29 Jan 2014

Mari belajar ABC'

Mari belajar ABC'..

A - Allah Maha Besar
B - Buat baik kpd ibu&ayah
C - Cari ilmu dunia & akhirat
D - Dengar nasihat guru
E - Elak dari mlakukan maksiat
F - Fikir dulu sebelum bertindak
G - Guna ilmu dgn sbaik mungkin
H - Harus ada rasa syukur
I - Ingat Allah selalu
J - Jangan ikut nafsu
K - Kata harus dikota
L - Lupakan dendam lalu
M - Minta maaf kalau buat salah
N - Niat mesti ikhlas
O - Orang sabar besar pahalanya
P - Percaya pada hari akhirat
Q - Qualitikan diri dalam kehidupan islam
R - Rugi kalau tak solat
S - Solat itu tiang agama
T - Tutup aurat
U - Ubah sikap jahat kepada baik
V - Vitaminkan diri dengan sikap rajin
W - Wang bukan penentu segalanya
X - X-tra amalan sunat dan sunnah
Y - Yang buruk jadikan sempadan
Z - Zahirkan kasih sayang sesama insan

Lukisan Hati,
Isabella Ali 2014 

26 Jan 2014

jadi kuli 02

Hari ni aku nak sambung citer pasal kerjajaya aku yang lalu. yang mana dah baca tu, dorang tahu lah kan..
Jadi aku nak citer kerja yang ke empat aku pulak. Masa ini aku dah tkt 4. Sebelum cuti sekolah lagi aku dah plan nak cari kerja.  Jadi bila terjumpa kak-kak kilang yang menyewa di sebelah rumah dan di atas rumah aku. Aku akan tanya bila berselisihan dengan dorang ditangga. Macam-macamlah nama kilang yang dorang bagi tahu aku. Cuma aku kena pilih kilang yang mana paling senang aku nak pergi dengan kos dan waktu yang sesuai. Bila dah start cuti, aku pun pergi lah interview. Apa yang aku bawak..? aku hanya bawak doa jer lah kan..hehe..
Alhamdulilah aku dapat kerja dikilang 'Gillette' di ss 15. korang tahu tak kilang apa tu..kilang pisau cukur yang korang guna untuk cukur misai dan janggut tu lah...
Gajinya..? kalau ikutkan tahun aku tu..lumayan jugak lah RM15-RM20. Waktu kerja pun ikut opis hour. tu x termasuk o.t. lagi. Dapat gaji pulak seminggu sekali. Kerja aku still sama jugak bahagian paking barang. Kali ini kerja aku tak lah teruk sangat. Sebab barang tu pun kecik jer. Cuma masukkan ke dalam bekas yang disediakan. mcm kat kedai tu, sape nak tarik jer kan..semua ni kami buat secara manual. Duduk sampai naik kebas punggung nak siapkan kerja tu. Tapi yang best dapat geng satu kepala. Ramai jugak budak sebaya aku yang kerja situ. Aku ingatkan aku jer yang muda..^_^

Kerja aku yang kelima pulak, tahun ini aku dah abis spm jadi peluang nak berkerja tu banyak. Dan aku bebas nak pilih. Oleh kerana mak ayah aku tak tanya nak sambung belajar ker tak..secara otomitiknya jiwa nak belajar dah x de dalam diri. Jadi aku yang tak reti nak duduk diam ni pun cari lah kerja. Kali ini aku dah tak nak kerja kilang. sebab aku dah bosan mengadap benda yang sama. Satu hari semasa aku jalan2 dengan kawan ternampaklah satu kedai tu nak pakai pekerja. Bila tanya jer..terus dapat. Kerja ini paling best..senang tapi dalam masa yang sama susah juga. Aku kerja sebagai cashier di sebuah kedai mjual kaset/cd. Dengan gaji RM400 sebulan pada aku okey lah sebab dekat dengan rumah aku. Pergi kerja jalan kaki pun dah sampai. Best jugak kerja ni sebab leh layan lagu. Tapi bila orang datang beli. Aku terpaksa cari keset atau cd tu kat dalam stor. Manalah aku nak tahu cd/kaset tu simpan kat mana. Bukan sikit..banyak tuuu..lepas tu kena ingat banyak benda pulak. Jadi aku kerja sebulan jer kat situ. Lepas berhenti tu, aku dapat kerja di klang. Kebetulan masa tu aku gi merayau kat sana. Dorang nak pakai cashier di Roller Skate's pub sejenis kedai sukan outdoor dengan gaji RM600- RM800. Kebetulan aku pun memang minat giler sukan ni..dekat 6 bulan jugak aku kerja kat situ sebagai penjual tiket masuk. Masa ni lah aku dapat ramai kawan cina. Sebab hanya aku jer orang melayu yang kerja kat sana. Sebelum berhenti kerja..bos ada bagi cenderhati kat aku. Baju,seluar dan sebuah jam yang berjenama tapi semuanya adik aku dah cilok.
*berhenti kerja sebab x de orang nak ambik bila kena o.t sampai mlm.

Dapat sahaja sijil spm, niat nak sambung belajar terus terkubur. walaupun ada peluang nak sambung belajar. tapi aku dah tak berminat. sebab tak de yang nak menyokong aku. Menyokong dari wang ringgit dan semangat  memang tak de. Jadi pandai2 lah aku bawak diri. Mujurlah aku ni jenis yang tahu bawak diri. Mak dan ayah percaya 100% pada aku. Kepercayaan mereka aku jaga sampai hari ini. Biar nakal jangan jahat! ^_^
Berhenti saja kerja di klang, dengan berbekalkan sijil spm. aku mohon kerja disebuah kedai kasut sebagai cashier lagi. Dekat dengan rumah tapi aku kerja tak lama kat sana. Bila ada seorang customer's yang baik dengan aku pelawa untuk berkerja disyarikat rakan kongsinya. Pada mulanya aku agak serba salah. Sebab bos aku baik. Susah nak jumpa bos perempuan macam bos aku ini. bos aku walaupun cina tapi dia baik. Bila aku nyatakan hasrat aku. dia cakap "cuba lah..tapi kalau tak sesuai datang kerja sini balik,awak belajar lah..bukan senang nak dapat kerja opis". Bila bos dah cakap macam tu, aku jadi lega sikit. lagi pun opis tu bukannya jauh, selang 2 kedai jer dari tempat kerja lama aku. Dalam surat permohonan tertera kerja aku sebagai  kerani am di sebuah pusat tuisyen milik rakannya. Ini juga lah kali pertama aku berkerja di bawah bos yang berbangsa India. Bos yang sangat baik pada aku..
Dialah guru yang mengajar aku tentang dunia opis'.. sampai sekarang aku akan tersenyum sendiri bila mengenangkan budinya pada aku. bertapa aku berterima kasih padanya. Kalau bukan kerana ilmunya aku tidak pandai*
Disinilah bermulanya aku mengenali dunia koprat..



* semua boss' cina aku memang baik..sebab tu aku suka kerja dgn cina. bila minta naik gaji jer terus dapat. tak macam melayu, baik memang baik tapi kedekut!(tak berbaloi dgn tenaga&masa)


nnti aku sambung lagi yoo...byk lagi nih...sabar....

23 Jan 2014

Pengalaman tika jadi kuli..dah tentu bukan majikan! 01

Nanti aku nak hitung dulu berapa kerja yang dah pernah aku lakukan seumur idup ini.
okey! biar aku mulakan dari aku sekolah dululah ya.., sebab aku rasa elok juga korang tahu bagaimana aku kecik2 dulu..sebelum korang bandingkan aku yang sekarang dari segi pengalaman aku ini..^_^

Aku start berdikari masa tinggal dengan mak aku di terengganu dulu. bila tengok mak aku kerja untuk sara kami siang malam. aku pun turut ikut mak aku bekerja di kilang keropok. mak aku kerjanya siang ikan. ikan pulak bukan sekilo dua nak kena siang tapi  bertong-tong. Bila ikan siap disiang dan sudah diadunkan kemudian barulah ia dibentuk dan dipotong mengikut arahan tauke. Banyak lah proses nak buat keropok ni. Tapi itu kerja orang lain lah pulak, tak kan semua kerja mak aku nak buat. kang orang lain nak makan apa ^_^.  lepas siang ikan,kerja mak jemur keropok dan angkat keropok yang sudah kering. pastu kalau x de orang yang nak pek kan keropok tu, mak aku jugak lah yang kena buat . Terpaksa lah mak aku o.t sampai malam. gaji..? tak payah tanya lah nanti korang x percaya. tapi aku kena kasi tahu jugak lah..dalam sehari gaji mak aku tak sampai RM15-20. Itu pun tengok pada tauke punya mood dan ikang. kalau ikan kurang, gaji pun bertambah kurang. maklumlah keropok ini buat daripada ikan. kalau takde ikan..nak buat keropok macam mana kan..? jadi kerja aku..aku ada jugak lah cuba tolong mak aku siang ikan yang bertong-tong tu. tapi tak sampai 1/2 jam belakang aku dah sakit. ikan pun ikut suka aku jer potong. jadi mak suruh aku buat kerja lain..yang tidak menjahanamkan ikan. kerja kat kilang keropok ni, kerja yang paling senang pada aku ,jemur keropok dengan bungkus keropok. jadi itulah kerja pertama yang aku lakukan dalam hidup aku. lama jugak lah aku buat kerja tu..kalau gi krusus dah tentu aku dapat sijil. Masa ni  aku dalam tkt 1 kalau tak silap.

kerja yang kedua pulak, suatu hari saudara mak aku datang dari kelantan. dia kata nak pakai orang kat kedai makan dia. mak aku tanpa bertanya persetujuan dari aku terus jer cadangkan nama aku kat dia. nak tak nak terpaksa jugak lah aku ikut. kebetulan cuti sekolah, mak aku cakap dari aku x buat apa2..eloklah tolong makcik jah tu. pada mulanya aku memang segan dengan makcik jah tu. tapi bila dah sampai rumah dia aku jadi seronok sebab tak de orang kat rumah dia. jadi aku bebas lah bergerak sana sini. pendek kata aku dengan makcik jah macam anak dan emak. Di kedai makan nasi ayam makcik jah, tak de orang lain. hanya aku dengan makcik jah jer..kata makcik jah, kedai makan dia buka malam sahaja dari pukul 5 ptg - 6 pagi. jadi tak perlu ramai perkerja. Agak2 boleh tak korang bayangkan kerja aku macam mana..? makcik jah yang dah berumur 60 tahun berbadan gempal tu dengan aku yang baru tkt 2 ni bergabung bersama. Huhu..dah tentu aku yang kena buat banyak kerja. Bila bukak jer  kedai, aku lah yang  kena  masak nasik, kukus ayam, kemas kerusi-meja, buat sup, basuh pinggan-mangkuk,mop lantai dan bancuh air pun aku jugak yang kena buat. Semua kerja yang berat2  semua aku pikul. Makcik Jah hanya tahu mengarah jer..dengan gaji dia kasi RM7 sehari. Patut lah ramai perkerjanya lari.

