“terima kasih Bella..”
“tak sangka mak cik aku suka kan ko”
Deana menghampiri ke meja aku. sambil melemparkan sebuah
senyuman penuh makna.
Ucapan dari Deana aku terima dengan senyuman sinis.
Ia tidak memberi erti pada aku. Rasa kesal kerana terpaksa menjadi penipu. Kini aku mahu mengenali diri Deana sebanyak
yang mungkin. Siapa dia sebenarnya. Apa kisah hidupnya yang aku tidak tahu.
Benarkan apa yang dikatakan oleh Azany dan semua kawan-kawan pada aku. Deana
mempunyai kisah hitam dalam hidupnya.
“kenapa ko tak tinggal bersama dengan mak ko deana?”
“ko nak tahu buat apa, ko bukannya faham pun” Deana
mengelak.
“kalau ko tak cerita, mana aku nak tahu”
“aku nak dengar dari mulut ko sendiri, itu pun kalau ko
nak terus berkawan dengan aku”aku cuba mengugut. Aku lihat muka Deana mula
berubah. Dia seolah tidak senang duduk.
Aku buat-buat macam tidak kisah.
“aa..malas lah aku nak layan ko..” Deana terus berlalu ke
mejanya. Menghempaskan pungungnya ke kerusi. sesekali dia melihat ke arah aku.
Tindakkannya membuat aku menyiakan kata-kata mereka pada aku.
“Hoi! Macamana semalam, semua ok tak”jerkah Yanie.
“nak ikut lagi tak
lain kali”
“tak mahu lah aku..kaki aku masih sakit lagi tahu tak”aku mengomel.
“biasa lah tu, fistime memang lah..lama-lama ok lah
nanti”
“ya lah..aku pun mula-mula camtu jugak” Nureen menyokong.
“ermm..tengok lah nanti”
“Diana..macamana, nak ikut lagi tak..?”laung Yanie ke
arah Diana.
“apa kena dengan Diana tu..kelat jer muka dia”Nureen
seolah perasan perubahan muka Diana.
“dia kena marah kat mak cik ker..?”
“ko tanya lah dia..mana aku tahu..”balas aku.
“rehat nanti kita jumpa kt pot biasa ok” Yanie keluar
dari kelas setelah cikgu Fahmi masuk. Aku hanya menganggukkan kepala tanda
setuju. Diana menjeling aku dari jauh.
*****
“bak sikit nasi lemak ko..” Nureen merampas sudu ditangan
aku.
“sedap jugak nasi lemak ni..”katanya dengan nasi penuh
dimulut.
Aku tengok piring di tangannya . sudah licin mee hon yang
dibelinya tadi.
Air sirapnya yang diletakkan di sisi. aku ambil minum
hingga setengah cawan.
“oo..abislah air aku..” Nureen merungut.
“ko makan nasi aku tak abis ker..”aku mengejek.
“kenapa dengan Diana tu..”tanya Yanie. Mulutnya laju mengunyah kuih karipap.
Aku capai beg plastik
yang berisi 2 kuih karipap dipangkuannya. Aku ambil karipapnya seketul
makan dengan lahapnya. Tidak puas makan bila diganggu. Tapi Begitu lah kami
setiap hari ketika waktu rehat. Berkongsi makanan sudah menjadi kebiasaan kami.
Malah ada ketika. Menu akan dirancang bersama. Agar semua dapat merasa
apa yang dibeli.
“aku dengar ko hantar dia
balik semalam kan..”
“apa kata makcik dia..”
“apa kata makcik dia..”
“ko kena marah sekali..” tanya Nureen. masih ingin tahu tentang hal Diana.
“kenapalah dia tak join kita rehat hari pagi ni, kalau tak boleh aku rasa makanan dia”kata-kata
Yanie membuat kami ketawa serentak.
Dari jauh aku lihat Diana duduk sendirian. tanpa ada sesiapa bersamanya.
“ko dah lama ker kenal Diana, Nureen..? apa kau tahu tentang dia..?”tanya aku.
inilah kali pertama aku mula siasat tentang latarbelakang
seseorang. Kalau dulu aku tak kisah pun
siapa dia. Bukan hak aku untuk tahu
semua kisah hidup mereka.
“dia tak cerita apa-apa ker pada kau” tanya nureen balik.
“tak..”. jawap aku kecewa.
