-tiba bersikap musuh dengan aku
“oo..kau tak kenal aku lah..”Qestina membeliakkan matanya. Kepalanya digoyang-goyangkan macam spring
“ko nak apa dengan aku hah!”aku mula  rasa rimas. Lagi pun aku malas nak layan orang yang berlagak bagus-bagus ni. Jangan sampai sabar aku hilang.
“aku nak ko jauhkan diri  ko dari Zulkefly..faham!”Qestina menolak tubuhku. Nyaris-nyaris aku nak jatuh.  Lekas-lekas aku kawal diri. Rasa geram mula terkumpul. Aku genggam jari. Nak saja aku  tumbuk muka perempuan yang tak tahu malu nih..
“sekejap! Apa ko cakap..jauhkan diri dari pada  kef..? sepatutnya  ko kena nasihatkan  dia  supaya dia tak kacau aku..faham!” aku tersenyum sinis. Rupanya pasal  Zulkefly yang buat Qestina  berani bertindak begitu. Pasal lelaki dia nak gaduh dengan aku. Bodoh..getus hati aku.
“ko jangan cari pasal dengan aku, bella..”Qestina memberi amaran. Merah muka dia menahan marah. Mungkin dia rasa tak puas hati dengan kata-kata aku.
“ko pulak jangan main tuduh-tuduh, sepatutnya ko  tanya pada  dia dulu”aku cuba menyejukkan panas dihati Qestina.
“ahah! Semua orang dah tahu Zul suka kan ko..”Marah Qestina. Dia mundar mandir dihadapan aku.
“kalau iya pun ko dah tahu..kenapa ko pulak rasa sakit hati..ko  mak we dia ker..?”aku mencebik meluat. Perasan sungguh perempuan sekor ini. Walhal aku dengan Zulkefly tak ada apa-apa hubungan pun. Ini  pun aku baru tahu dari mulut Qestina sendiri. Rupanya  memang selama ini Zulkefly ada hati kat aku.
“sial ko bella..siapa pun aku. Ko peduli apa!” Qestina mencekak pinggang.
“jadi ko bukan kekasih dialah kan..haha..pat pat sape dpt dia punya ok..”Aku mencuit pipi Qestina. Sengaja  membuat Qestina rasa tercabar lagi .
“jaga lah ko nantiii..bella”Jerit Qestina.  Ternyata aku telah berjaya menyakitkan hatinya. Aku berlalu dengan senyuman lebar kerana  puas hati.

Masuk sahaja dalam kelas. Semua  mata  memandang ke arah aku. Aku pura-pura
 buat  muka selamba. Aku melirik ke arah meja Zulkefly tapi kerusinya kosong. 
“Kau cari sape bella..ko cari kefly ya...”tegur Elbie. Entah kenapa dia seperti 
tahu perasaan aku tika ini.
“tak de lah..aku cari Diena..”bohong aku. 
“alah..aku tahu ko cari kefly.. kan..”desak Elbie dengan  senyum sinisnya.
“kalau ya pun..ko peduli  apa..”aku mula bosan dengan sikap Elbie yang peramah
 tak bertempat.  Walaupun  aku tahu dia baik. Tapi aku tak de mood nak
melayan dia  pada  saat ini. Lebih-lebih lagi bila nama Zulkefly dikaitkan.

“Nah! Aku rasa ini boleh  membantu ko..” Dengan selama Elbie menghulurkan sekeping kertas yang diambilnya dari belakang baju aku.
“apa nih..?” Tanya aku sebelum mengambil kertas itu dari tangannya. Elbie
 mengangkat bahunya. seolah dia tidak tahu apa-apa.
Aku pantas  meragut kertas itu  dari tangan Elbie. Dia mengeleng kepala dengan
sikap aku yang tidak sabar. Sakit kepala aku tiba-tiba  datang.

“celaka punya Qestina..”Aku berdengus geram. 
Tercetus nama itu dari bibir aku. Kalau bukan dia siapa lagi. Aku benar-benar tersentak dengan tulisan yang tertera di kertas itu. PEREMPUAN MURAHAN! Entah masa bila Qestina sempat melekapkan dibelakang baju aku.  Sehingga aku sendiri tidak perasan. Patutlah semua orang pandang  aku lain macam jer tadi.

“Hati-hati dengan Qestina..bella..”Nasihat Elbie sambil menepuk bahu aku.
 Sebelum keluar  dari kelas.
“tima kasih bie...” Aku menarik nafas sedalam yang mungkin. Cuba kontrol
marah yang dari tadi aku tahan. Tapi macam mana Elbie boleh kenal Qestina.
Ah! aku tidak mahu ambik tahu. Yang pasti perempuan tu sudah mencabar
tahap kesabaran aku. Aku komotkan kertas itu dengan perasaan geram. 
Kau  memang cari nahas  Qestina...