Bila pindah sekolah ke s.alam, peluang berkerja disini banyak. jadi aku tidak lepaskan peluang bila kawan abang cadangkan hendak carikan aku kerja bila cuti sekolah nanti. Aku pun hairan juga, kenapa asal cuti sekolah jer, jiwa aku ni suka nak berkerja. walhal boleh jer duk rumah, lepak2 dengan kawan2. entahlah.. mungkin aku dah biasa berkerja dan suka duit ada kat dalam tangan dengan usaha sendiri.
Inilah pertama kali aku menjejak kaki ke dalam sebuah kilang. kebetulan umur aku pun dah cukup waktu itu. Jadi dapatlah aku berkerja. Cuti akhir tahun tkt 3 ini aku penuhi dengan berkerja di kilang buat 'Ridsect' spare ubat nyamuk dengan gajinya RM15-RM17 ikut opis hour. Nak o.t pun boleh kalau mahu. Kerja aku paking barang. Setiap tempat paking sudah ada bahagian masing2. Bila tin2 ridsect tu sudah siap dibungkus.Aku kena masukkannya ke dalam kotak dengan cepat. kalau tidak, haru biru lah tugas aku. sebab yang mbungkusnya ramai. tapi yang nak masukkan ke dalam kotaknya hanya 2 orang. aku dengan kwan aku. Jadi aku kena lah buat baik dengan orang2 bungkus. Kalau tak diorang dajalkan aku..huhu..pernah sekali dorang dajalkan aku, sampai bertabur tin2 ridsect tu dalam kilang. sebab kami tak cukup tangan nak masukkn kedalam kotak. Kesnya pasal aku tegur dorang bungkus tak betul. Sejak tu aku buat tak tahu. Lantaklah apa yang dorang nak buat. Janji kerja aku dorang tak kacau. Dua bulan jugak lah aku kerja kat situ. Ramai kenalan aku dapat tapi semuanya entah mana2 sekarang. harap dorang semua sukses sll..


nnti aku sambung lagi yekk...^_^






Episod 15 Isabella..lambang cinta yang lara

Episod 15

“kau ni kenapa..bella,ujian peperiksaan banyak yang kau gagal. kau tak study ker..teruk sangat aku tengok keputusan peperiksaan kau kali  ni” Leter Noreen mengalahkan emak aku di kampung.
“bisinglah ko ni Noreen..” bibir aku ketap menahan geram.
“lagi 4 bulan je  kita nak abik SPM, ko tahu kan! malu lah aku kalau geng kita tak lulus nanti” Noreen bersyarah lagi.
“aku tahu lah..apa aku nak buat..ko diam boleh tak?”Aku tahu niat Noreen baik.  Cuma aku  tak ada  mood nak layan dia pada pagi ini. Walaupun kami digelar budak nakal tapi  markah dalam setiap mata pelajaran kami tetap mantap. Lebih-lebih lagi Noreen, dia memang pelajar cemerlang.  Dengan Mottonya’no study hard..but study smart. .

“wah! Ko ni Noreen  mengalahkan cikgu Zaiton. Berleter dari tadi tak abis-abis..aku dengar pun  sakit telinga tau..”sampuk Deana dengan muka poyonya. berjalan lengang kangkung ke arah kami.
“ korang nih memang tak de semangat nak belajar langsung..”Noreen menghempaskan punggung besarnya ke kerusi hadapan aku. Kertas ujian percubaan SPM ditangannya diletaknya betul-betul di muka aku.
Aku rampas kertas ditangannya. Lalu memasukkan ke dalam beg.
“ko ni kenapa..datang bulan ya, reen..?” Sindir Deana. Noreen tersengih mendengar ayat itu dari mulut Deana. Lancang sungguh mulut deana pagi ni.
“Bukan datang bulan..tapi bulan yang tak penuh-penuh ko tau tak..? yang ko ni bella, ada masalah dengan pak we ker..? tapi setahu aku, ko mana ada pak we kan..hehehe...”Noreen melawak. Buat  mood aku bertambah kacau. aku mengeleng kepala.
“sape kata bella tak de pak we..ramai lah kalau dia nak..dia je yang tak nak..”Deana membela aku. Dalam aku meramas-ramas dahi. sempat juga aku senyum sinis kearah Noreen.
“si Harry  blur tu pun masih tunggu dia lagi..jangan kau tak tahu reen..” tambah Deana dengan menepuk-nepuk pipi Noreen dengan perlahan. Noreen tersenyum sinis. lalu menepis tangan Diena.
“alah..si Harry blur tu sape yang nak..bagi free kat aku pun aku tak nak lahh..”Noreen tidak mahu kalah. 
"alah..ko tu yang dengki..ko.."
“korang nih boleh diam tak..aku tengah pening kepala nih” jerit aku sekuat hati.
Deana dan Noreen terdiam seketika. 
“cakap lah ko tengah pening kepala kan senang..” marah Deana. Rambut aku dibelai-belainya. aku menolak tangan deana.
“entah apa-apa lah bella nih..” sampuk Noreen. berdiri sebelah Deana.
“Apa yang korang bising-bising nih..sampai kat luar aku boleh dengar suara korang semua tau tak?”Jerkah Azany yang tiba-tiba muncul. Aku tunduk tidak mahu menatap mata Azany.
“Bella pening kepala katanya.”jawab Noreen sebelum hendak meninggalkan aku yang sedang menahan kesakitan.  Azany meneliti ke wajah aku. Mungkin mencari kebenaran dari kata-kata Noreen.
“ko nak penadol ker bella..” tanya Azany simpati. dia berdiri disisi aku. cuba hendak meraba dahi aku. tapi cepat-cepat dia alihkan tangannya. Bila aku mengangkat muka.
“Ko ada ker..” balas aku yang masih lagi tidak mahu memandang ke wajahnya.
“ada..nanti aku pegi abik..”Azany berlalu meninggalkan kami bertiga dengan tergesa-gesa. Tidak sampai 5 minit azany kembali bersama segelas air kosong dan penadol ditangannya. Aku meneguk air bersama penadol yang dibawanya tadi.
“terima kasih Azany” aku menghulur kembali gelas tadi kepadanya. Nak tak nak aku kena tengok jugak mukanya. Ya'Allah..kuatkan hatiku. jangan kau jatuhkan cintaku padanya atas dasar simpati.
“sama-sama..ada rasa okey sikit”tanya Azany dengan senyum ikhlasnya.
“dah ok sikit..tima kasi Azany” aku mengangguk lalu mengukirkan senyuman palsu padanya. walaupun kepala masih lagi sikit tapi tidak lah seteruk tadi.
“hukk..hukk..”Deana sengaja buat-buat batuk. Seolah kami tidak menyedari kewujudan dia disitu.
“aku tahu lah Deana..”bidas Azany kemudian berlalu dari kelas. Tapi  renungan matanya masih teracap ke wajah aku. aku jadi kesian.
“abis lah kalau si Harry blur tu nampak..”Jerit Noreen  yang mengintai di luar tingkap.  Sempat lagi dia  hendak mengusik aku saat ini. Harry...? bagaimana lelaki itu nak aku uruskan..

                                                               *****
Pada aku cinta hanya boleh datang sekali. Mana  mungkin aku akan jatuh cinta berkali-kali. Kerana aku amat pentingkan kesetiaan dan kejujuran. Cintaku umpama emas  yang ada nilai harganya.  Jika sekali aku melafaskan kata cinta pada seseorang. Hanya  dialah kekasihku hingga ke akhir hayat hidupku. Tetapi kalau  persahabatan, ia boleh datang setiap hari dalam hidupku.  Aku boleh  menerima sesiapa sahaja yang hendak menjadi kawanku. Namun bukan kekasihku. Jadi  tidak salahkan kalau aku bersahabat dengan ramai lelaki atas  rasa sayang bukan atas dasar cinta.
Dan bukan mudah untuk aku jatuh cinta. Banyak perkara yang perlu aku fikirkan selain dari bercinta. Buat masa ini aku hanya fikirkan diri aku dan keluarga aku. Lagi pun tidak lama lagi  ujian peperiksaan SPM akan bermula. Kertas ujian percubaan yang lepas-lepas banyak yang aku  gagal.  Sekarang pun aku sudah jarang mengulangkaji pelajaran dirumah. Kadang-kadang bila teragak jer baru aku mengulangkaji. Itu pun kalau mood rajin datang.

