18 Dec 2013

Telepon punya pasal..


Pada satu malam dalam pukul 9.oo malam emak datang mengejut ke rumah aku. angin tidak ribut pun tidak emak sudah terpancul didepan pintu rumah. Kata emak, dia  datang sebab sudah lama dia tidak bertandang ke rumah aku. kebetulan pula emak dari rumah kawannya. Jadi emak singgahlah di rumah aku. Selepas selesai makan, kami pun bersembang2 lah tentang hal keluarga dan ativiti yang akan datang. Dalam bersembang tu emak tiba2 bagitahu aku. kata emak sejak 3 malam berturut baru ini, dia menerima panggilan dari seorang lelaki yang tidak dikenalinya. Walaupun emak sudah memberitahu bahawa panggilan itu tersalah mendail nombor. Tapi si pemanggil tetap juga menghubungi emak setiap malam melalui nombor yang sama. Emak pula jadi serba salah tapi dalam masa yang sama, emak rasa mungkin orang itu hanya mahu menguji dirinya. Tapi  sambil bercerita emak gelak macam geli hati. Aku pulak yang jadi tak sedap hati.

“mak dah cakap umur mak 60 tahun, tapi budak tu x percaya” kata emak dalam gelaknya.
“macam mana dia nak percaya, dah suara mak kan macam anak dara” usik aku.
“itu lah, mak dah cakap dia tersalah nombor, tapi dia tetap kol mak juga nak sembang-sembang, mak tanya juga dia nak cari siapa mulanya, kata dia nak cari nora”
Emak berhenti bercerita kemudian mengambil bantal lalu merebahkan badannya disebelah aku. aku mengesok sedikit untuk memberi ruang pada emak menyelit disebelah. Aku menunggu cerita emak dengan sabar.
“emak ingatkan dia nak cari nora, kebetulan nama tu kan sama dengan nama nora, jadi mak menyamar lah dulu. Mana tahu nora ada bagi nombor emak pada dia.” terang Emak dengan mengeleng kepala. Macam tengah fikirkan sesuatu. Nama Nora yang lelaki itu sebut memang nama adik aku. kebetulan telepon dia hilang.  Mungkin juga sebab itu Nora telah bagi nombor telepon emak pada lelaki tersebut.
“apa lagi yang sempat mak tanya dia”
“mak pun tak banyak tanya dia,  dia jer yang banyak bersembang dengan mak. Lagi pun mak malas nak layan lebih-lebih, Cuma mak nak tahu jer..kalau betul dia kenal dengan  nora” aku faham perasaan emak. Ikutkan Nora adik aku tu, sebenarnya dia pun sudah berkawin. Jadi mungkin emak susah hati. Bila ada  lelaki yang sedang mencarinya.
“mak rasa, orang yang telepon mak tu orang mana? ” tanya aku. cuba selidik identiti pemanggil tersebut. mana tahu kot-kot saudara mara sendiri. tak pun kawan-kawan sekolahnya ker. Tiba-tiba emak tersenyum semula.
“orang Terengganu, sebab slang dia sebijik orang sana”
“orang Terengganu..? tu dekat dah dengan rumah nora. Mungkin kawan2 dia lah tu kot mak”
agaknya emak datang rumah aku sebab ini kot. Mungkin emak tidak senang duduk selagi hal ini tidak dikongsikan dengan aku.
“itulah, mak ingat..tapi entahh lahh,” emak mengeluh kecil. tapi dapat aku meneka. Mungkin emak ingat pemanggil tersebut kekasih gelap si Nora. Aku mengaru kepala yang tidak gatal.
“mak  jangan pikir yang bukan2 lah, mana tahu orang itu berkawan dengan nora jer ker, iyalah sekarang kan semua orang ada fesbuk ” terang aku lagi. cuba memujuk perasaan emak yang mula kelihatan sedikit gudah.
Tut..tutt..tuttt..tiba-tiba telepon tangan emak berbunyi nyaring. Emak bangun mengambilnya didalam begnya.
“hahh..nihh budak tu  dah telepon dah nih..nah! kau tolong tanya kat dia” emak berikan telepon bimbitnya kepada aku. aku teragak-agak sekejap. Tapi lantas menekan butang hijau.
“hello..” kata aku.
“hello..assalamualaikummm..”
“waalaikumusalam” jawap aku. cuba control suara sendiri. emak disebelah tersenyum semacam. Aku pulak yang rasa macam-macam.
“awok tengoh wat gapo tuh”.
“saya sedang tengok tv” jawap aku yang hampir-hampir hendak mengajuk cara percakapannya.
“awok dah makang ker”
“sudah, awak pulak tengah buat ape..?
“saye tengah ngail ikang dengan kawang kat tepi pantei nih”
“oo..banyak dah ker dapat ikan”
“dok dapat lagi..baru jer ngail, awok Pahang ker apa tu ngail”
“mestilah saya tahu, ngail tu memancing lah kan..” ada ker dia tanya aku soalan budak darjah satu.
“oo..ingat ken awok tok tahu..hehehe..”
aku tersenyum sendiri. speaker telepon aku kuatkan. Emak pun turut tersengih-sengih macam geli hati. Memang pekat slang Terengganu dia. Macam aku tengah bersembang dengan ustaz azhar pulak rasanya.
“awak selalu ker ngail ikan kat situ”
“dok juge..bile ari cuti jer baru saye gi ngail”
“esok kerja tak mengantuk ker malam-malam keluar”
“esok saye duk keje  ,malang ni kang malang jumaat..ari jumaat Terengganu  cuti”
“oo..saya lupa..hehe..”
aku berfikir-fikir apa soalan yang hendak aku tanyakan lagi pada dia. Suaranya yang sopan dan bersahaja buatkan aku tertarik untuk terus berbual dengannya. Belum lagi ada ayat-ayat yang berbaur lucah dari perbualannya.
“awak keja apa?”
“hari tu kang saye dah kasi tahu..saye keje pomen, awok tahu ker pomen tu ape”
Aku tahan gelak yang mula nak pecah dimulut. Macam lah aku ni tak tahu. Emak aku kan orang Terengganu juga. Walaupun aku ber’i.c kan warga KL. Tapi dek kerana sedang menyamar mana boleh kasi tahu identiti diri. jadi aku guna bahasa kl sepenuhnya walaupun lidah lembut nak mengikut slang terengganunya.
“saya tahu..,awak repair keta ker moto? Tu kedai awak sendiri ker ”
“saye pomen moto jer..keje dengan abang saye, kedai tu abang saye punye, bukang saye”
“awak keluar malam-malam nih mak awak tak marah ker..?
“hehe..saye dah besar..takang mok saye nok marah pulok.”
“ermm..dah besar tu..umur berape..? ini lah kesempatan untuk aku tahu umurnya.
“saye dah umu 25 tahun doh”
Aku pandang wajah emak. seolah terkejut..Emak sempat bisik kat telinga aku. “baya anak2 aku  tuu”.kata emak. Aku pun hairan dengan budak ini. macamana dia boleh terpikat dengan suara emak aku.
“awak telepon saya setiap hari, tak takut ker duit abis”
“tak per..dah gaji doh”
“apa yang menarik kat Terengganu, nanti kalau saya pergi sana awak bawak saya jalan-jalan ya”
Aku cuba buka topik yang lebih matang.
“macang-macang ade kat tganu nih, tapi kalau awok nak datang kena datang siang-siang. Jangang datang malang-malang baheye”
“bahaya..kenapa pulak bahaya datang malam-malam”
“dok bulih..tempat saye nih misteri sikit. Orang puang tak leh datang umah orang laki”
Aku bertambah kagum.  Seolah aku pula diujinya. Emak melirik kat aku dengan tahan gelaknya.
“kat sana ada banyak pulau kan, nanti saya nak pegi pulau redang lah”
“jangan awok..kat pulau tu ade perogol bersiri, baheye”
“perogol bersiri..saya tak pernah dengar pun..”
“kat sini semua orang tahu..cuma orang luar je dok tahu lagi”
satu maklumat baru aku dapat darinya. Menakutkan kalau benar kata-katanya itu.
“tapi kalau awok nak pegi jugok..kena ada orang laki bawok, baheye gi dengan orang puang semua”
Baik juga budak ini bisik hati kecilku. Suara aku yang serius mula bertukar santai.
“saya lupa nama awak, sape nama awak ya..”
“name saye azlang..muhamad azlang..”
Dah hampir setengah jam berbual, baru aku tanya nama dia..bulih ker..? Tapi pelik jugak si azlan ni, dia tak tanya pulak siapa aku. Sedangkan suara aku dengan emak jauh berbeza. Kali ini aku akan terus pada topik soalan yang penting.
“saya nak tanya sikit boleh tak”
“bulih ehh..hehe..”
“awak sebenarnya nak cari sape, awak tahu kan awak dah salah nombor nih”
“ meme saye nok cari nora, tapi bile kol awok angkat..jadi saya telepon awok jer lah..hehe”