29 Jan 2014

Mari belajar ABC'

Mari belajar ABC'..

A - Allah Maha Besar
B - Buat baik kpd ibu&ayah
C - Cari ilmu dunia & akhirat
D - Dengar nasihat guru
E - Elak dari mlakukan maksiat
F - Fikir dulu sebelum bertindak
G - Guna ilmu dgn sbaik mungkin
H - Harus ada rasa syukur
I - Ingat Allah selalu
J - Jangan ikut nafsu
K - Kata harus dikota
L - Lupakan dendam lalu
M - Minta maaf kalau buat salah
N - Niat mesti ikhlas
O - Orang sabar besar pahalanya
P - Percaya pada hari akhirat
Q - Qualitikan diri dalam kehidupan islam
R - Rugi kalau tak solat
S - Solat itu tiang agama
T - Tutup aurat
U - Ubah sikap jahat kepada baik
V - Vitaminkan diri dengan sikap rajin
W - Wang bukan penentu segalanya
X - X-tra amalan sunat dan sunnah
Y - Yang buruk jadikan sempadan
Z - Zahirkan kasih sayang sesama insan

Lukisan Hati,
Isabella Ali 2014 

26 Jan 2014

jadi kuli 02

Hari ni aku nak sambung citer pasal kerjajaya aku yang lalu. yang mana dah baca tu, dorang tahu lah kan..
Jadi aku nak citer kerja yang ke empat aku pulak. Masa ini aku dah tkt 4. Sebelum cuti sekolah lagi aku dah plan nak cari kerja.  Jadi bila terjumpa kak-kak kilang yang menyewa di sebelah rumah dan di atas rumah aku. Aku akan tanya bila berselisihan dengan dorang ditangga. Macam-macamlah nama kilang yang dorang bagi tahu aku. Cuma aku kena pilih kilang yang mana paling senang aku nak pergi dengan kos dan waktu yang sesuai. Bila dah start cuti, aku pun pergi lah interview. Apa yang aku bawak..? aku hanya bawak doa jer lah kan..hehe..
Alhamdulilah aku dapat kerja dikilang 'Gillette' di ss 15. korang tahu tak kilang apa tu..kilang pisau cukur yang korang guna untuk cukur misai dan janggut tu lah...
Gajinya..? kalau ikutkan tahun aku tu..lumayan jugak lah RM15-RM20. Waktu kerja pun ikut opis hour. tu x termasuk o.t. lagi. Dapat gaji pulak seminggu sekali. Kerja aku still sama jugak bahagian paking barang. Kali ini kerja aku tak lah teruk sangat. Sebab barang tu pun kecik jer. Cuma masukkan ke dalam bekas yang disediakan. mcm kat kedai tu, sape nak tarik jer kan..semua ni kami buat secara manual. Duduk sampai naik kebas punggung nak siapkan kerja tu. Tapi yang best dapat geng satu kepala. Ramai jugak budak sebaya aku yang kerja situ. Aku ingatkan aku jer yang muda..^_^

Kerja aku yang kelima pulak, tahun ini aku dah abis spm jadi peluang nak berkerja tu banyak. Dan aku bebas nak pilih. Oleh kerana mak ayah aku tak tanya nak sambung belajar ker tak..secara otomitiknya jiwa nak belajar dah x de dalam diri. Jadi aku yang tak reti nak duduk diam ni pun cari lah kerja. Kali ini aku dah tak nak kerja kilang. sebab aku dah bosan mengadap benda yang sama. Satu hari semasa aku jalan2 dengan kawan ternampaklah satu kedai tu nak pakai pekerja. Bila tanya jer..terus dapat. Kerja ini paling best..senang tapi dalam masa yang sama susah juga. Aku kerja sebagai cashier di sebuah kedai mjual kaset/cd. Dengan gaji RM400 sebulan pada aku okey lah sebab dekat dengan rumah aku. Pergi kerja jalan kaki pun dah sampai. Best jugak kerja ni sebab leh layan lagu. Tapi bila orang datang beli. Aku terpaksa cari keset atau cd tu kat dalam stor. Manalah aku nak tahu cd/kaset tu simpan kat mana. Bukan sikit..banyak tuuu..lepas tu kena ingat banyak benda pulak. Jadi aku kerja sebulan jer kat situ. Lepas berhenti tu, aku dapat kerja di klang. Kebetulan masa tu aku gi merayau kat sana. Dorang nak pakai cashier di Roller Skate's pub sejenis kedai sukan outdoor dengan gaji RM600- RM800. Kebetulan aku pun memang minat giler sukan ni..dekat 6 bulan jugak aku kerja kat situ sebagai penjual tiket masuk. Masa ni lah aku dapat ramai kawan cina. Sebab hanya aku jer orang melayu yang kerja kat sana. Sebelum berhenti kerja..bos ada bagi cenderhati kat aku. Baju,seluar dan sebuah jam yang berjenama tapi semuanya adik aku dah cilok.
*berhenti kerja sebab x de orang nak ambik bila kena o.t sampai mlm.