“Isabella, saya tahu awak pelajar yang pintar..Cuma awak perlu berusaha lebih sikit. Buangkan sikap malas awak tu..banyakkan mengulangkaji pelajaran..faham..?” tegur cikgu Zaiton. Ketika menghulurkan kertas ujian percubaan matematik. Aku hanya mengangguk. Dan melirik ke markah yang dibulatkan dengan pen dakwat merah tercatit 47 markah. Nyaris-nyaris nak gagal. Bisik hati kecilku. Banyak perkara yang bermain dalam kepala aku sekarang. Banyak benda yang buatkan aku hilang mood nak belajar.
Kalau ikutkan hati mahu sahaja aku berhenti sekolah. Sebab ayah sudah jarang mengirimkan wang perbelanjaan sekolah aku lagi. Semua tanggungjawap ayah lepaskan dibahu abang Faezal. Aku begitu kecewa dengan sikap ayah yang sudah banyak berubah. Tapi bila mengenangkan peperiksaan lagi 4 bulan. Aku kuatkan hati dan cuba berjimat cermat. Kadang tu aku terpaksa juga meminjam dari Riezal. Walaupun terasa malu tapi aku tebalkan muka. Mujurlah Riezal memahami.  Dia tidak mengambil kesempatan atas kesusahan yang aku alami. Riezal benar-benar menyayangi dan menganggap aku seperti adik perempuannya sendiri. Walaupun sepanjang aku mengenali Riezal. Aku belum pernah melihat dia bersama wanita lain disini. Lagi pun aku tidak pernah bertanyakan tentang hal peribadinya. Kerana itu bukan urusan aku. Jadi tidak perlulah aku hendak mengorek kisah hidupnya. Biarkan kami terus kekal begini.

Pernah suatu ketika dulu Riezal mengajak aku ke kampungnya untuk kenalkan aku kepada keluarganya. Tapi aku menolak kerana malu pada keluarganya. Nanti apa kata saudara maranya bila melihat seorang wanita datang ke rumah orang lelaki. Dan sudah tentu aku terpaksa bermalam disana. Sejak itu Riezal tidak lagi mempelawa aku ke kampungnya. Mungkin dia  menghormati pendirian aku. Hubungan aku dengan Riezal telah abang Faezal ketahui. Abang Faezal juga menganggap Riezal seperti saudara sendiri. Jadi aku bertambah yakin bila abang Feazal mengizinkan persahabatan aku dengan Riezal. 
Pada Riezal  lah tempat aku meluahkan segala-galanya. Dia seorang abang dan teman tika aku memerlukan. Riezal tidak pernah lokek waktu dan wang bila aku memerlukan. Dia sentiasa ada untuk aku. Aku bertuah kerana mengenali dirinya.

“bella..abang nak pegi genting highland esok, bella nak ikut”Tanya Riezal sewaktu singgah dirumah.  Abang faezal yang duduk menonton tv melirik hujung matanya ke wajah aku. Aku berpaling  memandang Riezal dengan perasaan seronok.
“wah! Bestnya..bella nak pegi..boleh tak abang..”aku memujuk abang Feazal.
“jumm lah faezal..kita pegi sekali..”Riezal mengajak bersungguh-sungguh.
“bella tak pernah pegi lagi genting tapi orang kata tempat tu best..jumm lah abang” aku merenggek manja pada abang Feazal.
“abang kena keja lah esok..”
“ehh..bukan ker esok cuti..ker abang nak OT ..aduhh..”aku mengeluh perlahan.  Sedikit kecewa.
“abang kena ganti kan kawan abang esok..korang jer lah pegi..”terang abang Faezal.
“boleh ker abang..abang kasi bella pegi...”aku seperti  tidak percaya. Tapi hati sudah berbunga gembira  bila abang telah mengizinkan. Itu yang  penting!
“ya..tapi jaga diri elok-elok..kan Riezal” abang berpaling kepada Riezal yang senyap dari tadi mendengar perbualan kami. Riezal pantas mengangguk setuju dan tersenyum.  

Tidak sabar aku hendak menunggu pagi esok. Aku cadang hendak memilih baju yang sesuai untuk dipakai. kata orang tempat tu sejuk. Jadi aku akan cari baju yang berlengan panjang. Agar tidak kesejukkan di sana nanti. Abang  Faezal sudah lama masuk ke biliknya. tika aku keluar menghantar Riezal di pintu. Tinggallah aku diruang tamu seorang diri. Aku bangun  dari kerusi lalu menutup tv.  Kemudian menuju ke dapur untuk minum kerana tekak tiba-tiba terasa haus. Huh!Leganya dapat baring di atas katil. Hilang rasa penat seketika. Aku masih terkebil-kebil diatas katil sambil melayan radio selangorfm. Jam sudah pukul 11.40 minit malam. Mata tidak lagi rasa  mengantuk. Aku capai majalah Remaja. Baru  saja baca lima muka surat aku sudah menguap berkali-kali.

                                                                *****
“bella tunggu sini..abang pegi beli  tiket bas dulu ya..”Kata Riezal kepada aku.  Aku mengangguk. Sambil melihat bas  yang banyak tersusun di perkarangan hentian kelang. Cuaca hari ini cerah dan sesuai untuk ke sana. Kalau musim hujan bahaya sedikit kata Riezal. Sedikit..? kalau sudah melibatkan nyawa bukan sedikit tu..tapi banyak bahaya!  Pada mulanya aku takut juga bila mendengar risikonya. Tapi perasaan ingin tahu telah melebihi dari perasan takut. Jadi aku bulatkan hati dengan perasan berani.
“janganlah takut..abangkan ada..”Riezal cuba menyakinkan aku.
“abang ada pun, belum  tentu juga selamat..” aku mencebik manja. 
Mataku liar memandang keluar di jendela bas. melihat panorama alam yang indah.
“berdoalah pada Allah,  semoga kita selamat pegi  dan balik..”kata Riezal perlahan.
Hati aku mula jadi tenang bila nama Allah disebut oleh Riezal. Aku berserah segalanya pada Dia.  Berharap semoga perjalanan kami dipermudahkan. Bas sudah meninggalkan kawasan bandar Kuala Lumpur. Ramai juga penumpang yang mahu ke genting highland. Kerana hampir penuh kerusi yang ada. Aku duduk di tepi tingkap. Melihat suasana luar yang kehijauan  mendamaikan jiwa. Bas bergerak dengan lancar. Riezal disebelah hanya berdiam  diri tanpa suara. Mungkin sedang melamun teringatkan kekasih hati di kampung. Aku menarik nafas sedalam yang mungkin. Perasaan semakin menjadi tidak sabar bila melihat papan tanda di jalan menunjukkan yang kami akan sampai. Bas mula bergerak dengan agak perlahan ketika menaiki  bukit. Keadaan bukit yang begitu curam. Membuatkan aku jadi takut. Riezal memegang tangan aku.  Cuba mengawal perasaan takut aku.  Aku perhatikan jalan-jalan yang semakin  menuju ke puncak. Deruman kuat bunyi enjin bas membuatkan hati aku semakin berdebar-debar. Aku jadi gelisah ditempat duduk.

“jauh lagi ker abang..bella takut lah..” bekerut dahi aku menahan rasa takut. bila melihat bas makin condong ke sisi gaung.
“dah dekat ni..setengah jam  lagi kita sampai lah..tak de apa-apa lah, bella jangan risau okey..”Riezal cuba menyakinkan aku.
“setengah jam lagi...lama lah tu..”aku buntu. dalam hati tuhan sahaja yang tahu.
“alah..bella buat-buat tak nampak jer ya..” 
“abang senang lah cakap..dah berkali-kali datang sini. Tapi bella baru pertama kali datang sini..mestilah bella nak tengok semuanya..”Luah aku. dalam takut-takut tapi masih lagi nak tengok. camana tuhh..
“hah! kita dah nak sampai pun..lepas selekoh tu kita sampai lah..”Ceria suara Riezal menunjukkan bangunan yang telah kelihatan. Aku memandang dengan perasan lega.  Walaupun masih was-was lagi dengan keadaan bas yang masih bergerak perlahan.
“dah nak sampai ker..”aku melepaskan nafas lega.
“ya sayang..dah sampai ni..”Usik Riezal tersenyum melihat telatah aku.
Turun saja dari bas. Rasa sejuk mula  terasa. dengan tiupan angin  menampar lembut ke wajah. buatkan Bibirku rasa kering. aku basahkan bibir dengan air liur. kesejukan memaksa aku memeluk tubuh sendiri. kabus  yang semakin banyak  menghalang pandangan mataku untuk melihat suasana sekeliling. tiba-tiba terasa rintik-rintik air hujan jatuh ke atas kepala. aku semakin kesejukan. Mujur lah aku pakai baju yang sesuai.

“Sejuknya kat sini...abang tak sejuk ker..”
Aku mengosok-gosok tapak tangan untuk menghilangkan rasa sejuk. Dan baru aku  perasan yang Riezal hanya memakai baju t-shirt  tanpa membawa baju  tebal.
“mana ada sejuk..biasa jer..”Riezal menunjukkan gaya seolah tiada apa-apa.
Aku mencubit lengannya dengan sepontan. geram dengan sikapnya.
“alah..kejap lagi sejuk lak tu..”aku mencebik padanya. Berlagak!
“jumm.. kita masuk kat dalam..kat sana dah  tak sejuk nanti” kata Riezal sambil menarik tangan aku. Suasana di genting highland amat menakjubkan. Aku rasa seolah  diriku berada dekat dengan awan.  Aku renung lurah-lurah yang terhampar kehijauan dalam kabus yang mula menebal. Rasa takut  tadi hilang bertukar dengan rasa kagum. Merasa juga aku menjejak kaki ke sini bisik hatiku. Syukurlah kami telah selamat tiba di puncaknya. Aku hirup udara segar itu sepuas-puasnya.

Wah! Ada macam-macam  permainan  dan hiburan  di dalam bangunan ini rupanya. Rasa sejuk hilang dengan tiba-tiba bila Riezal menghulurkan segenggam  token. Aku apa lagi dengan pantas menyambarnya. Inilah masanya nak merasa main game dengan sepuasnya. Semua permainan‘game yang ada aku cuba.  Riezal hanya mengikut langkah kaki aku yang seperti pelanduk masuk kampung itu.  Setelah puas bermain baru terasa perut lapar. aku mengajak Riezal makan di restoran kfc .