Aku mula mengerti dan mengangguk perlahan dengan emak. mungkin budak azlan ni 
tengah kesepian  agaknya. sebab tu dia saje-saje kol nak hilangkan rasa boring dia. 

“nora tu siapa sebenarnya..?”
“nora tu kawang sekolah saya dulu”
“mana awok dapat nombor telepon ni”
“nombor ni kawang nora yang bagi kat saye”
“nama penuh nora itu awok tahu ker..? aku dah mula terikut-ikut slang azlan.
“name penuh dey Nurul Syuhada Nora bt Ahamd. Dey satu skoloh dengan saye dulu” terang azlan.
 Aku dengan emak menarik nafas lega. Memang sah dia tersalah nombor. Bukan adik aku yang kasi nombor ini. Tanda tanya yang selama ini menghantui emak sudah pun terjawap. Tapi entah kenapa aku  masih tidak mahu memutuskan talian lagi.
“awak ada fesbuk tak”
“fesbuk..? saye tak de fesbuk-fesbuk nih..”
“tak kan x de fesbuk, semua orang ada..tak kan awak x de..?”
Hairan jugak aku. masih ada lagi ke lelaki semulia dia yang tidak suka bersosial. Atau dia takut nak tunjukkan wajah dia pada aku.
“sungguh..saye tak de fesbuk, kalau buke intenet pung. Saye suke tgok youtube jer.,kawang-kawang saye semua meme ade fesbuk..tapi saye dok minat”
“betul ker nih..?”
Aku masih tidak percaya. Tapi dalam masa yang sama rasa ingin tahu mula berkobar-kobar. Siapa kah lelaki ini sebenarnya.
“kalau macam tu. Macam mana saya nak kenal dengan awak”
“betul awok..saye meme tak de fesbuk”
Aku rasa sedikit kecewa. kalau azlan ada fesbuk senang lah aku nak skodeng dia nanti. boleh tahu asal usul tentang diri dia.
“agak-agak wajah awak mirip siapa ya.., ada macam faizal hussien..?”
“dok juge..”
“Macam farid kamil.., rosyam nor ade..?”
Entah kenapa nama-nama pelakon hebat itu boleh terkeluar dari mulut. Seolah aku pulak yang tidak sabar nak tahu tentang diri azlan. Adakah sebab aku rasa dia baik?
“ade lah sikit macang rosyam nor”
Dalam hati aku, kalau macam rosyam nor tu, kira ensem juga lah tu. Lega sikit perasaan aku. sebab sudah boleh membayangkan rupa azlan.
“banyak dah ker dapat ikan”
“dok banyok, 3 ekor je..ikang kerapu..tapi besar juge lah”
“wahh..sedap tu ikan kerapu kalau buat masak tiga rasa”
“awok ni betul ker janda”
Pertanyaan azlan buat aku menelan air liur. Bila masa pulak aku janda. Aku jeling  pada emak.  Sambil menghulurkan telepon kepadanya. Emak mengeleng kepala. Jadi terpaksa lah aku berdiam diri seketika. Yang janda emak aku!
“awak rasa..?”
“bukang awok yang cakap kang aritu..”
“oo..iya…,dah tahu nape tanya lagi..”
“saje lah tanya, takut kacau hak orang..baheye..”
Hampir  1 jam bersembang baru tanya aku nih siapa yang punya..azlan..azlan..lurus bendol ker apa budak nih.
“awak tu, makwe awak tak marah ker..hari-hari telepon saya”
“saya tak de mak we lagi..tapi kawang-kawang tu ade lah..lagi pung orang laki kang leh pasang empat..hehehe..”
Amboi dia punya gelak. Macam ada hati jer tu..
“memang lah boleh , macam ustaz azhar tu..”
“awok pun kenal juge ustaz azhar tu iya..,tapi ustaz azhar tu baru kawin 3 je…hehehe”
“Kenal  kat dalam youtube..”
Jawap aku acuh-acuh. Memang aku tidak senang kalau isu poligami diperkatakan. Tapi bukan bereti  aku menolak hukum Allah. Aku cuma rasa kesian pada perempuan2 yang dipoligami jika diri mereka diinaya oleh suami. Hak mereka sebagai isteri pertama diabaikan. Bukankah itu tidak adil!
“ustaz azhar ni satu kampung dengan saye kat sini”
“oo..awak tinggal satu kampung dengan ustaz azhar lah kalau macam tu.., macam mana orangnya ustaz tu..tapi betul ker dia memang orang kaya..ada keta ferari , motor besar..dia duk rumah mewah juga ker..?”
Banyaknya soalan aku,  tapi semua soalan tu untuk mensahihkan apa yang aku baca dan tengok di fesbuk selama ini.
“dok eheh..ustaz azhar tu biase-biase jer, dia bukang orang kaya..tu semua orang kasi dia guna. Orang-orang kaya yang bagi dia pakai. Kata orang bagi merasa..”
“oo..gitu..”
“jadi ustaz azhar tu memang duk sana lah”
“iyalah..meme die duk sini, bini pertama dia orang tganu, duk kat flat je. Bini kedua dey orang kuantang. Bini ketiga dia orang johor. Saye selalu juge pegi dengar ceramah dia kat sini. Baik ustaz azhar nih.. tak sombong lah kalau jumpe kat mane-mane”
Asyik sungguh si azlan bercerita kisah idolanya. Aku mengangguk bersama emak. Sempat juga mata aku melirik jam didinding. Sudah dekat pukul 1 .30 pagi. Emak pun dah menguap-guap kecil.
Ikutkan hati mahu lagi aku melayan sembangnya. Tapi malu pula pada emak. Jika soalan-soalan aku tidak berkaitan dengan yang emak harapkan.
“awak, kalau saya tak angkat telepon ni awak buat ape..”
“saye duk ngail jer lah temang kawang saye nih..hehe..”
Tit..tittt ..tiba-tiba amaran dari telepon berbunyi. Aduhh! Bateri hanpon dah nak abis. Aku sedikit kelam kabut. Soalan yang hendak ditanya tiba-tiba hilang.
“okey lah awak..bateri dah nak abis nih, awak nak lepak kat situ sampai pukul berape..?
“saye pun kejap lagi nak kelik doh”
“iyalah..lagi pun malam ni kan malam jumaat, tak takut ker hantu Pontianak!..hehe..”
“hehe..dok eheh..dah biase..”
“nanti bila saya pegi sana awak bawak saya gi ngail  ya” sempat lagi aku menguji dia.
“eheh..tak bulih awak.,baheye kalau orang tine keluar dengan orang laki malang-malang, Ustaz azhar kata orang tine ni. waktu siang dey cantik..tapi kalau waktu malang lagi kohor cantik..macam keta  lamborghini tu..hehehe..”
aku tersenyum mendengar jawapan dari mulut azlan. Emak terbeliakkan biji mata..”bagus kalau buat menantu nih” - kata emak perlahan.
“okey..bye..”
“okey baii”
Aku menekan butang merah. Walaupun dalam hati rasa ingin berbual lagi dengannya.
“Orang t’ganu mana nak kawin dengan orang luar mak, diaorang suka berkawin dengan orang yang satu kampung dengan mereka. Sebab senang nak balik kampung, jimat kosss..”
“tahu pun kau…hehe..”
“dah lama tahu mak....”