Dapat sahaja sijil spm, niat nak sambung belajar terus terkubur. walaupun ada peluang nak sambung belajar. tapi aku dah tak berminat. sebab tak de yang nak menyokong aku. Menyokong dari wang ringgit dan semangat  memang tak de. Jadi pandai2 lah aku bawak diri. Mujurlah aku ni jenis yang tahu bawak diri. Mak dan ayah percaya 100% pada aku. Kepercayaan mereka aku jaga sampai hari ini. Biar nakal jangan jahat! ^_^
Berhenti saja kerja di klang, dengan berbekalkan sijil spm. aku mohon kerja disebuah kedai kasut sebagai cashier lagi. Dekat dengan rumah tapi aku kerja tak lama kat sana. Bila ada seorang customer's yang baik dengan aku pelawa untuk berkerja disyarikat rakan kongsinya. Pada mulanya aku agak serba salah. Sebab bos aku baik. Susah nak jumpa bos perempuan macam bos aku ini. bos aku walaupun cina tapi dia baik. Bila aku nyatakan hasrat aku. dia cakap "cuba lah..tapi kalau tak sesuai datang kerja sini balik,awak belajar lah..bukan senang nak dapat kerja opis". Bila bos dah cakap macam tu, aku jadi lega sikit. lagi pun opis tu bukannya jauh, selang 2 kedai jer dari tempat kerja lama aku. Dalam surat permohonan tertera kerja aku sebagai  kerani am di sebuah pusat tuisyen milik rakannya. Ini juga lah kali pertama aku berkerja di bawah bos yang berbangsa India. Bos yang sangat baik pada aku..
Dialah guru yang mengajar aku tentang dunia opis'.. sampai sekarang aku akan tersenyum sendiri bila mengenangkan budinya pada aku. bertapa aku berterima kasih padanya. Kalau bukan kerana ilmunya aku tidak pandai*
Disinilah bermulanya aku mengenali dunia koprat..



* semua boss' cina aku memang baik..sebab tu aku suka kerja dgn cina. bila minta naik gaji jer terus dapat. tak macam melayu, baik memang baik tapi kedekut!(tak berbaloi dgn tenaga&masa)


nnti aku sambung lagi yoo...byk lagi nih...sabar....

23 Jan 2014

Pengalaman tika jadi kuli..dah tentu bukan majikan! 01

Nanti aku nak hitung dulu berapa kerja yang dah pernah aku lakukan seumur idup ini.
okey! biar aku mulakan dari aku sekolah dululah ya.., sebab aku rasa elok juga korang tahu bagaimana aku kecik2 dulu..sebelum korang bandingkan aku yang sekarang dari segi pengalaman aku ini..^_^

Aku start berdikari masa tinggal dengan mak aku di terengganu dulu. bila tengok mak aku kerja untuk sara kami siang malam. aku pun turut ikut mak aku bekerja di kilang keropok. mak aku kerjanya siang ikan. ikan pulak bukan sekilo dua nak kena siang tapi  bertong-tong. Bila ikan siap disiang dan sudah diadunkan kemudian barulah ia dibentuk dan dipotong mengikut arahan tauke. Banyak lah proses nak buat keropok ni. Tapi itu kerja orang lain lah pulak, tak kan semua kerja mak aku nak buat. kang orang lain nak makan apa ^_^.  lepas siang ikan,kerja mak jemur keropok dan angkat keropok yang sudah kering. pastu kalau x de orang yang nak pek kan keropok tu, mak aku jugak lah yang kena buat . Terpaksa lah mak aku o.t sampai malam. gaji..? tak payah tanya lah nanti korang x percaya. tapi aku kena kasi tahu jugak lah..dalam sehari gaji mak aku tak sampai RM15-20. Itu pun tengok pada tauke punya mood dan ikang. kalau ikan kurang, gaji pun bertambah kurang. maklumlah keropok ini buat daripada ikan. kalau takde ikan..nak buat keropok macam mana kan..? jadi kerja aku..aku ada jugak lah cuba tolong mak aku siang ikan yang bertong-tong tu. tapi tak sampai 1/2 jam belakang aku dah sakit. ikan pun ikut suka aku jer potong. jadi mak suruh aku buat kerja lain..yang tidak menjahanamkan ikan. kerja kat kilang keropok ni, kerja yang paling senang pada aku ,jemur keropok dengan bungkus keropok. jadi itulah kerja pertama yang aku lakukan dalam hidup aku. lama jugak lah aku buat kerja tu..kalau gi krusus dah tentu aku dapat sijil. Masa ni  aku dalam tkt 1 kalau tak silap.

