29 Dec 2012

Bumi Ini Bulat

Bumi ini bulat

perjalanan tadi yang dilalui
pasti kau akan jejak lagi
jalannya akan tetap sama 
warnanya tentu tidak berubah
bentuknya pasti seakan juga
kerana buatannya adalah dari
pencipta dan pereka yang serupa
cantik atau tidak terpulang
pada yang memandang
ukurlah baju dibadan sendiri
jangan memalukan diri
bila baju tidak sama dibadan
masalah jangan dicari
biar ia datang dengan sendiri
bumi ini bulat
siang dan malam
sentiasa datang tepat pada waktu
cuma bezanya..ada ketika
turun hujan dan ribut petir
salji adakah dimalaysia..?
kalau ada yang katakan ya..
pasti orang akan mengatakan dia gila
tetapi sesuatu yang tidak mustahil itu
akan berlaku jika Dia kehendaki
namun dimanakah kita..?
didalam zon selamatkah..?
belum tentu.....

Lukisan Hati,
Isabella ali 2012

18 Dec 2012

Bersama Nash, Ikka dan Nazz the geng

Bersama Nash dan ikka sewaktu rakaman lagu Kering sudah hatiku(maafkan aku teman)
Liriknya adalah dari ciptaan aku sendiri. lirik ini adalah ciptaan dari puisi aku untuk seseorang sahabat yg telah lama  aku kenali. maka terciptalah puisi ini. Dan aku meminta abg nazz aziz untuk mnyanyinya dalam bentuk lagu. ternyata lagu ini diminati. ikka amat myukai lagu ini kerana itu dia meminta lagu ini utk dia nyanyikan dlm albumnya. walaupun sudah hampir 1 tahun lebih ikka menyimpannya. hari ini dia mmbuka hasrat ingin bduet dgn nash. aku mberi lagu ini tanpa apa2 pun cagaran. kerna semua urusan diuruskan oleh abg nazz aziz sendiri selaku komposer.

TQ semua,  semoga rakaman lagu ini berjalan dengan lancar seperti yang kalian rancangkan..maklumlah aku sememangnya seperti seorang bayi yang tidak tahu apa2 tentang dunia artis. apa kata yg bijak pandai aku ikutkn saja..untung sabut timbul untung batu tenggelam..itulah pesan rakan2 yg megenali aku..^_^
penulis bersama nash dan komposer nazz aziz ketika rakaman lagu       
bersama ikka dan komposer nazz aziz sewaktu rakaman lagu  kering sudah hatiku


Maafkan Aku


berhentilah
dari mengejar bayangan 
yang tak mungkin kau gapai..

lepaskanlah
semua kenangan yang kau ada
biar ia lebur bersama masa..

aku tak akan terharu
biar apa pun cara kau lakukan..

pergilah
arah jalan yang harus kau tuju
di sini bukan lagi untuk kau tunggu..

maafkan aku
kerna tak akan bisa memberi
apa yang kau mahu

cinta ini hanya satu
buat dia yang telah tertulis untukku....

*lirik asli



Lukisan Hati,

isabella ali 2012


10 Dec 2012

Itu yang terbaik


Itu yang terbaik..

terpaksa aku relakan
kehilangan cinta sejati
yang inginku pertahankan
ku ingat kekurangan ini
kau sedia melengkapi
tapi rupanya satu
kesusahan bagi dirimu

mungkin perpisahan ini
yang terbaik bagi kita
sama-sama mencari
harga sebuah cinta
dari rupa atau pun harta
pasti akan terbukti nanti
pilihlah apa yang kau mahu
aku relakan demi kau bahagia...

Lukisan Hati,
Isabella ali 2012

Ibuku wanita sejati

Ibuku wanita sejati..

ibu,
terlalu sukar aku bercerita
tentang kebaikan dan kasihmu

kerana airmata akan mengalir dulu
sebelum sempat aku menulisnya
derita hidup yang kau simpan
terlukis parutnya diwajahmu
senyuman yang kau berikan
melalui keperitan ditubuhmu
ibu,
bila ku renung ke dalammu
dapat ku rasakan semangat
yang menyala-yala dalam dirimu
meskipun kudratmu semakin susut
kau tetap cuba gagah berdiri
tidak mahu menjadi beban
pada sesiapa apatah lagi pada aku
ibu,
aku masih lagi cuba menahan
airmata ini yang mahu mengalir ke pipi
kerana cerita tentangmu
masih banyak yang belum aku
karangkan untuk tatapan dunia

benar,baktiku tidak seberapa padamu
aku akui itu..kerana aku seorang wanita
tapi ia bukan alasan untuk melupakanmu
tidak! tidak sama sekali, ibu..
kerana tanpamu..aku tidak mungkin lahir!

Lukisan Hati,
Isabella ali 2012

Tenangkan aku


Tenangkan aku..

