19 Mar 2013
Perwiraku telah bangkit (ii)
Perwiraku telah bangkit (ii)
hentakkan kaki semakin kuat
derapan jalan menuju kehadapan
perwiraku tidak sabar berhijad
tanah sudah dibanjiri darah
bersatu dalam aliran amarah
luka dihatinya kian parah
melihat rakan ditimpa musibah
rezeki jangan ditolak
kalau diberi..Alhamdulilah
musuh jangan dicari
kalau datang..AllahuAkbar
kepulangannya terserah illahi
meskipun hidup atau pun mati
namanya tetap terpahat dihati
inilah pejuangannya sebagai bukti..
kalau ada yang berani muncullah diri
pergi sertai melawan musuh yang dibenci......^_~
Lukisan Hati,
Isabella ali 2013
Bangunkan Pahlawanku (i)
Bangunkan Pahlawanku (i)
bangunlah pahlawanku
sudah tiba kau bangkit
hari ini tanahair kita kembali dijajah
hari ini tempat tinggal kita di ceroboh
..kami takut akan mati
..kami risau kelaparan
keselamatan kami telah di ganggu
keselesaan selama ini sudah di kacau
keamanan dulu tiba-tiba hilang
dengan sekelip mata
usah jadi pengecut pahlawanku
ingat kembali sumpah setiamu
hanya engkau harapan kami
bangunlah dengan semangat
seorang perwira perjuang negara
bakti pengorbananmu pasti dihargai
dan disanjung tinggi..
Lukisan Hati,
Isabella ali 2013
9 Mar 2013
Cerpen Pertama diakbar JORAN
Cerpen ini aku tulis pakai pen dan kertas kajang. Walaupun dah ada komputer..tapi ink dia lak dah abis.. Jadi entah kenapa rajin pulak hari itu. datang idea terus jer aku menconteng. cerita ni adalh mengikut pengalaman dari adik ipar aku yang kaki pancing. Tapi bila dah siap menulis. aku mula teragak2 nak hantar. Sebab malu pulak nak hantar pakai nama sendiri. ya lah ini kan kolum untuk orang lelaki..hehe..
Lama jugak lak aku buat keputusan nak hantarkan cerpen ni..last2 baru aku terfikir kenapa x guna sahaja nama orang yg paling rapat dengan aku. yang penting kalau ada saudara mara yg baca. Sudah tentu mereka kenal siapa pemilik nama itu. Setelah aku kirimkan cerpen ini. 2 minggu kemudian ia telah tersiar. Seronoknya hati tuhan saja yg tahu. Meskipun tatabahasa penulisan aku telah diubah suaikan sedikit oleh mereka. Tapi dari sini aku belajar tentang pengunaan bahasa yang lebih ringkas dan padat. Sebenarnya cerita ini sepatutnya berunsur seram. Tapi pada aku lawak pulak pengalamn adik aku tu. Hinggakan cara penyampaian aku pun terikut2 lucu..hehe...yang pasti cerpen ini telah tsiar...Alhamdulilah.^_^
Kesepian
Disiarkan di Warta Perdana pada 28/2/2013. Sekadar mcuba nasib tapi tak sangka tersiar juga karya ini. Itu lah dinamakan rezeki..TQ Allah..Engkau bukakan pintu hati mereka untuk memilih karyaku ini. Setiap yang terlakar mempunyai maksudnya yg tersendiri. Terpulanglah pada yg menilai mengikut dari arah mana tanggapannya. Tapi andai ia menilainya dari mata hati..pasti akan mengerti apa yg tesurat didalam puisi ini.. Alhamdulilah...jika ia dapat mgubah anda kepada kebaikan..
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)
