|
bersama Ibu Wanda di LCCT sebelum penerbangan.. |
Berkunjung ke Medan adalah detinasi yang tidak diduga. Dengan ajakan seorang kawan yang baru aku kenali difesbuk sebagai Chef Nuraini. Memberi cadangan untuk merasai masakan orang Medan disana. Pada mulanya aku teragak-agak juga dengan ideanya. Tapi setelah diyakinkan baru aku setuju. katanya segala aktiviti di sana akan dia uruskan. aku hanya perlu membayar harga tiket penerbangan dan bilik penginapan sahaja. Jadi tidak perlulah aku nak fikirkan kemana nak melawat disana nanti. Idea itu datang ketika aku mengenali kakak Salmiyah yang selalu mendapat tiket murah dari AirAsia. Kakak Salmiyah merupakan rakan Chef Nuraini tapi dia agak rapat dengan aku. Minatnya yang suka melancong telah menarik aku untuk mengikut jejak langkahnya. Meskipun kakak Salmiyah dari golongan orang kaya. Dia juga memilih AirAsia kerana tiketnya yang amat murah jika dibandingankan dengan syarikat penerbangan lain. Semangatnya yang suka melancong itu membuat aku ingin merasainya sekali. Ke Medan adalah penerbangan pertama aku dalam hidup ini. Hampir 8 bulan menunggu setelah memperolehi tiket murah AirAsia sebanyak RM65. Tanggal 30/11/12 aku meninggalkan Malaysia dengan perasaan yang bercampur aduk. Kerana yang dapat pergi ke Medan hanya aku, ibu Wanda dan Masni tanpa ditemani oleh Chef Nuraini. Mujurlah Masni pernah ke Bandung Indonesia. Dengan pengalamannya dapat membantu perjalanan kami.
|
Subahanaallah..itulah ayat yang pertama keluar dari mulut..... |
Bila diatas pesawat perasaan mula bercampur aduk. Rasa gembira dan hiba menerjah dihati. Terasa amat kagum melihat hasil ciptaanNya. Dan airmata tiba-tiba mengalir kerana telah diberi peluang menikmati keindahan ciptaan dariNya. Indah dan sangat cantik. Sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata.
Terasa bertapa kerdilnya diri aku dihadapanNya ketika itu.
|
Dialah Guru pertama yang mengajar aku didalam pesawat..^_^ |
Aku agak beruntung kerana kali pertama menaiki pesawat sudah dapat tempat duduk ditepi tingkap. Kerusi ditengah pula kosong membuatkan tempat duduk lapang sedikit. Aku ambil peluang ini untuk menatap sepuas-puasnya suasana di bawah. Ketika sedang leka menulis dimeja kecil. Dia menyapa aku katanya tutup dulu meja kerana penerbangan sudah bermula dengan senyuman manisnya..memang ensemm sungguh mat saleh ni, tapi entah dari mana datangnya aku tak pasti. Malu juga nak bersembang dan yang sebetulnya..aku takut lidah aku akan terbelit-belit nanti...hehe.., Aku hanya memperhatikan gerak gerinya dari kerlingan mata sekali sekala. kerana selebihnya mata aku berada diluar tingkap. Tiba-tiba perilakunya menarik perhatian aku. Aku tergaman seketika bila melihat dia mengambil kain pelikat untuk menutup kakinya yang kesejukan barangkali. Pakai kain pelikat didalam kapal terbang..? memang mat saleh ini lain dari yang lain..aku bertambah kagum! rasa rugi pulak tak ambik gambarnya berkain pelikat..
|
Sedang menuju ke Danau Toba.. |
Turun sahaja dari pesawat kami dijemput oleh Pak Amat. Kami terus menuju ke Danau Toba menaiki kereta Avanza yang dipandu oleh Pak Amat. Kenderaan tersebut telah kami 'booking dari awal mengunakan online dari Malaysia. Bagi memudahkan perjalanan kami ke Danau Toba. Kata orang kalau datang ke Medan jika tidak ke Danau Toba sangat rugi. Kerana tidak melihat sendiri keindahannya. Perjalanan dari medan ke Danau Toba lebih kurang 4 atau 5 jam mengikut keadaan kesibukan jalan. Kebetulan jalan yang kami lalui telah siap diperbaiki. Jalannya elok meskipun kenderaan sibuk. Sebelum memulakan perjalanan ke danau toba seeloknya belilah dahulu makanan ringan disekitar Medan di Indomarket. Mujurlah Pak Amat seorang yg baik hati dan muslim. Byk petua2 yg diberikan kepada kami masa di sana. Katanya kedai makan masakan muslim tidak banyak ketika dalam perjalanan ke danau toba. Kerana itu Pak Amat sarankan agar kami mbeli makann ringan terlebih dahulu. Sekurang-kurangnya ada makanan ringan seperti roti untuk mengalas perut kami. Pak Amat membawa kami ke kedai supermarket atau digelar Indomarket kerana mudah untuk kami mnentukan harga bila pertama kali mengunakan duit Rupiah. Sebab harga barang telah ada(d'tag) tidak perlu lagi bertanya. Petua bagi tidak memeningkan kepala. Saya akan membaca nilai rupiah dari melihat angkanya diatas kertas. Itu lebih mudah bagi saya menghitung wang ditangan. Keadaan cuaca yang hujan membuatkan Pak Amat lebih berhati-hati memandu. Kami bergerak dari Medan pada pukul 3 petang dan tiba di Danau Toba kira-kira pukul 8-9 malam. Pemandangan cantiknya belum dapat lagi kami nikmati. Jadi terpaksalah berkurung didalam bilik sambil merehatkan badan menunggu esok pagi.