Kecewa dengan sikap sendiri yang tak suka bertanya. Aku
bukan tidak mahu bertanya. Tapi aku takut. Jika
pertanyaan aku nanti akan menyakiti hati orang dengan menyingkapkan kembali kisah-kisah yang tak sepatutnya. Kerana aku tidak mahu melihat wajah sedih pada orang yang
aku kenal. Dan setiap orang ada kisah sendiri yang ingin mereka rahsiakan.
“setahu aku dia anak angkat.”
“ mak dia kakak kepada makcik yang membela deana”
“ramai yang tak suka berkawan dengan dia..”Yanie menyampuk.
“aku dengar dia selalu keluar dengan budak lelaki”
“ada bukti ker..”tanya aku mahukan kepastian. Pada masa
yang sama aku mahu menyakinkan hati sendiri. Mungkin hanya cakap-cakap orang
yang mahu memburukkan
diri Deana.
diri Deana.
“bukti tak de lah..”
“tapi ada budak-budak sekolah nampak dia lepak dengan
mat-mat motor”
“mat motor..?”sargah aku.
“dia tu minah rewang lah.. kalau ko nak tahu..”Yanie dan
Nureen ketawa terkekeh-kekeh. Macam lucu sangat perkataan itu kepada mereka.
Aku tersengih mengerti. Walau dalam hati masih banyak lagi persoalan yang masih
belum terjawap.
*****
Tuk..tukk...tukk..
Pintu rumah diketuk dengan perlahan tapi amat jelas ditelinga.
Aku bingkas terjaga. Lalu bangun melihat jam di dinding
sudah menunjukkan pukul 2 pagi.
Aku mengintai di lubang pintu. Terlihat kelibat Deana terpancul di hadapan pintu.
Aku terkejut dengan
kehadiran Deana pada waktu ini. Ada apa dia datang rumah aku malam-malam
begini. Bila pintu aku buka. Meluru Deana memeluk tubuh aku.
Terisak-isak menangis dibahu aku. Aku dudukkan Deana di kerusi. kemudian aku ke dapur mengambil segelas air. Aku hulurkan pada dia. Deana
mengeleng tidak mahu.
“minum lah dulu air ni..”pujuk aku. Dari pakaian yang dia pakai. aku seakan boleh menganggak. Ada sesuatu yang
tidak kena dengan Deana. Rambutnya yang kusut masai. Tanpa tudung kepala.
Membuat aku bertambah yakin. Telah terjadi sesuatu kepada dia.
Kebetulan abang shif
malam. Mujur lah kedatangan Deana tanpa pengetahuan abang. Kalau tidak
mungkin abang akan fikir yang bukan-bukan terhadap aku. Kerana tidak pandai
memilih kawan.
“Bella..aku kena rogol” terpancul dari mulut Deana. Aku
tergaman seketika. Apa yang harus aku
buat.
“ko kenal siapa yang rogol ko” tanya aku tak sabar.
“kenal..pak we aku sendiri..mazlan”lemah suara Deana.
“pak we ko..macam mana boleh jadi macam nie..”
“dia tipu aku..”
“dia tipu aku!!” jerit Diana . tangisannya menjadi
semakin kuat.
“sabar lah Deana..tapi cuba ko citer, apa sebenarnya yang
terjadi pada ko”
Aku mengosok belakang Diana. Bajunya basah dek peluh.
Seluarnya entah kemana. kakinya hanya dibaluti oleh selimut yang sudah lusuh.
“Mazlan tinggalkan aku dirumah bujangnya, dia kata nak keluar sekejap ”
“tapi dia tak balik-balik, kemudian kawan mazlan kunci aku dalam bilik”
“diorang semua rogol aku bergilir-gilir..Bella”Diana mengesat airmata
yang bercucuran di pipi. Badan Deana mengigil ketakutan. Mungkin dia masih terbayang
peristiwa yang dilaluinya.
“berapa orang yang rogol kau” tanya aku geram.
“empat orang...dengan mazlan sekali”
“apa! Tak guna punya jantan”bentak aku.
“aku cuba minta
tolong tapi semua pintu aku ketuk. Semua buat tak tahu”
“nasib baik rumah ko dekat kawasan ini”terpancar rasa kecewa di wajah
Deana. Airmatanya masih bercucuran dipipi.
“aku simpati dengan kau, Deana..mujur kau dah
selamat. Syukurlah..”
