19 Sept 2012

Merdeka Itu Kebebasan


Merdeka itu kebebasan..

bersyukur pada Allah 
kerana dilahirkan selepas
terjadinya kemerdekaan 

tidak sempat merasai
kesusahan dan keperitan
di zaman peperangan
kini kebebasan yang dikecapi
dapat dinikmati oleh semua
tak kira bangsa dan agama
semuanya sanggup berkorban
demi malaysia tercinta
buminya subur dan makmur
dicemburui oleh segelintir negara
dan sebagai pemilik asal peribumi
aku amat berbangga menjadi
sebahagian penghuni disini
segala keperluan semua ada
jika dibandingkan dengan negara luar
malaysia adalah yang terbaik
dari segi kemajuan dan keagamaan
jika masih ada rasa kekurangan disini
itu adalah dari sikap manusia sendiri
kerana hanya dia yang dapat mengubah
kehidupannya bukan orang lain
jika dia berusaha untuk memiliki
kehidupan yang sempurna
haruslah ia berusaha dan bertawakal
dan jangan hanya menuding jari
pada kesalahan orang lain
untuk menanggung kesusahannya
orang yang menyerah diri
pada Allah tanpa berusaha
itu manusia yang hidup dengan sia-sia
tidak mengunakan pemberian Allah
antara dua tangan dan dua kakinya
untuk mencapai kenikmatan yang ada
suka pada perbalahan dan perpecahan
membuat kacau bilau serta kerosakan
dibumi adalah satu kebencian Allah
kemerdekaan ini kebebasan untuk kita
tetapi jika kebebasan ini tidak digunakan
dengan sebaik yang mungkin
tanpa ada perbezaan antara hak dan batil
pasti akan diturunkan seksaan
yang amat pedih dan kejam pada manusia
kerana janji Allah itu pasti..


Lukisan Hati,
Isabell@_@li 2012

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.