Ingin sekali aku
setenang air ditelaga
tapi aku kini seperti

angin yang bergelora
dikelilingi oleh suhu
yang tidak menentu
ada ketika panas
seperti matahari
membakar jiwa
dibadai hujan resah
bersama petir serta guruh
mengoncang dalam raga
bilakan akan berhenti
angin taufan ini
dari semalam menghantui hidupku..

Lukisan Hati,
Isabella ali 2012

3 Dec 2012

Medan..aku pasti datang lagi

bersama Ibu Wanda di LCCT sebelum penerbangan..
Berkunjung ke Medan adalah detinasi yang tidak diduga. Dengan ajakan seorang kawan yang baru  aku kenali difesbuk sebagai Chef Nuraini. Memberi cadangan untuk merasai masakan orang Medan disana. Pada mulanya aku teragak-agak juga dengan ideanya. Tapi setelah diyakinkan baru aku setuju. katanya segala aktiviti di sana akan dia uruskan. aku hanya perlu membayar harga tiket penerbangan dan bilik penginapan sahaja. Jadi tidak perlulah aku nak fikirkan kemana nak melawat disana nanti. Idea itu datang ketika aku mengenali  kakak Salmiyah yang selalu mendapat tiket murah dari AirAsia. Kakak Salmiyah merupakan rakan Chef Nuraini tapi dia agak rapat dengan aku. Minatnya yang suka  melancong telah menarik aku untuk mengikut jejak langkahnya. Meskipun kakak Salmiyah dari golongan orang kaya. Dia juga memilih AirAsia kerana tiketnya yang amat murah jika dibandingankan dengan syarikat penerbangan lain. Semangatnya yang suka melancong itu membuat aku ingin merasainya sekali. Ke Medan adalah penerbangan pertama aku dalam hidup ini. Hampir 8 bulan menunggu setelah memperolehi tiket murah AirAsia sebanyak RM65. Tanggal 30/11/12 aku meninggalkan Malaysia dengan perasaan yang bercampur aduk. Kerana yang dapat pergi ke Medan hanya aku, ibu Wanda dan Masni tanpa ditemani oleh Chef Nuraini. Mujurlah Masni pernah ke Bandung Indonesia. Dengan pengalamannya dapat membantu perjalanan kami.

Subahanaallah..itulah ayat yang pertama keluar dari mulut.....
Bila diatas pesawat perasaan mula bercampur aduk. Rasa gembira dan hiba menerjah dihati. Terasa amat kagum melihat hasil ciptaanNya. Dan airmata tiba-tiba mengalir kerana telah diberi peluang  menikmati keindahan ciptaan dariNya. Indah dan sangat cantik. Sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata.
Terasa bertapa kerdilnya diri aku dihadapanNya ketika itu.

Dialah Guru pertama yang mengajar aku didalam pesawat..^_^
Aku agak beruntung kerana kali pertama menaiki pesawat sudah dapat tempat duduk ditepi tingkap. Kerusi ditengah pula kosong membuatkan tempat duduk lapang sedikit. Aku ambil peluang ini  untuk menatap sepuas-puasnya suasana di bawah. Ketika sedang leka menulis dimeja kecil. Dia menyapa aku katanya tutup dulu meja kerana penerbangan sudah bermula dengan senyuman manisnya..memang ensemm sungguh mat saleh ni, tapi entah dari mana datangnya aku tak pasti. Malu juga nak bersembang dan yang sebetulnya..aku takut lidah aku akan terbelit-belit nanti...hehe.., Aku hanya memperhatikan gerak gerinya dari kerlingan mata sekali sekala. kerana selebihnya mata aku berada diluar tingkap. Tiba-tiba perilakunya menarik perhatian aku. Aku tergaman seketika bila melihat dia mengambil kain pelikat untuk menutup kakinya yang kesejukan barangkali. Pakai kain pelikat didalam kapal terbang..? memang mat saleh ini lain dari yang lain..aku bertambah kagum! rasa rugi pulak tak ambik gambarnya berkain pelikat..