kerja yang kedua pulak, suatu hari saudara mak aku datang dari kelantan. dia kata nak pakai orang kat kedai makan dia. mak aku tanpa bertanya persetujuan dari aku terus jer cadangkan nama aku kat dia. nak tak nak terpaksa jugak lah aku ikut. kebetulan cuti sekolah, mak aku cakap dari aku x buat apa2..eloklah tolong makcik jah tu. pada mulanya aku memang segan dengan makcik jah tu. tapi bila dah sampai rumah dia aku jadi seronok sebab tak de orang kat rumah dia. jadi aku bebas lah bergerak sana sini. pendek kata aku dengan makcik jah macam anak dan emak. Di kedai makan nasi ayam makcik jah, tak de orang lain. hanya aku dengan makcik jah jer..kata makcik jah, kedai makan dia buka malam sahaja dari pukul 5 ptg - 6 pagi. jadi tak perlu ramai perkerja. Agak2 boleh tak korang bayangkan kerja aku macam mana..? makcik jah yang dah berumur 60 tahun berbadan gempal tu dengan aku yang baru tkt 2 ni bergabung bersama. Huhu..dah tentu aku yang kena buat banyak kerja. Bila bukak jer  kedai, aku lah yang  kena  masak nasik, kukus ayam, kemas kerusi-meja, buat sup, basuh pinggan-mangkuk,mop lantai dan bancuh air pun aku jugak yang kena buat. Semua kerja yang berat2  semua aku pikul. Makcik Jah hanya tahu mengarah jer..dengan gaji dia kasi RM7 sehari. Patut lah ramai perkerjanya lari.

Bila pindah sekolah ke s.alam, peluang berkerja disini banyak. jadi aku tidak lepaskan peluang bila kawan abang cadangkan hendak carikan aku kerja bila cuti sekolah nanti. Aku pun hairan juga, kenapa asal cuti sekolah jer, jiwa aku ni suka nak berkerja. walhal boleh jer duk rumah, lepak2 dengan kawan2. entahlah.. mungkin aku dah biasa berkerja dan suka duit ada kat dalam tangan dengan usaha sendiri.
Inilah pertama kali aku menjejak kaki ke dalam sebuah kilang. kebetulan umur aku pun dah cukup waktu itu. Jadi dapatlah aku berkerja. Cuti akhir tahun tkt 3 ini aku penuhi dengan berkerja di kilang buat 'Ridsect' spare ubat nyamuk dengan gajinya RM15-RM17 ikut opis hour. Nak o.t pun boleh kalau mahu. Kerja aku paking barang. Setiap tempat paking sudah ada bahagian masing2. Bila tin2 ridsect tu sudah siap dibungkus.Aku kena masukkannya ke dalam kotak dengan cepat. kalau tidak, haru biru lah tugas aku. sebab yang mbungkusnya ramai. tapi yang nak masukkan ke dalam kotaknya hanya 2 orang. aku dengan kwan aku. Jadi aku kena lah buat baik dengan orang2 bungkus. Kalau tak diorang dajalkan aku..huhu..pernah sekali dorang dajalkan aku, sampai bertabur tin2 ridsect tu dalam kilang. sebab kami tak cukup tangan nak masukkn kedalam kotak. Kesnya pasal aku tegur dorang bungkus tak betul. Sejak tu aku buat tak tahu. Lantaklah apa yang dorang nak buat. Janji kerja aku dorang tak kacau. Dua bulan jugak lah aku kerja kat situ. Ramai kenalan aku dapat tapi semuanya entah mana2 sekarang. harap dorang semua sukses sll..


nnti aku sambung lagi yekk...^_^






Episod 15 Isabella..lambang cinta yang lara

Episod 15

“kau ni kenapa..bella,ujian peperiksaan banyak yang kau gagal. kau tak study ker..teruk sangat aku tengok keputusan peperiksaan kau kali  ni” Leter Noreen mengalahkan emak aku di kampung.
“bisinglah ko ni Noreen..” bibir aku ketap menahan geram.
“lagi 4 bulan je  kita nak abik SPM, ko tahu kan! malu lah aku kalau geng kita tak lulus nanti” Noreen bersyarah lagi.
“aku tahu lah..apa aku nak buat..ko diam boleh tak?”Aku tahu niat Noreen baik.  Cuma aku  tak ada  mood nak layan dia pada pagi ini. Walaupun kami digelar budak nakal tapi  markah dalam setiap mata pelajaran kami tetap mantap. Lebih-lebih lagi Noreen, dia memang pelajar cemerlang.  Dengan Mottonya’no study hard..but study smart. .

