23 May 2012

Hidup Matiku



Hidup Matiku..


segala cita-cita bagaikan mati
terasa kalbuku seolah sempit
fikiran ini cuba ku buka biar luas
minda kini mula berputar ligat
penuh dengan angan-angan
pelbagai rupa bentuk impian
tidak lagi mampu ku rencana
apa tah lagi membina keyakinan
jika semangat ini selalu diasak 
dengan perasaan cemburu dan iri
aku mohon agar harapan
kembali meresapi dalam diri
tidak mahu ku berputih mata
tidak mahu lagi berdiam bisu
tidak mahu terusan pekak tuli
aku harus bangkit bangun
kerana di sini hidup matiku
tanah ini miliki peribumi melayu
anak cucu dan generasi baru
berhak hidup bahagia bersama
buanglah semua hasutan fitnah
bungkus dengan kasih sayang
cahaya dihati pasti akan terang
jika al quran menjadi pegangan

Lukisan hati, 
Isabella ali 2012

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.