“banyak dapat mata..”tanya Riezal.
“tak banyak pun..tapi puas hati mmg best giller..”kata aku tersenyum lebar.
“mahunya tak best dari tadi tak henti-henti main game”usik Riezal.
“hehe..abang marah ker..”aku menatap mata Riezal. Sengaja buat dia serba salah.
“marah tu tak lah tapi..ingat-ingat lah kat orang sebelah ni..”Luah Riezal  seolah merajuk.
“alah..abang nih, nak merajuk pulak..macam budak-budak tau..”
“abis tu..yang main game tak ingat dunia tu..bukan macam budak-budak jugak ker..”sindir Riezal bersahaja.
“eiii..abang nih..”aku  menarik muka masam.
“ok-ok..kalau nak merajuk pun makan dulu ya..”Riezal mencuit dagu aku.
Aku menjeling manja  kearahnya. Tanpa sempat dapat menepis tangan nakalnya.

Selepas makan Riezal mengajak aku menaiki kereta  kabel. Bila cuaca sudah kembali cerah. Pada mulanya aku tidak mahu mencuba kerana takut. Tapi setelah berada di dalamnya. Aku jadi teruja dan seronok bila dapat melihat  pemandangan indah dari atas. Aku melihat semuanya menjadi kecil. Agaknya begitulah Allah melihat kita fikir aku. Bertapa kerdilnya manusia seolah seperti semut yang sedang berkeliaran.  Air  tasik yang jernih  membuatkan hatiku jadi tenang. Riezal mengenggam erat tanganku. Lalu aku sandarkan kepala  ke bahunya. Indahnya saat itu sehingga  sukar untukku mengungkapnya dengan kata-kata. aku mula rasa diri disayangi..

12 Jan 2014

Episod 14 Isabella..lambang cinta yang lara

Episod 14 

“bella..bila balik sini, tak bagi tahu abang pun..”tegur Riezal ketika aku baru hendak melangkah keluar dari sebuah kedai runcit.  tak sangka pula boleh terserempak dengan Riezal waktu begini. 
“ehh..abang Riezal, ingatkan sape tadi, bella baru je balik semalam..abang dari mana nih..?
“baru balik dari kerja..bella beli apa tu..” tanya Riezal melihat beg plastik yang aku pegang.
“beli roti dan sekaya untuk makan malam..” kata aku tersenyum.
“jum lah abang belanja makan  malam nih..boleh kan..? ajak Riezal.
“ermmm..tak perlah abang, lain kali jer ya..”aku cuba menolak.
“alahh..bukan selalu abang dapat jumpa bella kan..boleh lah..jumm..”pantas Riezal menarik tangan aku.
“abang..niii...jangan lah macam tu..”aku cuba menepis tangannya.  
“jumm lahh.., macam tak biasa dengan abang pulak”
Nak tak nak terpaksa juga aku mengikutnya. Walaupun dalam hati serba salah dibuatnya.

“Bella nak makan apa..order lahh..”kata Riezal tersenyum lebar.
Kami duduk di sebuah meja yang diterangi  sebatang lilin. Suasana kedai  yang bercahaya malap dengan kelipan lampu-lampu kecil  membuatkan kedai makan itu kelihatan cantik dan romantik bagi pasangan yang sedang bercinta.

“bella diet lah abang..”balas aku cuba berlagak biasa dengannya. Walaupun dihati meronta-ronta mahu pulang ke rumah dengan cepat. Terasa malu  bila berduaan begini. Seolah kami seperti pasangan yang sedang bercinta. Kalau abang Feazal nampak apa pulak katanya nanti.
“diet? dah kurus keding macam ni pun nak diet lagi..hahaha..”gelak rizal.
“amboii..mulut...”aku pantas mencubit lengan Rizal geram.
“ok..ok..hahaha...”
“macamana mak dan adik-adik kat kampung..semua sihat..?” tanya Riezal.
Nasi goreng dihadapannya dibiarkan tidak terusik. Mungkin Riezal mahu makan bersama hingga makanan yang aku minta sampai.
“Allahamdulilah...mak dan adik-adik sihat..”balas aku.  Air  tea  ais limau aku hirup perlahan-lahan. Terasa dingin sekali  air itu bila berada dikerongkong.
“sekolah macamana..?”
“sekolah..? aku tersentak dengan pertanyaannya. Tapi cepat-cepat aku control perasaan sendiri.
“sekolah pun okey..”
“bila periksa..? bella dah bersedia ker..? tanya Riezal. Seolah ingin mengetahui perkembangan  diriku.
“kan baru jer habis sekolah..bella kan naik tingkat lima  tahun nih..”terang aku. Seolah aku ingat Riezal tahu segalanya.
“oo..yalah, ingatkan bella dah abis sekolah hehe.. lagi seminggu kan nak bukak sekolah..”Riezal tersenyum mengerti.
Aku mengangguk menyiakan. Perbualan aku dengan Riezal banyak tentang diri aku. Dari tutur kata dan sikap ambil berat Riezal. Aku tahu dia seorang yang penyayang. Sikapnya itu buatkan aku semakin menghormati dirinya. Berbual dengannya aku rasa selesa. Kerana tidak ada ayat-ayat cinta yang terlafas dibibirnya. Lagi pun aku telah menganggap Riezal seperti abangku sendiri. Tapi  kenapa ada ketika hati ini  berdolak dalih dengan rasa dan perasaan sendiri...
                                                                 *****
“Ingat ya, ini tahun terakhir kamu semua berada disini, belajar lah elok2.. jangan sia-siakan  masa depan kamu yang ada ini”pesan cikgu Kalsom. Guru kelas kami  yang sangat tegas tapi baik hatinya.
“baik cikgu..terima kasih cikgu..”balas  kami serentak.
“oh ya, Isabella.. yuran kamu masih belum dibayar lagi..harap cepat buat pembayarannya ya..”Cikgu kalsom mengingatkan aku.
“baik cikgu” aku mengangguk lemah dan melemparkan senyuman padanya bagi menutup rasa malu pada rakan-rakan sekelas.
Sudah hampir setengah tahun aku berada didalam tingkat lima. Ayah yang dulu selalu mengirimkan duit poket untuk aku.  Kini mula melepaskan tangan kepada abang feazal. Aku menjadi kesian pada abang faezal yang terpaksa memikul banyak tanggungjawab. Dan sekarang dia terpaksa membayai persekolahan aku. Baju sekolah aku pun tidak bertukar ini kan pula  nak bayar yuran sekolah. Aku memandang pakaian yang aku pakai.  Mujurlah masih elok dan muat lagi untuk aku pakai. Bila aku  kenangkan sikap ayah aku mula jadi benci  kepadanya. 

“bella..ooii bella....”
"pangggg.." Nureen menghempaskan buku sainsnya di atas meja.
“apaa.. hah! ko ni betul lah..” aku  menjerit lalu megurut dada kerana terkejut.
“ko ni berangan ker apa hah! Aku panggil dua tiga kali tak jawap..berangan dapat pak we baru ker....”balas Nureen dengan senyum nakalnya.
“pak we tu ko sebut slow-slow ya..kang ada telinga yang dengar makan hati pulak..”sengaja aku menekan suara bagi menghilangkan rasa malu.
“esok cuti..jumm kita keluar..”Nureen memberi cadangan.
“keluar..? nak pergi mana..?”tanya aku sambil  mengaru kepala yang tidak gatal. Malas rasanya nak keluar kalau duit tiada ditangan.
“tempat baru..nak pegi  tak..? Yanie..ko nak ikut.? jerit Nureen ke arah yanie. Tanpa mendengar persetujuan dari aku dulu.
“pegi mana..?” Tanya Yanie. Berjalan ke arah  meja aku.
“Ada lah..” Nureen mengenyit mata kanannya kepada aku.
“ko ni ,ada lah..ada lah..apa tempatnya kasi tahu aku dulu, nanti boleh lah aku nak bajet duit aku  ker..apa..” Marah aku dengan cadangannya.
“ko jangan bimbing , kalau ko  tak de duit bella , aku akan sapot kau nanti okey..” Janji Nureen.  Dia menepuk belakang aku. Seolah  cuba menghilangkan rasa risau dihati aku.
“bella jer..aku tak kan  tak de kot..” sampuk Yanie cemburu.
“mak ayah ko kan ada..mintak jer lah kat diorang..apa susah..”Nureen  mencebik.
“dah lah ko..”cebik Yanie. Kembali ke kerusinya dengan rasa tak puas hati.
“ok,  kita jumpa esok tempat biasa..”
Belum sempat aku bertanya lanjut.  Nureen telah pun berlalu ke kelasnya. Aku sedikit kesal dengan sikap Nureen. Banyak perkara yang belum aku selesaikan.
“macamana, kau nak pegi tak esok..” Tanya Yanie dengan tiba-tiba.
“entahlah..tapi esok kalau aku tak datang dalam 10 minit, tu maknanya aku tak join korang lah..” jawap aku tanpa berfikir panjang lagi.
  
                                                      *****                                                            
Zulkefly menatap lama ke wajah aku. Sewaktu berselisihan bahu dengannya di pintu kelas ketika aku  hendak ke tandas.  Buatkan  aku tertanya-tanya dengan renungan ganjil dari matanya.
Kenapa pula aku rasa semacam ni..ah! tak mungkin Zulkefly ada hati dengan aku.  Aku bersihkan tangan secepat mungkin masuk ke kelas kembali. Aku melirik ke arah Zulkefly. Dia masih lagi tidak mengalihkan pandangannya terhadap aku. Aku cuba mengawal diri dari memikirkan yang bukan-bukan.