“wah! Ko ni Noreen  mengalahkan cikgu Zaiton. Berleter dari tadi tak abis-abis..aku dengar pun  sakit telinga tau..”sampuk Deana dengan muka poyonya. berjalan lengang kangkung ke arah kami.
“ korang nih memang tak de semangat nak belajar langsung..”Noreen menghempaskan punggung besarnya ke kerusi hadapan aku. Kertas ujian percubaan SPM ditangannya diletaknya betul-betul di muka aku.
Aku rampas kertas ditangannya. Lalu memasukkan ke dalam beg.
“ko ni kenapa..datang bulan ya, reen..?” Sindir Deana. Noreen tersengih mendengar ayat itu dari mulut Deana. Lancang sungguh mulut deana pagi ni.
“Bukan datang bulan..tapi bulan yang tak penuh-penuh ko tau tak..? yang ko ni bella, ada masalah dengan pak we ker..? tapi setahu aku, ko mana ada pak we kan..hehehe...”Noreen melawak. Buat  mood aku bertambah kacau. aku mengeleng kepala.
“sape kata bella tak de pak we..ramai lah kalau dia nak..dia je yang tak nak..”Deana membela aku. Dalam aku meramas-ramas dahi. sempat juga aku senyum sinis kearah Noreen.
“si Harry  blur tu pun masih tunggu dia lagi..jangan kau tak tahu reen..” tambah Deana dengan menepuk-nepuk pipi Noreen dengan perlahan. Noreen tersenyum sinis. lalu menepis tangan Diena.
“alah..si Harry blur tu sape yang nak..bagi free kat aku pun aku tak nak lahh..”Noreen tidak mahu kalah. 
"alah..ko tu yang dengki..ko.."
“korang nih boleh diam tak..aku tengah pening kepala nih” jerit aku sekuat hati.
Deana dan Noreen terdiam seketika. 
“cakap lah ko tengah pening kepala kan senang..” marah Deana. Rambut aku dibelai-belainya. aku menolak tangan deana.
“entah apa-apa lah bella nih..” sampuk Noreen. berdiri sebelah Deana.
“Apa yang korang bising-bising nih..sampai kat luar aku boleh dengar suara korang semua tau tak?”Jerkah Azany yang tiba-tiba muncul. Aku tunduk tidak mahu menatap mata Azany.
“Bella pening kepala katanya.”jawab Noreen sebelum hendak meninggalkan aku yang sedang menahan kesakitan.  Azany meneliti ke wajah aku. Mungkin mencari kebenaran dari kata-kata Noreen.
“ko nak penadol ker bella..” tanya Azany simpati. dia berdiri disisi aku. cuba hendak meraba dahi aku. tapi cepat-cepat dia alihkan tangannya. Bila aku mengangkat muka.
“Ko ada ker..” balas aku yang masih lagi tidak mahu memandang ke wajahnya.
“ada..nanti aku pegi abik..”Azany berlalu meninggalkan kami bertiga dengan tergesa-gesa. Tidak sampai 5 minit azany kembali bersama segelas air kosong dan penadol ditangannya. Aku meneguk air bersama penadol yang dibawanya tadi.
“terima kasih Azany” aku menghulur kembali gelas tadi kepadanya. Nak tak nak aku kena tengok jugak mukanya. Ya'Allah..kuatkan hatiku. jangan kau jatuhkan cintaku padanya atas dasar simpati.
“sama-sama..ada rasa okey sikit”tanya Azany dengan senyum ikhlasnya.
“dah ok sikit..tima kasi Azany” aku mengangguk lalu mengukirkan senyuman palsu padanya. walaupun kepala masih lagi sikit tapi tidak lah seteruk tadi.
“hukk..hukk..”Deana sengaja buat-buat batuk. Seolah kami tidak menyedari kewujudan dia disitu.
“aku tahu lah Deana..”bidas Azany kemudian berlalu dari kelas. Tapi  renungan matanya masih teracap ke wajah aku. aku jadi kesian.
“abis lah kalau si Harry blur tu nampak..”Jerit Noreen  yang mengintai di luar tingkap.  Sempat lagi dia  hendak mengusik aku saat ini. Harry...? bagaimana lelaki itu nak aku uruskan..

