5 Mar 2013

Nama aku Yanz

Aku dilahirkan di hospital besar kuala lumpur. dan boleh dikatakan aku ni anak jati ore KL lah..^_^. Mak aku asal orang kelantan. kalau nak tahu mak aku ni anak kacukan kelantan dgn pakistan. Dari cerita mak aku. Arwah atok ayah belah mak aku asalnya dari pakistan. dia datang ke kelantan dulu untuk berdagang. kemudian bertemu jodoh disini dan berkawin. Teruslh mereka menetap dikelantan dan dapatlah ayah mak aku. adik beradik belah mak dgn satu bapak ramai juga. sbb mak kata ayahnya kawin ramai. orang dulu2 kan. kebanyakkan mereka kawin muda dgn pendapatn yg x menentu. mungkin 2 faktor itu lah tjadinya perceraian. Ayah aku pulak orang negeri sembilan. Asal keturunannya ayah aku ni biasa lah kan kalu bukan minang kabau, apo lai'e...dan jgn x tahu. ado lak suku'nyo tu..nenek aku ckp kami suku tanjung. jadi kalau balik indonesia kek area medan tu. konalkan dulu suku2nyo..kang tkawin dgn suku sendri. kono dendo sembelih kerbau sekor..huhu..masakkkk..dibuek ehh. Pertemuan ayah dan emak aku dikelantan. Ayah aku ni berjiwa pedagang dn suka mengembara. bila dah mata btemu mata..hati didalam pun bgelora lah. jadi mereka pun kawin. kemudian ayah bawak mak aku balik ke negeri smbilan. mereka mmbuat pondok kecil di tanah arwah nenek. Sebulan kawin mak pun mngandung, dapatlah abang aku. Setahun kemudian, kakak aku pun dilahirkan pula. Oleh kerana ayah tidak ade kerja tetap. selalu lah mereka suami isteri btengkar. mak pun mrajuk, balik lah dia ke kelatan bersama 2 orang anaknya. tanpa disedari dalam rahimnya telah ada benih yang semakin membesar. Sudah 4/5 bulan mak di kelantan baru ayah datang. nak pujuk mak balik. Tapi ayah terkejut..bila tengok perut mak yang besar. terjadilah perang mulut seketika. ayah tuduh mak curang. mak tuduh ayah tak btanggungjawap. masing2 dengan rasa tak puas hati. Mujurlah mak tidak abik hati. Setelah dipujuk  mak pun mengalah. kata ayah dia dah dapat kerja di KL. Selang 4/5 bln kemudian aku selamat dilahirkn. wajah aku saling tak tumpah macam ayahku. kata saudara mara yang datang menjenguk ketika mak dalam pantang. mak dengan bangga menayang aku yang masih bayi ketika itu dihadapan ayah. ayah tertunduk malu dengan sikapnya yang teburu-buru dulu.  tapi kalau ada misai lagi lah wajah aku sebijik mcm ayah aku. nasib baik aku ni permpuan..
Ayah sudah ada kerja tetap. mak pun gembira dgn perubahan diri ayah yang lebih btanggungjawap sebagai seorang suami dan ayah. Kemudian lahir lah adik2ku yg terusnya. Mak sukakan anak yang ramai mgenangkan mak tidak mmpunyai adik bradik. mak anak sulung kalau ikutkan satu emak dengan satu ayahnya. Dan 2 lagi adik mak tlh meninggal dunia pada umur yang masih muda. mak hanya ada adik beradik tiri dari ibu yng blain dn ayah yg blainan. Bila ada hari2 tertentu baru mak akan ke rumah mereka. tidak serapat adik beradik sndiri kata mak. Adik beradik ayah ada seramai 11 orang, ayah anak ketiga. 2 prmpuan..selebihnya lelaki. pakcik2 dn makcik aku memang baik walaupun kami jarang bertemu. kalau dh betemu riuh skampung. ada2 jer lawak jenaka yg keluar dari mulut masing2.
Kami adik beradik kini sudah ada 7 orang. 3 prmpuan 4 lelaki. Umur mak baru mencecah 30 tahun masa melahirkan adik bongsu kami. Namun sewaktu mak mengandungkan anaknya yg kelapan. Bayinya dilahirkan tidak cukup bulan dan meninggal dunia. Kata mak adik meninggal sbb  tidak cukup zat.  itulah yang mak bagitahu pada kami. Tapi dari mulut saudara mara ayah yang aku dengar, sebenarnya sewaktu mengandung rumahtangga mak sedang berantakan. Mak amat kecewa bila ayah tiba2 berubah sikap. ayah sudah pandai tidak pulang kerumah dan selalu marah2. mungkin sebab itu jiwa mak tak menentu dan membuatkn kandungan mak terganggu. Kebahagiaan yang diimpikan mak tak berpanjangan. Bahtera yang ditumpangnya dilanda badai. Kapal yang disangkakan kukuh akhir hancur berkecai..tersadai dilembah derita. Mak membawa diri pulang ke kampung halamannya. aku dengan adik beradik yang lain dibahagi2kan. Aku dapat tahu yang ayah sudah berkahwin lain. ketika ayah memperkenalkan aku pada ibu tiri dikampung nenek di negeri smbilan. 2 tahun aku ditinggalkan bersama nenek dengan 4 orang adik2 yang masih kecil. Aku seperti anak2 yang lain..terumbang ambing mengikut arus yang dibawa. jika arus itu lembut dan tenang. akan tenang dan lembut lh aku. tapi jika arus itu bgelora dan kasar..akan kasar dan bgeloralah jiwaku. Mujurlah kami mendapat seorang nenek yang brhati mulia. nenek mgasihi kami dengan seadanya. soal makan minum nenek tidak pernah mrungut. apa yang ada itulh yang dihidangkn. Kenangan bersama arwah nenek  bisa meluluhkan jiwaku jika wajahnya terimbas diingatan. Aku amat menghormati ayahku walaupun ayah mempunyai kperibadi sebagai seorang suami yang tidak elok dimata isteri2nya. namun sebagai seorang ayah. ayah tidak pernah lari dari tangggungjwapnya. setiap bulan ayah akan memberi wang sekolah pada kami. Begitu juga tika hari raya dan buka sekolah..ayah akan mengajak kami shoping bersama. Jadi tidak ada keburukan yang harus aku katakan tentang dirinya. Biarlah tuhan yang menghukumnya jika benar dia bersalah. Bukan aku! Memang aku kesian dengan nasib mak. Dengan umur yang masih muda terpaksa memikul dua tugas. menjaga anak2 dan mencari nafkah untuk diri sendiri. Inilah ujian yang terpaksa mak lalui. Berkat doa dan usaha yang mak buat..mak berjaya harunginya. Mak kawin setelah 2 tahun bergelar janda.

brsambung.....

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.