Episod 20
“Bella..isabella...bangun..bangun
bella”lunak saja suara itu aku dengar.
Kemudian pipi aku ditepuk-tepuk dengan lembut. Aku membuka mata perlahan-lahan. Tapi kepala terasa sakit. Aku meraba kepala rasa
ada sedikit benjolan.
“Aduh! Sakitnya..”
“Kepala ko terhantuk di simen..tu yang
sakit”Kata Sofea lembut.
Aku mengangguk mengerti. Dan berpaling
ke arahnya.
“aku kat mana nih”
“kau dalam bilik kecemasan” Jawap Sofea
dengan senyuman. Dia membantu aku untuk duduk.
Sofea adalah ketua bulan sabit merah di
sekolah. Aku duduk sambil memegang kepala yang masih terasa sakit.
“ko ok tak..”tanya Sofea seperti
seorang doktor. Aku mengangguk perlahan.
Aku perhatikan bilik kecemasan yang
tersusun kemas dengan peralatan serta
ubat-ubatan. Bagaimana aku boleh berada di sini bisik hati kecilku. Mungkinkah
Azany yang menghantar ku. Hati aku mula tertanya-tanya.
“Mujurlah lah tak berdarah kepala tu” kata
Sofea lalu menghulurkan 2 biji pil ubat penahan sakit. Aku mengambil dari
tangannya lalu menelan bersama segelas
air.
“terima kasih sofea”aku menghulur
kembali gelas kepadanya. Dengan pantas aku bangun membetulkan baju. Malu pula
terbaring dihadapannya dari tadi. Entah berapa lama aku pengsan agaknya.
“dah rasa okey ker bella..”jerit sofea
sepontan. Mungkin terkejut melihat tingkah laku aku. Aku mengangguk pantas walaupun
terasa badanku masih lemah lagi. Yang pasti aku tak sabar nak keluar dari bilik
ini.
“Nasib baik lah cepat Azany dan
zulkefly bawa kan ko ke sini..kalau tidak entahlah”ulas Sofea tanpa aku tanya.
Perasaan aku jadi tesentuh dengan tiba-tiba. Terharu adanya kawan sebaik mereka. Namun cepat-cepat aku
tepis perasaan sebak yang mula bersarang.
“Sofea..lama ker aku pengsan..”Tanya
aku bersahaja. Namun jauh disudut hati aku terasa malu.
“lama jugak hampir 2 jam . Sebenarnya
ko jadi macam ni
sebab stress sangat” Terang sofea sesuai dengan sifatnya yang peramah.
“Stress..?”aku seperti tidak percaya.
Sofea mengangguk dan berdiri ditepi aku.
“itu ada nasi Cikgu Azahar belikan
tadi..”Sofea menunjukkan sebungkus nasi di atas meja berhampiran. Kemudian aku melihat jam di tangan sudah
pukul 12.40 tengahari. Lagi ½
jam akan tamat waktu sekolah. Aku meraba perut aku yang kosong.
“jaga diri ya bella..jangan stress lagi
, aku pun dah nak masuk kelas ni” sofea menepuk bahu aku dengan perlahan seolah
dia mengerti perasaan aku tika itu.
“tima kasih sofea, maaf lah kerana terpaksa menyusahkan ko..”kataku ikhlas.
“Sama-sama bella..dah memang tugas
aku..”kata sofea dengan senyuman.
Aku ambil nasi kemudian menolak pintu keluar dari bilik
kecemasan dengan perasaan yang bercampur
baur. Tiba-tiba terpancul Zulkefly dengan wajah yang penuh tanda tanya.
Aku terperanjat lalu cuba mengelak dari menatap matanya.
“bell..bella...awak dah okey
ker..?”tanya Zulkefly tergagap-gagap.
“Saya okey...awak jangan risau lah ”
Jawap aku endah tak endah. Agaknya
bagaimanalah diaorang bawa aku ke bilik
kecemasan tadi. Malu pulak bila memikirkan keadaan itu.