|
Hotel disini amat murah bagi sesiapa pun untuk bermalam..walaupun hotelnya kelihatan amat gah! |
|
pemandangan dari hotel..sayup mata memandang...sungguh indah! |
Keesokan harinya, kami agak terlewat menunaikan solat subuh kerana pukul 6 pagi disini adalah pukul 7 pagi di Malaysia. Selepas menunaikan solat subuh. Aku keluar dari bilik. Walaupun cuaca masih sejuk tidak membuat aku rasa tidak selesa. Hotel kami yang berada di atas bukit memudahkan aku untuk melihat pemandangan sekitar danau toba dengan sepuas-puasnya. Sungguh cantik sekali pemandangannya. Dan terasa lapang dihati tika menikmati keindahannya..
|
pemandangan dari feri hotel tempat kami menginap.. |
Cuaca di Danau Toba amat sejuk. Jika hari hujan kesejukannya akan berganda. Bawalah baju hujan atau pakaian tebal@baju sejuk bagi yang tidak tahan sejuk. Berada disini seolah kita berada di genting highland kesejukannya.
|
menaiki feri menuju ke pulau samosir danau toba lebih kurang 45 minit dengan bayaran Rp5'000(RM2) |
Pulau samosir merupakan perkampungan orang batak. Bagi yang suka melihat makam bolehlah berada lama disana. Di pulau samosir harga barangannya amat murah jika dibandingkan di Medan. kalau anda pandai tawar menawar anda pasti berpuas hati dengan barang yang dibeli. Seeloknya tawarlah dahulu barang yang mahu dibeli. Walaupun anda rasa ia murah. Kerana anda akan dapat lagi murah dari apa yang anda sangkakan ^_^
|
"Ikan emas" tempat persinggahan yang telah ditinggalkan.. |
|
rumah-rumah tumpangan dlm perbinaan dsekitar lereng bukit di danau toba.. |
Perjalanan menuju ke Berastagi seperti perjalanan ke Cameron highland. Jalannya agak curam dan bengkang bengkok tapi Pak Amat sudah biasa dengan jalan tersebut. Tidaklah membuat kami merasa takut. Kelihatan ada batu-batu besar yang jatuh dari atas. Jika hujan lebat kata Pak Amat bahaya juga untuk melalui jalan tersebut kerana ditakuti ada tanah runtuh. Sepanjang perjalanan menuju ke Berastagi kita boleh melihat kebun-kebun sayur milik petani yang terdiri daripada orang batak. Kebanyakan mereka beragama kristian. Gereja-gereja kecil sentiasa kelihatan disepanjang jalan antara jarak 1 kilometer. Hanya ada 2 atau 3 surau*musholah untuk kami menunaikan solat qasar. Pertanian adalah sumber utama kaum batak. Mereka memanam kopi, jagung, kobis, buah limau, markisa, stewberi dan tomato. Sesuai dengan cuaca sejuk disitu. Sedikit sebanyak pertanian telah memajukan kehidupan kaum batak. Mereka tidak lagi tinggal dirumah kayu. Malah semua rumah telah mengunakan batu. Namun kesenian pada rumah-rumah mereka masih tetap menarik perhatian kami.
