Episod 17
“hello..boleh saya cakap dengan Zulkefly..”
“ya..saya cakap, sape tu..” kedengaran suara Zulkefly riang.
“sa..saya Isabella..”Aku menelan air liur untuk
menghilangkan rasa gugup. Bila Zulkefly sendiri yang menerima panggilan itu.
“bella..awak ker..hehe..tak sangka awak kol juga saya
akhirnya”Nada suaranya bertambah ceria membuatkan aku rasa kembali selesa.
“awak free ker hari
ni” Tanya aku dengan suara sengaja aku manjakan.
“ya..saya tak ke mana hari ni..kenapa..?”Tanya Zulkefly
seperti menduga. Walaupun dia sendiri sudah boleh mengagak.
“saya nak ajak awak keluar hari ni..boleh? Aku memberi
cadangan. Dalam kepala ligat mencari tempat yang sesuai untuk berdating.
“apa kata kita ke
klang, lepak kat sana..kita tengok wayang ker..”kata-kata Zulkefly membuatkan
aku menarik nafas lega. Tidak perlu aku susah-susah lagi memikirkan tempat mana
hendak dituju.
“ok..tapi kita nak jumpa kat mana sekarang..? tanya aku sepontan.
“awak tunggu sana..saya datang sekarang..ok..”Zulkefly
meletakkan gangang telepon sejerus aku memberi alamat rumah kepadanya. Aku
duduk menanti dia dibawah blok rumah. Setelah bersiap ala kadar. Walaupun dalam
hati berdebar-debar tapi aku kuatkan semangat. Kerana rancangan ini
harus berjalan dengan lancar. Aku tidak mahu gagal dengan rancangan yang telah
aku karangkan. Ini baru satu permulaan.
“hai bella..dah lama tunggu..” tegur Zulkefly dengan senyum tidak pernah pudar dibibirnya.
Wajahnya yang
kacak membuat aku terpegun. Apatah lagi bila
dia tidak mengenakan seragam
sekolah. Lagi membuat Zulkefly semakin tampak segak dengan baju kemeja dan
berseluar jean biru muda itu. Aku membalas senyumannya dengan teragak-agak.
“tak lah lama sangat”Aku bangun menghampirinya.
“jumm lah..kita gerak sekarang.”Ajak Zulkefly memulakan langkahnya.
Kami beriringan
menuju ke bus stop yang berhampiran.
Rumah Zulkefly dengan rumah aku jaraknya 2 kilometer
sahaja. Hanya bersebelah seksyen. Kata orang jalan kaki pun boleh sampai.
Tiba di bus stop mujurlah tidak ada ramai orang. Kami
duduk dibangku yang tersedia.
Aku tiba-tiba hilang idea nak memulakan bicara.
“awak lebih nampak cantik kalau berbaju
kurung..”tegur Zulkefly tiba-tiba.
Aku tunduk tengok pakaian yang aku pakai. Malu pula
ditegur begitu. Tapi aku mana ada baju kurung. Kecuali baju sekolah yang lain
semuanya tshirt, seluar jean dan skrit.
“aa..saya tak de baju kurung..”jawap aku sepontan. Seolah
terasa diri tidak cantik. Hilang
tiba-tiba keyakinan dalam diri bila mendapat tegur yang tidak disangka itu.
“tapi macam ni pun saya suka”
Dia ini macam mana kejap kata tak suka kejap kata suka.
Aku bertambah keliru.
“betul..awak tetap nampak cantik dengan apa sahaja yang
awak pakai”puji Zulkefly lagi. Cantik ke dengan wajah tanpa make-up ni
getus naluri aku. Aku tersenyum malu dengan
pujian Zulkefly. Entah ikhlas entah tidak pujian darinya itu. Aku berkira-kira
di dalam hati.
“pakai macam ni pun awak kata cantik”Luah aku perlahan.
“awak cantik dengan gaya awak yang tersendiri
bella..”Lembut tutur kata Zulkefly. menyentuh ke hati aku.