                                                               *****
Pada aku cinta hanya boleh datang sekali. Mana  mungkin aku akan jatuh cinta berkali-kali. Kerana aku amat pentingkan kesetiaan dan kejujuran. Cintaku umpama emas  yang ada nilai harganya.  Jika sekali aku melafaskan kata cinta pada seseorang. Hanya  dialah kekasihku hingga ke akhir hayat hidupku. Tetapi kalau  persahabatan, ia boleh datang setiap hari dalam hidupku.  Aku boleh  menerima sesiapa sahaja yang hendak menjadi kawanku. Namun bukan kekasihku. Jadi  tidak salahkan kalau aku bersahabat dengan ramai lelaki atas  rasa sayang bukan atas dasar cinta.
Dan bukan mudah untuk aku jatuh cinta. Banyak perkara yang perlu aku fikirkan selain dari bercinta. Buat masa ini aku hanya fikirkan diri aku dan keluarga aku. Lagi pun tidak lama lagi  ujian peperiksaan SPM akan bermula. Kertas ujian percubaan yang lepas-lepas banyak yang aku  gagal.  Sekarang pun aku sudah jarang mengulangkaji pelajaran dirumah. Kadang-kadang bila teragak jer baru aku mengulangkaji. Itu pun kalau mood rajin datang.

“Isabella, saya tahu awak pelajar yang pintar..Cuma awak perlu berusaha lebih sikit. Buangkan sikap malas awak tu..banyakkan mengulangkaji pelajaran..faham..?” tegur cikgu Zaiton. Ketika menghulurkan kertas ujian percubaan matematik. Aku hanya mengangguk. Dan melirik ke markah yang dibulatkan dengan pen dakwat merah tercatit 47 markah. Nyaris-nyaris nak gagal. Bisik hati kecilku. Banyak perkara yang bermain dalam kepala aku sekarang. Banyak benda yang buatkan aku hilang mood nak belajar.
Kalau ikutkan hati mahu sahaja aku berhenti sekolah. Sebab ayah sudah jarang mengirimkan wang perbelanjaan sekolah aku lagi. Semua tanggungjawap ayah lepaskan dibahu abang Faezal. Aku begitu kecewa dengan sikap ayah yang sudah banyak berubah. Tapi bila mengenangkan peperiksaan lagi 4 bulan. Aku kuatkan hati dan cuba berjimat cermat. Kadang tu aku terpaksa juga meminjam dari Riezal. Walaupun terasa malu tapi aku tebalkan muka. Mujurlah Riezal memahami.  Dia tidak mengambil kesempatan atas kesusahan yang aku alami. Riezal benar-benar menyayangi dan menganggap aku seperti adik perempuannya sendiri. Walaupun sepanjang aku mengenali Riezal. Aku belum pernah melihat dia bersama wanita lain disini. Lagi pun aku tidak pernah bertanyakan tentang hal peribadinya. Kerana itu bukan urusan aku. Jadi tidak perlulah aku hendak mengorek kisah hidupnya. Biarkan kami terus kekal begini.

Pernah suatu ketika dulu Riezal mengajak aku ke kampungnya untuk kenalkan aku kepada keluarganya. Tapi aku menolak kerana malu pada keluarganya. Nanti apa kata saudara maranya bila melihat seorang wanita datang ke rumah orang lelaki. Dan sudah tentu aku terpaksa bermalam disana. Sejak itu Riezal tidak lagi mempelawa aku ke kampungnya. Mungkin dia  menghormati pendirian aku. Hubungan aku dengan Riezal telah abang Faezal ketahui. Abang Faezal juga menganggap Riezal seperti saudara sendiri. Jadi aku bertambah yakin bila abang Feazal mengizinkan persahabatan aku dengan Riezal. 
Pada Riezal  lah tempat aku meluahkan segala-galanya. Dia seorang abang dan teman tika aku memerlukan. Riezal tidak pernah lokek waktu dan wang bila aku memerlukan. Dia sentiasa ada untuk aku. Aku bertuah kerana mengenali dirinya.