|
kebun kobis dilereng bukit sepanjang jalan menuju ke Berastagi... |
|
mereka masih mengunakan kerbau untuk membajak kebun.. |
|
Surau tempat kami singgah untuk menunaikan solat qasar.. |
Untuk ke Berastagi memakan masa selama lebih kurang 2@3 jam. Sekiranya anda terlihat ada peminta sedekah dikaki jalan dengan tangannya memegang jala ikan(disekitarnya ada rangka masjid@surau) sebenarnya mereka meminta duit sedekah untuk membina masjid@surau. Saya juga baru tahu mereka selama ini membuat masjid@surau adalah dari ehsan duit orang ramai. Tanpa bantuan wang satu sen pun dari pihak kerajaan. Satu pesan saya jikalau terjumpa kedai makan muslim eloklah singgah jika tidak anda akan kelaparan. Walaupun makanan mereka tidak begitu sedap dan enak seperti yang anda harapkan. Anggaplah anda sekarang sedang berada didalam zaman darurat...^_^
|
sedap atau tidak..yang penting HALAL..belasah saje! |
|
Air terjun di sipiso-piso.. |
Dalam perjalanan ke Berastagi. Kami singgah di air terjun Sipiso-piso. Disini pemandangannya juga amat cantik. kita masih lagi boleh melihat pulau samosir dan pulau toba. kerana tempatnya dihujung tasik. Harga barang perhiasan untuk dibuat cenderahati masih lagi murah jika dibandingkan dengan Medan.
|
pemandangan dari atas di air terjun Sipiso-piso..sungguh cantik! |
|
tdpt gerai buah2 dispnjang jalan..rugi klu tak berhenti mbeli ole-ole buat buahtangan.. |
|
Surau di Berastagi..tempat kami singgah untuk menunaikan solat magrib.. |
Kami sampai di Berastagi hari sudah pun malam. Pemandangan indah waktu siang tidak dapat kami nikmati. Kami hanya singgah di sebuah gerai jagung bakar dikaki bukit. Melihat suasana lampu-lampu dari atas bukit ke pekan medan. Rasa terubat sedikit kekecewaan kami. Berada di Berastagi (puncak tertinggi) seperti berada di Genting Highland. Cuacanya amat sejuk. Jika hari hujan kesejukannya akan bertambah lagi. Banyak hotel-hotel bertaraf 5 bintang telah didirikan disini. Ternyata penduduknya telah maju.
|
pemandang dari atas bukit Berastagi untuk melihat bandar medan... |
Dari Berastagi ke kota Medan memakan masa selama 2@3 jam. Kami terus ke hotel Garuda Citra kerana hari sudah larut malam. Penginapan di hotel telah kami buat semasa di Malaysia lagi. Tapi jangan bimbing jika anda tidak menempah bilik disini. Kerana banyak hotel di persekitaran bandar Medan untuk anda bermalam. Masing-masing sudah tidur kerana keletihan. Tapi mata sy masih belum mahu tidur. Jadi saya mlayan menonton movie sampai jam 3 pagi. memang saya agak susah nak tido kalau berada ditempat baru..itu pun tlelap sendiri..huhu...
|
Hotel tempat kami merehatkan diri dan beca motor yang sempat saya ambil.. |
|
Istana Maimoon di medan..bayaran masuknya Rp 5'000(RM2) |
Pagi-pagi lagi lepas solat subuh aku dan kawan-kawan sudah bersiap nak berjalan disekitar Kota Medan. Tapi selepas sahaja sarapan kami terpaksa naik ke bilik semula. Rupanya disini waktu niaga mereka sama dengan Malaysia. Pukul 10 pagi baru dibuka..
Ke istana Maimoon kami menaiki beca motor. Tambangnya sekitar Rp10'000-Rp15'000.*kalau pandai tawar. Menaiki beca dari hotel ke Istana Maimoon tidak sampai 10 minit. Tapi perjalanannya terasa begitu lama kerana sikap pemandu yang menakutkan. Cukuplah sekali menaiki beca motor..bisik hati saya. Bayangkan dijalan yang sibuk mereka berlumba-lumba memotong lampu merah. Kereta-kereta mewah memandu dengan laju dijalan yang sibuk. Pengalaman menaiki beca membuatkan kami serik. Jadi kami rasa lebih selamat menaiki teksi. Bayarannya juga tidak mahal hanya Rp20'000-Rp25'000 sahaja. Singgahlah di pasar ikan(Pajat Ikan) bagi yang ingin membeli kain-kain pasang. Memang harganya amat murah* sekiranya anda pandai tawar menawar lagi bagus ^_^.. Bagi yang suka membeli pakaian seperti baju, beg dan perhiasan bolehlah ke Petisah(gudang@gedung). Pengalamn selama 4 hari 3 mlm disana bgitu brharga sekali. Dan pasti sukar utk aku lupakan sampai bila2. Selamat tinggal medan..insyaallah, aku pasti akan dtg lagi..
|
tak mahal kalau nak cuba nasi padang..yang penting tanya harganya dulu...^_^ |
|
air yang saya minum sepanjang waktu disana..sedapp! |
|
Selamat tinggal Kota Medan..insyaallah..aku pasti akan kembali ke sini lgi.. |
..
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.