“bella..”
Aku berpaling  ke belakang . Hampir-hampir terlepas buku yang aku pegang.
“ya..ya..saya” terasa luruh jantung aku bila melihat Zulkefly  telah berdiri disisi aku.
“esok awak free tak..?”Tanya Zulkefly  penuh yakin. Senyuman dibibirnya tidak penuh luak. Dan aku yakin ramai yang meminati dirinya kerana itu.
Wajahnya yang tampan seiras pelakon farid kamil dengan rambut disikat rapi membuatkan Zulkefly seperti lelaki yang sempurna di mata setiap wanita.  Pakaiannya yang bersih dan kemas membuatkan dirinya bertambah nampak kacak.
“Sa..saya tak tahu lagi..” aku teragak-agak dengan jawapan sendiri.
“tapi kalau awak free, esok kol saya ya..”Zulkefly menghulurkan sekeping kertas kecil. Yang tertera nombor telepon rumahnya. Aku menyambutnya dengan rasa terkejut.
“insyaallah..ok” aku melemparkan senyuman kepadanya dengan perasaan teragak-agak. Lalu  menyimpan kertas kecil  itu ke dalam poket baju.

                                                            *****
Cuaca amat cerah pagi ini. Matahari pagi menyinari segenap ruang rumah. Baju sekolah yang sudah di basuh telah  aku sidai. Kasut sekolah pun sudah siap aku kapurkan. Kemudian aku bersantai diberada. Sambil melihat suasana pagi yang amat tenang. Terdetik di dalam hati hendak keluar berjalan-jalan di Bandar Klang. Sudah lama aku tidak menonton wayang. Banyak cerita menarik yang tidak sempat aku tonton lagi. Aku  berpaling melihat jam di dinding hampir menunjukkan pukul  9 pagi. Aku mengeluh kecil. Masih awal lagi jika hendak keluar waktu ini. Kebosanan mula melanda  jiwa.
Aku memandang sekilas ke bilik abang. Abang awal-awal lagi sudah keluar berkerja. Tinggallah aku keseorangan di dalam rumah yang besar tanpa kasih sayang ini.  Aku pejamkan mata serapatnya dan menarik nafas sedalam yang mungkin. Cuba menghilangkan kegelisahan yang mula bersarang.

“bella..bella buat apa tu”
Aku membuka mata dan mencari  suara yang memanggil nama aku. Walaupun suaranya tidak kuat tapi aku kenal suara itu. Aku memandang ke bawah blok. Kelihatan Riezal   segak berdiri dengan senyumannya melihat ke arah aku.  Aku membalas dan melambai kepadanya. Entah berapa lama agaknya Rizal  memerhati aku. Malu juga kalau dilihat begitu.
“eh! Abang Riezal..nak ke mana tu pagi  nih..?”Laung  aku.   Cuba kelihatan ceria  bagi  menutup perasaan malu tadi. Bergema suara aku dia tas. Kemudian baru aku sedar. Ada mata-mata yang sedang memerhati gelagat aku.
Cepat-cepat aku turun ke bawah menemui Riezal dibawah blok.
“hehe..”Rizal ketawa melihat telatah aku.
“knape abang ketawa..”tanya aku geram membuatakn aku bertambah malu.
“awalnya bella termenung..hehe..”Riezal mengusik lagi.
“mana ada..bella tengah abik angin pagi  lah”balas  aku membela diri.  Macamana boleh tak perasan tadi.
“abang ni pulak lawa-lawa nak pegi  mana...nak jumpa awek yekk..?”aku pula cuba mengusiknya.
“eh..tak lah..”Cepat-cepat Riezal menepis usikkan dari aku.
“Abang ada hal lah..”Kata Riezal dengan wajah seriusnya.
“hal apa tu..boleh bella tahu..penting sangat ker..?”sengaja aku tekankan soalannya.
“ tak lah penting sangat..bella nak ikut..? Pertanyaan dari Riezal pula buat aku tersentak.
“ee..ikut ke mana..?” aku mula was-was.
“ke Klang..”
“buat apa...sekarang ker..?”Tanya aku  kembali  seperti tidak percaya.
“a.a..sekaranglah.”Riezal mengangguk dengan yakin.  Mata aku terbeliak macam tak percaya..
                                                          *****
“amboiii...sudah ada yang temankan ke sini” tegur pakcik Haziq dengan senyuman penuh erti.
Aku tersenyum dan mengangguk malu bila pak cik Haziq menyapa ketika berjalan keluar dari panggung wayang bersama Riezal. Tapi aku tidak sempat hendak membalas tegurnya. Kerana ramai pengunjung sedang meluru keluar dibelakang kami. Pak cik Haziq sudah kenal rapat dengan aku kerana itu dia berani menyapa. Dengan sikapnya yang peramah itulah yang membuatkan aku tidak rasa kekok untuk berbual dengannya. Yang telah aku anggap seperti  seorang ayah. Tempat ini yang kerap aku kunjungi bila rasa bosan. Aku sering ke sini tapi hanya seorang diri. Hinggakan pak cik Haziq sudah mengecam wajah aku. Mungkin pakcik Haziq  terkejut bila melihat aku datang berdua dengan lelaki pula. Begitu juga Riezal dia seolah terkejut bila pak cik Haziq mengenali aku. Tapi sengaja aku buat tidak mengerti apa-apa waktu itu.

“Selalu ker abang buat macam  nih..”
“Bukan selalu..kadang-kadang jer..bella marah..?”
“tak marah..tapi geram..”aku menjeling ke arah Riezal. Wajah Riezal yang putih mula kelihatan merah akibat menahan ketawa.
 “cakap lah abang nak pegi tengok wayang..kan senang”
 “hehehehehe..” berderai tawa Riezal.
“best juga kan citer tu..? Riezal cuba mengawal ketawanya.
“ a.a best..hero dia pun ensem..jalan citer dia pun mudah kita faham”
“tak sangka juga abang suka layan citer orang putih..”
“selalunya jarang orang  melayu suka tengok citer macam tu”
“bella suka tengok wayang,,?”
“bukan lagi suka abang.. tapi sudah menjadi hobi..hehe” aku membuka rahsia sendiri.
“bella kenal ker pak cik yang jaga  tiket tadi..”Tanya Riezal seperti ingin tahu.
“kenal sangat-sangat...”aku mengangguk laju.
“oo..patut lah dia tegur bella tadi....”
“Bella selalu  ker datang sini tengok wayang..dengan sape..?”
Aku memandang wajah Riezal. Air mukanya berubah seperti ada sesuatu yang bermain di dalam fikirannya. Mungkinkah Riezal cemburu atau sekadar ingin ambil tahu. 
Aku tersenyum bila melihat sikapnya yang tiba-tiba berubah.
“senyum pulak bella nih..abang tanya bella datang sini dengan sape..?”Rizal bertambah serius.
“dengan pak we lah..knape..? abang cemburu..? “ aku menahan ketawa yang mahu pecah dimulut.
“buat apa abang nak cemburu..kita bukan sepasang kekasih pun”Riezal berterus terang.
“dah tu yang abang banyak tanya tu kenapa..”aku mula rasa jengkal dengan kejujurannya. Rasa ingin ketawa bertukar menjadi rasa geram.
“abang risau..kalau bella ikut mana-mana lelaki. Di sini bukan kampung.  Takut-takut bella kena tipu dengan mereka”Bidas Riezal dengan serius  tapi nada suaranya diperlahankan.

Aku menunduk kepala bila mendengar kata-kata Riezal. Lelaki ini terlalu baik pada aku.  Aku rasa amat bertuah kerana  dipertemukan dengannya di saat aku memerlukan seorang teman disini. Ternyata aku tidak salah memilih kawan.

“maafkan bella, abang..bella tak sangka rupanya abang risaukan bella”
“tapi abang percaya bella tahu jaga diri kan..”
“Sejak perkenalan kita yang sudah hampir 2 tahun ini. abang tahu sikap bella dan abang percaya bella gadis yang baik. walaupun agak nakal..hehe..”Riezal mencuit  hujung hidungku. Tak sempat aku menepis tangannya. Itukah penilaian dia selama ini terhadap aku. aku rasa dihargai.
“Kakak Jasnita di kampung pun tahu bella adik angkat abang”
“kak Jasnita tak cemburu..? dia  tak marah ker..?” aku sedikit terkejut bila Riezal menyebut nama kekasihnya dihadapan aku. Perasaan  mula  bercampur aduk. Antara cemburu atau tidak kisah berperang sesama sendiri.
“a’a, dia tahu dan faham perangai abang..lagipun abang kenal dia dari  sekolah lagi. Lama dah kami bersama. Abang pun tak mahu dia salah faham tentang kita.”
“elok lah kalau macam tu..abang harus jujur padanya”. Benarkah kata-kata itu ikhlas dari mulut aku atau sekadar memujuk hati sendiri.
“bella..bella tak de kekasih..”
Aku tergaman bila Riezal bertanyakan siapa kekasih hati aku. Pernahkah dia tengok aku bersama lelaki lain. Sedangkan hanya dengan dia aku berani keluar bersama.
“abang rasa..ada tak orang nak kan bella” balas aku menutup kecelaruan diri.
“mesti lah ada..abang pun kalau tak de mak we..mesti jatuh cinta dengan bella”
Aku menoleh  memandang ke  wajahnya. Mata kami bertentang. Tapi Riezal cepat-cepat memandang ke arah lain.  Adakah itu pengakuan jujur darinya aku tidak pasti. Dan aku tidak mahu ambil tahu kerana aku  tidak mahu menjadi orang ketiga..

9 Jan 2014

Bibir hitam'mu


bibir hitam'mu..

bibir itu mulus
bibir itu telus
walau apa pun kalernya..

senyuman dari bibir itu
adakah ikhlas atau ada maknyanya..

biar pun bibir itu hitam
ia tetap menarik
kalau tuan punyanya baik..

jaga-jaga dengan bibir
ada yang suka ada juga yang benci..

kalau bibir perempuan merokok
indahnya akan menjadi rosak..

bibir yang cantik
adalah bibir yang sering berzikir
bukan bibir yang banyak berleter..

bibir lelaki walau tak merah
manisnya tetap ada kan..?

bibir siapa yang murah senyum itu..