“pagi nanti kita pergi balai polis. Buat laporan polis”
aku memberi cadangan.
“Jangan..aku takut. Mati aku kalau mak cik aku tahu”Diana mengoyangkan tubuh aku
dengan kuat. Dia ketakutan kembali.
“abis tu kita nak buat apa..nak biarkan mazlan dengan
kawan-kawan dia terlepas”
“jangan jadi bodoh lah Deana..” aku mula cuak dengan
sikap penakut Diana yang tak bertempat.
“aku jadi saksi..” aku beri jaminan.
Walaupun tidak
tahu apa bakal terjadi nanti. Aku biarkan Deana
melayan perasaannya sendiri. Kedengaran azan subuh berkumandang dari
surau berhampiran.
Aku masuk ke dalam bilik mencari seluar. Seluar itu kemudian
aku berikan kepada Diana. Mujurlah saiznya sama dengan tubuh Diana. Cuma tudung
kepala saja yang aku tidak ada.
“ok tak..”tanya aku untuk memastikan Diana selesa.
“ok, muat...terima kasih bella..”
“tapi tudung aku tak ada Deana” kata aku jujur.
“tak pe lah aku tahu..”Deana mengukir senyuman tawar.
“aku mandi dulu..,nanti aku hantar kau balik”
Diana mengangguk lemah. Setuju dengan cadangan aku. Apa
lagi jalan yang hendak aku berikan. Memang itulah jalan yang terbaik aku
rasakan.
*****
Mata Diana bengkak kerana menangis sepanjang hari. Mak
cik Latifah dan pak cik Mustafa asyik
mengeleng kepala. Kesal dengan perkara
yang telah berlaku. ketika dibalai
polis. Muka mereka berdua begitu sedih. Mungkin kecewa dengan perangai Deana.
Setelah laporan dibuat. Aku dihantar pulang oleh mereka. Ketika aku duduk dibelakang
bersama Deana. Deana hanya tunduk membisu. Nampak pada wajahnya kepenatan.
kerana terpaksa seharian dibalai polis . kemudian dia dihantar ke hospital untuk buat pemeriksaan rapi.
Semuanya terpaksa dia turuti.
Bukti dan keterangan saksi juga di ambil. Berulangkali
aku ditanya dan disiasat. Seolah aku seperti pesalah. Semua yang terjadi hari
ini. Diluar pengetahuan abang. Sekolah terpaksa aku ponteng demi Diana.
“mak cik tak sangka semua ini boleh terjadi”
“tak abis-abis kau bohongkan kami lagi..diana”
“apa lagi yang kurang pada ko.”keluh Mak cik
Latifah. Bergetar suaranya menahan
marah.
“apa nak jadilah dengan kau nih kan..” marah Pakcik
Mustafa.
“tengok lah orang cakap buat tak reti ..ish! budak nih”
“sabarlah abang..”pujuk makcik Latifah pada suaminya.
“menyusahkan orang jer
yang dia tahu..”
“mak cik ingat dia dah berubah bila berkawan dengan kamu”
“tapi tak sangka..selama ni nama kamu yang dia guna”
“tak pe lah makcik..nanti saya nasihatkan dia”
“saya minta maaf..Bella.” Diana bersuara.
“semuanya memang salah saya. aku yang tak guna!”Diana
menutup muka. menangis teresak-esak. Aku hanya mampu memandang dengan perasaan
pilu. Tidak sangka perkara ini terpaksa Diana lalui.
*****
Aku harap kejadian
itu akan memberi pengajaran buat diri
Deana. Rahsia ini akan aku simpan dengan
kemas. Itu janji aku.
Sejak hari itu aku melihat ada perubahan pada Deana. Dia
menjadi pendiam. Hanya bila di tanya
baru dia bersuara. Mujurlah Diana tidak mengandung.
Jika mengandung pasti Diana dibuang sekolah. Melihat keadaan dia yang murung.
Aku merapatkan diri padanya. Semakin hari kami semakin rapat. Aku seperti seorang kakak kepada Diana. Rumah Diana seperti menjadi rumah aku sendiri. Mak cik Latifah dan pak cik Mustafa juga telah menganggap aku macam anak mereka.
Antara aku dan Diana tidak ada rahsia tersembunyi. Apa sahaja kami kongsi bersama.