p/s: aku sanggup tukar hanpon samsung aku dengan nokia 3310  mak..kalau mak suruh menyamar lagi..  :P




Episod 11 Isabella..lambang cinta yang lara

Episod 11

Inilah kali pertama aku berpuasa diperantauan. Hari ini abang Faezal kerja shift pagi. Jadi aku dan abang bercadang hendak  berbuka puasa bersama. Tapi jika abang faezal  kena o.t sampai malam.  Terpaksalah aku  berbuka puasa seorang diri di rumah. 
Kini sudah masuk minggu kedua  berpuasa. Ada juga Deana  mengajak aku berbuka puasa di rumahnya.  Dirumah deana  pelbagai aneka juadah disajikan jadi dapatlah aku nikmati. Kalau dirumah bila berbuka puasa. aku selalu membeli lauk dan kuih sejenis dua di bazaar Ramadan. Persahabatan aku dengan Deana telah mendapat kebenaran dari abang faezal. Deana pun sudah acapkali bertemu dengan abang faezal. Kemana aku dan Deana pergi abang tidak lagi  menyoal. Asalkan aku pandai bawa diri itulah pesanannya selalu. Dan balik ke rumah pada waktu yang telah ditetapkan. Sebelum pukul 10.00 malam aku harus ada dirumah. Itulah perjanjian aku dengan abang.
Didikan nenek ketika tinggal bersama dengannya membuat aku menjaga puasa.
Jarang sekali aku ponteng kalau tanpa sebab yang kuat. Kecuali kalau sakit perut atau keletihan sangat. Baru aku tak berpuasa. Cuma solat sahaja yang jarang-jarang aku tunaikan.
Setelah berbuka puasa. Aku duduk diberanda melihat neon-neon ditepi jalan. Suasana malam membuatkan hati  jadi  hiba. Terbayang saat2 indah dikampung bersama emak dan adik2. Tiupan angin kuat yang menyapa  ke wajah  mmbuatkan aku kembali  ke dunia realiti. Kesejukan malam  mula dapat aku rasai. Aku  menarik nafas lalu melepaskan dengan pelahan. Sudah  hampir setahun aku disini. Pelbagai pengalaman telah aku lalui.  Kenangan bersama emak, ayah serta nenek menjadi peneman aku disini. Bila rindu nama-nama itu akan ku catitkan di diari harianku. Begitu juga  dengan peristiwa yang telah aku lalui disini.  Seolah aku sedang berbicara dengan mereka. Meluahkan isi hati dan bercerita  apa yang telah aku lalui setiap hari. Tidak kira apa juga yang aku lakukan. Dan peristiwa apa yang terjadi  pasti aku catatkan. Kerana  setiap saat dan masa begitu berharga dalam hidupku. Meskipun dalam keadaan suka  mahu pun duka..

                                                                *****
“Isabella..? tegur seseorang lelaki. Ketika aku sedang  asyik membeli juadah berbuka puasa. Aku menoleh  kearahnya. lalu  mengamati wajahnya seketika.
“oo..abang Riezal..”balas aku sedikit gugup.
“banyak beli kuih” usiknya. Senyuman manisnya membuat aku rasa sedikit lega.
“tak lah banyak..tapi ada lah sikit”jawap aku perlahan. Suara pun macam mahu tak mahu jer nak keluar. Rasa  malu juga disapa ditengah-tengah orang ramai.
“bella dengan sape nih”tanya Riezal.
“sorang jer..”
“banyak ker nak beli lagi..”
“tak dah..nak beli air jer lagi..”
“boleh ker kalau abang temankan..”pinta Riezal.
“aa..boleh juga” jawab aku sebersalah. Tapi sempat juga aku melihat disisinya. Mana lah tahu ada kawan2nya yang tidak aku perasan.

Riezal dan aku menyusuli keluar dari  bazaar Ramadan yang dipenuhi ramai orang.   Ditangan riezal penuh dengan juadah untuk berbuka puasa. Mungkin ada yang meminta dia membelikan. Atau sememangnya hanya untuk dia seorang.

“mana abang Amier” tanya aku memecahkan suasana senyap antara kami. Sambil berjalan menuju ke rumah masing-masing.
“dia kena kerja petang ni, tadi lagi dia dh keluar”
“oo..kerja kat kilang apa tu”setahu aku kawasan disini memang banyak kilang. Jadi soalan itulah yang terlintas dikepala.
“kerja kat Panasonic.  Kami semua kerja kat sana.”
“dah  lama ker kerja  kat sana..”tanya aku.  seolah peramah dengan soalan-soalan yang keluar dari  mulut sendiri dengan tiba2
“ tak lah lama..tapi dah dua tahun kami kerja kat sana” terang Riezal. Dengan senyuman dibibirnya yang tidak pernah lekang.
“Bella duduk dengan Faezal ya..? tanya Riezal.
“cute juga adik faezal ni..patutlah dia jaga betul-betul adiknya”kata Riezal lagi.
Berderau darah aku bila nama abang di sebut oleh Riezal. Macamana dia tahu nama abang aku. getus hati kecilku.
“a’a..abang Riezal kenal dengan abang saya ker..”aku cuba control suara agar Riezal tidak perasaan rasa terkejut aku.
“kenal sangat-sangat.., kami selalu lepak sama-sama”
“abang pun selalu nampak Bella pagi2 waktu nak pegi sekolah”
“oo..ya ker..hehe..kenapa tak tegur”perasaan malu aku semakin bertambah.
“tak mahu lah kacau,  Bella kan nak pegi sekolah..”
“tapi abang tengok Bella tak selalu keluar rumah kan..”tanya riezal.
“mana abang tahu..?”terkejut juga dengan kata-kata Riezal. Dia siasat tentang aku ke selama ini. atau secara kebetulan dia ternampak aku.
“semua orang  kat flat ni  tahu, kalau lalu rumah Bella tu, 24 jam boleh dengar lagu..kecuali waktu pagi”
“ hehe..ya ker..” aku jadi  bertambah-tambah malu dengan kata-kata Riezal.
“kuat sangat ker lagu yang saya pasang..”
“tak lah kuat tapi boleh layan jugak lah kat bas stop tu” kata Riezal  bersahaja. Mahu sahaja aku lari balik rumah bukak buku matematik kira jarak rumah aku dengan bas stop.
                                                               
