25 Aug 2013

Sakitnya..penyakit batu karang ni...

Malam tu aku makan dgn berselera sekali. maklum lah bru pulang dri kerja. nampak pulak menu yg disediakn oleh si dia amat myelerakan. stelah abis mkn aku duduk diruang tamu .santai bersama keluarga tersayang sambil menonton tv. oleh kerna esok aku trpaksa bangun pagi-pagi. jadi aku terpaksa tidur awal. alangkah selesanya bila dpt tidur di bilik sndiri. setelah 2 hari berada dirumah orang.
Aku rebahkan badan diatas katil lantas membaca doa yang biasa aku lakukan. tapi baru sahaja mata nak terpejam aku terasa sperti hendak membuang air kecil. dengan malas aku gagahi juga menuju ke bilik air.
tapi hanya sedikit sahaja air kencing yang keluar. kemudian aku masuk tidur kembali.
Pada pukul 12 mlm tiba-tiba aku rasa sakit dibahagian rahim. senaknya lain macam. aku bingkas bangun menuju ke bilik air. tapi air kencing tak keluar juga. agak lama juga aku duduk di dalam bilik air. sakit pulak semakin menjadi-jadi. rasa sakit yang tidak henti-henti dibahagian pinggang kanan. membuatkan aku tidak dpt brtahan lagi. aku kejutkan suami yang sedang lena tido. walaupun tak sampai hati. sebab ksakitan yang aku alami ini tidak dapat aku tahan lagi. sampai menangis dan mengigil badan aku dibuatnya. kata aku pada suami. sakit nak bersalin pun tak sampai sakit macam ni. suami aku yang masih lagi mamai2..mengangguk, antara faham atau tidak. dia pun tak tahu nak buat macam mana. kemudian aku desak dia agar menghantar
aku ke hospital sekarang jugak. aku dah tak tahan sangat nih. sakitnya tuhan sahaja yang tahu.
Terasa masa seolah bergerak dengan pelahan. aku berzikir didalam hati dan berdoa tak putus-putus semasa menantikan suami bersiap. Dalam kereta aku rasa badan aku terasa sejuk. dengan bibir bergetar-getar..aku bersuara, meminta maaf  dari suamiku. halalkan apa yang aku lakukan padanya. seolah sudah sampai masanya untuk aku pergi kataku lemah kepadanya. Suamiku menasihatkan aku..agar bertahan dan banyakkan bersabar. sekejap lagi dah nak sampai hospital katanya. lalu dia mengenggam tanganku dengan erat.
Tiba dihospital Pusrawi. aku berjalan dengan menahan kesakitan yang melampau  ke pintu wad kecemasan. ikutkan badan, mungkin aku tidak berdaya lagi. kemudian kami disambut oleh misi yang bertugas. katanya nak bersalin ker..? mungkin dengan gaya aku yang sedang memegang perut mbuatkn mereka beranggap bgitu. setelah berada diatas katil. aku terangkan apa yang patut. mereka memberikan aku suntikan penahan sakit. alhamdulilah..2 kali suntik dibahagian pinggang sakit aku beransur hilang. badan aku kembali normal tidak mengigil lagi menahan sakit. mereka mengambil semple air kencing dan darah aku untuk mengesan punca kesakitan yang aku alami.
Aku merenung ke wajah suami tersayang. Dia cuba membalas senyuman dariku. Mungkin dia  rasa sedikit lega bila melihat aku sudah mula tersenyum kepadanya. kemudian dia duduk disisiku. bertanyakan keadaan aku sekarang. Setelah 20 minit berlalu. misi tadi datang membawa keputusan semple aku. kata mereka buah pinggang aku ada batu karang. aku dan suami amat terkejut. tidak sangka aku boleh terkena penyakit tersebut. lebih2 lagi belum ada keturuan kami yang mengidapnya. aku ingatkan penyakit ini hanya untuk orang yang telah berumur sahaja tetapi ternyata tidak. Semua orang dari peringkat umur pun ada yang kena juga. Dan kata misi lagi aku terpaksa ditahan diwad. mungkin akan dibedah untuk membuang batu karang tersebut. Aku melihat jam didinding yang sudah menunjukkan hampir jam 3 pagi. rasa kesian pula pada suami yang terpaksa menjagaku. anak2 dirumah pula terpaksa ditinggalkan bersendirian.
Bila sudah berada di bilik wad. aku menyuruh suamiku pulang. agar dia boleh berehat secukupnya.lagi pun esok anak-anak bersekolah. tapi suamiku enggan. katanya setelah berjumpa dengan doktor nanti baru dia pulang ke rumah. jarak hospital pusrawi dengan rumah kami hanya 2 kilometer sahaja. jadi aku mengikut apa sahaja kata suamiku. yang penting kesakitan yang aku rasai malam tadi sudah hilang.
Tepat pukul 8 pagi, doktor rashid pakar buah pinggang datang ke katilku. Doktor menerangkan keadaan batu karang yang  berada ureter*buah pinggangku di kad  X-ray. katanya aku harus dibedah untuk membuang semua batu karang yang ada. sebab buah pinggang sebelah kanan aku sudah bengkak. kalau tidak dibedah akan membuat buah pinggang aku rosak. hendak tak nak terpaksa juga mengikut saranan doktor. itu pun setelah berbincang bersama suami. maklumlah, kos rawatannya bukannya murah. ada yang kata berbelas2 ribu dan ada juga kata berpuluh ribu. Namun mujurlah suamiku mempunyai panel. kami hanya membayar 20% dari kos itu nanti.
Demi kasih sayang suami pada aku dan anak2. Dia tidak pernah berkira. walau dengan tenaga mahu pun wang ringgitnya. Dia juga selalu berpesan padaku.. Katanya,  kita berkerja bukan hanya untuk mengumpul harta. Wang tersebut perlu digunakan lebih2 lagi ketika kita sedang sakit.  Macamana nak kerja kalau badan sakit.  wang boleh dicari lagi..kalau hilang, tapi keluarga..susah nak jumpa dah kalau pergi. kata2 suami membuatkan aku bertambah sayang dan cinta padanya. Itulah satu kelebihan yang ada pada dirinya yang selalu melebihi keluarga dari segala hal termasuk dirinya. Walaupun gajinya tidak sampai RM2 ribu. tapi semangatnya seperti orang bergaji RM20 ribu. Kalau melibatkan hal anak2 dan aku, dia tak kedekut. tidak mcm aku yang suka menyimpan dari mengeluarkan...^_^ memang lah, sebagai seorang isteri dan ibu aku akan fikir utk masa jangka panjang jika melibatkan kwangan. Tapi mungkin juga sikap aku yang sederhana dari segi pebelanjaan rumah. membuat dia rasa mampu..
Alhamdulilah..jam 10 pagi aku selamat menjalani pembedahan pertama hari itu. batu karang yang berada disaluran  ureter* puding kencing sudah dikeluarkan. Doktor menunjukkan batu karang itu kepada aku. Ianya hanya sebesar sebutir beras tapi bentuknya agak tajam. Aku mengeleng kepala tak sangka batu sekecil itu yang telah membuat aku sakit sapanjang hari. Setelah ubat bius habis aku mula rasa sakit kembali dibahagian bawah perut. rasa tidak selesa dengan tiup yang ada dibahagian tersebut. ayah yang baru datang dari kampung menjengukku tidak dapat aku layan. kepala aku juga  rasa pening dan perut rasa mencucuk-cucuk kesakitan. aku pejamkan mata serapatnya cuba untuk tidur bagi menghilangkan rasa sakit. Darah membuak2 keluar dari saluran air kencing. Mujurlah ayah mengerti tentang kesakitan yang aku tanggung. Sepanjang malam aku tidak boleh tidur. sebab kepala rasa pening dan hendak termuntah. mungkin kesan dari ubat bius smasa operation. kerap kali aku terjaga dari tidur dan termuntah di bilik air. setiap kali muntah yang keluar hanyalh air. bila rasa termuntah bahagian pinggang terasa amat sakit skali. 
Pada esok harinya baru aku rasa badan aku ok sedikit. setelah semalaman bertarung menahan kesakitan. Baru terasa perut  lapar. rasa macam-macam nak dimakan. lagi pun dari semalam aku belum makan apa-apa lagi kerana dipaksa puasa untuk pembedahan. Mak menjaga aku dari malam tadi. kesian juga tengok mak yg terkejar-kejar mencuri masa untuk aku. tapi tika inilah aku boleh bermanja dengannya walaupun dalam masa yang sama terpaksa mendengar leteran dan nasihat darinya..hehe..
2 minggu kemudian aku dimasukkan ke wad kembali. untuk membuang stan*wayar yang ada disaluran ureter. Kata doktor batu karang aku telah dikeluarkan kesemuanya. Pmbedahan utk mgeluarkn stan tidaklh sakit sngt. Hanya terasa sakit sedikit dibahagian bawah perut (pad*) setelah operation. Tapi 2 hari juga aku berada diwad.
Kini telah hampir setahun berlalu, aku masih lagi terasa kesan dari pembedahan tersebut. Tubuh aku dibahagian pinggang mudah rasa sakit kalau duduk atau berdiri trlalu lama. Lebih2 lagi ketika hendak datang bulan terasa ngilu dan bisa2 disekitar perut dn pinggang. Cuma kesakitan itu tidak berpanjangan lagi. aku brarap agar kesan dari  pmbedahan tsebut akan beransur pulih sedikit demi sedikit..