“Bella..aku hanya ada ko kat sini”
“tanpa ko..aku pasti dah bunuh diri”luah Diana pada suatu
hari.
“jangan kerana aku Diana. Engkau kena ingat. Ko ada mak ,
ayah dan keluarga yang sayangkan ko”balas aku.
Keluarga Diana tidak lah seteruk mana aku lihat. Hanya
Diana yang sukakan kebebasan dan degil. Tidak boleh di tegur pasti akan
merajuk.
Sudah banyak kali dia lari dari rumah. Dari kata mak
ciknya Diana sudah tidak boleh dibentuk lagi.
“Bella..aku cemburu dengan ko”
“cemburu..? dengan aku..aku tak ada apa-apa Diana,
sedangkan ko ada semuanya”bidas aku. Terkejut dengan pengakuan jujur Diana.
“aku hairan dengan ko,
ko tak penat ker tersenyum
sepanjang hari”
Diana mencubit pipi aku dengan geram.
“sakit lah..”jerit aku perlahan.
“melihat ko tersenyum
semua masalah aku macam dah hilang”
“ko tak de masalah ker...bella..?” tanya Diana. Menatap
ke anak mata aku.
Aku memandang ke lantai.
Andainya kau tahu Diana. Mampukah kau
menolong aku. Sedangkan kau sendiri tumbang ambing. Cukup lah aku
pikul kesusahan sendiri. Hanya diari
menjadi saksi kelukaan dan kekecewaan yang aku hadapi dalam hidup ini. Biar ia
menjadi rahsia seumur hidup aku. Ingatlah yang indah pada aku . Yang pahit biar
aku telan sendiri.
“ada atau tidak...kita kena tempuh juga kan”
“jadi buat apa nak fikir..nanti masalah itu akan hilang
sendiri..” balas aku sepontan.
“aku tengok kau bahagia macam tak pernah ada masalah”
“memang sesuai lah dengan slogan hidup ko tu HAPPY GO LUCKY”Diana menunjukkan slogan
dengan kedua tangannya.
“ada-ada je lah ko nih...abis tu apa slogan idup ko..?”
Usik aku.
“Walaupun aku ni
bertudung. jangan ko tak tahu..ROCK NEVER DIE..peaceee yoo...”
Diana menunjukkan
dua jarinya pada aku. Mengayakan gaya seoranag rocker memegang
gitar. Rambut panjangnya
dipusing-pusingkan.
“hehehe...rock never die konon...”aku mengejek.
“ada gaya rockers
tak..? Tanya Diana.
“rock lah sangat hehe..Patut lah kepala ko
keras..degil”bidas aku menahan ketawa.
“sampai hati ko kata aku degil ya..”Diana buat-buat
menarik muka rajuk.
“yalah..yalah tapi dalam hati ada taman kan..”pujuk aku.
“hehehe...tahu pun ko”Diana ketawa. Dari Diana lah aku mengenali
nama-nama penyanyi orang putih. Cd rock apa yang dia tak ada. Sebut saja semua
ada dalam simpanannya. Walaupun aku tak
faham apa lagunya. Aku layan jugak..
*****
“Raya ini ko balik mana bella”Tanya Nureen. Curi-curi datang melepak di kelas. Ketika cikgu
masih belum masuk mengajar.
“aku raya rumah nenek aku..kenapa..?
“lama ker ko balik rumah nenek ko”
“tak lah lama, raya ketiga dah balik sini..”jawap aku.
Apa pula rancang Nureen kali ini. Risau juga aku kalau dibawa ke tempat yang
bukan-bukan. Cukup lah sekali aku jejaki kaki ke sana.
“kalau macam tu, sempat lah ko datang rumah aku”
“nanti ko datang raya rumah aku tau..mak aku buat open
house” ajak Nureen.
Lega hati aku dengan jawapannya. Sekurang-kurang aku
boleh guna peluang itu untuk megenali keluarga
Nureen.
“ok..insyaallah, ramai ke yang ko ajak..” tanya aku untuk
memastikan semua yang aku kenal ada.
“mestilah semuanya aku ajak..”balas Nureen myakinkan.
“ok, jangan lupa tu..aku blah dulu”Nureen berlalu setelah
kelibat cikgu Hawa mengampir kelas.
“aku nak ikut jugak..”jerit Diana . mengerling ke arah
Nureen.