Sedang menuju ke Danau Toba..
Turun sahaja dari pesawat kami dijemput oleh Pak Amat. Kami terus menuju ke Danau Toba menaiki kereta Avanza yang dipandu oleh Pak Amat. Kenderaan tersebut telah kami 'booking dari awal mengunakan online dari Malaysia. Bagi memudahkan perjalanan kami ke Danau Toba. Kata orang kalau datang ke Medan jika tidak ke Danau Toba sangat rugi. Kerana tidak melihat sendiri keindahannya. Perjalanan dari medan ke Danau Toba lebih kurang 4 atau 5 jam mengikut keadaan kesibukan jalan. Kebetulan jalan yang kami lalui  telah siap diperbaiki. Jalannya elok meskipun kenderaan sibuk. Sebelum memulakan perjalanan ke danau toba seeloknya belilah dahulu makanan ringan disekitar Medan di Indomarket. Mujurlah Pak Amat seorang yg baik hati dan muslim. Byk petua2 yg diberikan kepada kami masa di sana. Katanya kedai makan masakan muslim tidak banyak ketika dalam perjalanan ke danau toba. Kerana itu Pak Amat sarankan agar kami mbeli makann ringan terlebih dahulu. Sekurang-kurangnya ada makanan ringan seperti roti untuk mengalas perut kami. Pak Amat membawa kami ke kedai supermarket atau digelar Indomarket kerana mudah untuk kami  mnentukan harga bila pertama kali mengunakan duit Rupiah. Sebab harga barang telah ada(d'tag) tidak perlu lagi bertanya. Petua bagi tidak memeningkan kepala. Saya akan membaca nilai rupiah dari melihat angkanya diatas kertas. Itu lebih mudah bagi saya menghitung wang ditangan. Keadaan cuaca yang hujan membuatkan Pak Amat lebih berhati-hati  memandu. Kami bergerak dari Medan pada pukul 3 petang dan tiba di Danau Toba kira-kira pukul 8-9 malam. Pemandangan cantiknya belum  dapat lagi kami nikmati. Jadi  terpaksalah berkurung didalam bilik sambil merehatkan badan menunggu esok pagi.

Hotel disini amat murah bagi sesiapa pun untuk bermalam..walaupun hotelnya kelihatan amat gah!
pemandangan dari hotel..sayup mata memandang...sungguh indah!
Keesokan harinya, kami agak terlewat menunaikan solat subuh kerana pukul 6 pagi disini adalah pukul 7 pagi di Malaysia. Selepas menunaikan solat subuh. Aku keluar dari bilik. Walaupun cuaca masih sejuk tidak membuat aku rasa tidak selesa. Hotel kami yang berada di atas bukit memudahkan aku untuk melihat pemandangan sekitar danau toba dengan sepuas-puasnya. Sungguh cantik sekali pemandangannya. Dan terasa lapang dihati tika menikmati keindahannya..

pemandangan dari feri hotel tempat kami menginap..
Cuaca di Danau Toba amat sejuk. Jika hari hujan kesejukannya akan berganda. Bawalah baju hujan atau pakaian tebal@baju sejuk bagi yang tidak tahan sejuk. Berada disini seolah kita berada di genting highland kesejukannya.

 menaiki feri menuju ke pulau samosir danau toba lebih kurang 45 minit dengan bayaran Rp5'000(RM2)
Pulau samosir merupakan perkampungan orang batak. Bagi yang suka melihat makam bolehlah berada lama disana. Di pulau samosir harga barangannya amat murah jika dibandingkan di Medan. kalau anda pandai tawar menawar anda pasti berpuas hati dengan barang yang dibeli. Seeloknya tawarlah dahulu barang yang mahu dibeli. Walaupun anda rasa ia murah. Kerana anda akan dapat lagi murah dari apa yang anda sangkakan ^_^

"Ikan emas" tempat persinggahan yang telah ditinggalkan..
rumah-rumah tumpangan  dlm perbinaan dsekitar lereng bukit di danau toba..
Perjalanan menuju ke Berastagi seperti perjalanan ke Cameron highland. Jalannya agak curam dan bengkang bengkok tapi Pak Amat sudah biasa dengan jalan tersebut. Tidaklah membuat kami merasa takut. Kelihatan ada batu-batu besar yang jatuh dari atas. Jika hujan lebat kata Pak Amat bahaya juga untuk melalui jalan tersebut kerana ditakuti ada tanah runtuh. Sepanjang perjalanan menuju ke Berastagi kita boleh melihat kebun-kebun sayur milik petani yang terdiri daripada orang batak. Kebanyakan mereka beragama kristian. Gereja-gereja kecil sentiasa kelihatan disepanjang jalan antara jarak 1 kilometer. Hanya ada 2 atau 3 surau*musholah untuk kami menunaikan solat qasar. Pertanian adalah sumber utama kaum batak. Mereka memanam kopi, jagung, kobis, buah limau, markisa, stewberi dan tomato. Sesuai dengan cuaca sejuk disitu. Sedikit sebanyak pertanian telah memajukan kehidupan kaum batak. Mereka tidak lagi tinggal dirumah kayu. Malah semua rumah telah mengunakan batu. Namun kesenian pada rumah-rumah mereka masih tetap menarik perhatian kami.

kebun kobis dilereng bukit sepanjang jalan menuju ke Berastagi...