                                                                        *****
Puasa sudah pun sampai dipenghujung bulan. Sehari nak raya baru aku pulang ke kampung . Aku menyambut hari raya dikampung bersama dengan nenek di negeri Sembilan. Ketika di bandar aku sempat  menelepon emak di kampung. untuk mengucapkan selamat hari raya dan bertanya kabar  adik-adik serta keadaannya disana . Ayah pula akan pulang  ke kampung juga bila menjelang hari raya nanti bersama isterinya.
Setiap kali hari raya aku lah yang akan menjadi pembantu nenek jika pulang ke kampung. Menolong nenek membuat kuih  raya seperti bahulu, kuih bijan dan kuih Loyang. Sesekali turut juga membantu mengacau dodol  dan jaga lemang. tapi jika pakcik-pakcikku pulang awal merekalah yang mengambil alih tugas tersebut. Sebab itu aku rasa seronok beraya disini dari pulang ke terengganu. Macam-macam juadah yang nenek hendak buat. Asalkan ada yang membantu. Kalau rajin aku akan ke kebun nenek. mencabut ubi untuk dibuat kerepek.  pisang muda yang ada turut aku ambil. Asalkan rajin semuanya boleh dijadikan makanan. Kebun nenek dipenuhi dengan beraneka tanaman. Kerana sikap rajin nenek yang suka bercucuk tanam. Jadi tidak perlulah lagi dicari dikedai. Sudah banyak hasil kebun nenek yang dapat aku rasa seperti jagung, ubi kentang  dan nenas. Begitu juga pokok durian, manggis, rambutan dan langsat yang sudah bertahun-tahun berbuah. 
Oleh kerana aku cucu perempuan yang paling besar. Bukan badan aku yang besar tapi umur aku yang sudah bersekolah menengah. Jadi aku lah harapan nenek untuk menyiapkan apa  yang ingin nenek lakukan. Bila aku ada nenek akan bersemangat membancuh resepi-resepinya.  Dan aku jugaklah yang akan menyudahkan tugas-tugas seterusnya. Semua aku lakukan dengan hati yang seronok dan bahagia.  Aku suka melihat nenek tersenyum dan mendengar cerita-cerita darinya. Ada sahaja cerita yang ingin disampaikan pada aku. Masa inilah peluang untuk aku menatap wajah nenek. Mengomel bersamanya membuatkan kerja aku menjadi cepat siap. Sepupu-sepupuku yang masih kecil menyelit manja disisiku. Kerenah mereka membuat aku rindu pada adik-adikku. Kenakalan mereka mencuit hati. Kuih yang baru dimasak akan menjadi habuan mereka. Bila mereka mendengar kata dan arahan aku.  Baru aku  berikan kuih sebagai upahnya. Itu untungnya menjadi orang dewasa..senang buli budak2..nakalnya aku!

Dipagi raya aku hanya memakai gaun yang separas lutut.  Bila sudah menjelang tengahari aku salin pakai seluar dan t-shirt. Aku rasa lebih selesa dengan pakaian itu. Baju kurung..? aku tidak pernah memakainya.  Ayah dan emak juga tidak pernah membelinya untuk aku. Setelah bersalaman dengan ayah, mak cik Rubyah ibu tiri aku serta saudara  mara.  Aku ke rumah mak cik Sally. Duduk dirumahnya aku lebih selesa. Kerana dirumah nenek telah dipenuhi dengan kehadiran saudara mara.  Tapi kemana aku pergi sepupu-sepupuku yang kecil pasti mengekori. Terpaksalah aku melayani kerenah-kerenah mereka yang manja.

“akak bella..cuti lama tak” tanya Lynn. Sepupu aku yang berumur 5 tahun. Anak makcik Sally.  Aku memcuit pipinya dengan manja.
“jangan lah balik lagi”rayunya. Wajahnya tunduk menampakkan wajah sedih.
“kalau kamu kacau akak. Hari ini jugak akak balik” kata aku bernada tegas.
“alah! Mana ada kita kacau..kita usik sikit-sikit jer..”bijak betul budak ni menjawap. Aku tersengih kearahnya. Dia pun turut tersengih menunjukkan giginya yang jarang.
“kita suka akak balik sini lama-lama”kata Azreen. Anak ketiga Makcik sally.
“lama ke kau cuti bella” laung makcik Sally pula dari dapur yang sedang mengacau rendang.
“seminggu je..acik”jerit aku. Lalu bangun menuju ke dapur.
“dah telepon mak ko kat terengganu..semuanya sihat ker?”tanya Makcik Sally . Sambil menghulurkan sepiring ketupat berserta rendang ayam.
“Allahamdulilah..mak dan adik-adik semua sihat” aku ambil lalu  mencubit  ketupat berserta rendang  terus menyuap ke dalam mulut. Rendang ayam masakan makcik Sally memang sedap. Sama sedapnya dengan masakan rendang ayam nenek. Makcik Sally satu-satunya wanita dalam keluarga ayah aku. Dialah penganti emak disini bagi aku. Kepulangan aku akan disambut dengan gembira. Seronok betul dia bila tahu aku akan pulang.  Makcik Sally akan masakkan  yang sedap-sedap untuk aku.
“abang Faezal ko..tak balik  raya sini ker..?”
“entahlah acik..tapi abang kata dia  nak balik Terengganu dengan kawan dia”
“tapi tak tahu lah jadi  ker tidak..”jawap aku. Aku pun tidak pasti dengan rancangan abang Feazal. Sebab aku sudah bertolak ke kampung dulu.
“ya lah..kalau dah macam tu katanya. Macamana pulak sekolah ko kat sana.., jangan nak ponteng-ponteng bella..belajar elok-elok, ingat tu”Makcik Sally menepuk manja bahu aku.
“ya Bella tahu..”balas aku tersenyum padanya.
Itulah pesanannya selalu tika aku pulang ke kampung. Pernah  juga dia minta aku tukar sekolah dan tinggal bersama dengannya. Tapi aku menolak kerana tidak mahu menyusahkannya. Makcik sally menyayangi aku seperti anaknya sendiri. Kerana aku membesar  ketika umurnya masih remaja. Aku juga menyayangi dirinya seperti ibuku sendiri. Susah senang kehidupannya aku selami. Suka duka yang dilaluinya menjadi  pengajaran bagiku. Dialah tempat aku mencurahkan rahsia hati. Membimbing aku tika aku memerlukan.

                                                                 *****
 “Bella, dah lama ker  ko tunggu aku..sori lah” tegur Deana. Mukanya seolah ada rasa kekesalan. Aku  mengesat peluh didahi. Cuaca agak panas kebelakangan ini. Mujurlah di bas stop tersebut agak lengang.  Boleh jugalah aku lepak dengan gaya yang berbagai.
“ tak lah lama..baru 5 minit jer..”balas aku.
“ko nak pegi dengan pakai baju ni ker..”tanya Deana tersenyum sinis. Kepalanya kelihatan mengeleng-mengeleng. Macam teruk sangat pakaian yang aku pakai. Seluar jeans biru dan t-shirt hitam bergambar kartun tidak ada salahnya pada aku.
“kenapa..? tak okey ker..”sargah aku. mula rasa  tak sedap hati.
“bukan tak okey..Cuma tak sesuai jer..”jawab Deana. Berkerut dahinya memerhati aku.
“tak sesuai..? alah! Kita kan nak pegi makan jer kan”
Aku pandang baju yang dipakai Deana. Dia kelihatan ayu berbaju kurung berwarna kuning air bercorak bunga ros.  Kecantikannya terserlah dengan bertudung kepala sama warna dengan pakaiannya.
“jumm..ikut aku balik rumah aku jap..lagi pun awal lagi nih” Deana menarik tangan aku. Mahu sahaja aku sentap tangannya. Tapi entah kenapa aku menurutinya dengan rela.

“nah!..ko pakai baju ni, aku rasa baju ni sesuai dengan  ko, nasib baik jugaklah badan aku sama saiz dengan ko”gomel deana.
Deana berikan aku sepasang baju kurung berwarna biru bercorak bunga teratai.
“tak nak lah aku..”kata aku cuba  mengelak. Lagi pun  aku tak biasa  pakai  baju begini. Susah nak jalan.  Nanti nak melangkah longkang lagi susah fikir aku.
“pakai jer lah baju tu..”desak Deana.
“aku tak nak lah..malu lah aku pakai baju pinjam”
“nak malu apanye..pakai jer lah..,ni kan hari raya kenalah pakai baju kurung, ni aku bagi terus baju tu kat ko okey..”terang Deana lalu meletakkan baju itu ke tangan aku.
“baju ko tu bukan tak boleh pakai ..cuma tak sesuai jer..”pujuk Deana lagi.
Serba salah aku dibuatnya. Nak tak nak terpaksa juga aku mengikut kemahuan Deana.
“yalah..yalah aku tukar”aku  menolak Deana keluar dari biliknya.
“aku nak tengok jugakk..” Deana mengeraskan tubuhnya.
“ahah! Pegi keluar sekarang..kalau ko tak pegi aku tak mo tukar”ugut aku. 5 minit kemudian baru aku buka pintu.
“cantiknya ko bella..ayu sangat!” puji Deana memandang aku tanpa berkelip.
“meh aku make up kan ko sekali ya..”pantas tangannya mengambil gincu.
“tak payah, aku tak mahu..”aku menepis tangan Deana. Gincu ditangannya jatuh. Deana masam mencuka.
“iyalah..”demi  untuk menjaga hatinya aku berserah diri padanya.
“kan..cantik tu...” Deana tersenyum riang. Semuanya kehendaknya telah aku turuti.
Aku memandang wajah ke cermin. Akukah ini..? berubah betul wajah aku dengan solekan Deana. Aku tersenyum memandang wajah sendiri seolah tidak percaya.
“terima kasih Deana..” luah aku perlahan.
“sama-sama..kan cantik kalau ko selalu pakai macam ni..”
“selalu pakai macam ni..? tak sanggup aku..”
“aku hadiahkan kau baju tu..”Deana memelukkan aku dengan kasih sayang. Keikhlasan hatinya membuat aku rasa terharu.
“terima kasih Deana..” balas aku tersenyum bahagia kerana mempunyai kawan sebaik Deana.
                                                          