Lukisan Hati,
Isabella Ali II 2014

7 Jan 2014

Kek krismis perisa koko

kek buah untuk tersayang.. ^_^
Hari ini mood rajin aku datang tiba-tiba, pagi-pagi lagi aku dah sediakan barang nak buat kek. Semua barang aku aturkan satu persatu atas meja. mentega aku dah beli 2 minggu yang lepas tapi dek kerana belum ada mood nak buat kek. maka tersimpanlah berminggu2 kat dlm peti ais tuu..jadi hari ni aku memang bercadang nak buat kek buah, sebab balance buah yang aku beli dulu tu ada lagi..
kek yang aku nak buat ni simple jer..tapi kalau dah malas apa pun tak jadi kan...^_^

so bahan2nya ;

mentega 1 buku
tepung gandum 3 cwn
telur 3 biji
gula castor 2 cwn
serbuk koko 1 cwn
esen vanila 1 sudu
bikarbonat 1/2 sudu
tepung penaik 1/2 sudu
ovalett 1 sudu
buah krismis/kurma/ceri/badam*ikut suka korang lah nak tabur ape..


Cara2nya;
~> ayak tepung gandum bersama tepung pnaik dan bikarbonat dalam 1 bekas. kemudian masukkan serbuk koko..gaul seketika bagi sebati. blen mentega dengan gula castor sampai warnanya bertukar cerah. masukkan esen vanila dan ovalett. kemudian diselang seli dengan tepung yang telah diayak tadi. serta masukkan telur satu persatu. blen dalam 2 minit. dah tu masukkan ke dalam acuan yang korang suka..

pastu taburlah buah krismis atasnya..
Tutup  acuan dengan kertas aluminium. kemudian masukkn ke dalam bekas pengkukus. Dan kukus selama 45 minit..nak bakar pun boleh, tapi aku suka kukus..selamat mencuba!

5 Jan 2014

Episod 13 Isabella..lambang cinta yang lara

Episod 13

“mak...” laungku sekuat hati. Pintu pagar  cepat-cepatku buka . Berlari mendapatkan emak diperigi.
Emak tersenyum riang  bila terpandang wajah aku.
“bila bella sampai..,kenapa tak bagi tahu nak balik..”gembiranya hati Maria dengan kepulangan Isabella.
“saje bella nak buat kejutan kat mak..”tubuh emak aku peluk dengan kasih sayang. Tangan dan pipinya turut aku cium bertalu-talu.
“mak sihat..?”
“sihat..semuanya.., bella dah makan..?
“belum..bella pun dah lapar nih mak..”
“tu ada ikan masak singang..pegilah makan dulu..”kata emak sambil berjalan ke dapur. Aku mengekorinya sudah terbau aroma ikan singgang dihidung.  
“sedappnya mak..lama bella tak makan masakkan mak.”
“makan lah slow-slow..kang tercekik pulak nanti..”tegur Maria.
Maria tersenyum mendengar pujian dari anaknya.
“mak..bella cuti sebulan, boleh lah bella lepak dengan mak kat sini..”kata aku sambil membasuh pinggan disinki. Terasa amat kenyang sekali perut. Bila dua kali tambah makan. Abis kuah ikan singgang tu aku hirup. Sedap..
“kak bella dah balik..yeahhh...”suara dydy keriangan. Tubuh Dydy aku dukung dan pipinya aku cium bertalu-talu. Hingus dihidungnya aku kesat dengan kain. Rindu aku pada mereka tuhan saja yang tahu.
“mana adik Aeman”tanya aku pada Dydy.
“dia pegi main rumah kawan dia”jawap Dydy yang sudah darjah 3 kini.
“pegi panggil dia balik, cakap akak nak jumpa..” aku arahkan Dydy.
“alah..kejap lagi dia balik lah tu, Dydy penat nih”
Kesian pula aku melihat wajah Dydy yang keletihan.  
“nak upah tak..? nnti akak kasi...”aku pancing hati Dydy.
“pegi lah kejap Dydy..”Maria pula menyokong.
“yalah mak..akak lah nih”jawap Dydy sambil menjeling kepadaku.  Aku mencubit pipinya dengan manja.
Tidak sabar menatap wajah Aeman. Adik bungsu yang paling aku sayang.
“abang macam mana..tahu ker dia, kau balik sini..?”
“abang yang belikan tiket..mestilah dia tahu..”aku tersenyum. Bangga dengan rancangan sendiri.
“mak..kawan-kawan bella ada tanya bella tak..?”
“ada..ramai yang tanyakan ko, budak si Zehan itu dah kawin..”
“Zehan dah kawin..dengan sape..?”terkejut aku mendengar perkabaran Zehan.
“kawin pilihan keluarga ..suami dia tu, saudara dia juga..bukan orang lain”
“Jadi Zehan tu kena kawin paksa lah, kan mak..”jawap aku geram.
Zehan satu-satunya sahabat baik aku disini suatu ketika dulu. Ibu ayah Zehan merupakan keluarga angkat aku. Lama juga aku tidak berhubung dengan Zehan. Kali terakhir aku berjumpa dengannya ketika  seminggu nak berangkat ke KL. Kini sudah hampir setahun aku tidak bertemu dengannya. Pernah juga waktu mula-mula di KL. aku kirimkan sepucuk dua surat pada  Zehan. Nak bersembang lama dalam telepon memang mahal.  Tidak aku duga Zehan dah jadi isteri orang sekarang. Terbayang kenakalan kami berdua. Untungnya menjadi sahabat Zehan kerana dia anak tauke keropok. Selalu juga aku dapat makan percuma keropok lekor buatan keluarganya. Kalau ikutan Zehan masih  bersekolah tingkatan empat sama dengan aku.
Setahu aku keputusan SRP dia bagus. Lebih bagus dari keputusan sijil SRP aku. Entahlah mungkin sudah jodoh dia barangkali.
               
“mak, bella nak ke rumah Zehan kejap..”aku bangun meninggalkan mak yang sedang berkemas di dapur.
“balik cepat..”laung Maria. Maria mengeleng kepala melihat tingkahlaku Isabella . Baru sahaja sampai sudah nak keluar.
“ya bella tahu..”
Aku capai kunci motor mak di tepi pintu. Motor aku hidupkan. Walaupun sudah lama tidak menungangnya. Aku masih ingat lagi skilnya. Mengaum motor diatas jalan.
Ketika itu pula aku berselisahan dengan Dydy dan Ameen.  Aku perlahankan motor  menghampiri.         
“nak ikut akak..”jerit mereka berdua.
“tak boleh..akak pegi kejap jer..balik mandi”sargah aku. Pipi Ameen sempat aku cium.

Disepanjang jalan menuju ke rumah Zehan. Aku menunggang motor dengan berhati-hati. Maklumlah lesen belum ada. Minta-minta jangan ada polis buat roadblock.  Naya aku kalau kena tahan duduk dalam lokap.  Jalan  kampung  yang berliku-liku itu telah melambatkan  kelajuan  motor.  Perasaan yang membuak-buak untuk menemui  Zehan menjadi reda seketika. Aku mengambil peluang ini untuk bersantai diatas jalan sambil menghirup suasana desa.
 Dalam masa 20 minit aku telah berada dihalaman rumah Zehan. Rumah itu tidak seperti sewaktu aku melihatnya dulu. Ia kini kelihatan suram dan sunyi. Suasana dipersekitarannya juga turut berubah. Pintu kilang keropok milik keluarganya ditutup rapi . Tidak ada kedengaran sebarang bunyi dari dalamnya.  Tidak ada lagi bunyi  mesin dan keriuhan para perkerja disitu. Ternyata semuanya telah berubah. Aku tongkatkan motor. Berjalan perlahan menuju ke kaki tangga rumah Zehan. Tingkap rumah itu terbuka. Bererti ada orang didalam rumah itu lagi.

“assaalamualaikum..”aku memberi salam dengan perasaan yang bercampur aduk. Mata  masih  lagi memerhatikan keadaan sekeliling. Tempat jemuran keropok tersusun ditepi pagar. Kayu-kayunya telah kelihatan reput. Hanya tunggu masa untuk rebah ke bumi.
“Waalaikumusalam” jawap seorang perempuan dari dalam rumah agak lama.
“sapo nih, nok gapo..?”Tanya Puan Salma . memelihat aku dari atas hingga ke bawah.
Tak cam lagi kah dia pada aku.
“mok, ni bella..mok sihat ker..”
“bella..? hoh! Bilo mu kelik sini..dok cer doh mok muko mu,lain sungguh mu lor nih..kohor comel”Puji Puan Salma.  Wajahnya  mula ceria  setelah aku  memperkenalkan diri.
Aku tersenyum mendengar pujian dari  puan Salma. Patutlah puan Salma tidak dapat mengenali aku. Dengan fesyen rambut aku yang pendek ini.  kulit aku pun dah sedikit cerah. Maklum lah dah jadi warga metropolitan. Mana nak kena panas lagi.

“mok..Zehan ada..”tanya aku. Tak sabar nak berjumpa dengan Zehan.
“masuk lah dulu..”pinta Puan Salma. Mengajak aku masuk ke dalam rumah.
Aku menganguk kepala lalu mengikutnya masuk ke dalam. Aku duduk dikerusi yang pernah aku duduk bersama Zehan dulu. Terkenang  keriuhan mulut Zehan. Ada sahaja cerita yang hendak disampaikan pada aku.. Ikutkan aku ini memang pendiam. Tak banyak cakap macam Zehan. Cuma aku ni agak berani dari Zehan kalau bab berjalan. Cakap jer pantai mana aku tak pergi mandi. Semua tempat aku dah pegi. Zehan yang bagi cadangan, tapi aku yang pergi dulu. Sebab  selalunya dia  tak dapat pegi.  Keluarga  Zehan amat tegas dalam mendidik anak perempuan. Zehan tak sebebas aku yang boleh ke mana sahaja. Semua perkara mesti mendapat kebenaran dulu. Zehan merupakan anak bungsu Puan Salma.  Mungkin kerana  itu bertambah ketat mereka mengawalnya.