mereka masih mengunakan kerbau untuk membajak kebun..
Surau tempat kami singgah untuk menunaikan solat qasar..
Untuk ke Berastagi memakan masa selama lebih kurang 2@3 jam. Sekiranya anda terlihat ada peminta sedekah dikaki jalan dengan tangannya memegang jala ikan(disekitarnya ada rangka masjid@surau) sebenarnya mereka meminta duit sedekah untuk membina masjid@surau. Saya juga baru tahu mereka selama ini membuat masjid@surau adalah dari ehsan duit orang ramai. Tanpa bantuan wang satu sen pun dari pihak kerajaan. Satu pesan saya jikalau terjumpa kedai makan muslim eloklah singgah jika tidak anda akan kelaparan. Walaupun makanan mereka tidak begitu sedap dan enak seperti yang anda harapkan. Anggaplah anda sekarang sedang berada didalam zaman darurat...^_^

sedap atau tidak..yang penting HALAL..belasah saje!
Air terjun di sipiso-piso..
Dalam perjalanan ke Berastagi. Kami singgah di air terjun Sipiso-piso. Disini pemandangannya juga amat cantik. kita masih lagi boleh melihat pulau samosir dan pulau toba. kerana tempatnya dihujung tasik. Harga barang perhiasan untuk dibuat cenderahati masih lagi murah jika dibandingkan dengan Medan.

pemandangan dari atas di air terjun Sipiso-piso..sungguh cantik!
tdpt gerai buah2 dispnjang jalan..rugi klu tak berhenti mbeli ole-ole buat buahtangan..
Surau di Berastagi..tempat kami singgah untuk menunaikan solat magrib..
Kami sampai di Berastagi hari sudah pun malam. Pemandangan indah waktu siang tidak dapat kami nikmati. Kami hanya singgah di sebuah gerai jagung bakar dikaki bukit. Melihat suasana lampu-lampu dari atas bukit ke pekan medan. Rasa terubat sedikit kekecewaan kami. Berada di Berastagi (puncak tertinggi) seperti berada di Genting Highland. Cuacanya amat sejuk. Jika hari hujan kesejukannya akan bertambah lagi. Banyak hotel-hotel bertaraf 5 bintang telah didirikan disini. Ternyata penduduknya telah maju.

pemandang dari atas bukit Berastagi untuk melihat  bandar medan...
Dari Berastagi ke kota Medan memakan masa selama 2@3 jam. Kami terus ke hotel Garuda Citra kerana hari sudah larut malam. Penginapan di hotel telah kami buat semasa di Malaysia lagi. Tapi jangan bimbing jika anda tidak menempah bilik disini. Kerana banyak hotel di persekitaran bandar Medan untuk anda bermalam. Masing-masing sudah tidur kerana keletihan. Tapi mata sy masih belum mahu tidur. Jadi saya mlayan menonton movie sampai jam 3 pagi. memang saya agak susah nak tido kalau berada ditempat baru..itu pun tlelap sendiri..huhu...

Hotel tempat kami merehatkan diri dan beca motor yang sempat saya ambil..
Istana Maimoon di medan..bayaran masuknya Rp 5'000(RM2)
Pagi-pagi lagi lepas solat subuh aku dan kawan-kawan sudah bersiap nak berjalan disekitar Kota Medan. Tapi selepas sahaja sarapan kami terpaksa naik ke bilik semula. Rupanya disini waktu niaga mereka sama dengan Malaysia. Pukul 10 pagi baru dibuka..
Ke istana Maimoon kami menaiki beca motor. Tambangnya sekitar Rp10'000-Rp15'000.*kalau pandai tawar. Menaiki beca dari hotel ke Istana Maimoon tidak sampai 10 minit. Tapi perjalanannya terasa begitu lama kerana sikap pemandu yang menakutkan. Cukuplah sekali menaiki beca motor..bisik hati saya. Bayangkan dijalan yang sibuk mereka berlumba-lumba memotong lampu merah. Kereta-kereta mewah memandu dengan laju dijalan yang sibuk. Pengalaman menaiki beca membuatkan kami serik. Jadi kami rasa lebih selamat  menaiki teksi. Bayarannya juga tidak mahal hanya Rp20'000-Rp25'000 sahaja. Singgahlah di pasar ikan(Pajat Ikan) bagi yang ingin membeli  kain-kain pasang. Memang harganya amat murah* sekiranya anda pandai tawar menawar lagi bagus ^_^.. Bagi yang suka membeli pakaian seperti baju, beg dan perhiasan bolehlah ke Petisah(gudang@gedung). Pengalamn selama 4 hari 3 mlm disana bgitu brharga sekali. Dan pasti sukar  utk aku lupakan sampai bila2. Selamat tinggal medan..insyaallah, aku pasti akan dtg lagi..

tak mahal kalau nak cuba nasi padang..yang penting tanya harganya dulu...^_^
air yang saya minum sepanjang waktu disana..sedapp!
Selamat tinggal Kota Medan..insyaallah..aku pasti akan kembali ke sini lgi..
..