29 Jul 2012

Kisah Mata, Mulut, Tangan dan Hati



Kisah Mata, Mulut, Tangan dan Hati...

mata ini pedih tika melihat
mulut ini bagai emas yang tersimpan
tangan ini seolah ringan hendak menari
dan di hati ini seolah bara yang terisi

dia yang memulakan bicara
seperti tidak ada apa yang berlaku
sedang kepala ini serabut bagai nak gila
gelisah dek kerana perbuatannya
entah ya entah tidak bermain dihati
diri gelisah bagai tak menentu fikiran

tapi mata mula geram
mulut dah puas berdiam
tangan kian tak tenteram
Hati sudah panas didalam

pilih aku atau dia
kata-kata nekad mula
terluah di bibir mulus
walau di hati lain bicara..

Lukisan Hati,
Isabella ali 2012
 


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.