kos  rawatan susulan lagi mahal dari kos  operation pertama..


bil  rawatan selepas pembedahan pertama..
Ada saudara mara yang tanyakan berapa kos rawatan yang dikenakan oleh pihak hospital. sy pun baru saja terima bilnya pada bulan lepas. Semuanya RM25'000 ribu sekali dengan kos rawatan susulan. itulah harga yang Hospital Pusrawi kenakan bagi membuang batu karang saya. Walaupun ramai yang kata mahal jika dibandingkan dengan hospital lain. *Mungkin bagi rawatan tanpa panel tidak semahal itu. tapi aku hanya mampu tersenyum..bukan kerana aku mampu, yg penting sakit yang aku alami ni dpt diubati. itu yang aku harapkan. Ini bahagian saya, orang lain bagaimana pula kita tidak tahu. kerana setiap kita ada bahagiannya masing2...doa sy semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik..amin.

Dan aku tahu, ini hanyalah sedikit ujian dari Allah untukku, bagi menguji keimananku padaNya.
TQ Allah..Engkau masih memberi aku peluang untuk berada dibumiMu lagi..

Tanda2 penyakit batu karang;
1- rasa pedih ketika mbuang air kecil
2- sakit dibahagian pinggang*belah kiri@kanan
3- kencing kelihatan merah*bercampur darah
4- rasa sakit teramat hingga menanggis
5- badan rasa mengigil kerana kesakitan melampau
Jika ada tanda2 tersebut..cepat2lah gi jumpa doktor...

Mencegah lebih baik dari mengubati..jaga pemakanan ya...^_^

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.