Ibu, jika kau tiada..
Ibu,
jika ini suratan takdir
untukku menerimanya
meskipun dalam terpaksa
akan ku terima ketentuan itu
memikul kepiluan dihati ini
kasih ayah
yang sentiasa mengalir
ku harap tidak berubah
pada yang lain
moga sayangnya tetap
buat ibu hingga ke akhir hayatnya
meski hati ini
sukar untuk menghadapi
saat-saat itu nanti
aku tetap ingat pesanmu, ibu
katamu..wahai anakku,
jangan sesekali tinggalkan solat
kerana doa harus diiringi
dengan solat baru diterima Allah
ibu, jika kau tiada
akan ku titipkan doa buatmu
akan ku kenangi kasih sayangmu
ibu, jika aku pergi dulu sebelummu
maafkanlah dosa-dosa ku terhadapmu..
Lukisan Hati,
Isabella ali 2013
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.