3 Feb 2015

Episod 19 Isabella..Lambang cinta yang lara

Episod 19

“kau ni memang zalim! Tak berhati perut..  Suka-suka kau jerk nak lukakan hati orang kan?”Terjah Azany  tiba-tiba  dengan wajah menyinga.  Waktu itu aku  sedang bersendirian di dalam kelas. Entah kenapa perut aku  betul-betul  tak selesa pagi itu. Pada mulanya aku pekakkan telinga. Malas nak layan kata-katanya. Azany masih tak puas hati bila melihat aku terus berdiam diri.
“kalau ko tak suka dia pun, jangan lah kau mainkan hati dia. Dah teruk aku tengok si Harry tu”Tuduh Azany lagi. Aku jadi geram dengan tuduhan Azany.
“jap..japp..apa  ko kata. Aku mainkan perasaan Harry. Bila masa pulak aku bercinta dengan dia hah!” Jerit aku yang  sudah tak tahan mendengar  tuduhan dari Azany.  Aku Bangun membela diri. Sambil menekan perut yang sakit. Aku kembali duduk kerana sudah tidak tahan lagi sakit yang kusembunyikan. Mungkin perut aku masuk angin atau aku tersalah makan agaknya. Mood aku benar-benar terasa teruk.

“si Harry tu dah kena tangkap polis”
Azany  menarik kerusi dihadapan aku lalu menghempaskan punggungnya. Aku terkejut. Mata aku bulat memandang Azany. Seperti tidak percaya dengan kata-katanya.
“kena tangkap polis..bila ? kenapa..? pasal apa..?”aku  terkejut lalu  bingkas bangun dengan tiba-tiba. Berkerut wajah aku dengan menahan sakit. Tapi berita yang aku dengar ini benar-benar  tidak aku sangka.
“pasal ko lah!”pekik Azany. Mahu saja aku memaki hamun Azany ketika itu.
 Kenapa pasal aku pulak. Apa kena mengena dia dengan aku. Sakit hati aku bertambah dengan tuduhnya.  Semudah itu dia menjatuhkan hukuman terhadap aku. Aku mengeleng kepala tanda kesal. Tak sangka itu anggapan dia terhadap aku. Aku menarik nafas. Cuba meredakan kemarahan yang mula terkumpul.

“kau cakap baik-baik Azany. Kenapa pulak ko nak tuduh aku puncanya”Bidas aku yang hilang sabar.
“entah lah..tapi semua orang cakap ko lah puncanya”Azany menyapu peluh dimukanya. Kipas angin yang ligat di kepala seolah tidak menyejukkan tubuhnya.
“gila! Tapi dia kena tangkap pasal apa..?”
“dia isap ganja kat belakang sekolah tadi”
“isap ganja..? abis tu apa kena megena dengan aku! dia sendiri yang cari pasal” Aku membela diri.
“Dia nampak kau dating dengan Zulkefly semalam..”Kata-kata Azany membuatkan aku terduduk. Baru semalam ku cuba meredakan  perasaan Zulkefly. Kini timbul pula satu lagi masalah. Ya..Allah apakah dosa aku  hingga aku diuji begini.
“aku dengan Harry tak de apa-apa..Azany”Luah aku  lemah. Aku  kecewa  dengan tindakan Harry. Kenapa dia memilih untuk merosakkan dirinya sendiri. Sedangkan perjalanan hidup ini masih panjang. Dan ramai lagi perempuan-perempuan seperti aku diluar sana”
“aku tahu..tapi sebab ko tolak cinta dia lah dia jadi macam tu” Azany menarik nafas  sedalamnya. Dan melepaskan dengan perlahan. Mungkin dia  sendiri juga tidak menyangka  tindakan Harry.
“apa maksud ko Azany”
“dia dah lama tunggu ko..tapi macam-macam alasan ko berikan pada dia. Sampai sekarang ko larikan diri dari dia  kan?..tup..tup..dia nampak lak ko dating dengan si Zulkefly tu. Mana dia tak kecewa”
“aku bukan dating dengan kef. Aku jumpa dia sebab aku nak minta maaf..itu sahaja. Lagi pun aku dah bagitahu dia..aku dengan dia hanya kawan”
“itulah alasan ko..kawan..kawan”templak Azany.
“dah tu ko nak aku buat apa!”pekik aku.
“aku pun suka kan ko bella..tapi aku tahu, ko susah nak jatuh cinta. susah nak dapatkan cinta ko!”Azany mencebik menyindir.
Kalau dah tahu kenapa tak faham. Aku buntu. Sukar untuk mengerti kemahuan lelaki.
Aku menelan air liur  tapi terasa pahit. Susah nak dapat cinta aku..?
Sebenarnya aku  mudah jatuh cinta kerana itu aku terpaksa bersikap kasar dan menjauh diri.  Aku takut cinta  itu  lahir dari  rasa kesian. Bukan lahir dari  rasa kasih sayang. Sebab aku tahu betapa peritnya erti kekecewaan.

“Sudah lah..Azany, kalau ini semua salah aku.  Apa boleh aku katakan lagi. Terpulang lah pada kau nak menilai diri aku” Aku bersuara lemah. Tak tahu bagaimana hendak diperkatakan lagi.
Salahkah aku jika bersikap berterus terang.  Aku tunduk memandang lantai. Kecewa dengan sikap Azany yang aku sangka dia amat memahamiku.  Aku bukan jenis manusia yang hipokrit dan suka mempermainkan perasaan orang lain. Sudah cukup baik aku tidak memalukan mereka. Aku cuba menjaga perasaan mereka walaupun perasaan aku sendiri tercalar.
Tiba-tiba kepalaku rasa berat. Dada pula terasa semakin ketat. Sukar hendak ku bernafas.
“bagaimana pula perasaan kau pada aku..? tapi mungkin aku sendiri  boleh mengagak.. kita hanya kawan kan..?”Azany  bersuara setelah lama berdiam dengan senyuman sinis. Dia bangun ingin berlalu meninggalkan aku.  Aku hanya mampu memandang belakangnya  yang kelihatan semakin kabur.
“Azany...”jeritan itu hanya tersimpan dikerongkong. Aku sudah tidak bermaya lagi. Semuanya telah menjadi gelap.


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.