“tapi awak sombong..”Zulkefly meninggi suara sedikit.
Walaupun wajahnya tidak serius. Tapi kata-katanya membuat
aku tergamam seketika. Tidak sangka dia menuduh aku begitu.
“apa! Kenapa awak tuduh saya macam tu..”Suara aku
berdatar. Itukah tanggapannya tentang diri aku selama ini.
“kerana kesombongan awak lah buat saya semakin suka kan
awak..bella”
Ujar Zulkefly memecahkan tanda tanya dalam kepala aku.
Aku menarik nafas lega. Pandai juga dia menilai orang bisik hati kecilku.
“suka kat saya..? tapi saya hairan juga lelaki sekacak
awak, boleh suka kan perempuan yang macam saya. Kan ker ramai lagi budak perempuan yang
cantik-cantik kat sekolah, kenapa awak pilih saya..”Tanya aku cuba mengorek isi
hatinya.
“yang cantik tu ramai bella, tapiii...” kata-kata
Zulkefly terhenti.
Aku menanti dengan sabar. Ingin sekali aku meneroka ke dasar hati lelaki ini untuk mengetahui isi
hatinya terhadap aku.
“mereka itu tidak seperti awak..jujur dan berani”
“maksud awak kef..”
Aku semakin tidak mengerti. Apakah yang bermain difikirannya
tentang diri aku.
“awak bukan sahaja cantik bella..tapi awak pandai jaga
diri. Dan menjadi rebutan semua pelajar
lelaki di sekolah. Ramai yang mahukan awak..”
“sa..saya tak tahu nak cakap apa..kalau itu yang awak
rasa”
“saya juga tahu azany, harry dan ramai lagi yang suka kan
awak” pintas Zulkefly. Wajahnya berubah serius tika menyebut nama Azany dan Harry.
Aku jadi serba salah. Haruskah aku menerima kata-katanya
dengan rasa bangga. Sedangkan aku tidak mahu perkara itu berlaku. Semua itu terjadi bukan dari kemahuan aku. Ia datang tanpa aku pinta. Nampaknya semua tentang aku
dapat dia hidu. Macam mana aku nak berdalih
lagi kalau semua rahsia sudah berada dalam genggaman Zulkefly.
Mungkin kerana kami satu kelas dia telah
memerhati gerak geri aku selama ini.
“tapi mereka semua saya anggap sebagai kawan..seperti
awak juga”Luah aku jujur.
“kawan...? tapi kalau saya nak lebih dari itu macam mana..?” Zulkefly cuba memerangkap aku dengan kata-katanya.
“hah! Tu bas dah sampai” Aku bingkas bangun. Zulkefly turut bangun sekali.
Keadaan dalam bas yang lenggang membuatkan aku boleh memilih tempat duduk. Aku menuju ke
hujung sekali. Zulkefly mengekori
langkah aku.
“tak ramai pula orang hari ni..”Aku bersuara. Setelah
meletak punggung dikerusi.
“mungkin mereka senang duduk dirumah bila time hujung bulan begini..atau mungkin
dah kering kot..hehe..”Zulkefly melawak.
“ya lah
kan..mungkin juga”aku tersenyum mendengar kata-katanya. Lucu juga orangnya Zulkefly ni rupanya. kat sekolah nampak sahaja macam pendiam.
Aku merenung ke luar jendela. Sekali sekala aku menjawap
pertanyaan dari Zulkefly . Dia seperti seorang polis yang sedang menyiasat
latar belakang aku. Dia benar-benar ingin tahu tentang aku. Adakah memang benar dia telah jatuh cinta pada aku. Aduh! jika benar seperti yang dikatakan Qestina. Bagaimana nak aku lepaskan diri aku darinya nanti. Macam mana pula rancangan yang telah aku
aturkan. Berdosanya aku kalau membuat dia terluka dengan teruk. Pasti dia akan
membenci aku seumur hidup ini.