“Zehan..nikoh doh, dio sekarang duduk rumah suami dio di kota bharu” Puan Salma merenung keluar jendela yang terbuka.
“lama dah ke Zehan nikah mok, ada nombor telepon dia  tak..?”tanya aku bertalu-tahu. Walaupun ada sedikit kecewa kerana tidak dapat menemui Zehan pada hari ini.
Aku tidak mahu kedatangan aku ini sia-sia.
“ado..ado, nanti mok gi ambik..”Puan Salma bangun menuju ke meja telepon. Dia mengambil sebuah buku kecil. Kemudian memberikan buku itu kepada aku.
“cuba tengok nombor dia dalam tuh..ada kat situ” bagitahu Puan Salma.
Aku membelek satu persatu muka surat didalamnya. Akhirnya nama Zehan aku temui. Nombor itu aku salin ke atas kertas  yang  telah aku koyakkan dari buku tersebut. Lega hati kerana kedatangan aku disini tidak sia-sia.
“mace mano dok KL, best kor jadi ore sana..”usik Puan Salma.
“hehe..best juga, semua ada kat sana..nanti kalau mok gi sana singgahlah”
“bilo lah mok nok gi sana..kalau nok gi pung sapo nak bawok mok....”kata Puan Salma merendah diri.
“Zehan kan ada..mana tahu dia nak gi jalan-jalan kat sana nanti..”
 “hoh..insyaallah, satu hari nanti mok gi lah sana..”lemah suara Puan Salma.
“mok, bella minta diri dulu ya...lagi pun hari dah nak petang nih..”
“nanti lah dulu..mok tak buat air lagi nih..”
“tak pe lak mok..tak yah susah-susah..bella singgah sekejap jer nih”
“ya lah, jalen baek-baek dehh..kirim salam kor mok mu tuh..”Pesan Puan Salma.
“mok, jaga diri ya..kalau ada masa bella datang lagi..sampaikan salam bella pada Zehan ya”.
 Tangan Puan Salma aku cium.  Tubuhnya aku peluk seerat mungkin. Puan Salma
tidak banyak cakap seperti Tuan Haleem.  Namun  Puan Salma tidak pernah melarang persahabatan kami.  Keramahan Tuan Haleem  dan kebaikan Puan Salma serta kakak-kakak Zehan membuatkan aku tidak segan berada dirumah Zehan. Malah rumah Zehan menjadi rumah kedua aku. Tempat aku lari dari rumah tika aku merajuk dengan emak.
 Sebenarnya banyak lagi soalan yang  ingin aku tanyakan pada puan Salma. Namun terpaksa aku pendamkan. Biarlah aku mendengarnya dari mulut Zehan sendiri. Aku tidak mahu membuat Puan Salma sedih dengan pertanyaan aku nanti.  Rumah yang dulu ceria dengan anak-anak puan Salma kini sepi. Tinggal puan Salma sendiri.  Faredah dan  Dyana kakak kepada Zehan ada juga pulang sekali sekala menjenguk Puan Salma. Kilang keropok terpaksa ditutup setelah Tuan Haleem meninggal dunia.  Zaky anak sulung Puan Salma tidak mahu menguruskan kilang tersebut. Zaky tidak mahu melepaskan perkerjaannya di Sabah. Kilang keropok itu tidak ada sesiapa yang mahu usahakan jadi terpaksalah ia ditutup. Itulah yang aku dengar dari  mulut Salwaty yang tinggal berhampiran dengan rumah Zehan. Kertas yang tertera nombor telefon Zehan aku lipat dan simpankan didalam poket seluar.

                                                               *****
“Hello...assalamualaikum..”
“waalaikumusalam..sape ni..? tanya suara dihujung talian.
“Hello..Zehan.., ni aku Bella...”
“alo..mu ko Bella..aku tak cer sora mo doh..”
“mu kat mano nih..?” Tanya Zehan. Suaranya begitu ceria sekali.
“aku kat Terengganu ni..kat umoh mok aku lah..”sukanya hati aku tuhan saja yang tahu bila Zehan sendiri yang menyambut telepon.
“Mari lah rumah aku kalau mu ada maso..lamo kor mu duk sini”Tanya Zehan penuh riang.
“lamo jugak..seminggu dua gitu lah, insyaallah..nanti aku datang sana..berape dah anak mu Han..?”
“ nok masuk duo doh..mu kawen doh kor..”
“hehe..belum lagi lah, kan aku sambung belajar kat kuala lumpur..”
“lol..aku ingat ken mu kejo kat sana..”terburai ketawa Zehan.
“ramai yang ingat macam tu..hehe..”
“Bella aku rindu jugok ker mu..”
“aku pun..sebab tu aku telepon mu ni..hehe..”aku cuba menahan getaran dihati kerana terharu dapat juga  mendengar suara  Zehan sekian lama.
“nanti mu mari umoh aku deh..banyak aku nak bagi tahu mu nih. .masa mu gi kl, Rushdy ada tanya aku tentang mu. Selalu dia kol aku..tanya hal mu..”terang Zehan.
Bila nama Rushdy keluar darimu Zehan. Terkilas wajah lelaki itu dimata aku.
Nama itu hampir hilang dalam diari hatiku. Namun  surat-surat dan kad cintanya. Masih aku simpan hingga kini. Surat Rushdy yang penuh kata-kata cinta dan kerinduan.

“bak po mu gi KL tak bagi tahu dio..”marah Zehan.
“aku tak sempat lah Zehan..”aku cuba menyembunyikan hal sebenarnya.
“kesian kat dia tahu..tapi nanti mu mari umah aku dehh. Tak best kecek kat dalam telepon nih..”rungut Zehan.
“ya..ya, aku akan gi rumah mu nanti..”janji aku pada Zehan.
Zehan masih seperti dulu. Sifat peramahnya tidak berubah. Mulutnya tetap becok. Banyak cerita yang hendak dia sampaikan. Aku meletakkan gangang telepon dengan hati yang sukar nak aku jelaskan. Pelbagai perasaaan bercampur dalam diri.
Bagaimanakah Zehan sekarang. Katanya dia sedang mengandung anak kedua. Sudah menjadi ibu rupanya Zehan. Beruntunglah Zehan kini sudah ada suami disisinya. Tapi bahagiakah dia..

                                                      *****
“tunggu sape kat sini..?” terdengar satu suara menegur aku. Aku menoleh ke arahnya. Terukir sekuntum senyuman dibibirnya. Wajahnya yang putih bersih menambahkan lagi kekacakan wajahnya. Serias wajah pelakon cina Aaron Kwok.
“tak tunggu sape.., saje ambil angin kat sini..”jawap aku bersahaja.  Mengalihkan pandang ke arah lain.
“saye tak ganggu awak kang..”katanya lagi  menghampiri aku. Bau minyak wangi dari bajunya  menusuk ke hidung. Haruman aromanya amat menyenangkan. Aku menarik nafas untuk memastikan bau itu memang dari dia.
“tak..”jawap aku sepatah.
“nama saye Rushdy..nama awak..? tanya Rushdy lembut. Pantas menghulurkan tangannya  kepada aku. Aku mengeleng kepala tanda tak mahu menyambut tangannya. Dia mengerti lalu tersenyum.

“saya Isabella..panggil bella pun tak pe..”Jujurnya aku . Walaupun di dalam hati berdebar tidak menentu. 
Rushdy meletakkan topi keledar yang dipegangnya di atas meja. Dia kemudian duduk dibangku dihadapan aku.
“isabella..cantik nama tu..macam tuan dia juga..”Puji Rushdy.
 Matanya tidak berkelip menatap ke muka aku. Kawannya yang berada diatas motor tidak dilayan. Hingga dia terlupa untuk memperkenalkan kawannya kepada aku. Setelah kawannya memekik memanggil baru dia tersedar. Rushdy bangun berlari  ke arah kawannya dan membisikkan sesuatu. Kemudian kawannya berlalu pergi. Meninggalkan
bunyi deruman  yang kuat. Berterbangan pasir pantai bila tayar motor itu melaluinya.
“bella bukan orang sini kan..buat apa kat disini..?  Rushdy cuba berbual denganku.
“ambil angin..,a’a...saya bukan orang sini..kenapa?”jawap aku acuh tak acuh.
Kejernihan air laut Pantai batu burok  membuatkan diri rasa tenang bila melihatnya. Angin yang bertiup lembut menambahkan lagi rasa santai.  Ramai juga pengunjung yang datang beriadah disitu. Ada yang datang untuk mandi manda dan makan digerai-gerai seafood yang berhampiran. untuk menikmati suasana pantai yang indah. Seperti diri aku juga. Tapi ketenangan aku diganggu oleh kehadiran Rushdy.  Walaupun kehadirannya bukan dirancang. Namun  sekurang-kurangnya kehadiran Rushdy boleh menghilangkan rasa bosan aku.
“awak dah ada pak we..? tanya Rushdy. Matanya bulat merenung wajah aku.
Aku terkedu mendengar soalan itu dari mulutnya. Aku telan air liur. Apa jawapan yang harus aku berikan.
“Entah kenapa tiba-tiba hati saya nih suka sangat kat awak..belum pernah saya rasa perasaan macam ini”terang Rushdy dengan berani.
Belum sampai setengah jam dia boleh suka kat aku. Aku tergelak dalam hati.
Mudahnya lelaki ini jatuh cinta pada perempuan. Aku mengeleng kepala tiba-tiba.
“suka..baru kenal dah suka..?” Aku ketawa dan menganggap itu satu gurauan darinya.
“betul, serius..saya betul-betul sukakan awak..entahlah susah nak cakap.. tapii..”terang Rushdy. Wajahnya mula serius.
“dari tadi saya tengok awak..perhatikan awak..”Rushdy membuka rahsia hati.
“awak sekodeng saya  ya....”aku ketawa untuk menepis rasa malu yang mula singgah dihati sendiri. Jujurkah kata -kata Rushdy. Adakah benar dia sudah jatuh hati  padaku . Atau dia sekadar mahu  menduga perempuan jenis apa aku ini.
“ya..dari tadi saya perhatikan awak..takut-takut kalau awak menunggu seseorang disini..maklumlah..”Rushdy terhenti.
“orang cantik mesti dah ada pak we ..kan..? usiknya. Wajah putih rushdy kelihatan kemerahan-merahan. Mungkin dia  benar-benar bermaksud ingin tahu,
Aku menunduk kepala. Malu dengan usikannya. Bagaimana  hendak aku terangkan. Dan perlukah aku memberi jawapan yang dia mahukan.
“pak we memang ada..ramai..”kata aku jujur dalam ketawa.
“saye sanggup bersaing..hehe..”balas Rushdy. Sikap cerianya mengusik hati aku.
Bukan Rushdy satu-satunya lelaki yang pernah melafaskan kata cinta pada aku. Malah sebelum Rushdy. Sudah ada yang meluahkan isi hati mereka pada aku. Cuma pintu hati ini  yang belum terbuka untuk menyambut cinta dari mereka.  Setiap kali ada yang meluahkan cinta pada aku. Sukar untuk aku percaya pada cinta mereka.  Aku takut dipermainkan. Aku takut jika menerima nasib yang sama seperti mak. Mereka semua aku anggap sebagai teman tapi mesra.  Cinta mereka aku tolak bulat-bulat. Kalau ada yang  terus ingin  menyintai aku  terserah. Aku tetap dengan pendirianku. Aku tidak mahu dikongkong oleh cinta mereka. Apatah lagi aku masih dialam persekolahan.