“bella..abang nak pegi genting highland esok, bella nak ikut”Tanya Riezal sewaktu singgah dirumah.  Abang faezal yang duduk menonton tv melirik hujung matanya ke wajah aku. Aku berpaling  memandang Riezal dengan perasaan seronok.
“wah! Bestnya..bella nak pegi..boleh tak abang..”aku memujuk abang Feazal.
“jumm lah faezal..kita pegi sekali..”Riezal mengajak bersungguh-sungguh.
“bella tak pernah pegi lagi genting tapi orang kata tempat tu best..jumm lah abang” aku merenggek manja pada abang Feazal.
“abang kena keja lah esok..”
“ehh..bukan ker esok cuti..ker abang nak OT ..aduhh..”aku mengeluh perlahan.  Sedikit kecewa.
“abang kena ganti kan kawan abang esok..korang jer lah pegi..”terang abang Faezal.
“boleh ker abang..abang kasi bella pegi...”aku seperti  tidak percaya. Tapi hati sudah berbunga gembira  bila abang telah mengizinkan. Itu yang  penting!
“ya..tapi jaga diri elok-elok..kan Riezal” abang berpaling kepada Riezal yang senyap dari tadi mendengar perbualan kami. Riezal pantas mengangguk setuju dan tersenyum.  

Tidak sabar aku hendak menunggu pagi esok. Aku cadang hendak memilih baju yang sesuai untuk dipakai. kata orang tempat tu sejuk. Jadi aku akan cari baju yang berlengan panjang. Agar tidak kesejukkan di sana nanti. Abang  Faezal sudah lama masuk ke biliknya. tika aku keluar menghantar Riezal di pintu. Tinggallah aku diruang tamu seorang diri. Aku bangun  dari kerusi lalu menutup tv.  Kemudian menuju ke dapur untuk minum kerana tekak tiba-tiba terasa haus. Huh!Leganya dapat baring di atas katil. Hilang rasa penat seketika. Aku masih terkebil-kebil diatas katil sambil melayan radio selangorfm. Jam sudah pukul 11.40 minit malam. Mata tidak lagi rasa  mengantuk. Aku capai majalah Remaja. Baru  saja baca lima muka surat aku sudah menguap berkali-kali.

                                                                *****
“bella tunggu sini..abang pegi beli  tiket bas dulu ya..”Kata Riezal kepada aku.  Aku mengangguk. Sambil melihat bas  yang banyak tersusun di perkarangan hentian kelang. Cuaca hari ini cerah dan sesuai untuk ke sana. Kalau musim hujan bahaya sedikit kata Riezal. Sedikit..? kalau sudah melibatkan nyawa bukan sedikit tu..tapi banyak bahaya!  Pada mulanya aku takut juga bila mendengar risikonya. Tapi perasaan ingin tahu telah melebihi dari perasan takut. Jadi aku bulatkan hati dengan perasan berani.
“janganlah takut..abangkan ada..”Riezal cuba menyakinkan aku.
“abang ada pun, belum  tentu juga selamat..” aku mencebik manja. 
Mataku liar memandang keluar di jendela bas. melihat panorama alam yang indah.
“berdoalah pada Allah,  semoga kita selamat pegi  dan balik..”kata Riezal perlahan.
Hati aku mula jadi tenang bila nama Allah disebut oleh Riezal. Aku berserah segalanya pada Dia.  Berharap semoga perjalanan kami dipermudahkan. Bas sudah meninggalkan kawasan bandar Kuala Lumpur. Ramai juga penumpang yang mahu ke genting highland. Kerana hampir penuh kerusi yang ada. Aku duduk di tepi tingkap. Melihat suasana luar yang kehijauan  mendamaikan jiwa. Bas bergerak dengan lancar. Riezal disebelah hanya berdiam  diri tanpa suara. Mungkin sedang melamun teringatkan kekasih hati di kampung. Aku menarik nafas sedalam yang mungkin. Perasaan semakin menjadi tidak sabar bila melihat papan tanda di jalan menunjukkan yang kami akan sampai. Bas mula bergerak dengan agak perlahan ketika menaiki  bukit. Keadaan bukit yang begitu curam. Membuatkan aku jadi takut. Riezal memegang tangan aku.  Cuba mengawal perasaan takut aku.  Aku perhatikan jalan-jalan yang semakin  menuju ke puncak. Deruman kuat bunyi enjin bas membuatkan hati aku semakin berdebar-debar. Aku jadi gelisah ditempat duduk.