“asyiknya mengelamun..ingat kat sape tu..? kita dah
sampai ni..bella”Sapa Zulkefly dengan mencuit aku. Lemah jiwa aku bila mengenangkan rancangan ini.
Turun sahaja dari bas. Tiba-tiba bayangan Riezal pula menerpa diingatan tika melihat jejak-jejak yang pernah aku lalui bersama dengannya. Kenangan bersamanya muncul dalam fikiranku. Sejak akhir-akhir ini aku jarang bertemu dengannya lagi. Adakah dia
tidak mahu menganggu aku kerana akan menduduki peperiksaan nanti. Aku mendengus
perlahan. Hati mula memikirkan yang bukan-bukan. Adakah aku sedang
merinduinya.
“tunggu apa lagi tu bella..jum lahh.. kita tengok wayang
dulu ya..”jerit Zulkefly yang sudah berjalan jauh dari aku.
Aku yang berdiri memerhati bangunan di hadapan mata tersentak. Dengan laju mengangguk tanda setuju. Menutup malu sendiri
kerana hanyut dalam lautan rindu.
“kenapa ni bella..tiba-tiba sampai sini diam jer, awak
tak suka keluar dengan saya ker..”Tanya Zulkefly seakan dapat mencium perubahan aku.
“ehh..tak lak..saya suka, cuma tiba-tiba saya sakit kepala”aku berbohong.
“nanti saya belikan penadol ya..”dia memimpin aku rapat
ke sisinya. Bau minyak wangi dari bajunya semerbak menusuk ke hidung. Aromanya begitu menenangkan.
“macam mana dah ok sikit..? tanya Zulkefly. Wajahnya
seperti risau. Dia duduk dihadapan aku. Aku pula menjadi serba salah bila
melihat keprihatannya terhadap aku.
“alah..sikit je nih, nanti okey lah..kef jangan risau
ya”aku memandang wajahnya yang suram.
“kef pegi lah
beli tiket dulu nanti lambat habis pulak” Pinta aku mengalih rasa risaunya.
“betul ni dah ok..”Zulkefly kembali ceria.
“ya..bella dah ok ni”aku tersenyum mengangguk.
“tapi nak tengok citer apa nih..citer orang putih ker citer melayu..?”
“citer apa-apa aje..asalkan best..”aku memberi cadangan.
“ok..”Pantas jari
Zulkefly mencubit pipi aku. Tidak sempat aku hendak mengelaknya.
Kenapalah wajah Riezal boleh muncul sekarang. Fikiran aku
bercelaru bila memikirkan dirinya. Hinggakan aku membayangkan Zulkefly sepertinya.
Aku mengeleng kepala terbit rasa kesal kerana bersikap tidak adil pada
Zulkefly. Rancangan yang aku atur seolah memakan diri aku sendiri. Aku terjerat dalam jerat yang aku sendiri ciptakan.
Oo..tuhan, bukakan jalan untukku. Moga kau jauhkan
perasan rindu yang mula bersarang di dalam hatiku ini.
Langkah Zulkefly semakin menghampiri. Aku berjalan menuju
kearahnya. Setelah membeli kudap-kudap kami masuk ke dalam panggung. Aku mencari
kelibat pak cik Haziq tika melalui pintu utama tapi dia tiada disitu.
“bella nak tengok sesuatu tak?” tanya Zulkefly memecah sunyian. ketika sedang menanti cerita dimainkan.
“tengok apa..” pantas aku memandang ke wajahnya yang samar-samar dengan cahaya skrin. Dalam hati penuh tanda tanya.
“adalah..tapi bella janji jangan bagi tahu sape-sape
ya”Zulkefly masih berahsia.
“ok..bella janji.” Aku berikrar. Zulkefly tersenyum meleret dengan sikap aku yang sepontan itu.
“janji..”Tanya Zulkefly untuk kepastian lagi. Aku membulatkan mata tanda geram.
“ya..janji, kalau tak percaya tak pe lah”aku
buat-buat merajuk. Kemudian berpaling ke arah lain. Namun masih memerhatinya
dengan ekor mata.