“bella..”panggil Rushdy. Aku tesentak dari lamunan.
“ya..saya”aku memandang ke arahnya.
“bella, awak ni misteri lah..susah nak baca isi hati awak”
“hehe..misteri mcam mana tu..”aku mengelak.
“susah nak curi hati awak..”Rushdy menatap ke anak mata aku.
Aku memandang ke bawah. Tidak mahu memandang matanya.
“dari tadi saya tanya, bella tak jawap lagi pertanyaan saya..”
“apa dia..”aku sengaja  membuat Rushdy gelisah.
“bella buat apa kat sini..? bercuti ker...dengan siapa..tinggal dimana..?”bertalu-talu soalan dari mulut Rushdy.
“iya’saya tengah bercuti..sendiri..”
“seorang diri disini...beraninya..”Rushdy terkejut. Dahinya kelihatan berkerut.
“hehe..tak lah, tu tempat kerja ayah saya, saya datang untuk habiskan masa cuti sekolah disini bersama ayah” Jari aku tunjukkan  ke arah hotel Primula.            
Sebenarnya aku sudah terlajak keluar dari kawasan hotel. Kerana telalu seronok bermain air digigi pantai.  Tanpa disedari rupa-rupanya ada mata yang memerhati.

“oo..ayah bella kerja di sana..” Rushdy tersenyum mengerti.
aku mengangguk dan membalas senyuman manis darinya. Tika matahari sudah mula menyembunyikan diri baru kami  berdua membawa diri masing-masing. Walaupun berat kaki untuk melangkah pergi. namun kami ada tanggungjawap yang harus dipikul. 
Rushdy rupanya belajar di uitm. Dia pulang bercuti dikampung halamannya.

Sejak dari itu bibit-bibit cinta mula mekar dihati. Walaupun berjauhan Rushdy tidak pernah lupa hari-hari istimewa aku. Dia tidak jemu mengirimkan kad ucapan hari lahir, hari mengingati kekasih  serta surat-surat cinta yang berjela-jela.  Meluahkan isihatinya padaku. Tentang  kerinduan yang terpaksa  dia pendamkan kerana jarak antara kami.  Kalau diikutkan dearah tempat tinggal aku dengan kampungnya hanya 4 jam perjalanan jika menaiki kereta. Tapi aku dan Rushdy tidak pernah kerap bertemu. Aku boleh mengira dengan jari pertemuan aku dengannya tidak sampai 3 kali. Memang aneh tapi itulah hakikatnya. Rushdy terikat dengan tanggungjawapnya sebagai pelajar . Begitu juga dengan aku. Hanya surat-surat sebagai penganti diri yang menjadi perhubung antara kami berdua. Dengan kematangan Rushdy membuat aku bertambah yakin terhadap dirinya.  Namun suatu hari tanpa aku duga. Langit yang selalu cerah rupanya hujan ditengahari.  Hati ini  digores dengan  kejam. Tanpa ada rasa sempati Diri ini telah dihina dengan sesuka hati oleh mereka yang jahil tentang manusiawi. Seharusnya aku terpaksa  menerima hakikat  hubungan aku dengan Rushdy hanyalah sekadar mimpi.  Pelangi walaupun hadir tapi pudar warnanya tak berseri apalah ertinya..

                                                         *****
“hello.. Rushdy ada” tanya aku dengan perasaan yang berdebar-debar. Entah kenapa hati ini rasa tidak sedap. Seolah dapat menangkap sesuatu yang bakal terjadi nanti.
“siapa nih” terdengar suara dihujung talian. Nada suaranya memeritkan telinga aku.
“saya Isabella..kawan Rushdy” balas aku dengan selembut yang mungkin.
“ada apa nak cakap, cakap lah..ni mak dia”tegas suara itu.
“maaf makcik, Rushdy ada tak..”aku mula terasa kesombongan dari suara yang aku dengar. Namun  aku cuba bertahan dan masih  melunakkan suara dengan penuh mesra.
“dia tak de, dia sibuk..tak ada masa nak layan kamu..”
“tapi makcik..”
“dengar sini ya..saya tak suka kamu berkawan dengan anak saya lagi, jangan cari dia lagi..faham!”tegas Puan Rohaya.
“apa salah saya makcik..” tanya aku dengan perasan yang tidak menentu.
Aku sangkakan hubungan aku dengan Rushdy selama setahun ini mendapat restu dari ibubapanya.  Ternyata aku silap. Banyak yang Rushdy sembunyikan dari aku rupanya.
“kau orang luar tak layak dengan anak aku..faham!”
Terdengar ganggang telepon dihempaskan dengan kuat. Aku menahan bunyi kuat ditelinga. Airmata tiba-tiba mengalir tanpa dapat aku tahan. Hinakah  sebagai orang luar..?

Barulah aku tahu selama ini diri aku dibenci oleh keluarga Rushdy . Hanya kerana aku bukan berasal dari negeri yang sama dengan mereka.  Kerana itu aku dapat layan begini. Mujurlah kejadian itu hanya dalam talian. Kalau berhadapan dengan mereka bagaimana agaknya. Airmata yang tersisa aku sapu dengan semangat baru. Bahawa cinta Rushdy terpaksa aku lepaskan.  Aku tidak mati kerana cintanya. Sejak dari itu  surat-surat dari Rushdy tidak lagi aku balas. Pesanan darinya  yang diutuskan kepada Zehan juga tidak aku layan. Aku tetap dengan pendirian aku. Kerana maruah aku sebagai manusia telah dipersoalkan.  Masih terdengar lagi dicuping telinga aku  kata-kata yang dilemparkan oleh ibu Rushdy kepada aku.
Sehinggalah aku datang ke KL. Aku ingin melupakan Rushdy buat selama-lamanya.
Akan aku  cuba membuang segala kenangan aku dengan nya.
Namun wajah Rushdy masih tetap melekat dihatiku hingga kini. Amat payah untuk aku melupakan lelaki itu. Tapi bila suara sombong Puan Rohaya  bermain ditelinga.  Hatiku kembali  membenci kepada keluarganya. Aku sebenarnya tidak sangka  ada juga manusia yang mementingkan asal usul. Bukankah sudah jelas. Semua manusia diciptakan dari  tanah lumpur yang kotor. Tidak ada manusia yang suci. Apa pun bangsa dan asalnya semua itu bermula pada hati. Jika hatinya baik maka  baiklah tubuh badannya. Mengapakah kerana darjat, agama sanggup ditolak ke tepi. Aku jadi bertambah geram dengan kesombongan manusia yang tahu agama tetapi masih buta hatinya. Kepandaian mereka hanya di atas sijil bukan di akal. Mereka masih bodoh dalam menentukan hukuman Allah. Dan  hati ini masih berdarah lagi...

“kenapa kau tak bagi tahu Rushdy hal ni..bella” Tanya Zehan. Ketika aku menyatakan hal sebenar tentang hubungan aku dengan Rushdy.
“buat apa aku nak bagi tahu dia..itukan emak dia..” aku memandang cawan yang sudah kosong ditangan. Lalu meletakkan diatas piring. Aku menarik nafas sedalamnya.
“baik buruk pun manusia itu tetap mak dia.., siapa aku untuk bersaing dengannya” aku meluahkan kepedihan yang telah lama tersimpan dihati.
“tapi dia masih tak putus asa cari kau.., kau tak kesian kat dia ker..? sampai bila kau nak memendam rasa bella.., dia benar-benar cintakan kau..”Luah Zehan cuba memujuk aku.
“aku tidak layak untuk dia..suruh saja dia cari orang lain..yang satu negeri dengannya”kata aku tegas. Itulah  pesanan aku pada Zehan. Jika Rushdy mencari aku lagi.
“kau dah banyak berubah bella, hati kau semakin keras”Zehan mengelengkan kepala. Bila melihat kedegilan aku.
“kalau ko ditempat aku bagaimana Han..?” apa tindakan kau..? bahagiakah kau jika setiap hari ada mata yang memandang hina terhadap kau..?” suara aku mula bergetar.
“kalau orang lain aku tak kisah tapi...emak dia sendiri”airmata mula bertakung cuba ku tahan agar tidak jatuh berjujurai dihadapan Zehan.
“maafkan aku bella, aku tahu kau juga terseksa..”Zehan mengosok bahuku. Aku memandang wajah Zehan yang semakin matang.
“mungkin satu hari nanti dia akan tahu dari mulut ibunya sendiri..”kata aku setelah lama membisu.
“aku doakan semoga kau akan bertemu dengan lelaki yang baik..”Zehan mengenggam erat tanganku. Aku pasrah...berjujurai juga airmata mengalir tanpa dapat aku sembunyikan lagi.