“assalamualaikum..assalamualaikummm...”
“walaikumusalam..hah! sampai pun, kami ingat ko tak datang”Nureen menyambut kedatangan aku dan Deana dengan leterannya.
“ingat dah sesat tadi..kalau tak datang memang aku belasah ko”bebel Nureen.
“mestilah aku datang. Kan dah janji..”aku cuba meredakan kemarahan nureen.
“aku tahu ko mesti datang..”celah yanie.
“eh! Ko dah lama datang ker yanie..?”
“tak lah lama, tapi dah masuk round ke tiga aku melantak,kalau ko nak tahu..”Yanie tersengih. Aku ketawa mendengar kata-kata Yanie.
“banyaknya menu mak ko masak, nureen..mesti sedap ni kan..”puji Deana.
“mestilah..hehehe..”
“apa lagi jemput lah makan..”Nureen menghulurkan pinggan pada aku. Mukanya kembali ceria. Emak dan ayah Nureen walaupun nanpak tegas tapi penyayang pada anak-anak. Berada dirumah Nureen membuat aku teringat suasana dikampung bersama emak.

                                                                      *****
Sejak pertembungan dengan Riezal hari itu hubungan kami menjadi rapat. Aku menganggap Riezal seperti seorang abang. kerana jarak umur dia dengan aku melebihi  5 tahun.  Secara atoumatik juga  riezal  menjadi kawan aku. Dialah kawan baik aku bila di luar sekolah. Setiap masalah dan perkara yang hendak aku lakukan. akan aku bincangkan dengannya terlebih dulu. Kadang bila duit sekolah belum dikirim oleh ayah. Aku juga terpaksa meminjamnya dari Riezal.
Hasrat Amier untuk mendekati aku sebagai mak wenya terpaksa aku tolak mentah-mentah. Alasannya aku masih lagi bersekolah. Cukup lah mereka bertiga menjadi kawan aku. Abang safian  pula amat matang walaupun dia seorang yang pendiam. jika perlu baru dia bersuara dengan tegas. Sikap baik dan tanggungjawab mereka bertiga  buatkan persahabatan aku dengan mereka semakin akrab.  Mereka juga sukakan sikap aku yang suka berterus terang. Kemana sahaja kami pergi, kami akan pergi berempat. Macam kumpulan band pula, seolah aku penyanyi wanitanya. Begitulah rapatnya kami tapi dalam masa yang sama  masih tahu menjaga batas-batas pergaulan. Kehadiran mereka membuat dunia aku semakin berseri.  Ada ketika aku lah tempat mereka mengadu pula. Hinggakan bila mereka bergaduh dengan mak we mereka. aku lah orang tengah bagi memujuk pasangan mereka kembali. Persahabatan yang terjalin bersama mereka memberikan aku keyakinan untuk terus berada disini. Setiap kali aku  menduduki peperiksaan mereka bertiga sentiasa memberi dorongan dan kata-kata semangat buatku. Jika keputusan perperiksaan aku memuaskan atau tidak. Mereka tetap  menghadiahkan aku hadiah macam-macam. Aku bertuah kerana dipertemukan kawan-kawan sebaik mereka.  

“adik , abang nak tanya sikit boleh tak..?” tanya Riezal pada sautu hari. Riezal memanggil aku dengan nama adik. Walaupun kadang dia  tersasul memanggil namaku.
Ketika kami sedang menjamu selera. Cahaya lilin di atas meja menambahkan lagi suasana romantik.  Kalau sepasang kekasih datang  makan di gerai ini. Pasti suasana itu akan menjadi lebih indah.
“tanya pasal apa tuh..”kata aku sambil menyuapkan mihun tomyam ke mulut. Rasa masam kuahnya terasa dilidah. Aku menahan rasa masamnya. Lalu menelan dengan laju.
“Bella..ada pak we ker..? pertanyaan riezal seolah membuatkan mihun yang aku telan hendah keluar balik.
“ pak we..? hehe..ramai abang..”jawap aku cuba mengawal jiwa yang mula kacau.
 “ramai..tapi maksud abang yang special lah..”Riezal memandang tepat ke anak mata aku. Seperti mahukan jawapan yang jujur dari aku.
“sape lah yang nak kan adik ni....” kata aku merendah diri.
 Menguis-guis kuah tomyam dengan sudu ditangan. Itukah soalan yang ingin ditanyakan Riezal pada aku. Soalan itu sudah banyak kali aku terima. Sebenarnya aku pun dah  malas nak jawap soalan itu lagi.

“abang tahu bella  belum ada pak we lagi kan..”Teka riezal. Dia memandang tanpa berkelip ke wajah aku.
“kalau bella ada pak we mesti bella tak keluar dengan abang kan..”aku cuba mengalihkan soalan itu kepadanya.
“iya jugakkan...kalau ada mesti dah lama bella  kenalkan kat abang kan..”
“tau pun abang..hehe..”Aku menarik nafas lega dengan andaian Riezal.
Mujurlah sejak itu, Riezal  tidak lagi bertanyakan soalan itu pada aku. Susah untuk aku menerangkan kepadanya tentang soal hati ini.

15 Dec 2013

Episod 10 Isabella..lambang cinta yang lara

Episod 10


“terima kasih Bella..”
“tak sangka mak cik aku suka kan ko”
Deana menghampiri ke meja aku. sambil melemparkan sebuah senyuman penuh makna.
Ucapan dari Deana aku terima dengan senyuman sinis. Ia tidak memberi erti pada aku. Rasa kesal kerana terpaksa menjadi penipu.  Kini aku mahu mengenali diri Deana sebanyak yang mungkin. Siapa dia sebenarnya. Apa kisah hidupnya yang aku tidak tahu. Benarkan apa yang dikatakan oleh Azany dan semua kawan-kawan pada aku. Deana mempunyai kisah hitam dalam hidupnya.

“kenapa ko tak tinggal bersama dengan mak ko deana?”
“ko nak tahu buat apa, ko bukannya faham pun” Deana mengelak.
“kalau ko tak cerita, mana aku nak tahu”
“aku nak dengar dari mulut ko sendiri, itu pun kalau ko nak terus berkawan dengan aku”aku cuba mengugut. Aku lihat muka Deana mula berubah. Dia seolah tidak senang duduk.
Aku buat-buat macam tidak kisah.
“aa..malas lah aku nak layan ko..” Deana terus berlalu ke mejanya. Menghempaskan pungungnya ke kerusi. sesekali dia melihat ke arah aku. Tindakkannya membuat aku menyiakan kata-kata mereka pada aku.