Zulkefly
meraba-raba seluarnya. Kemudian dia mengeluarkan sesuatu. Lalu menarik tangan aku dan meletakkan dompet kulitnya ke tapak tangan
aku. Aku jadi binggung.
“abik lah..”katanya dengan bersungguh-sungguh.
“saya tahu lah kef
ni anak orang kaya tapi tak kan dompet pun nak kasi kat bella kot”Aku
mencebik perli.
“tak pe lah kalau tak nak..”Rajuk Zulkefly tiba-tiba. Aku
pula jadi serba salah.
“aduh..ya lah..ya lah..”aku mengalah. Walaupun dalam hati rasa semacam.
Kata-katanya membuat aku geram. Lalu aku terus membuka dompetnya. Sebaik sahaja aku membuka
lipatannya. Dompet itu jatuh dari tangan
aku. Tiba-tiba aku rasa lemah seluruh badan. Aku seperti tidak percaya dengan apa yang aku lihat. Tapi dengan pantas Zulkefly
menyambar dompet dipangkuan aku. Aku tersentak lalu hilang rasa malu. Cuba merampasnya kembali dari tangan Zulkefly. Tapi Zulkefly
seperti berkeras tidak mahu memberinya. Jadi terpaksalah aku merayu
padanya. Agar dapat melihat semula gambar yang terselit di dalam
dompet itu. Kerana aku ingin memastikan bahawa gambar tersebut adalah aku.
Perasaan mula bercampur aduk. Antara terharu dan bahagia. Tidak aku duga
rupanya aku memang dicintainya dalam diam-diam. Dan ternyata gambar itu adalah
aku. Entah dari mana dia mendapatkannya. Aku bertambah kagum pada
usahanya.
“kef...benar ker awak betul-betul sukakan saya?”Tanya aku tanpa
segan silu lagi.
Jari jemarinya
dari tadi mengenggam erat jari jemariku. Seolah tidak mahu melepaskan tangan aku buat selama-lamanya. Aku membiarkan.
“sejak pertama kali saya bertentang mata dengan
awak”Luah Zulkefly dengan perlahan ke cuping telinga aku. Tika Lampu panggung
dimatikan. Hati aku terusik bila mendengar pengakuan ikhlasnya. Aku kehilangan
kata-kata. Aku rebahkan kepala ke bahunya. Dalam satu hari aku jatuh cinta
padanya. Adakah ini dinamakan cinta.
“bella..bagaimana perasaan awak pada saya..”Tanya
Zulkefly dalam kelipan lampu skrin dihadapan. Aku hanya memandang kosong cerita
yang dipaparkan. Kerana kisah cinta aku ini lagi hebat aku rasakan. Aku mula berperang dengan perasaan sendiri. Antara
cinta dan cabaran. Aku mula dihimpit dengan perasaan yang berbelah bagi.
“kita kawan dulu ya kef..”Pinta aku dengan hati yang
berbelah bagi. Aku tidak mahu memberi apa-apa harapan pada Zulkefly dengan cepat.
“kawan..? kenape..awak dah kekasih..?”Katanya tegas. Zulkefly melepaskan jemariku dari genggamannya. Aku dapat rasakan dia kecewa dengan pemintaanku.
“bukan..bukan begitu..,lagi pun kita kan masih sekolah lagi” Inilah alasan yang selalu aku guna untuk melepaskan diri dari jerat percintaan. Tapi kenapa hati ini mudah benar jatuh cinta.
“atau awak takut saya mainkan perasaan awak..?” Zulkefly membuat andaian terhadap aku.
“mungkin
ya..mungkin tidak” sengaja aku menguji pendirianya pula.
“hampir 2 tahun saya tunggu awak bella..baru hari ini
saya dapat bersama awak. Jangan buat saya tertunggu-tunggu lagi”Dia menarik
tubuhku ke dalam pelukannya. Hingga
dengupan jantungnya dapatku dengari. Maafkan aku kef..kau bukan lelaki pilihanku.