“jauh lagi ker abang..bella takut lah..” bekerut dahi aku menahan rasa takut. bila melihat bas makin condong ke sisi gaung.
“dah dekat ni..setengah jam  lagi kita sampai lah..tak de apa-apa lah, bella jangan risau okey..”Riezal cuba menyakinkan aku.
“setengah jam lagi...lama lah tu..”aku buntu. dalam hati tuhan sahaja yang tahu.
“alah..bella buat-buat tak nampak jer ya..” 
“abang senang lah cakap..dah berkali-kali datang sini. Tapi bella baru pertama kali datang sini..mestilah bella nak tengok semuanya..”Luah aku. dalam takut-takut tapi masih lagi nak tengok. camana tuhh..
“hah! kita dah nak sampai pun..lepas selekoh tu kita sampai lah..”Ceria suara Riezal menunjukkan bangunan yang telah kelihatan. Aku memandang dengan perasan lega.  Walaupun masih was-was lagi dengan keadaan bas yang masih bergerak perlahan.
“dah nak sampai ker..”aku melepaskan nafas lega.
“ya sayang..dah sampai ni..”Usik Riezal tersenyum melihat telatah aku.
Turun saja dari bas. Rasa sejuk mula  terasa. dengan tiupan angin  menampar lembut ke wajah. buatkan Bibirku rasa kering. aku basahkan bibir dengan air liur. kesejukan memaksa aku memeluk tubuh sendiri. kabus  yang semakin banyak  menghalang pandangan mataku untuk melihat suasana sekeliling. tiba-tiba terasa rintik-rintik air hujan jatuh ke atas kepala. aku semakin kesejukan. Mujur lah aku pakai baju yang sesuai.

“Sejuknya kat sini...abang tak sejuk ker..”
Aku mengosok-gosok tapak tangan untuk menghilangkan rasa sejuk. Dan baru aku  perasan yang Riezal hanya memakai baju t-shirt  tanpa membawa baju  tebal.
“mana ada sejuk..biasa jer..”Riezal menunjukkan gaya seolah tiada apa-apa.
Aku mencubit lengannya dengan sepontan. geram dengan sikapnya.
“alah..kejap lagi sejuk lak tu..”aku mencebik padanya. Berlagak!
“jumm.. kita masuk kat dalam..kat sana dah  tak sejuk nanti” kata Riezal sambil menarik tangan aku. Suasana di genting highland amat menakjubkan. Aku rasa seolah  diriku berada dekat dengan awan.  Aku renung lurah-lurah yang terhampar kehijauan dalam kabus yang mula menebal. Rasa takut  tadi hilang bertukar dengan rasa kagum. Merasa juga aku menjejak kaki ke sini bisik hatiku. Syukurlah kami telah selamat tiba di puncaknya. Aku hirup udara segar itu sepuas-puasnya.

Wah! Ada macam-macam  permainan  dan hiburan  di dalam bangunan ini rupanya. Rasa sejuk hilang dengan tiba-tiba bila Riezal menghulurkan segenggam  token. Aku apa lagi dengan pantas menyambarnya. Inilah masanya nak merasa main game dengan sepuasnya. Semua permainan‘game yang ada aku cuba.  Riezal hanya mengikut langkah kaki aku yang seperti pelanduk masuk kampung itu.  Setelah puas bermain baru terasa perut lapar. aku mengajak Riezal makan di restoran kfc .

“banyak dapat mata..”tanya Riezal.
“tak banyak pun..tapi puas hati mmg best giller..”kata aku tersenyum lebar.
“mahunya tak best dari tadi tak henti-henti main game”usik Riezal.
“hehe..abang marah ker..”aku menatap mata Riezal. Sengaja buat dia serba salah.
“marah tu tak lah tapi..ingat-ingat lah kat orang sebelah ni..”Luah Riezal  seolah merajuk.
“alah..abang nih, nak merajuk pulak..macam budak-budak tau..”
“abis tu..yang main game tak ingat dunia tu..bukan macam budak-budak jugak ker..”sindir Riezal bersahaja.
“eiii..abang nih..”aku  menarik muka masam.
“ok-ok..kalau nak merajuk pun makan dulu ya..”Riezal mencuit dagu aku.
Aku menjeling manja  kearahnya. Tanpa sempat dapat menepis tangan nakalnya.

Selepas makan Riezal mengajak aku menaiki kereta  kabel. Bila cuaca sudah kembali cerah. Pada mulanya aku tidak mahu mencuba kerana takut. Tapi setelah berada di dalamnya. Aku jadi teruja dan seronok bila dapat melihat  pemandangan indah dari atas. Aku melihat semuanya menjadi kecil. Agaknya begitulah Allah melihat kita fikir aku. Bertapa kerdilnya manusia seolah seperti semut yang sedang berkeliaran.  Air  tasik yang jernih  membuatkan hatiku jadi tenang. Riezal mengenggam erat tanganku. Lalu aku sandarkan kepala  ke bahunya. Indahnya saat itu sehingga  sukar untukku mengungkapnya dengan kata-kata. aku mula rasa diri disayangi..