17 Jun 2012
Terima Kasih Ayah
Terima Kasih Ayah..
baju sekolah baru ayah belikan
aku pakai dengan rasa bangga
kasut yang tersarung dikaki
aku jaga setiap langkah
tidak mahu ia kotor dengan cepat
aku ke sekolah dengan hati yang riang
bertemu dengan kawan-kawan
sambil bercerita tentang ayah
ayah,
kasih sayangmu
walau tidak kau lafaskan
tapi tingkahmu telah membuktikan
jika tanpa penjagaan darimu
tentu hidup ku jadi tak tentu arah
ayah,
meski kau jarang ku temui
bukan bererti kau telah ku lupakan
setiap solat aku tak pernah jemu
memohon agar dirimu
sentiasa dibawah lindungan Illahi
hidup bahagia bersama-sama
keluarga yang kau cintai
cukuplah dengan doamu
agar aku tidak ada perasan
lupa diri dan sombong
pada jasa dan pengorbanan
yang telah kau berikan
terima kasih..ayah
Lukisan Hati,
Isabella ali 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.