“okey..”balas aku sambil tersenyum. Mungkin Diana telah mendengar perbualan aku dengan Nureen.
“jadi ke kau nak pegi rumah Nureen” tanya Diana.
“entah lah..kalau aku sempat aku pegi. Lagi pun lambat
lagi” jawap aku acuh tak acuh.
Nasi lemak dalam
mulut aku kunyah laju-laju. Lapar betul rasanya hari ini.
Mungkin malam tadi
aku tidak makan. Tidak
sampai lima sudu nasi lemak itu habis
aku makan.
“lapar betul kau bella..ko tak makan ker semalam”tegur Yanie.
Nureen berada bersamanya.
Belum sempat aku menjawap pertanyaan Yanie. Tiba-tiba
Diana bersuara.
“aku blah dulu bella..aku nak gi tandas kejap” Diana
bangun meninggalkan kami bertiga. Wajahnya kelihatan masam.
“kenapa dengan Diana tu..”tanya Nureen.
“kami datang jer dia terus blah..dia tak suka kat
kitaorang ker...? tanya Yanie pula.
Yanie memandang kearah kelibat Diana yang semakin jauh
dari kami.
Wajahnya penuh dengan tanda tanya.
“dia sakit perut tak..” jawap aku.
“semalam pun macam tu jugak. Kami datang kat engkau jer.
Dia terus blah. Apa hal dengan dia tu..”Nureen mula menyoal.
“tak ada apa lah..mungkin dia ada hal tak”aku tak mahu
mereka berdua berfikir yang bukan-bukan terhadap Diana.
Tapi aku pun
hairan jugak. Sejak akhir-akhirnya Diana agak lain macam. Dia seolah cemburu
pada Nureen dan Yanie bila rapat dengan aku.
*****
“apa mimpi ko nak belanja aku malam ni” tanya aku .
Entah apa mimpi
Deana datang ke rumah ajak aku temankan dia ke pasar malam.
“bukan selalu aku belanja ko” kata Deana dan memegang tangan aku.
Aku membiarkannya. Lagi pun apa salahnya kalau perempuan
bersentuhan. Tak salah dan tak haram pun hukumnya.
Kami berpimpin tangan berjalan menuju ke pasar malam.
Setelah membeli apa yang patut. kami lepak sebentar di taman permainan. aku duduk dibuaian sambil makan keropok keping. Macam-macam yang kami sembangkan. Namun Deana yang banyak bercerita. Kadang itu aku pun tak faham
apa yang deana maksudkan. Habis-habis pun aku akan menyiakan sahaja.
“bella, ko perasaan tak perubahan aku sekarang” tanya
Deana.
Aku pandang dari atas ke bawah tubuh Deana . kemudian baru aku perasan bila deana belagak seperti budak lelaki. Dia mengenakan kemeja kotak dan berseluar jean. ala-ala budak lelaki. bertopi pulak, tudung kepala dah lama dia tinggalkan. aku rasa mungkin ini fesyen budak-budak sekarang.
“ tak ada apa pun..biasa jer”jawap aku. malas nak
menilik ke dalam
dirinya. Perubahan diri Deana tak penting buat masa ini.
yang penting sekarang perbelanjaan sekolah aku. Dah hampir sebulan lebih ayah belum
mengirimkan wang saku pada aku.
Duit abang dah banyak aku pinjam. Bil rumah terpaksa
abang tunggakkan.
“bella..bella, ko dengar tak nih..” tepuk Deana.
“ya..ya..kenapa..?”
“ko ni berangan je lah..” Deana merajuk
“ko cakap apa tadi..sori lah aku tak dengar..”pujuk aku.
“aku cakap..ko nampak tak perubahan aku ni..”
“ya..aku nampak, ko dah berubah sekarang”
“aku ingat ko tak perasan, aku nak tiru ko..”pintasnya.
“tiru aku..?”
“yalah..ko kan macam ni..”
Aku terkejut dengan pengakuan Deana. Kenapa dia boleh
berfikiran seperti itu. Sedangkan Aku berpakaian begitu kerana dari kecil aku
memang sudah diajar berpakaian begitu. Time
raya pun itu jugak lah pakaian aku.
“Deana..aku bukan tomboy atau pengkid..”terang aku.
“aku tahu..tapi aku suka kat
ko..”