“Hoi! Macamana semalam, semua ok tak”jerkah Yanie.
“nak ikut lagi  tak lain kali”
“tak mahu lah aku..kaki aku masih sakit lagi  tahu tak”aku mengomel.
“biasa lah tu, fistime memang lah..lama-lama ok lah nanti”
“ya lah..aku pun mula-mula camtu jugak” Nureen menyokong.
“ermm..tengok lah nanti”
“Diana..macamana, nak ikut lagi tak..?”laung Yanie ke arah Diana.
“apa kena dengan Diana tu..kelat jer muka dia”Nureen seolah perasan perubahan muka Diana.
“dia kena marah kat mak cik ker..?”
“ko tanya lah dia..mana aku tahu..”balas aku.
“rehat nanti kita jumpa kt pot biasa ok” Yanie keluar dari kelas setelah cikgu Fahmi masuk. Aku hanya menganggukkan kepala tanda setuju. Diana menjeling aku dari jauh.

                                                                      *****

“bak sikit nasi lemak ko..” Nureen merampas sudu ditangan aku.
“sedap jugak nasi lemak ni..”katanya dengan nasi penuh dimulut.
Aku tengok piring di tangannya . sudah licin mee hon yang dibelinya tadi.
Air sirapnya yang diletakkan di sisi. aku ambil minum hingga setengah cawan.
“oo..abislah air aku..” Nureen merungut.
“ko makan nasi aku tak abis  ker..”aku mengejek.
“kenapa dengan Diana tu..”tanya Yanie.  Mulutnya laju mengunyah kuih karipap.
Aku capai beg plastik  yang berisi 2 kuih karipap dipangkuannya. Aku ambil karipapnya seketul makan dengan lahapnya. Tidak puas makan bila diganggu. Tapi Begitu lah kami setiap hari ketika waktu rehat. Berkongsi makanan sudah menjadi kebiasaan kami.
Malah ada ketika. Menu akan  dirancang bersama. Agar semua dapat merasa apa yang dibeli.

“aku dengar ko hantar dia  balik semalam kan..”
“apa kata makcik dia..”
“ko kena marah sekali..” tanya Nureen. masih ingin tahu tentang hal Diana.
“kenapalah dia tak join kita rehat hari pagi ni, kalau tak boleh aku rasa  makanan dia”kata-kata Yanie membuat kami ketawa serentak.
Dari jauh aku lihat Diana duduk sendirian.  tanpa ada sesiapa bersamanya.
“ko dah lama ker kenal Diana, Nureen..? apa kau tahu tentang dia..?”tanya aku.
inilah kali pertama aku mula siasat tentang latarbelakang seseorang.  Kalau dulu aku tak kisah pun siapa dia.  Bukan hak aku untuk tahu semua kisah hidup mereka.
“dia tak cerita apa-apa ker pada kau” tanya nureen balik.
“tak..”. jawap aku kecewa.
Kecewa dengan sikap sendiri yang tak suka bertanya. Aku bukan tidak mahu bertanya. Tapi aku takut. Jika  pertanyaan aku nanti akan menyakiti hati orang dengan menyingkapkan kembali kisah-kisah yang tak sepatutnya. Kerana aku tidak mahu melihat wajah sedih pada orang yang aku kenal. Dan setiap orang ada kisah sendiri yang ingin mereka rahsiakan.

“setahu aku dia anak angkat.”
“ mak dia kakak kepada makcik yang membela deana”
“ramai yang tak suka berkawan dengan dia..”Yanie menyampuk.
“aku dengar dia selalu keluar dengan budak lelaki”
“ada bukti ker..”tanya aku mahukan kepastian. Pada masa yang sama aku mahu menyakinkan hati sendiri. Mungkin hanya cakap-cakap orang yang mahu memburukkan
 diri Deana.
“bukti tak de lah..”
“tapi ada budak-budak sekolah nampak dia lepak dengan mat-mat motor”
“mat motor..?”sargah aku.
“dia tu minah rewang lah.. kalau ko nak tahu..”Yanie dan Nureen ketawa terkekeh-kekeh. Macam lucu sangat perkataan itu kepada mereka. Aku tersengih mengerti. Walau dalam hati masih banyak lagi persoalan yang masih belum terjawap.

                                                         *****

Tuk..tukk...tukk..
Pintu rumah diketuk dengan perlahan tapi amat jelas ditelinga.
Aku bingkas terjaga. Lalu bangun melihat jam di dinding sudah menunjukkan pukul 2 pagi.
Aku mengintai di lubang pintu. Terlihat  kelibat Deana terpancul di hadapan pintu.
 Aku terkejut dengan kehadiran Deana pada waktu ini. Ada apa dia datang rumah aku malam-malam begini. Bila pintu aku buka. Meluru Deana memeluk tubuh aku.
Terisak-isak menangis dibahu aku. Aku dudukkan Deana di kerusi. kemudian aku ke dapur mengambil segelas air. Aku hulurkan pada dia. Deana mengeleng tidak mahu.

“minum lah dulu air ni..”pujuk aku.  Dari pakaian yang dia pakai.  aku seakan boleh menganggak. Ada sesuatu yang tidak kena dengan Deana. Rambutnya yang kusut masai. Tanpa tudung kepala. Membuat aku bertambah yakin. Telah terjadi sesuatu kepada dia.
Kebetulan abang shif  malam. Mujur lah kedatangan Deana tanpa pengetahuan abang. Kalau tidak mungkin abang akan fikir yang bukan-bukan terhadap aku. Kerana tidak pandai memilih kawan.
“Bella..aku kena rogol” terpancul dari mulut Deana. Aku tergaman seketika. Apa  yang harus aku buat.
“ko kenal siapa yang rogol  ko” tanya aku tak sabar.
“kenal..pak we aku sendiri..mazlan”lemah suara Deana.
“pak we ko..macam mana boleh jadi macam nie..”
“dia tipu aku..”
“dia tipu aku!!” jerit Diana . tangisannya menjadi semakin kuat.
“sabar lah Deana..tapi cuba ko citer, apa sebenarnya yang terjadi  pada ko”
Aku mengosok belakang Diana. Bajunya basah dek peluh. Seluarnya entah kemana. kakinya hanya dibaluti oleh selimut yang  sudah lusuh.
“Mazlan tinggalkan aku dirumah bujangnya, dia kata nak keluar sekejap ”
“tapi dia tak balik-balik, kemudian kawan mazlan kunci aku dalam bilik”
“diorang semua rogol aku bergilir-gilir..Bella”Diana mengesat airmata yang bercucuran di pipi. Badan Deana mengigil ketakutan. Mungkin dia masih terbayang peristiwa  yang dilaluinya.
“berapa orang yang rogol kau” tanya aku geram.
“empat orang...dengan mazlan sekali”
“apa! Tak guna punya jantan”bentak aku.
“aku cuba minta  tolong tapi semua pintu aku ketuk. Semua buat tak tahu”
“nasib baik rumah ko dekat  kawasan ini”terpancar rasa kecewa di wajah Deana. Airmatanya masih bercucuran dipipi.
“aku simpati dengan kau, Deana..mujur kau  dah selamat. Syukurlah..”
“pagi nanti kita pergi balai polis. Buat laporan polis” aku memberi cadangan.
“Jangan..aku takut. Mati aku kalau  mak cik aku tahu”Diana mengoyangkan tubuh aku dengan kuat. Dia ketakutan kembali.
“abis tu kita nak buat apa..nak biarkan mazlan dengan kawan-kawan dia terlepas”
“jangan jadi bodoh lah Deana..” aku mula cuak dengan sikap penakut Diana yang tak bertempat.
“aku jadi saksi..” aku beri  jaminan.
 Walaupun tidak tahu apa bakal terjadi nanti. Aku biarkan Deana  melayan perasaannya sendiri. Kedengaran azan subuh berkumandang dari surau berhampiran.
Aku masuk ke dalam bilik mencari seluar. Seluar itu kemudian aku berikan kepada Diana. Mujurlah saiznya sama dengan tubuh Diana. Cuma tudung kepala saja yang aku tidak ada.

