20 Jun 2012

Aku diundang


aku diundang...

selamat datang
ke dunia ini
wahai manusia
layari lah hidupmu
seperti yang kau mahu
telah dihamparkan
dihadapanmu
aneka rupa dan bentuk
untuk kau memilih
cantik dan hodoh
buruk dan indah
semuanya ada disini
undangan ini hanya
diberikan pada manusia
yang terpilih sahaja
dan kau salah seorang
diantara yang bertuah
hadapilah cabaran
dengan penuh berani
tempuhilah dugaan
dengan hati yang yakin
tentu kau akan berjaya
hargai kehidupanmu
hargai masa yang ada
setiap saat tak akan
berputar kembali
ia tidak akan menantimu
dan kau akan dihantar
pulang bila telah tiba waktu
yang ditentukan untukmu
jangan sia-siakan undangan ini...

Lukisan Hati,
Isabella ali 2012

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.