“aku pun suka kawan dengan ko jugak"
"tapi aku nak ko jadi
makwe aku”
“apa..ko gile ker..”jerkah aku. dada aku urut2kan. terkejut dengan perminta gila deana.
“aku dah tawar hati dengan lelaki”luah Deana.
“Deana, aku tak kisah kalau kau dah tawar hati pada
lelaki, tapi apa yang kau cakap ini..
keje gila ko tau tak..,aku tahu mungkin peristiwa lampau ko buat ko jadi macam ni”
marah betul aku pada deana. mudah sangat tewas sebelum berjuang.
Aku cuba masuk ke dalam
diri Deana. Mencari sesuatu yang telah hilang pada dirinya. Mungkin keyakinan dan
kepercayaannya pada lelaki buat Deana berubah. Deana sudah kehilangan harga dirinya sendiri.
“Deana, aku tetap akan kawan ko sampai bila-bila, tapi tak perlulah ko nak berubah menjadi orang lain”. Terang aku dengan lemah lembut.
“tapi aku..aku betul-betul sukakan ko..”
“ko ni kenapa Deana..”
“aku cemburu bila ko rapat dengan Nureen dan Yanie, dengan semua budak perempuan
lain pun aku cemburu..” jerit deana tanpa menghiraukan orang sekeliling kami.
“aha! Gila lah ko ni..macamana ko boleh terfikir macam tu
sekali”
“aku tak tahu..,tapi perasaan tu datang dengan sendiri”
“kau jangan merepek, Deana” aku mula cuak dengan
penjelasan Deana.
“ aku sukakan ko”Deana meninggalkan aku tanpa sempat aku
menasihatinya. Kecewa benar aku dengan sikapnya yang mengikut nafsu. aku jadi bingung seketika.
Persahabatan yang telah lama terjalin membuat aku sebersalah. Pemintaan Deana
berlegar-legar di benak fikiran. gila!
*****
Keesokkan hari di sekolah. Deana datang menghampiri aku di kantin.
Aku memandang ke wajahnya. Aku tarik tangan Deana. Menyuruhnya duduk dihadapan
aku. Deana akur dengan pemintaan aku. Aku tahu Deana malu pada aku. Banyak
perkara terjadi dalam hidupnya terpaksa aku simpan. Dia hanya percaya pada aku seorang buat masa
ini.
“aku minta maaf, Bella” Deana bersuara.
“aku tahu aku tak sepatutnya berfikiran bergitu”
“baguslah, kalau ko dah tahu..”
“dan aku tak salahkan ko..aku faham..”balas aku.
“aku malu pada kau, bella..”
“aku dah lupakan hal itu..”jawap aku tersenyum kearahnya.
“wah! Korang bisik-bisik apa tu hah..mesti ada rahsia tak
mo kasi tahu kat kitaorang ni kan..”jerkah Nureen tiba-tiba.
“ada plan baek lah tu, senyap-senyap jer..” Yanie dan
Nureen menghampiri ke meja aku. Deana ingin bangun. Tapi aku memegang tepi bajunya.
Deana duduk kembali.
“mana ada, kitaorang bincang pasal baju raya lah..korang
baju raya berapa pasang tahun nih..”tanya aku mengalihkan perbualan.
“puasa pun belum
lagi” celah Nureen.
“puasa kan hanya lagi 2,3 hari je ni..lambat
apanye..”bidas aku.
“ah! Ko berape pasang Deana tahun ni..” tanya Yanie ceria. tanpa rasa apa-apa.
“aku..aku selalu 3 pasang jer..”Deana bersuara lemah. macam lah sikit bajunya. tapi aku faham. jiwa deana sedang kacau sekarang.
“sama lah dengan aku”sampuk Nureen.
“ko..Bella?”tanya Nureen pada aku.
“aku..aku..tak de pasang-pasang, apa yang ada aku pakai
jer..hehe..” itulah Jawapan yang jujur dari aku. lagi pun memang aku tak de ada baju kurung. setiap hari raya ayah atau mak akan belikan seluar jean dan t shirt tak pun blaus. kadang tu aku minta belikan skrit. itu lah pakaian aku setiap hari raya.
“alah! Aku tahu ko mesti banyak baju kurung raya tahun ni kan..” usik
Yanie.
“a’a tu yang dorang bincang sakan tu, tapi ingat jangan tak datang rumah aku nanti” Nureen
mengingatkan. Aku tersenyum menyiakan.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.