“ok tak..”tanya aku untuk memastikan Diana selesa.
“ok, muat...terima kasih bella..”
“tapi tudung aku tak ada Deana” kata aku jujur.
“tak pe lah aku tahu..”Deana mengukir senyuman tawar.
“aku mandi dulu..,nanti aku hantar kau balik”
Diana mengangguk lemah. Setuju dengan cadangan aku. Apa lagi jalan yang hendak aku berikan. Memang itulah jalan yang terbaik aku rasakan.

                                                                             *****
Mata Diana bengkak kerana menangis sepanjang hari. Mak cik Latifah dan pak cik Mustafa  asyik mengeleng kepala.  Kesal dengan perkara yang telah berlaku.  ketika dibalai polis. Muka mereka berdua begitu sedih. Mungkin kecewa dengan perangai Deana. Setelah laporan dibuat. Aku dihantar pulang oleh mereka. Ketika aku duduk dibelakang bersama Deana. Deana hanya tunduk membisu. Nampak pada wajahnya kepenatan.
kerana terpaksa seharian dibalai polis . kemudian dia dihantar ke hospital untuk buat pemeriksaan rapi. Semuanya terpaksa dia turuti.
Bukti dan keterangan saksi juga di ambil. Berulangkali aku ditanya dan disiasat. Seolah aku seperti pesalah. Semua yang terjadi hari ini. Diluar pengetahuan abang. Sekolah terpaksa aku ponteng demi Diana.

“mak cik tak sangka semua ini  boleh terjadi”
“tak abis-abis kau bohongkan kami lagi..diana”
“apa lagi yang kurang pada ko.”keluh Mak cik Latifah.  Bergetar suaranya menahan marah.
“apa nak jadilah dengan kau nih kan..” marah Pakcik Mustafa.
“tengok lah orang cakap buat tak reti ..ish! budak nih”
“sabarlah abang..”pujuk makcik Latifah pada suaminya.
“menyusahkan orang jer  yang dia  tahu..”
“mak cik ingat dia dah berubah bila berkawan dengan kamu”
“tapi tak sangka..selama ni nama kamu yang dia guna”
“tak pe lah makcik..nanti saya nasihatkan dia”
“saya minta maaf..Bella.” Diana bersuara.
“semuanya memang salah saya. aku yang tak guna!”Diana menutup muka. menangis teresak-esak. Aku hanya mampu memandang dengan perasaan pilu. Tidak sangka perkara ini terpaksa Diana lalui.

                                                               *****
Aku harap  kejadian itu akan memberi  pengajaran buat diri Deana. Rahsia  ini akan aku simpan dengan kemas.  Itu janji aku.
Sejak hari itu aku melihat ada perubahan pada Deana. Dia menjadi  pendiam. Hanya bila di tanya baru dia bersuara. Mujurlah Diana  tidak mengandung. Jika mengandung pasti Diana dibuang sekolah. Melihat keadaan dia yang murung. Aku merapatkan diri padanya. Semakin hari kami semakin rapat. Aku  seperti seorang kakak kepada Diana.  Rumah Diana seperti  menjadi rumah aku sendiri.  Mak cik Latifah dan pak cik Mustafa  juga telah menganggap aku macam anak mereka. Antara aku dan Diana tidak ada rahsia tersembunyi.  Apa sahaja kami kongsi bersama.

“Bella..aku hanya ada ko kat sini”
“tanpa ko..aku pasti dah bunuh diri”luah Diana pada suatu hari.
“jangan kerana aku Diana. Engkau kena ingat. Ko ada mak , ayah dan keluarga yang sayangkan ko”balas aku.
Keluarga Diana tidak lah seteruk mana aku lihat. Hanya Diana yang sukakan kebebasan dan degil. Tidak boleh di tegur pasti akan merajuk.
Sudah banyak kali dia lari dari rumah. Dari kata mak ciknya Diana sudah tidak boleh dibentuk lagi.
“Bella..aku cemburu dengan ko”
“cemburu..? dengan aku..aku tak ada apa-apa Diana, sedangkan ko ada semuanya”bidas aku. Terkejut dengan pengakuan jujur Diana.
“aku hairan dengan ko,  ko  tak penat ker tersenyum sepanjang hari”
Diana mencubit pipi aku dengan geram.
“sakit lah..”jerit aku perlahan.
“melihat ko tersenyum  semua masalah aku macam dah hilang”
“ko tak de masalah ker...bella..?” tanya Diana. Menatap ke anak mata aku.
Aku memandang ke lantai.  Andainya kau tahu Diana. Mampukah kau  menolong aku. Sedangkan kau sendiri tumbang ambing. Cukup lah aku pikul  kesusahan sendiri. Hanya diari menjadi saksi kelukaan dan kekecewaan yang aku hadapi dalam hidup ini. Biar ia menjadi rahsia seumur hidup aku. Ingatlah yang indah pada aku . Yang pahit biar aku telan sendiri.
“ada atau tidak...kita kena tempuh juga kan”
“jadi buat apa nak fikir..nanti masalah itu akan hilang sendiri..” balas aku sepontan.
“aku tengok kau bahagia macam tak pernah ada masalah”
“memang sesuai lah dengan slogan hidup ko tu  HAPPY GO LUCKY”Diana menunjukkan slogan dengan kedua tangannya.
“ada-ada je lah ko nih...abis tu apa slogan idup ko..?” Usik aku.
“Walaupun aku ni  bertudung. jangan ko tak tahu..ROCK NEVER DIE..peaceee yoo...”
Diana menunjukkan  dua jarinya pada aku. Mengayakan gaya seoranag rocker memegang gitar.  Rambut panjangnya dipusing-pusingkan.
“hehehe...rock never die konon...”aku mengejek.
“ada gaya rockers  tak..? Tanya Diana.
“rock lah sangat hehe..Patut lah kepala ko keras..degil”bidas aku menahan ketawa.
“sampai hati ko kata aku degil ya..”Diana buat-buat menarik muka rajuk.
“yalah..yalah tapi dalam hati ada taman kan..”pujuk aku.
“hehehe...tahu pun ko”Diana  ketawa. Dari Diana lah aku mengenali nama-nama penyanyi orang putih. Cd rock apa yang dia tak ada. Sebut saja semua ada dalam simpanannya. Walaupun aku  tak faham apa lagunya. Aku layan jugak..

                                                          *****
“Raya ini ko balik mana bella”Tanya Nureen.  Curi-curi datang melepak di kelas.  Ketika cikgu  masih belum masuk mengajar.
“aku raya rumah nenek aku..kenapa..?
“lama ker ko balik rumah nenek ko”
“tak lah lama, raya ketiga dah balik sini..”jawap aku. Apa pula rancang Nureen kali ini. Risau juga aku kalau dibawa ke tempat yang bukan-bukan. Cukup lah sekali aku jejaki kaki ke sana.
“kalau macam tu, sempat lah ko datang rumah aku”
“nanti ko datang raya rumah aku tau..mak aku buat open house” ajak Nureen.
Lega hati aku dengan jawapannya. Sekurang-kurang aku boleh guna peluang itu untuk megenali keluarga  Nureen.
“ok..insyaallah, ramai ke yang ko ajak..” tanya aku untuk memastikan semua yang aku kenal ada.
“mestilah semuanya aku ajak..”balas Nureen myakinkan.
“ok, jangan lupa tu..aku blah dulu”Nureen berlalu setelah kelibat cikgu Hawa mengampir kelas.
“aku nak ikut jugak..”jerit Diana . mengerling ke arah Nureen.
“okey..”balas aku sambil tersenyum. Mungkin Diana  telah mendengar perbualan aku dengan Nureen.