“betul ker awak dah okey..? Tapi saya tengok awak macam lemah lagi. Saya
hantar awak balik nanti ya..?”Pinta Zulkefly sambil cuba menarik aku dari
berjalan laju dari dia.
“saya..”
“hah..isabella, macam mana keadaan awak
sekarang. Dah ok ker..? Tanya cikgu Azahar yang kebetulan datang ingin
menjengukku di bilik kecemasan.
“saya..saya rasa dah okey sikit cikgu..alah, lagi pun bukan teruk
sangat kan..hehe..tima kasih cikgu”aku
cuba bersikap ceria.
“mujur lah ada kawan-kawan yang nampak
awak pengsan..lain kali hati-hati ya”Nasihat cikgu Azahar sebelum berlalu meninggalkan
kami berdua.
“baik cikgu”Aku mengangguk perlahan.
Namun didalam hati tuhan sahaja yang tahu perasaan aku.
Aku berjalan menuju ke kantin.
Zulkefly hanya menuruti. Sengaja aku ke
kantin kerana tidak mahu masuk ke kelas lagi. Di kantin sudah ramai pelajar
petang yang datang awal menantikan waktu masuk ke kelas. Masing-masing dengan
ragam sendiri. Aku duduk lalu merebahkan kepala ke lengan sendiri di atas meja.
Letih rasanya bila memikirkan masalah yang datang tanpa di undang. Aku seperti
tidak menghiraukan kewujudan Zulkefly disisi.
“bella..hanya berberapa hari sahaja
lagi kita nak abis sekolah..entah bila
lagi kita boleh jumpa ”Luah Zukefly yang
duduk disebelahku. Aku mengetap bibir.
Menahan rasa bersalah yang mula bersarang dihati.
“kef..persahabatan kita tidak akan
putus sampai bila-bila, ko tetap kawan aku”Walaupun berat bibirku untuk meluahkan.
Tapi inilah hakikat yang harus Zulkefly dengar dari mulutku sendiri.
“beri aku peluang untuk buktikan yang
aku benar-benar cintakan kau..bell..”Rayu Zulkefly dengan memegang tangan aku. Aku terkejut dan cuba
menolak tangannya.
Tapi dia berkeras tidak mahu melepaskan
tanganku.
“lepaskan tangan aku kef..malu kalau
orang tengok”Pujukku. Dengan perlahan
aku cuba menarik tanganku dari genggamannya. Lagi bertambah kuat pula dia
mengenggam. Aku jadi buntu.
“hah! Pedulikan mereka..kau hak aku
bella”
“cukuplah kef..antara kita tidak akan
terjalin perasan cinta..lepaskan aku kef. Cari sahaja orang lain. Aku tidak layak”
“ko cakap boleh lah..yang merana aku” tinggi
suara Zulkefly bila mendengar jawapan
yang aku berikan begitu mudah pada fikirannya.
“kef..kepala aku sakit! Tiba-tiba
kepala aku mula berdenyut-denyut. Kesakitan mula terasa menyalar. Aku tunduk
kepala cuba meredakannya. Zulkefly masih lagi memegang lengan aku dengan kemas.
Lantas aku sentap dengan pelahan.
“bell..bella, maafkan aku..sepatutnya
aku..aarrhh..aku betul-betul sayangkan kau!”
“aku tidak layak kef” lemah suara aku.
Antara keluar dengan tidak.
Setitis demi setitis airmata mula
jatuh membasahi kainku. Namun cepat-cepat
ku menyapu sisa airmata di pipi. Kalau boleh aku tidak mahu Zulkefly tahu aku
menangis apatah lagi dihadapannya. Entah kenapa perasaan ini tiba-tiba menjadi
hiba. Adakah kerana kejujuran Zulkefly atau kerana kesetian Harry atau
kerana ketulusan Azany..
