15 May 2013

Petua - belum cuba belum tahu


Sewaktu kecil saya selalu mengunakan daun bunga raya sebagai syampu rambut. 
setiap kali mandi saya akan melumurkan lendir dari daun bunga raya ke rambut. 
Alhamdulilah dengan amalan  tersebut rambut akan lambat beruban.

Suatu hari ketika pulang ke kampung, makcik saya memberi tahu cara utk membuang kutil atau tahi lalat timbul yg tlh diajar oleh seseorang kpadanya. Bukan mudah seseorng untuk mnurunkn petua ini. klu bukan dari kawan baik. Dan saya sendiri  telah mcuba untuk membuang lebihan daging yg timbul di peha saya yang sebesar 2 inci..dengan mengunakan sehelai rambut. Caranya ambil sehelai rambut. kemudian ikat mati sebanyak 3@4 kali ditempat tersebut. Ia memerlukan byk kesabaran dan biarkan selama beberape hari. Tunggu ia akan jatuh sendiri atau anda kena cabutnya setelah ia mjadi kehitam-hitam mgikut besar kutil tsebut.

Ibu saya selalu menegur hidung saya yang selalu kemerahan akibat resedung. jadi dia menyuruh saya  mengunakan limau utk mengurangkn resedung. limau nipis mpunyai asid trsendiri untuk mematikan ulat@kuman yg ada  di hidung  dn muka. caranya ambil limau, picit airnya kemudian lumurkan ke muka. dan biarkan selama 1 jam. buat seperti memakai mask. kemudian basuh lah muka..anda akan rasa btapa licin dn bersihnya  muka anda nanti ^_^

petua ni aku cuba2 jer..tapi x sangka mjadi pulak. saudara aku ckp yang kakinya ada ketuat. pastu aku suruh dia potong. lepas tu aku sapukan kapur dibekas ketuatnya. seminggu kemudian katanya ketuat itu tidak naik lagi. alhamdulilah..

~ jika ia mnjadi..anda sedekah lah kat surau @ masjid wang yg tlh anda dpt jimatkn itu...sebagai pengerasnya..hehe..

Cup Cake Vs Muffin

Ikutkan badan memang aku letih sangat hari ni..ialah semalam dah bikin donut keledek. Masih terasa lagi sengal kat kaki berdiri mnguli donut. tapi dek kerana ada permintaan dari yang tersayang. aku gagahi juga, dalam hati berdoa semoga kek ni sedap nanti. yalah klu dalam hati macam nak buat dan x nak buat jer kan..,kek ni aku buat ikut sukatan aku lah, main taboh jer..tapi x lah tanpa panduan. aku x mo lah nk tiru2..lebih-lebih lagi firstime buat. mesti lah aku nak yg ori..walaupun aku ada jugak skodeng kat blog orng lain cara2 buatnya..hehe...ilmu kena dicari jgn jadi bodoh sombong tau.., yang pastinya ini dari air tangan aku sendiri..x cantik x per..yg penting sedap..hehehe...
aku sebenarnya dah letih nak hias lebih2. lagi pun dorang bukannya tahu nak hargai seni aku..yang dorang tahu makan jer. itulah kata2 dari mulut orang dah malas kan..hehe.. : p



Resepinya:
250 gram mentega *ikut suka korang lah nak yg mahal ker murah
2 cwn gula kastor
3 cwn tepung gandum*diayak
1 sudu soda
1 1/2 sudu tepung penaik
4 biji telur
1 sudu vanila esen
manik hiasan
bekas kertas kek*cup
perwarna

untuk topping bahannya :
mentega 150 gram dan gula aising 1 cwn dikisar sampai halus..masukkn perwarna.

Cara2nya,
Kisar mentega bersama gula kemudian masukkan telur satu persatu. pukul hingga kembang. masukkan tepung yg telah dicampur soda dan tepung penaik berserta perisa vanila. masukkan bancuhan ke dalam bekas kertas tpi separuh saja. kemudian kukus selama 35 minit. atau dibakar..ikut suka hati ko lah...^_^ kalau rajin hias lah kasi cantik2 tau...(klu dibakar sediakn air dibawah dulang)

Sediakan semua bahannya dulu atas meja.lebih2 lagi kalau buat sorang2,nanti x lah tercari-cari..

                                   dah siap bancuh, bubuh lah ke dalam bekas yg telah disediakn..

 
Dah siap boleh lah hias ikut suka. nak mkn camtu pun boleh..nak bubuh krim pun boleh, kalau bubuh krim jadi lah cup cake..kalau mkn camtu jer, mcm ala2 mufin lah kan..hehe..kalau rajin cuba lah nanti ya, kalau malas boleh lah beli. tapiii..kalau buat sendiri lagi best..sbb si dia mungkin semakin sayang kamu..ahakss!!