“jadi ke kau nak pegi rumah Nureen” tanya Diana.
“entah lah..kalau aku sempat aku pegi. Lagi pun lambat lagi” jawap aku acuh tak acuh.
Nasi lemak dalam  mulut aku kunyah laju-laju. Lapar betul rasanya hari ini.
Mungkin  malam  tadi  aku  tidak makan. Tidak sampai  lima sudu nasi lemak itu habis aku makan.
“lapar betul kau bella..ko  tak makan ker semalam”tegur Yanie. Nureen  berada bersamanya.
Belum sempat aku menjawap pertanyaan Yanie. Tiba-tiba Diana bersuara.
“aku blah dulu bella..aku nak gi tandas kejap” Diana bangun meninggalkan kami bertiga. Wajahnya kelihatan masam.
“kenapa dengan Diana tu..”tanya Nureen.
“kami datang jer dia terus blah..dia tak suka kat kitaorang ker...? tanya Yanie pula.
Yanie memandang kearah kelibat Diana yang semakin jauh dari kami.
Wajahnya penuh dengan tanda tanya.
“dia sakit perut tak..” jawap aku.
“semalam pun macam tu jugak. Kami datang kat engkau jer. Dia terus blah. Apa hal dengan dia tu..”Nureen mula menyoal.
“tak ada apa lah..mungkin dia ada hal tak”aku tak mahu mereka berdua berfikir yang bukan-bukan terhadap Diana.
Tapi  aku pun hairan jugak. Sejak akhir-akhirnya Diana agak lain macam. Dia seolah cemburu pada Nureen dan Yanie bila rapat dengan aku.

                                                              *****

“apa mimpi ko nak belanja aku malam ni” tanya aku .
 Entah apa mimpi Deana datang ke rumah ajak aku temankan dia ke pasar malam.
“bukan selalu aku belanja ko” kata Deana dan  memegang tangan aku.
Aku membiarkannya. Lagi pun apa salahnya kalau perempuan bersentuhan. Tak salah dan tak haram pun hukumnya.  Kami berpimpin tangan berjalan menuju ke pasar malam.
Setelah membeli apa yang patut. kami lepak sebentar di taman permainan. aku duduk dibuaian sambil makan keropok keping. Macam-macam yang kami sembangkan. Namun Deana yang banyak bercerita. Kadang itu aku pun tak faham apa yang deana maksudkan. Habis-habis pun aku akan menyiakan sahaja. 

“bella, ko perasaan tak perubahan aku sekarang” tanya Deana.
Aku pandang dari atas ke bawah tubuh Deana . kemudian baru aku perasan bila deana belagak seperti budak lelaki. Dia mengenakan kemeja kotak dan berseluar jean.  ala-ala budak lelaki. bertopi pulak, tudung kepala dah lama dia tinggalkan. aku rasa mungkin ini fesyen budak-budak sekarang.
“ tak ada apa pun..biasa jer”jawap aku. malas nak menilik ke dalam
dirinya. Perubahan diri Deana tak penting buat masa ini. yang penting sekarang perbelanjaan sekolah aku. Dah hampir sebulan lebih ayah belum mengirimkan wang saku pada aku.
Duit abang dah banyak aku pinjam. Bil rumah terpaksa abang tunggakkan.
“bella..bella, ko dengar tak nih..” tepuk Deana.
“ya..ya..kenapa..?”
“ko ni berangan je lah..” Deana merajuk
“ko cakap apa tadi..sori lah aku tak dengar..”pujuk aku.
“aku cakap..ko nampak tak perubahan aku ni..”
“ya..aku nampak, ko dah berubah sekarang”
“aku ingat ko tak perasan, aku nak tiru ko..”pintasnya.
“tiru aku..?”
“yalah..ko kan macam ni..”
Aku terkejut dengan pengakuan Deana. Kenapa dia boleh berfikiran seperti itu. Sedangkan Aku berpakaian begitu kerana dari kecil  aku memang sudah diajar berpakaian begitu. Time raya pun itu jugak lah pakaian aku.

“Deana..aku bukan tomboy atau pengkid..”terang aku.
“aku tahu..tapi aku suka kat  ko..”
“aku pun suka kawan dengan ko jugak"
"tapi aku nak ko jadi  makwe aku”
“apa..ko gile ker..”jerkah aku. dada aku urut2kan. terkejut dengan perminta gila deana.
“aku dah tawar hati dengan lelaki”luah Deana.
“Deana, aku tak kisah kalau kau dah tawar hati pada lelaki, tapi apa yang kau cakap ini..
keje gila ko tau tak..,aku tahu mungkin peristiwa lampau  ko buat ko jadi macam ni”
 marah betul aku pada deana. mudah sangat tewas sebelum berjuang.
Aku  cuba masuk ke dalam diri Deana. Mencari sesuatu yang telah hilang pada dirinya. Mungkin keyakinan dan kepercayaannya pada lelaki buat Deana berubah. Deana sudah kehilangan harga dirinya sendiri.

“Deana, aku tetap akan kawan ko sampai bila-bila, tapi tak perlulah ko nak berubah menjadi orang lain”. Terang aku dengan lemah lembut.
“tapi aku..aku betul-betul sukakan ko..”
“ko ni kenapa Deana..”
“aku cemburu bila ko rapat dengan Nureen dan Yanie, dengan semua budak perempuan
 lain pun aku cemburu..” jerit deana tanpa menghiraukan orang sekeliling kami.
“aha! Gila lah ko ni..macamana ko boleh terfikir macam tu sekali”
“aku tak tahu..,tapi perasaan tu datang dengan sendiri”
“kau jangan merepek, Deana” aku mula cuak dengan penjelasan Deana.
“ aku sukakan ko”Deana meninggalkan aku tanpa sempat aku menasihatinya. Kecewa benar aku dengan sikapnya yang mengikut nafsu.  aku jadi bingung seketika. Persahabatan yang telah lama terjalin membuat aku sebersalah. Pemintaan Deana berlegar-legar di benak fikiran. gila!

                                                                    *****
Keesokkan hari di sekolah. Deana datang menghampiri aku di kantin. Aku memandang ke wajahnya. Aku tarik tangan Deana. Menyuruhnya duduk dihadapan aku. Deana akur dengan pemintaan aku. Aku tahu Deana malu pada aku. Banyak perkara terjadi dalam hidupnya terpaksa aku simpan.  Dia hanya percaya pada aku seorang buat masa ini.
“aku minta maaf, Bella” Deana bersuara.
“aku tahu aku tak sepatutnya berfikiran bergitu”
“baguslah, kalau ko dah tahu..”
“dan aku tak salahkan ko..aku faham..”balas aku.
“aku malu pada kau, bella..”
“aku dah lupakan hal itu..”jawap aku tersenyum kearahnya.
“wah! Korang bisik-bisik apa tu hah..mesti ada rahsia tak mo kasi tahu kat kitaorang ni kan..”jerkah Nureen tiba-tiba.
“ada plan baek lah tu, senyap-senyap jer..” Yanie dan Nureen menghampiri ke meja aku. Deana ingin bangun. Tapi aku memegang tepi bajunya. Deana duduk kembali.
“mana ada, kitaorang bincang pasal baju raya lah..korang baju raya berapa pasang tahun nih..”tanya aku mengalihkan perbualan.
“puasa  pun belum lagi” celah Nureen.
“puasa kan hanya lagi 2,3 hari je ni..lambat apanye..”bidas aku.
“ah! Ko berape pasang Deana tahun ni..” tanya Yanie ceria. tanpa rasa apa-apa.
“aku..aku selalu 3 pasang jer..”Deana bersuara lemah. macam lah sikit bajunya. tapi aku faham.  jiwa deana sedang kacau sekarang.
“sama lah dengan aku”sampuk Nureen.
“ko..Bella?”tanya Nureen pada aku.
“aku..aku..tak de pasang-pasang, apa yang ada aku pakai jer..hehe..” itulah Jawapan yang jujur  dari aku. lagi pun memang aku tak de ada baju kurung. setiap hari raya ayah atau mak akan belikan seluar jean dan t shirt tak pun blaus. kadang tu aku minta belikan skrit. itu lah pakaian aku setiap hari raya. 
“alah! Aku tahu ko mesti banyak baju kurung raya tahun ni kan..” usik Yanie.
“a’a  tu yang dorang bincang sakan tu, tapi ingat jangan tak datang rumah aku nanti” Nureen mengingatkan. Aku tersenyum menyiakan.