*****
Seminggu sudah ku berada di kampung. Wajah
Emak begitu ceria tika melihat aku
tiba-tiba terpancul di muka pintu. Adik aeman, adik Nora dan juga adik dydy
juga bersorak gembira dengan kepulangan aku. Aku tersenyum bahagia bila dapat
melihat mereka. 2 tahun telah berlalu. Begitu singkatnya waktu. Masa sentiasa
berjalan tanpa henti hingga aku sendiri terlupa untuk menghitungnya. Aku tatap
wajah emak. Terukir kebahagiaan diwajahnya kini. Tubuhnya yang dulu kurus sudah semakin berisi. Emak tidak perlu
berkerja lagi setelah bersuami baru bisik hati kecilku. Aku
memeluk tubuh emak dengan seerat mungkin. Kemudian mencium pipinya bertalu-talu. Sesungguhnya aku
amat merinduinya. Kepulangan aku dilayan seperti seorang puteri . Apa saja makan yang aku
inginkan akan emak sediakan. Apa tah lagi makan kegemaran aku. Bubur sotong
pulut dan bubur kacang merah adalah makanan pantai timur yang paling aku suka. Pagi-pagi
lagi emak dah ke pasar mencarinya untuk
aku.
“Emak..esok Bella nak balik ke KL dah..bella nak cari keja
sementara menunggu kan keputusan SPM. Lagi pun keputusan SPM keluar lagi 3 bulan”Luah
aku ketika membersihkan halaman rumah
bersama emak.
Emak yang sedang mencangkul
rumput-rumput yang degil di tepi pagar. Berhenti memandang aku dengan wajah terkejut. Aku duduk dipangkin bawah pokok. Menantikan
jawapan dari emak. Aku harap emak tidak
menghalang pemintaanku.
Rumput-rumput yang telah dicabut emak
kumpulkan setempat. Senang nak dibakar apabila
kering nanti. Halaman yang seluas ½ ekar itu tempat aku bermain
bersama adik-adikku. Tanah pasirnya yang putih. Membuatkan halaman rumah
menjadi lapang. Aku yang suka mengukir nama dan melakar rumah tipu-tipu ralit bermain. Seronoknya saat itu
tidak kisah dengan tanggapan orang dan rasa kotor.
Pokok mangga epal yang emak tanam di pintu pagar telah berbuah
dengan lebat. Buat aku tak sabar hendak memetiknya. Banyak juga pokok buah buhan yang emak tanam yang sempat aku rasa. Seperti buah jambu air,
buah asam jawa dan buah cermai. Minat emak yang suka bercucuk tanam membuatkan halaman rumah penuh dengan aneka
buah-buahan tempatan. Walaupun halaman rumah tak luas tapi emak pandai
mengaturnya.
Emak membetulkan kain batiknya. Lalu
duduk dipangkin bersama aku.
Dia meletakkan cangkul disisinya.
“dah beli ker tiket nak balik sana..”
“belum lagi..bella ingat petang ni nak
pegi beli”
“ya lah nanti mak suruh tok mat tolong
belikan tiket bas tu..”
Emak mengelap peluh yang menitis di
dahi dengan kain sarungnya. Aku menonggak memandang ke dada langit. Cuaca semakin
redup
Suasana petang yang mula gelap
membuatkan langit kelihatan indah. Kepulan awan yang putih bersih berselerakdi dada langit menjadikan ia
bertambah cantik. Membuatkan aku asyik
mememerhati. Indahnya ciptaan tuhanku..bisik hatiku. Kemudian aku merenung ke
wajah emak. Sudah nampak kedut-kedut disekitar muka dan lehernya. Gigi nya
sudah mula luruh. Yang ada hanya gigi dihadapan dan bawah tak sampai 8 batang. Aku
jadi sempati dengan nasib yang terpaksa emak lalui.
“bella nak keja apa nanti”tanya emak
setelah membisu dari tadi.
“apa-apa sahaja mak..asalkan halal..”
“ya lah keja lah
elok-elok..pandai-pandai jaga diri”
“baik mak..bella akan ingat pesan
mak..mak pun jaga diri ya..apa-apa emak kasi tahu. Bella dan abang feazal akan
balik tengok emak”Aku renung ke dalam anak mata emak. Terpancar jernih air
mata yang mula berkaca.
Emak mengangguk perlahan dengan
senyuman. Aku peluk emak dengan erat. Aku bersyukur kerana emak sentiasa memahami aku.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.